SUNGGUH
aku tidak menyangka bahawa kehidupanku kini akan lebih bahagia. Biarpun dulu
aku pernah menderita, namun tiada siapa menyangka bahawa cinta yang berputik
secara tidak sengaja itu akan berakhir dengan kebahagiaan yang tiada penghujungnya.
Bahagia?
Ya! Aku sangat bahagia dengan kehidupanku kini. Hidup di samping insan yang aku
sayangi dan cintai membuatkan hidupku sangat bahagia. Mia Afina yang berusia
lima bulan itu sedang nyenyak tidur di sebelah papanya. Aku bersyukur kerana
pertemuan tidak sengaja antara kami telah mengikat hatiku dan juga hatinya. Aku
mengelus lembut pipi suamiku. Perlahan-lahan dia membuka mata lantas mengucup
dahiku.
“
Ish! Abang ni tak gosok gigi lagi nak cium Mia. Tak senonoh,” usikku lantas
membaringkan tubuh bersebelahan Mia Afina.
“
Sayang… abang nak ucapkan terima kasih. Selama ni sayang banyak bersabar dengan
abang. Selalu ada di sisi abang tanpa jemu. Abang hargai jasa sayang,” bisik
suamiku di telinga.
“
Terima kasih juga kerana abang sudi terima Mia dalam hidup abang.” Aku turut
berbisik di telinganya.
Dia
tersenyum memandangku. Kami bertentangan mata.
Aku
memeluk tubuhnya erat seakan tidak mahu dilepaskan. “ I love you,” bisikku perlahan lalu ku sembamkan wajah di dadanya.
“
I
love you both… very much.” Dia
mencium dahiku.
Mia
Afina menggeliat seakan mengerti perasaan kami yang sedang bermadu kasih. Aku
memangku anakku lantas ku kucup kasih pipinya. Dia turut mengucup Mia Afina lambang
cinta kami.
p/s= hope kisah ni dapat diterima olh korang semua :)






best....
ReplyDeletetq baby mio sudi singgah n komen :)
ReplyDelete