Saturday, July 12, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 6










NATASYA termenung di anjung rumahnya. Masih tergiang peristiwa dua tahun lalu. Dimana sebelum kejadian yang menyebabkan Adrian semakin menjauh darinya. Dia menangis teresak-esak mengenangkan peristiwa itu. Biarpun sudah dua tahun berlalu namun masih segar di ingatannya seperti baru semalam peristiwa itu berlaku.

“Pa, papa… Adrian pa. I dah cari dia dalam bilik. Di bilik bacaan, bilik muzik. Tapi… dia tak ada pa,” adu Datin Hanis pada suaminya.

“You ni biar betul? Lagi satu jam je Rian akan bernikah dengan Tasya. Tak mungkinlah. You dah cari cuba cari di studio?”

“I dah call Akim. Tapi dia kata Rian tak ada datang studio dah beberapa hari. I ta… takut dia tinggalkan kita,” ujar Datin Hanis. Suaranya jelas bergetar. Perasaan takut kehilangan semakin mencengkam sanubari.

Sedang dua hati tua itu kerisauan, mereka disapa Raihana. Wajahnya pucat lesi.

“Kamu kenapa ni Raiha? Pucat saje muka kamu.”

“Ma… pa. Abang Rian tinggalkan surat ni untuk kita. Dan yang ni pula untuk Tasya.” Raihana mengunjukkan surat yang diambil dari atas katilnya.

Menggeletar tubuh Datin Hanis membayangkan kehilangan Adrian. Dia jatuh lalu rebah di atas lantai. Nasibnya baik kerana Dato Izwan sempat merangkul tubuhnya. Dengan tangan yang menggigil Dato Izwan gagahkan diri untuk membaca tulisan tangan Adrian.



Papa, Mama, Raihana

Pertama sekali Rian nak minta ampun, minta maaf. Tapi… pemergian Rian bersebab. Rian tak sanggup nak teruskan perkahwinan ini. Rian sudahlah cacat, Rian takut tak mampu untuk galas tanggungjawab sebagai seorang suami pada Tasya. Rian malu nak berdepan dengan papa dan mama. Rian bukanlah anak kalian. Rian lahir dari benih yang tak sah taraf.

Pa…

Jujur Rian kata Rian sayangkan papa. Tapi… status diri Rian membuatkan Rian benar-benar jijik untuk terus berada di samping papa.

Ma…

Didiklah Raiha dengan sebaik-baiknya. Janganlah izinkan Raiha untuk bebas bergaul dengan siapa pun. Tanggungjawab menjaga Raiha terletak pada bahu mama dan papa. Jika baik didikannya maka baiklah akhlaknya.

Raiha…

Abang sayangkan Raiha. Biarpun kita bukan adik beradik kandung, namun abang akan tetap sayangkan Raiha. Abang tak mahu Raiha mencemari diri Raiha sebagaimana yang terjadi pada ibu kandung abang. Raiha jaga diri baik-baik. Abang sayangkan Raiha. Tolong sampaikan ucapan maaf abang buat Tasya. Abang tak sepatutnya berjanji untuk menikahinya setelah abang mengetahui status diri abang. Sesungguhnya abang cintakan Tasya, namun antara kami ada tembok yang memisahkan.

Salam sayang, penuh kasih

ADRIAN

Datin Hanis meraung apabila suaminya selesai membaca luahan hati Adrian. Dia menggeleng kepala berkali-kali. Dato Izwan memicit pelipisnya. Raihana terkedu saat mendengar ucapan sayang Adrian. Bagaikan terbayang wajah dan senyuman manis abang yang selama ini dibencinya. Dia menghayun langkah gontai untuk memberi sepucuk surat untuk Natasya.

“Surat apa ni Raiha?” soal Natasya dengan lembut.

“Kau bacalah. Dan lagi satu… Rian minta maaf. Dia tak dapat nak teruskan perkahwinan ni.”

Doom! Bagaikan petir sabung menyabung. Wajahnya yang ceria telah bertukar keruh. Dia menggeleng tidak percaya. Pantas dia menyambut surat yang dihulurkan Raihana. Dia membaca surat itu dengan perasaan sebak. Airmata yang membasahi pipi juga tidak dipedulikan.

Tasya…

Rian minta maaf, tapi Rian tak mampu nak teruskan perkahwinan ni. Maafkan Rian. Rian bersalah kerana berjanji untuk menikahi Tasya. Rian tak layak buat Tasya. Terimalah Kamal. Rian yakin bahawa Kamal yang terbaik untuk Tasya. Izinkan Rian pergi dari hidup Tasya… jaga diri baik-baik. Lupakan saja lelaki yang tak guna ni. Rian tak layak bersama dengan Tasya. Ampunkan Rian.
Natasya menangis teresak-esak. Raihana tersenyum sinis memandang Natasya. Puas hatinya melihat wajah Natasya yang keruh itu.

“Kau ingat kau menangis macam ni Adrian nak balik pada kau? Memang taklah.”

“Kenapa? Kenapa tiba-tiba Rian berubah fikiran?” soal Natasya lirih.

Natasya tersentak dari lamunan saat mendengar guruh sabung menyabung di langit. Dia terus-terusan menangis saat mengingati kata-kata kesat Raihana.

“Rian… kenapa awak tinggalkan saya? Saya tak kisah apa saja status diri awak. Yang penting… a… awak selalu ada un… untuk saya,” luah Natasya seraya menyeka airmata dengan telapak tangannya.

“Saya sayangkan awak, bukannya Kamal. Saya ikhlas sayangkan awak. Awak berbeza dari lelaki yang saya kenal sebelum ni. Saya cin… cintakan awak,” sambungnya lagi. Suaranya jelas bergetar.


Pantai Merdeka, Kedah

NATASYA berjalan menghirup udara segar. Kini genap sudah 4 tahun perpisahannya dengan Adrian, lelaki yang sangat dicintainya. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Namun usaha untuk menjejaki lelaki itu selama 4 tahun hanyalah sia-sia.

“Rian… mana awak pergi Rian? Saya rindukan awak,” ujar Natasya lalu duduk di tembok yang terdapat di situ. Hatinya sedikit tenang melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T.

Sedang Natasya melayan perasaan tiba-tiba telinga mendengar bunyi petikan gitar. Dia bangun dari duduknya. Matanya melilau mencari arah bunyi gitar itu. Saat matanya tertancap pada jejaka yang membelakanginya itu dia menghentikan langkahnya. Dia mengamati bunyi petikan gitar yang syahdu itu.

‘Siapa jejaka ni ya?’ hati Natasya bertanya sendirian.

Ku sangka hidupku,
Selamanya kelam…
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta…

‘Suara ni! Ya! Aku kenal suara ni. Biarpun dah empat tahun berlalu. Tapi aku masih kenal empunya suara ni. Ya ALLAH apakah benar? Adakah Adrian yang sedang membelakangiku ini ya ALLAH?’ detik hati kecil Natasya.

Memaksa diriku
Menapaki jalan…
Kaulah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku…

Dan engkaupun hadir…
Memberi cahaya…
Membangunkanku dari suramnya mimpi ngeri…
Meruntun hatiku,
Ke peluk asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku…

Engkaulah cinta…
Yang selama ini aku cari…
Ku relakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu…
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku…

‘Ya ALLAH, aku yakin. Ini suara Adrian. Ya ALLAH apa yang seharusnya aku lakukan?’ Natasya terus bermonolog di dalam hati.

Seandainya waktu
Tak pernah bertemukan
Aku dengan dirimu
Akan ku biarkan mati hatiku pada-NYA…
Hingga kau datang membangunkan aku…

Natasya menekup mulut. Sungguh dia tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya kini. Jejaka itu juga terpaku melihat wajahnya. Tambah mengejutkan lelaki itu sudah boleh berdiri seperti biasa, walaupun masih menggunakan tongkat.

“Rian,” seru Natasya perlahan. Cukup perlahan.

“Ta… Tasya.” Adrian jelas terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia menelan liur yang terasa pahit.
“Awak masih cantik Tasya,” puji Adrian sambil melabuhkan duduk di tembok. Natasya turut melabuhkan punggung di sisi Adrian. Hanya ALLAH yang tahu betapa dia merindui jejaka itu. Jika diikutkan hati mahu saja dia memeluk tubuh itu, namun memikirkan antara mereka tiada hubungan sah, maka dipendamkan hasratnya itu. Lagi pula, dia harus menjaga maruahnya sebagai seorang isteri.
“Terima kasih. Tapi… saya tak layak terima pujian tu. Kenapa Rian? Kenapa awak sanggup tinggalkan saya di hari pernikahan kita? Apa salah saya pada awak?” tanya Natasya sambil menundukkan wajah. Dia menangis hiba.

“Maafkan saya.” Hanya itu yang mampu Adrian ucapkan.

“Awak dah boleh jalan? Bukan doktor kata awak akan err… lumpuh ke?” soal Natasya teragak-agak.

“Ya, memang doktor sahkan saya lumpuh Tapi kita sebagai manusia tak dapat menyangkal kuasa ALLAH. Setelah menjalani komeoterapi, Rian dah boleh jalan. Walaupun masih menggunakan tongkat.”

Natasya menoleh sekilas pada Adrian. Sungguh, hatinya merindui lelaki itu. Namun dia tahu bahawa dia bukan saja tidak boleh hidup bersama Adrian, malah dia juga tidak boleh menyimpan perasaan cintanya pada jejaka itu lagi.

“Ma… macam mana kehidupan awak sekarang Tasya?” Pantas Natasya menoleh saat mendengar soalan dari Adrian. Hatinya merasa sakit mendengarkan soalan itu.

“Kenapa awak nak tahu? Awak tinggalkan saya selama 4 tahun. Pernah tak awak fikir bagaimana kehidupan saya setelah kehilangan awak? Pernah tak awak fikir  Rian?” Mendatar saja suara Natasya.

“Saya minta maaf. Bukan saya tak sayangkan awak. Tapi…”

“Tapi apa? Kenapa Rian? Selama ni saya ikhlas sayangkan awak. Tapi awak tak pernah sedar kan? Sebab tu awak tinggalkan saya di hari pernikahan kita,” sinis Natasya. Entah mengapa hatinya merasa sakit setiap kali mengingati peristiwa itu.

“Sa… saya tak layak untuk insan sebaik awak.”

“Siapa awak untuk menentukan siapa yang layak atau tidak untuk saya? Siapa awak Rian? Awak bukan ALLAH untuk menentukan takdir hidup saya. Hati saya, cuma saya yang berhak untuk menentukannya. Saya sayangkan awak tanpa batasan. Saya tak kisah pun asal usul awak. Tapi… awak tak pernah bagi peluang untuk saya membuktikan sayang saya. Saya kecewa dengan awak Rian. Saya kecewa!” marah Natasya. Dia bingkas bangkit. Hatinya merusuh pilu melihat wajah suram Adrian.

“Awak tak kisah? Walaupun darah yang mengalir dalam badan saya ni darah perogol? Awak tak kisah? Saya tak sesuci awak. Awak lahir dengan cara yang halal. Tapi saya? Saya lahir dari rahim wanita yang tak pernah menginginkan saya lahir ke dunia ni. Saya jijik dengan diri saya. Mungkin awak tak kisah. Tapi… bagaimana pula dengan keluarga awak? Mereka akan pandang serong pada saya Tasya.”

Natasya terpempan mendengar luahan hati Adrian itu. Dia merenung sayu wajah Adrian.

“Saya sayangkan awak Rian. Selama awak menghilangkan diri saya tak mampu untuk berdiri sendiri. Saya terlalu sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi…” Natasya berjeda seketika. Dia merasa tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya itu. Bimbang akan menyakiti hati Adrian dan juga hatinya sendiri.

“Tapi apa?” soal Adrian tidak sabar.

“Saya kini milik orang. Saya dah berkahwin. Selama awak menghilang, saya lemah. Tak bermaya. Dan selama itu jugalah Kamal sentiasa ada di sisi saya. Maafkan saya kerana memungkiri janji. Saya bukannya tak setia pada awak. Tapi… saya simpati pada Kamal. Memang, mulanya sukar untuk saya menerimanya. Namun setelah saya bermimpi tentang awak, saya ambil keputusan untuk menerima Kamal. Dalam mimpi tu awak kata pada saya, terimalah insan yang mencintai saya seikhlas hati. Saya akui Kamal sangat baik. Dan saya cin… cintakan dia. Maafkan saya Rian.”

Adrian tersenyum mendengar ujaran Natasya. Wajahnya tampak tenang sahaja.

“Tasya… tak perlulah awak minta maaf pada saya. Awak memang layak untuk bahagia. Cuma… kebahagiaan awak bukanlah bersama saya,” ucap Adrian dengan tenang. Natasya memanggung kepala melihat keihklasan Adrian. Adrian tersenyum sambil mengganggukkan kepalanya.

“Terima kasih Rian. Saya akan sentiasa mengingati awak. Saya akan mencintai awak selamanya.”

“Cinta awak hanya layak buat Kamal. Saya minta maaf kerana menyalahkan awak. Saya dah tahu perkara sebenar. Raiha beritahu saya… dia yang sakitkan hati awak. Dia juga menolak awak hingga awak hampir dilanggar lori. Saya minta maaf atas segalanya. Saya pergi dulu Tasya. Jagalah suami awak dengan sebaik-baiknya.”

Natasya merasa sedih akan perpisahan ini. Namun dalam masa yang sama dia lega kerana fitnah Raihana terhadapnya sudah pun terbongkar.

KAMAL yang melihat perpisahan itu mengesat airmatanya. Dia menarik nafas lega kerana akhirnya Natasya dapat mendengar alasan Adrian meninggalkannya. Pantas dia mendekati Natasya. Dia menarik tubuh Natasya ke pelukkannya. Natasya menyembamkan wajah ke dada bidang Kamal.

“Menangislah sayang, lepaskan segala yang terbuku dihati,” pujuk Kamal dengan lembut.

“Terima kasih sebab faham situasi Tasya. Tasya sayangkan abang.”

Kamal meloret senyum mendengar bicara lembut isterinya. Dia menarik nafas lega apabila mendengar kata keramat itu.

“Abang bersyukur sangat. Dah lama abang tunggu kata keramat tu dari bibir sayang. Baru sekarang abang dapat dengar. Terima kasih sayang kerana sudi menerima abang.”

Natasya merasa terharu mendengar bicara lembut suaminya. Benar, selama mereka mendirikan rumah tangga tidak pernah walau sekali dia mengungkapkan kata ‘sayang’ itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar seperti Kamal.

“Sepatutnya Tasya yang ucapkan terima kasih. Abang dah banyak berkorban untuk Tasya selama ni. Abang bantu Tasya untuk mencari Rian. Abang juga bersabar dengan segala kerenah Tasya. Walaupun selama ni Tasya tak pernah layan abang dengan sebaik-baiknya. Maafkan Tasya bang,” pinta Natasya lantas menangis di bahu Kamal.

“Abang bertuah kerana memiliki sayang. Abang tak pernah marahkan sayang. Abang terlalu cintakan sayang.”

“Moga jodoh kita berkekalan,” doa Natasya telus ikhlas.

“Aaamiin, insya-ALLAH sayang.”

Adrian yang melihat pasangan romantik itu mengesat airmatanya. Dia tersenyum dalam tangis.

“Moga awak bahagia Tasya. Maafkan saya. Saya tak mampu jadi yang terbaik buat awak. Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi… saya tak layak untuk berganding dengan awak. Saya rasa jijik dengan diri saya sendiri. Selamat tinggal Tasya. Ya ALLAH panjangkanlah jodoh Natasya dan Kamal. Semoga bahagia itu tetap milik mereka,” usai berdoa Adrian memetik gitar mengikut rentak lagu Alasan Untuk Bahagia nyanyian Asfan.

Alasan Untuk Bahagia

Seperti mentari kan hilang,
Mengikut jejakku,
Menghapus bayangmu…
Terus aku membawa cinta…
Jauh dariku…
Jauh darimu…

Dan tidak bisa ku mengerti,
Semua terjadi…
Harus begini…
Kini yang tinggal hanya sisa-sisa kisah
Yang terindah…
Dan hitam tiba membawa derita…

Adrian hanya membiarkan airmata membasahi pipinya. Jiwanya terseksa. Hatinya merintih memanggil nama Natasya.

Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu untukku bahagia…
Seharusnya kau sadari
Separuh jiwa akan mati…
Yang tinggal hanya alasan tuk bahagia…

“Tasya… sesungguhnya Rian terlalu cintakan Tasya. Tapi… kerana status Rian, membuatkan Rian jijik untuk berdiri seiring dengan Tasya,” luah Adrian seraya berlalu meninggalkan Pantai Merdeka.

0 comments:

Post a Comment

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design