Saturday, February 8, 2014

DIA DI HATI BAB 3












SETELAH hampir 3 minggu aku di tahan di wad HKL akhirnya aku dibenarkan pulang. Gembira tak terkata saat aku sudah diberi izin untuk bebas! Bebas dari perhatian doktor serta jururawat yang sangat menyerabutkan kepalaku. Hu hu…

“ Kenapa muka anak mama ni? Muram je?” soal mama seraya mengerling aku di seat penumpang belakang.

Takde apa mama. Cuma fikirkan sayang Fida. Sihat ke dia? Kesian. Mesti sakit kan? Lama dah Fida tinggal dia,” ujarku merujuk pada kereta kesayanganku.

“ Fida masih sayangkan Rafiq?” soal mama cukup perlahan.

“ Apa ma?” Rasanya aku dengar mama cakap sesuatu. Tapi apa dia ya? Ke telinga aku ni salah dengar?

“ Mama tanya kamu masih sayangkan Rafiq?” soal mama semula.

“ Oh! Bukan Rafiq la ma. Tapi kereta kesayangan Fida tu. Lama tersadai dekat bengkel. Entah sihat ke tak? Berapa banyaklah lukanya tu,” luahku terhadap kerisauan yang menggunung dalam hati.

“ La, Fida cakap pasal kereta ke?” Aku lihat wajah mama yang seperti kebingungan. Kenapa? Tak jelas ke apa aku cakap?

“ Kenapa mama macam terkejut je?” soalku seraya menjongket kening.

“ Mama kamu risau. Takut kamu masih sayang budak lelaki tu,” ujar papa sambil merenung wajahku melalui cermin pandang belakang.

“ Mama ni… takde apa perlu dirisaukan. Fida dah tawar hati dengan dia,” ujarku tanpa menyebut nama Rafiq. Terasa benci meluap-luap ke dalam hati, saat mengingatkan kelakuan Rafiq itu.

Aku mendengar mama melepaskan mengucap syukur. Aku tahu mama benar-benar tidak menyukai sikap Rafiq. Cuma aku saja yang masih membenarkan diri diperbodohkan olehnya. Ah! Untuk apa lagi aku mengenang dia? Ya ALLAH aku pohon lupuskanlah ingatanku terhadap Rafiq. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang lebih baik untukku.

“ Fida lapar tak? Mama ingat nak makan kejap. Lapar sangat ni,” ujar mama.

“ Lapar juga ma. Tapi nak makan apa?” rengekku cuba bermanja dengan mama.

“ Ala, kesian anak mama ni. Kita pergi makan bubur nak?”







Bersinar mataku saat mendengar cadangan mama. Mulalah aku terbayang kesedapan bubur ayam Marybrown tu. Erm sedapnya.

“ Fida, Fida. La bertuah punya anak. Kita tanya dia boleh pula berangan,” omel mama padaku. Aku hanya menayang wajah tidak beriak.

“ Kita makan dekat MaryBrown la ma. Pa boleh kan?” rengekku seraya mengerdip mata berkali-kali.

“ Yalah sayang. Untuk anak papa ni apa-apa pun boleh,” ujar papa dengan lembut.

Usai papa memarkingkan kereta, segera mama membuka pintu kereta untukku. Lantas mama memimpinku, kerana luka di kakiku masih berbalut. Terencot-encot aku mengatur langkah. Perasaan terharu mula menguasai diri. Betapa aku beruntung mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang.

“ Hati-hati Fida,” ujar mama saat memimpinku melintas jalan.

“ Terima kasih ma, pa” kataku dengan cukup perlahan.

“ Sudahlah. Usah berterima kasih pada mama dengan papa. Ini tanggungjawab kami,” ujar papa dengan lembut.

Aku mengelus lembut jemari papa. Lantas aku mengukir senyum buat papa.

“ Sayang nak makan bubur ya? Maz awak nak makan apa?” soal papa pada aku serta mama.

“ Maz nak makan laksa je la bang,” ujar mama seraya mengajak aku mencari tempat duduk.

Sebaik saja aku melabuhkan duduk aku tersentak apabila melihat pemandangan yang terhidang di hadapan mata. Segera aku memalingkan wajah ke arah lain. Tidak sanggup melihat maksiat yang sedang dipertontonkan tanpa silu itu.

“ Sayang kenapa ni? Pucat je muka tu,” tegur mama. Aku hanya mampu menggeleng kepala.

“ Ini dia bubur untuk anak kesayangan papa. Ini untuk Maz. Fida… sayang kenapa ni? Fida tak sihat ke? Pucat saja ni kenapa?” soal papa pula. Kolam mataku sudah terasa pedih. Aku mengesat airmata yang bergenang di kelopak mata.

“ Fida, kamu kenapa menangis ni?” soal mama. Wajahnya berkerut melihat airmata yang semakin mengalir lebat di pipiku.

“ Fida, Fida sayang kenapa ni? Apa yang buat kamu sedih ni nak?”

Aku hanya menyeka airmata tanpa mampu menjawab pertanyaan demi pertanyaan yang di tujukan padaku.

Mama turut memakukan pandangan mengikut arah mataku. Aku lihat reaksi terkejut mama. Aku terkedu saat mataku bersabung dengan pandangan mata Rafiq.  Namun cepat-cepat aku melarikan pandangan mataku.  Lantas tanpa menunggu lama aku bingkas bangkit meninggalkan mama serta papa.

“ Fida, Fida,” seru mama berulang kali.

“ Fida. Sayang.” Aku terus saja melangkah laju tanpa menoleh ke belakang lagi. Sungguh aku tidak kuat untuk berdepan semuanya.

‘ Patutlah tak pernah jenguk aku kat Hospital. Sampai hati kau Rafiq. Aku ingat kau jujur. Aku cuba tutup mata aku dengan kelakuan kau. Tak cukup di Zouk Club, dekat sini pun kau nak buat perkara sumbang? SubhanaALLAH. Kuatkanlah hatiku ya ALLAH,” rintihku di dalam hati.

“ Fida, sayang… sudahlah. Mari kita balik nak. Tak guna kamu bersedih untuk lelaki yang seperti dia. Kamu layak mendapat lelaki yang lebih baik dari dia,” bisik mama di telingaku.

“ Kenapa ni?” soal papa dengan perasaan yang hairan.

“ Sudahlah bang. Marilah kita balik saja. Nanti Maz ceritakan pada abang,” lembut suara mama berkata. Aku menarik nafas sebelum membuka pintu kereta.



Setelah dileteri mama akhirnya aku membuat keputusan untuk berjumpa dia. Ya! Dia yang selama ini bertakhta di hati ini. Namun dia jugalah yang mematahkan rasa cinta ini buat dirinya. Menggigil tubuh badanku saat mendengar suara di hujung talian.

Hello sayang.”

“ As… assalamualaikum Fiq.”

“ Waalaikumsalam. Hai… sejak bila kekasih Fiq ni pandai nak bagi salam bagai ni?” Aku mengetap bibir mendengar bicara Rafiq. Teruk sangatkah aku memberikan salam?

I want to see you. Kita jumpa tempat biasa.” Sengaja aku menegaskan suara. Tidak mahu Rafiq mempermainkan diriku lagi.

“ Okey sayang. Lagipun Fiq rindukan Fida.”

Aku senyum sinis medengar bicara Rafiq. Terasa bengkak hatiku mendengar segala penipuan Rafiq.

TAMAN GELORA, KUANTAN


MIA AFIDA, kenapa awak bohong pada saya? Kenapa awak tak jujur saja? Kenapa Fida? Susah sangat ke awak nak cakap bahawa tiada ruang di hati awak untuk saya lagi?” soal Rafiq Mazlan kepadaku. Aku hanya tersenyum sinis.

“ Maafkan Fida.” Balasku ringkas. Sesungguhnya aku tidak mampu untuk bersuara kerana perasaan sedih yang mencengkam kalbuku. Sedih kerana semudah itu aku dibohonginya.

“ Maaf? Heh! Mudahnya Fida mohon maaf? Macam apa yang jadi pada kita selama bertahun ni tak memberi apa-apa kesan pada hati Fida. Fiq tak sangka, Fida kejam,” marah Rafiq padaku. Aku mengalih pandangan dari terus direnung Rafiq.

“ Rafiq! Sebelum Rafiq tuduh Fida bukan-bukan Fida nak tanya satu soalan.”


“ Tanya apa sayang?”

“ Dimana Rafiq saat Fida bertarung nyawa di Hospital? Rafiq tak pernah jenguk Fida bukan?” Aku melihat peluh yang merenik di dahi Rafiq. Aku tahu pasti Rafiq akan memutar belitkan cerita kerana mahu membela dirinya yang terang-terangan bersalah.

“ A… apa Fida cakap ni? Fiq selalu la pergi jenguk Fida,” bohong Rafiq. Namun tidak semudah iu untuk aku mempercayai katanya lagi.

“ Selalu jenguk? Erm… macam mana pula pada malam Fida kemalangan tu? Fiq jangan bohong pada Fida. Sebab Fida nampak dengan jelas bahawa Fiq sedang…” aku menghentikan kata-kataku seketika. Terasa mual pula mengingatkan wajah Rafiq saat bercumbuan dengan wanita itu.

Rafiq sudah mula menggelabah. Lantas aku meneruskan kata.

“ Fida nampak Rafiq… sedang bercumbuan dengan seorang wanita. Yang lebih mengejutkan wanita tu agak berusia. Bulan lepas dekat MaryBrown. Fida nampak Fiq dengan wanita yang sama. So rasanya dah jelas kenapa Fida nak putuskan hubungan kita.”

“ Fida err… Fiq boleh terangkan semuanya. Please… bagi Rafiq peluang.”

“ Dah takde peluang dan juga ruang untuk Rafiq dalam hati Fida. Segalanya dah jelas. Fiq cuma mempermainkan Fida saja. Cukuplah Rafiq. Segalanya dah berakhir,” ujarku lantas bingkas meninggalkan Rafiq.

Rafiq menyambar pergelangan tanganku. Aku meronta agar dia melepaskan pergelangan tanganku.

“ Fiq lepaskan Fida. Sakitlah.”

Nope. Fiq tak akan lepaskan Fida.” Aku tergamam mendengar suara Rafiq yang memetir itu.

“ Lepaslah. Fida benci Rafiq!” suaraku juga sudah sama nada dengan suaranya.

“ Fida tahu tak yang Fiq cintakan Fida?”

“ Cinta? Fiq tahu ke apa makna cinta? Jangan tahu lafaz je tapi maknanya langsung Fiq tak tahu,” sinisku seraya merentap tanganku yang masih berada di dalam gengaman Rafiq.

“ Fiq tahu Fiq salah. Tapi tolong sayang. Bagi Fiq peluang kali kedua,” rayu Rafiq padaku. Suaranya yang tadinya meninggi kini sudah mulai menurun nadanya.

‘ Fida, sudah. Jangan lagi kau dengar pujuk rayu dia. Ingat Fida, kalau kau terus bersamanya kau akan kehilangan kebahagiaan hidup yang baru saja kau kecapi kini. Mana lebih penting? Cinta ALLAH atau cinta manusia?’ Aku mendengar suara hatiku yang bertingkah sesama sendiri.

“ Fida, sayang tolonglah. Fiq benar-benar sayangkan Fida.” Aku tersenyum sinis lantas terus aku berlari meninggalkan Rafiq tanpa menoleh ke belakang lagi.

“ Fida, Fida!” Aku tidak mempedulikan Rafiq yang menjerit-jerit memanggil namaku. Apa yang aku tahu kini aku mahu meninggalkan segala kenangan kami bersama.

Aku menangis semahu-mahunya. Benar aku cintakan Rafiq namun cintaku padanya telah terkubur dek sikapnya itu. Sungguh aku tidak sanggup untuk terus diperbodohkan olehnya. Aku mengesat airmata yang tidak berhenti mengalir sebaik melihat nama ‘Mama’ tertera di skrin telefon bimbitku. Aku memberi signal ke kiri, lantas aku berhentikan kereta. Dengan rasa malas aku mengangkat panggilan itu.

“ Assalamualaikum ma,” lemah suaraku menyapa mama.

“ Waalaikumsalam sayang. Fida di mana ni? Sudah berjumpa dengan Rafiq Mazlan atau belum? Fida dah putuskan hubungan Fida dan Rafiq?” soal mama bertalu-talu.

“ Sudah ma,” balasku ringkas.

“ Bagus. Ingat Fida! Jangan sesekali kamu berjumpa atau berlembut hati dengan Rafiq lagi. Lebih ramai lelaki yang baik untuk kamu di luar sana,” nasihat mama padaku.         

Aku hanya diam tanpa menjawab. Kepalaku terlalu sarat memikirkan perpisahan antaraku dan juga Rafiq Mazlan. Satu-satunya jejaka yang aku cintai.

“ Mia Afida kamu dengar atau tidak ni?” suara mama naik satu oktaf.

“ Dengar ma,” ucapku sepatah.

“ Fida kamu kenapa ni? Sepuluh patah mama bebel satu patah perkataan saja kamu jawab?” soal mama lagi.

“ Ma, Fida dah penat dengan semua ni. Fida rasa nak pergi bercuti. Nak tenangkan fikiran,” lembut suaraku seakan meminta agar mama memahami perasaanku.

“ Baiklah Fida. Tapi kamu hati-hati. Dan jangan pergi jauh-jauh sangat. Faham?” sempat mama memberi amaran padaku.

“ Faham ma. Okeylah Fida letak telefon dulu. Ma jaga diri. Kirim salam pada papa. Assalamualaikum.” Pantas aku memutuskan talian setelah mendengar mama menjawab salam.

 Aku memecut kereta laju sehinggalah tanpa sedar bahawa aku telah pun sampai di rumah sewaku. Segera aku memarkingkan kereta di bahu jalan. Lantas aku menyelinap masuk ke dalam rumah.

Aku tersentak melihat rambut Siti Khadijah yang kusut masai itu. Persis sekali seperti rambut Hantu Kak Limah di dalam cerita Zombi kampung Pisang itu. Hu hu…

“ Oh mak kau!” spontan bibirku melatah. Aku mengurut dada yang berdegup kencang.

Siti Khadijah ketawa mengekek melihat wajah terkejutku. Hampeh punya kawan. Ni mesti baru bangun tidur. Siti Khadijah merupakan sahabatku semasa aku belajar lagi. Disebabkan perangainya yang gila-gila itulah yang membuatkan kami kekal bersahabat sehinggalah sekarang.

 Sorry.” Siti Khadijah memohon maaf kerana membuatkan aku terkejut beruk.

“ Apa sorry-sorry? Tiada maaf bagimu,” selorohku lantas ketawa mengekek melihat muncung empat belas Siti Khadijah.

Meskipun aku mampu untuk duduk di rumah yang lebih baik dari rumah sewaku ini namun aku tidak mahu. Kerana aku selesa hidup bersederhana.

“ Kau ni dari mana?” tanya Siti Khadijah. Lantas dia menarik tanganku agar melabuhkan duduk di atas sofa.

“ Aku baru lepas… jumpa Rafiq,” ujarku lemah.

“ Oh! Kau dah terus terang pada dia?” soal Siti Khadijah.

“ Ya,” ujarku lantas aku melepaskan keluhan berat.

“ Dia terima ke tidak keputusan kau?”

“ Kot ya pun bagilah aku duduk dulu. Kau ni la macam polis pencen je la,” usikku lantas aku melabuhkan punggung di atas sofa.

Siti Khadijah hanya menayangkan giginya yang tersusun rapi. Ceh! Mentang-mentang gigi cantik. Ha ha…

“ Beb! Amacam? Mamat tu terima ke alasan kau?” soal Siti Khadijah bertubi-tubi.

“ Terima atau tidak aku tak mahu ambil tahu lagi. Aku ingat nak bercuti. Hilangkan tension dalam kepala otak aku ni. Kau nak ikut?” pelawaku pada Siti Khadijah. Ajak-ajak ayam je. Ngeee…

“ Tak apalah. Kau pergi sajalah. Aku  tak mahu ganggu kau. Aku mahu lihat Mia Afida yang baru setelah kau kembali dari bercuti.” Jujur aku terharu dengan ucapan Siti Khadijah. Syukur kerana ALLAH memberika aku peluang untuk berubah.

Aku menggengam erat jemari Siti Khadijah. Kami saling berpandangan. Sesekali Siti Khadijah menyeka airmataku dengan telapak tangannya.

“ Fida, aku sayang kau. Aku tahu kau kuat. Aku sentiasa di sisi kalau kau perlukan pertolongan aku,” ujar Siti Khadijah seraya memengang kedua belah bahuku agar menghadapnya.

“ Terima kasih beb! Aku terharu dengar kau cakap macam tu,” ujarku lantas merangkul tubuh Siti Khadijah. Spontan aku menangis di bahu Siti Khadijah. Habis lencun baju Siti Khadijah dek air mataku.

“ Kau pergilah kemaskan kain baju kau. Aku nak mandi kejap. Nak masuk waktu asar dah ni,” ujar Siti Khadijah.

Segera aku melangkah masuk ke bilikku untuk mengemaskan pakaian. Seketika aku berfikir destinasi untuk bercuti. Setelah penat berfikir aku membaringkan tubuh yang terasa lesu. Aku bergolek ke kiri, kemudian aku golek ke kanan. Entah bila aku terlelap juga aku tidak tahu. Sedar-sedar saja aku mendengar suara leteran Siti Khadijah.

“ Woi! Mak cik, bangun. Dah penghujung asar ni weh! Bangun sebelum aku mandikan kau dekat sini,” jerit Siti Khadijah garang.

“ Erm, aku bangunlah ni,” ujarku sambil bermalas-malasan di atas katil.

“ Bangun!!”segera aku duduk di atas katil apabila mendengar suara tarzan Siti Khadijah di telingaku.

“ Siti!!” Aku jerit kecil. Wajahku kemerahan tanda marah. Siti Khadijah Menjelirkan sambil mempamerkan wajah tidak bersalah.

Tanpa membuang masa lagi aku bergegas ke bilik air. Sesaat kemudian aku keluar semula. Terlupa pula aku ambil tuala mandi. Ni semua kerana suara tarzan Siti tulah He he… Usai mandi dan memakai pakaian aku membentangkan sejadah untuk berjumpa kekasih yang abadi.

Usai solat aku melipat telekung dan juga sejadah lantas aku letakkan didalam bag sandang. Lebih mudah andai aku mahu berhenti solat di mana-mana. Setelah puas berfikir aku memutuskan untuk ke Langkawi. Kerana itulah satu-satunya tempat yang aku teringin benar untuk menjejakkan kaki. Mungkin ada orang akan mengutukku yalah, nama saja anak orang kaya tapi melancong dalam negeri pun belum pernah pergi. Hello! Bukan aku tak mahu pergi tapi jika aku mahu pergi aku akan pergi seorang tanpa di tanggung oleh papaku.

Aku meminta agar Siti Khadijah menghantarkan aku ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Aku bercadang ingin naik flight saja kerana aku letih. Letih memikirkan masalah yang tidak pernah surut. Aku menunggu sehingga jadual untuk penerbangan ke Langkawi diumumkan. Siti Khadijah pula ku arahkan untuk membeli air.

“ Nah air.” Aku mendongak memandang wajah Siti Khadijah.

“ Terima kasih,” ucapku sepatah.

“ Kau yakin ni boleh pergi seorang?” soal Siti Khadijah sambil merenung tepat anak mataku.

“ Yalah. Bukan jauh sangat pun. Langkawi je,” ujarku tanpa memandang wajah Siti Khadijah.

“ Beb! Memang pada kau tak jauh. Tapi kau ingat Fida, kau kat tempat orang nanti jangan pula leka. Maksud aku solat! Jangan tinggal solat.” Siti Khadijah memberikan nasihat padaku.

Selama ini hanya Siti Khadijah satu-satunya sahabat yang mampu merubahku. Mama sendiri tidak pernah mengingatkan aku soal hukum hakam agama. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan insan sebaik Siti Khadijah. Namun syukur alhamdulillah kerana sekarang mama serta papa sudahpun mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta.





p/s = harap terhibur..... siapakah hero erk???? kalau Rafiq jadi hero harap terimalah ye :)

4 comments:

  1. padan muka Rafiq! grr... haha
    terima kasih kak weeda. beruntung Fida dapat kawan macam Siti. Kawan ketika susah dan senang :)
    semakin ingin tahu siapakah heronya. hehe.

    ReplyDelete
  2. ngeeee nak tau heronya???ngeee akan tahu next bab :)

    ReplyDelete
  3. heee baby mio thanks kerana memprotes ngeee

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design