Monday, January 27, 2014

prolog DIA DI HATI

















SUNGGUH aku tidak menyangka bahawa kehidupanku kini akan lebih bahagia. Biarpun dulu aku pernah menderita, namun tiada siapa menyangka bahawa cinta yang berputik secara tidak sengaja itu akan berakhir dengan kebahagiaan yang tiada penghujungnya.



Bahagia? Ya! Aku sangat bahagia dengan kehidupanku kini. Hidup di samping insan yang aku sayangi dan cintai membuatkan hidupku sangat bahagia. Mia Afina yang berusia lima bulan itu sedang nyenyak tidur di sebelah papanya. Aku bersyukur kerana pertemuan tidak sengaja antara kami telah mengikat hatiku dan juga hatinya. Aku mengelus lembut pipi suamiku. Perlahan-lahan dia membuka mata lantas mengucup dahiku.


“ Ish! Abang ni tak gosok gigi lagi nak cium Mia. Tak senonoh,” usikku lantas membaringkan tubuh bersebelahan Mia Afina.


“ Sayang… abang nak ucapkan terima kasih. Selama ni sayang banyak bersabar dengan abang. Selalu ada di sisi abang tanpa jemu. Abang hargai jasa sayang,” bisik suamiku di telinga.


“ Terima kasih juga kerana abang sudi terima Mia dalam hidup abang.” Aku turut berbisik di telinganya.


Dia tersenyum memandangku. Kami bertentangan mata.


Aku memeluk tubuhnya erat seakan tidak mahu dilepaskan. “ I love you,” bisikku perlahan lalu ku sembamkan wajah di dadanya.


 I love you bothvery much.” Dia mencium dahiku.


Mia Afina menggeliat seakan mengerti perasaan kami yang sedang bermadu kasih. Aku memangku anakku lantas ku kucup kasih pipinya. Dia turut mengucup Mia Afina lambang cinta kami.



p/s= hope kisah ni dapat diterima olh korang semua :)

2 comments:

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design