Saturday, March 15, 2014

DIA DI HATI BAB 6














ERR… Mirza boleh Mia tanya sesuatu?” soalku sedikit perlahan. Bimbang juga Mirza tidak suka akan apa yang ingin aku tujukan.

“ Tanya apa sayang?” Merona merah wajahku. Terasa bagaikan mimpi saja mendengar Mirza memanggilku ‘sayang’.

“ Mirza panggil apa tadi?” soalku pura-pura tidak mendengar. Sedangkan hati di dalam berbunga-bunga harum. He he…

“ Kenapa? Mia tak suka?”

“ Eh, tak adalah. Mia err…” terhenti kata-kataku. Tidak tahu ingin menjawab apa. Mustahillah aku ingin jawab aku suka dipanggil begitu. He he. Hendak mengaku terasa malu pula. Lantas aku hanya mendiamkan diri sahaja.

“ Mia, Mia sayang. Maaf kalau tak suka. Mia nak tanya apa tadi?” suara Mirza menghentikan senyuman yang terukir di bibirku.

“ Mia nak tanya tentang wanita tadi. Dia tu ke bekas tunang awak?” soalku mengenai Idayu.

53

“ Yup. Dia tu Idayu, bekas tunang Mirza. Kenapa?”

Takde apa. Kesian Mia tengok dia,” ujarku selamba.

Kesian? Kenapa pula?” Mirza menyoal sambil berkerut dahi seribu. Tapi walau apa pun dia tetap comel hu hu…

Kesian la tengok dia. Muka cantik. Tapi sayang miskin benar,” komenku tanpa segan silu.

“ Miskin? Mia kalau nak tahu, Idayu tu anak orang kaya tau!” ujar Mirza lantas ketawa kecil.

Demi saja mendengar bicara Mirza lagilah membuatkan aku terganga mendengarnya. Kalau Idayu tu anak orang kaya kenapalah papa dan juga mamanya tidak beli baju yang menutup aurat untuk anaknya itu? Cewah kau ni Mia sejak bila pandai jadi pengkritik ni? Heh! Dulu pun kau sama je macam Idayu tu.

“ Kalau benar Idayu anak orang kaya, kenapa pakaiannya tu masya-ALLAH. Terdedah sana-sini. Mia ni bukannya apa. Mia pun tak adalah sempurna mana. Tapi jujur Mia kata Mia yang perempuan ni pun malu melihat cara pemakaian dia.

Mia bukannya nak mengaibkan Idayu. Tapi Mirza… cara Idayu berpakaian terlalu menjolok mata. Mia pun bukannya menutup aurat sepenuhnya. Tapi Mia sedang mencuba untuk merubah diri Mia ke arah yang lebih baik. Dan Mia berdoa agar ALLAH memberi hidayah dan petunjuk pada Mia,” ujarku panjang lebar. Roman wajah Mirza hanya tenang. Sumpah aku kata melihat wajahnya benar-benar memberikan ketenangan padaku.

“Mirza.”

Senyap.

“ Mirza.”

Senyap.

54

Sorry kalau Mirza marah tentang apa yang Mia katakan ni. Tapi Mia cuma luahkan apa yang bermain di fikiran Mia saja,” ujarku seraya menundukkan wajah.

“ Mia tahu tak? Sebenarnya Mia dah diberi hidayah ALLAH. Buktinya cara Mia berbicara soal pemakaian tadilah. Mirza tak marah. Mungkin dulu Mirza jahil sehinggakan Mirza tak pernah tegur soal tu. Tapi Mirza kagum kerana Mia suarakan apa yang Mia tak suka.”

Aku menarik nafas lega. Aku fikir Mirza akan memarahi aku soal itu. Namun sangkaanku meleset sama sekali.

“ Dulu Mirza selalu sangat belikan pakaian yang agak terdedah untuk Idayu. Mungkin sebab itu juga Idayu berubah.”

Berkerut dahiku mendengar cerita Mirza. Entah mengapa aku teringin benar untuk mengetahui kisah hidupnya.

“ Berubah? Maksudnya?” soalku tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut.

“ Waktu Mirza kenal Idayu, dia seorang yang baik. Cantik. Dan Idayu sentiasa menutup auratnya. Namun kerana Mirza dia berubah. Mirza selalu bawa Idayu ke Club. Kami selalu berfoya-foya. Namun kami tidak pernah melakukan perkara yang dilaknat ALLAH.

Tapi Mirza ingat lagi satu malam tu Mirza dalam keadaan mabuk. Idayu pun sedang mabuk. Hampir saja Mirza meragut kesucian Idayu. Nasib baik waktu tu ada kawan Mirza yang halang. Kalau tak pasti Mirza… entahlah. Mirza rasa diri Mirza ni kotor sangat.” Mirza mengeluh penuh kekesalan.

Aku mendengar setiap yang diceritakan Mirza. Kisah hidupnya yang penuh noda memberikan iktibar kepada diriku.

“ Dulu Idayu tak pernah ke Club. Tapi sejak kami bertunang, Idayu sudah mula buka tudung. Dia sudah mula berjinak dengan air kencing syaitan. Dia juga sudah mula mengambil pil ectacy. Semuanya kerana Mirza. Mirza yang mencemarkan dirinya.

55

Mirza sangat kotor. Satu hari tu Mirza dengar bahawa Idayu ditangkap khalwat dengan seorang lelaki di bilik hotel Tapi… kerana sayang Mirza pekakkan telinga. Butakan mata. Mirza tak sanggup kehilangannya.” Aku mengesat airmata yang bergenang di kelopak mata. Hatiku cemburu akan kesetiaannya itu.

“ Mirza semua orang tak pernah lari dari buat silap. Mia juga tak pernah lari dari kesilapan. Mia rasa jijik dengan diri Mia sendiri. Kerana sayang Mia biarkan saja Rafiq sewenangnya untuk memeluk Mia. Sedangkan Mia tahu bersentuhan dengan bukan muhrim itu haram. Mia rasa cemburu dengan kesetiaan Mirza. Sedangkan Rafiq tak jujur dengan Mia,” ujarku sambil mengawal intonasi suara.

“ Kita dipertemukan dengan insan yang salah pada mulanya. Sebelum kita dipertemukan dengan orang yang benar (yakni) jodoh kita. Manalah tahu jodoh Mia di depan mata saja kan? Kita tak tahu perancangan ALLAH,” ujar Mirza dengan tenang.


“ Jodoh depan mata?” soalku semula. Bagaikan tertarik dengan apa yang diperkatakan Mirza.

“ Ya. Jodoh depan mata. Kita tak tahu perancangan ALLAH kan? ALLAH Maha Mengetahui.”
" In sya ALLAH. Mirza nak tahu tak?”

“ Tahu apa?” soal Mirza seraya tersenyum. Hatiku semakin bergetar melihat senyumannya itu.

“ Mia rasa tenang setiap kali Mia bersama Mirza. Setiap kata-kata Mirza sangat bermakna. Mia bersyukur kerana ALLAH pertemukan kita.”

Mirza tersenyum mendengar kataku. Aku memandang wajahnya tanpa berkelip. Mirza akan lebih kacak apabila dia tersenyum. Sungguh hatiku benar-benar terpaut akan keperibadiannya.

56

“ Mirza pun rasa begitu. Entah mengapa. Bila Mirza bersama Idayu tak pernah pula rasa tenang sebegini.” Hatiku dipagut cemburu saat nama Idayu terpacul dari ulas bibirnya.

“Mia ingat nak pergi jalan-jalan ke Langkawi. Mirza tak mahu ikut ke?”  soalku tentang perancangan yang tersemat di minda.

“ Tak mengapalah. Mirza tak mahu susahkan Mia. Lagipun Mirza tak selesa nak bersesak di tempat yang ramai orang. Cukuplah bagi Mirza dapat tenangkan fikiran di pantai je.”

“ Tapi Mirza… takkan la sekadar nak duduk di resort je? Tak bosan ke?”

“ Mia… takde erti bosan dalam hidup, kalau kita mengabdikan diri pada ALLAH S.W.T. Kita boleh solat sunat. Kumpulkan bekalan untuk akhirat. Baca ayat al-Quran. Banyak tau yang kita boleh buat. Mia untung, sebab ALLAH masih meminjamkan mata untuk Mia melihat. Sedangkan Mirza…” pantas aku menutup bibir Mirza. Namun sepantas kilat aku menarik semula tanganku. Merona merah wajahku saat itu.

“ Maaf… Mia tak sengaja. Mia tak suka dengar Mirza sebut tentang kekurangan Mirza. ALLAH dah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.”

Mirza tersenyum mendengar bicaraku. Hatiku menjadi galau. Entah kenapa aku merasa tidak selesa saat kekurangannya di ungkit. Baru saja aku ingin membuka mulut tiba-tiba ringtone Tuhan Jagakan Dia berkumandang. Lantas aku mencapai handbag di sebelah. Saat melihat nama yang tertera aku tersenyum lebar.

“ Assalamualaikum Siti. Wei! Rindunya aku dekat kau.” Terus saja aku menyapa Siti Khadijah.

“ Waalaikumsalam. Kau tu bukan reti nak telefon aku. Apa cerita? Kau dekat mana?”

“ Aku? Dekat Lagoon resort. Aku ingat nak pergi jalan-jalan pusing Langkawi. Tapi…” aku mengetap bibir sambil memandang wajah Mirza. Raut wajahnya tenang sekali. Aduh! Hati aku dah macam berlari 100 meter je. Berdetak kencang.

“ Kau tak jalan-jalan lagi? Dah tu kau pergi mana je?” soal Siti Khadijah hairan.

57

“ Aku jalan-jalan dekat pantai. Tenang juga. Pantai kat sini cantik tau. Eh, Siti kejap ya.”

“ Mirza awak tunggu kejap ya. Saya nak berbual dengan kawan saya.”

“ Baiklah. Jangan lama-lama ya Mia.” Aku tersenyum mendengar pesan Mirza.

“ Ha… kau cakap dengan siapa tadi? Aku dengar macam suara lelaki je.” Erm dia dah mula dah. Siti Khadijah ni agaknya dulu cita-cita nak jadi wartawan kot. Tapi sayang… tak kesampaian. Ha ha…

“ Kau ni kan dulu cita-cita nak jadi wartawan eh?” selorohku lantas ketawa mengekek.

“ Fida! Aku tanya elok-elok ni,” suara Siti Khadijah naik meninggi.

“ Ala aku gurau je. Dia tu Mirza. Orangnya handsome. Baik, comel. Aku rasa tenang setiap kali dia bertutur. Aku rasa… bahagia. Entahlah… Siti perasaan aku pada Rafiq dulu tak sama dengan perasaan aku pada Mirza. Bila aku dengan Mirza, aku rasa macam tak mahu masa berlalu dengan cepat. Aku sendiri aneh dengan perasaan aku ni,” luahku panjang lebar tentang perasaanku.


SITI KHADIJAH




“ Wah bibit-bibit cinta dah bermula la ni? Tahniah my dear. Umur dia berapa? Kerja apa?” soal Siti Khadijah bertalu-talu. Dia pula yang excited bagai. Ngee…

“ Err… Siti aku tak pasti dia kerja apa. Aku belum tanya habis-habis lagi. Setakat ni perbualan kami hanya tentang masa silam kami je.”

“ Fida aku nak nasihatkan kau ni. Kalau kau dah jumpa seseorang yang mampu sayangkan kau, terima kau seadanya kau kena beri ruang. Lupakan kisah silam kau. Buka buku baru. Tapi ingat ya sayang, cinta macam mana sekali pun kau pada Mirza jangan sesekali kau lupakan ALLAH S.W.T. Ingat tu,” pesanan Siti Khadijah menerobos masuk ke sanubariku. Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa memberikanku nasihat.

“ Terima kasih selalu ingatkan aku.” Aku menoleh melihat Mirza. Namun apabila melihat Idayu sedang menyendeng dengan Mirza membuatkan darahku menyelirap.

58

“ Siti nanti aku call kau ya. Bekas tunang Mirza kacau dialah. Rimas aku tengok. Assalamualaikum.” Setelah Siti menjawab salam segera aku memutuskan talian.

“ Arief tolonglah jangan buat I macam ni. I masih sayangkan you,” ujar Idayu seraya melutut di hadapan Mirza.

“ Sejak awak tinggalkan saya untuk bersama dengan lelaki lain hati saya hancur. Lumat bagai diblender. Do you want to know something? I don’t love you, like i did yesterday Idayu. Tinggalkan saya macam mana awak pernah lakukan dulu. Saya cukup bahagia dengan kehidupan saya sekarang.”

Pantas aku mendekati Mirza. Idayu merenungku tajam. Namun aku hanya buat tak tahu saja.

“ Ini semua sebab perempuan ni kan? You tak boleh terima I disebabkan perempuan ni kan?” herdik Idayu seraya menepis tanganku dari memimpin Mirza.

“ Idayu tolong jaga kelakuan awak. Mia tak ada kaitan dengan hal kita. Saya dah lama tutup pintu saya untuk awak. Jadi awak tolong faham. Cinta saya, sayang saya tak mungkin wujud untuk awak lagi.” Aku hanya mendiamkan diri. Tidak berani melihat ketegangan wajah Mirza.

“ Mia awak ada kat sini ke?” cepat-cepat aku memegang pergelangan tangannya.

“ Ya, Mia disini. Maaf lama sangat borak dengan Siti. Awak tak ada apa-apa ke?” soalku prihatin. Risau juga andainya Mirza tercedera.

“ Saya okey.”

“ Hei perempuan. Kau dengar sini ya. Kau jangan ingat aku akan meyerah kalah macam tu je. Kau tunggulah. Aku tak kan biarkan kau rampas Arief dari aku,” tengking Idayu seraya menarik rambutku.

“ Lepaskan aku Idayu!” tengkingku kuat. Terasa mahu tercabut rambutku dari akar umbinya.

59

“ Idayu lepaskan Mia Afida. Sekali lagi awak sakitkan dia saya takkan maafkan awak. Lebih baik awak pergi dari sini.”

“ Tapi Arief I perlukan you,” rayu Idayu lagi. Tanpa segan silu Idayu merentap tangan Mirza. Lantas aku ditolaknya ke belakang.

I don’t need you anymore. Tolong pergi dari sini Idayu.”

“ Arief tolonglah faham. I tak boleh hidup tanpa you.”

“ Awak yang memutuskan pertunangan kita. Awak yang tinggalkan saya bila saya cacat. Buta. Tapi… Mia tak pernah tinggalkan saya. Walau dia tahu saya begini tapi dia tetap ada untuk saya. Tak macam awak,” sinis kedengaran nada Mirza. Aku tergamam. Tidak tahu sama ada Mirza ikhlas atau tidak akan pertuturannya.

“ Dia tu cuma kasihankan you je. Dia bukan benar-benar ikhlas dengan you.” Aku dapat merasakan bahawa Idayu sedang mengapi-apikan Mirza. Aku menunggu bicara dari ulas bibir Mirza.

“ Keikhlasannya hanya ALLAH yang tahu. Saya percaya Mia tak sama macam awak. Cuma di sisi saya saat saya senang. Namun bila saya susah awak… tinggalkan saya. Sadis bukan?” perli Mirza seraya tersenyum sinis. Mirza melepaskan pautan tangan Idayu yang berpaut pada lengannya.

“ Berapa kali I nak cakap dekat you yang i…” pantas aku mencaras bicara Idayu. Terasa mual mendengar setiap pujuk rayunya.

“ Sudahlah Cik Idayu. Tak perlu dipujuk rayu lagi. Cinta tak boleh dipaksa. Begitu juga hati. Saya bukan nak menyibuk. Tapi saya rimas tengok sinetron di hadapan mata saya. Semak je.”

“ Eh! Kau diam boleh tak? Aku tak cakap dengan kaulah.”

60

“ Idayu tolonglah. Awak pergi dari sini. Pergi dari hidup saya. Saya tak perlukan awak,” ujar Mirza lirih. Terus saja aku mendekatinya. Aku melihat airmatanya mengalir.

“ Tak! I takkan tinggalkan you macam yang I pernah buat dulu.”

“ Pergi! Mulai saat ni awak jangan pernah muncul depan saya Idayu. Yang saya perlukan hanyalah ketenangan. Bersama keluarga, ketenangan bersama… Mia Afida. Dan yang penting sekali ketengangan dalam mencari redha ALLAH.”

Doom!

Eh! Betul ke apa yang aku dengar tadi? Mirza kata ketenangan bersama aku? Aku? Mia Afida? Biar benar? Ta… tapi kenapa aku rasa bahagia erk?

“ I takkan lepaskan you Arief. I bersumpah kalau I tak dapat you perempuan ni pun tak akan dapat you,” usai berkata Idayu berlalu meninggalkan kami.

“ Mia awak tak apa-apa ke?” soal Mirza dengan lembut.

“ Mia okey saja. Marilah kita balik resort. Mia belum solat asar lagi,” ujarku seraya memimpin tangan Mirza.


Tok! Tok!

Segera aku melipat telekung sebaik saja mendengar ketukan di pintu. Dalam hati aku memikir siapakah yang mencariku? Mirzakah? Ah! Hati ini sering kali terbuai dengannya. Bahkan menyebut nama Mirza saja mampu membuatkan diri ini tersenyum. Aku menguak daun pintu bersama senyuman. Namun terus mati senyumanku apabila wajah tegang Idayu terjengul di depanku.

61

“ Awak nak apa datang jumpa saya?” soalku dengan bermacam rasa bergelut di dalam hati.


“ Mana Arief?” soal Idayu dengan wajah yang garang.

“ Eh! Hello awak ingat saya duduk sebilik dengan dia ke? Manalah saya tahu bilik dia di mana,” bohongku seraya menghadiahkan jelingan maut padanya.

“ Eh! Perempuan aku tak suka kau rapat dengan dia. Jauhkan diri kau dari Arief kalau kau sayangkan nyawa kau. Faham?”

“ Kenapa? Apa yang awak nak buat pada saya?” tanyaku berani. Aku menentang anak mata Idayu tanpa rasa gentar.

“ Kau ingat ya. Aku takkan benarkan kau rampas Arief dari aku.”

Aku tersenyum sinis. Muak untuk terus mendengar ugutan kurang matang Idayu. Aku tak boleh diam je perkara ni. Harus aku basuhkan Idayu. Biar dia sedar diri sikit. Heh!

“ Cik Idayu, saya nak cakap sikitlah. Mirza dan juga saya sama-sama pernah terluka. Dan saya faham perasaan dia. Tak mudah untuk dia menerima orang yang sudah pun tinggalkannya. Banyak kali saya tekankan pada awak, bahawa cinta tak boleh dipaksa. Cinta juga tak seharusnya memiliki. Cik Idayu lupakan saja Mirza. Kerana saya tahu Mirza juga sedang melupakan Cik Idayu.” Usai berkata terus saja aku menutup daun pintu.

“ Kurang ajar. Egrh! Kau tunggu pembalasan dari aku.” Aku mematungkan diri mendengar ugutan Idayu.

Saat mendengar derapan kaki Idayu berlalu pergi barulah boleh aku bernafas dengan tenang. Aku mundar mandir di dalam bilik. Sekejap aku berdiri, sekejap lagi aku duduk. Aku keresahan dengan apa yang diperkatakan Idayu.


62

Aku menarik nafas kemudian aku hembuskan kembali. Aku berharap agar Idayu tidak lagi menggangguku.
MIRZA
MIA



0 comments:

Post a Comment

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design