Sunday, March 9, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 1











ADRIAN termenung di balkoni biliknya. Sesekali kedengaran keluhan kecil dari ulas bibirnya. Peristiwa semalam terbayang di matanya. Saat dia dihina, dimaki hanya kerana dia menegur Dato Izwan serta Datin Hanis. Malah dia masih merasa bekas tamparan yang menghinggap pipinya.


“ Papa, mama dari mana ni?” soal Adrian seraya cuba memaut bahu papanya yang terhuyung hayang itu.

“ Kau jangan nak menyibuk boleh tak?” bentak Dato Izwan. Lantas ditolaknya tubuh Adrian dari mendekatinya.

“ Pa... pa dah mabuk ni. Biar Rian pimpin papa ya,” ujar Adrian dengan lembut. Sekali lagi tubuhnya ditolak kasar oleh Dato Izwan.

“ Kau ni pekak ke? Aku tak perlukan pertolongan kaulah. Sudah sayang. Mari kita masuk. Jangan peduli anak tak guna ni.”

Adrian tergamam mendengar penghinaan yang dilemparkan Dato Izwan. Bukan sekali dia mendengar penghinaan sedemikian rupa. Malah sedari kecil lagi kata nista sering kali menjamah telinganya. Dalam diam Adrian menangis di dalam hati.

“ Pa… mama. Apa salah Rian sampai papa dengan mama benci sangat dengan Rian?” soalan Adrian itu telah mengundang kemarahan Datin Hanis. Merah padam wajah Datin Hanis. Adrian dapat merasakan bahang kemarahan mamanya yang akan meletus bila-bila masa sahaja.

Pang!

Berpusing kepala Adrian saat lima jari Datin Hanis mendarat di pipinya. Dia mengusap pipi yang terasa sakit itu.

“ Kalau kau nak terus duduk di rumah ni jangan banyak soal. Kalau tidak kau boleh berambus dari rumah ni. Asal kau tahu ya, kau tu cuma membebankan kami je,” herdik Datin Hanis seraya menunjal-nunjal kepala Adrian.

Tok! Tok!

Bubar segala lamunan Adrian apabila mendengar ketukan di pintu. Segera dia menyeka airmata yang bergenang di pipi. Pantas Adrian mengatur langkah menuju ke pintu. Saat melihat wajah Mak Kiah yang terjengul di pintu dia cuba untuk mengukir senyum. Namun dia tahu senyumannya jelas hambar.

“ Encik tak lapar ke? Dari tadi berkurung je dalam bilik. Mak Kiah dah masakkan makanan kegemaran Encik. Marilah makan,” ajak Mak Kiah tulus ikhlas.

Takpelah Mak Kiah. Saya tak lapar. Err… Raiha mana? Mama dengan papa pula mana?” soal Adrian bertubi-tubi.

“ Err… Cik Raiha tadinya dia…” tergagap Mak Kiah untuk berterus terang. Bimbang pula dimarahi Raihana andai dia memecahkan rahsia anak gadis itu.

“ Raiha kemana Mak Kiah?” soal Adrian dengan lembut.

“ Mak Kiah!” teriak Raihana dari ruang tamu.

Adrian menggeleng kepala kesal. Lantas Adrian memberi isyarat agar Mak Kiah berlalu pergi dari biliknya.

“ Bilalah agaknya Raiha nak berubah sikap?” keluh Adrian sebaik saja Mak Kiah melangkah keluar dari biliknya.


PENAT memetik gitar Adrian beralih pula memukul drum. Hidupnya terasa sunyi. Kosong! Dia sudah mula merasa bosan. Hari-hari yang dilaluinya tanpa kasih sayang dan juga belaian ibu bapa sungguh menusuk kalbu. Biarpun dia telah menginjak remaja namun dia juga memerlukan perhatian dari ibu bapanya.

“ Arghh!” Adrian menjerit untuk melepaskan kemarahannya. Lantas drum di ketuk dengan sepenuh tenaganya.

“ Bro kau kenapa ni?” soal Akim sahabat merangkap sepupunya.

“ Aku tension Akim.” Adrian meraup wajahnya berulang kali.

Ce cite (cuba cerita) dekat kami. Manalah tahu kami boleh tolong,” pujuk Akim lantas dia mencapai gitar basis.

“ Yalah bro. Cerita la masalah kau,” pujuk Alex yang sedari tadi memerhatikan mereka.

“ Papa dengan mama aku. Mereka tak pernah nak pernah nak ambil tahu apa aku buat. Aku dekat mana? Mereka buat seolah-olah aku ni tak wujud,” luah Adrian akan sikap orang tuanya.

Come on bro. Manalah tau mereka sibuk,” sampuk Alex.

“ Betul tu Alex. Rian… kau kena faham. Mereka tu sibuk,” ujar Akim lantas dia memetik gitar basis.

“ Aku? Aku nak kena faham? Bro kau tahu tak pagi-pagi buta mama dengan papa dah keluar dari rumah. Balik pula tengah-tengah malam. Dalam keadaan mabuk pula tu. Kau tahu? Aku dahagakan kasih sayang mereka. Bukannya harta yang melimpah ruah,” kata Adrian lantas dia hanya membiarkan airmatanya mengalir.

“ Sudahlah bro. janganlah menangis. Tak macholah macam ni,” ujar Alex dengan loghat cinanya.

“ Kadang-kadang aku rasa macam nak lari je dari rumah tu. Rumah tu umpama hotel je bagi mama, papa dan juga Raiha. Suka hati nak balik bila-bila. Sedangkan aku tercongok seorang. Makan pun tak berteman. Rumah tu dah macam penjara bagi aku!” Luah Adrian akan jiwanya yang kosong.

“ Aku err… macam ni je la. Buat sementara ni kau duduk dengan kami. Mak long tak kan kisah kalau kau tinggal dengan aku kan?”

Tanpa menjawab soalan Akim terus saja Adrian bangun lalu melangkah keluar  dari studio kecil miliknya itu. Lantas dia melangkah menuju ke keretanya. Langkahnya longlai. Dia memanggungkan kepala sebaik mendengar suara seseorang mengerang kesakitan.

“ Aduh!”

“ Maaf. Saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?” soal Adrian seraya menghulur tangan untuk membantu gadis itu bangun.

“ Saya okey. Encik jalan hati-hatilah ya. Assalamualaikum.” Ujar gadis itu tanpa menyambut huluran tangan Adrian. Adrian tersenyum mendengar pesanan gadis itu.


ADRIAN memecut keretanya laju menyusur jalan raya. Hatinya merintih sedih apabila setiap hari perkara sumbang berlaku dihadapannya. Berkali sudah dinasihatkan orang tuanya soal halal haram. Namun setiap kali itu jugalah dia ditampar, diherdik dan segala macam.

Sebaik saja sampai ke rumah Adrian membaringkan tubuh di atas sofa.  Dia melingaskan mata mencari kelibat orang tuanya namun tidak kelihatan di mana-mana.

“ Encik nak minum ke?” soal Mak Kiah.

“ Mak Kiah buatkan air jus oren. Err… Mak Kiah papa dengan mama mana?” Adrian menyoal dengan mata yang terpejam.

“ Dato dengan Datin macam biasalah keluar. Kemana tu tak pula Mak Kiah tahu. Encik rehatlah dulu. Mak Kiah ke dapur buatkan air ya,” ujar Mak Kiah seraya berlalu ke dapur. Seketika dia menoleh melihat wajah sugul anak majikannya. Simpati hatinya melihat keadaan Adrian yang tidak terurus itu.

“ Macam ni la orang kaya. Sibuk kejar harta dunia, sampai anak pun terabai,” desis mak Kiah seraya mengesat airmata yang bergenang di kelopak mata.

“ Awatnya ni Mak Kiah? Sedih ja?” soal Hanisah yang juga merupakan orang gaji Adrian.

“ Tak ada Nisah. Cuma… Mak Kiah sedih tengok keadaan Encik Adrian. Kasihan dia. Kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa,” keluh Mak Kiah sambil tangan pantas mengupas oren sunquick untuk dibuat jus.

“ Biasalah tu Mak Kiah. Tak apalah Nisah pi siram pokok bunga sat. Nanti hingaq pula Datin kalau tak jaga pokok dia,” sungut Hanisah sebelum berlalu dari situ.

Usai memasukkan ketul ais ke dalam gelas segera Mak Kiah mengatur langkah untuk mendekati Adrian. Namun melihatkan wajah pulas jejaka itu tidak sampai hati pula hendak dikejutkannya. Belumpun jauh melangkah tiba-tiba tangannya ditarik seseorang. Pantas dia menoleh.

“ Mak Kiah dah siapkan air. Encik minumlah. Tadi Mak Kiah tengok Encik tidur, malas nak kejut. Takut menggangu Encik saja,” ujar Mak Kiah bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“ Terima kasih Mak Kiah.”

“ Encik ada masalah ke?” soal Mak Kiah teragak-agak. Biarpun dia yang menjaga Adrian sedari kecil namun batas antara majikan dan pekerja masih dijanganya. Bimbang pula jika dikatakan menyibuk pula.

“ Entahlah Mak Kiah. Kadang-kadang  aya rasa macam dah kenal dengan papa dan mama. Mereka sentiasa abaikan saya. Apa salah saya Mak Kiah? Kan bagus kalau Mak Kiah ditakdirkan jadi mak saya,” luah Adrian seraya meraup rambutnya ke belakang.

“ Encik sabaq la naa. Ada hikmah sebalik kejadian ALLAH. Semua ni dah ditentukan. ALLAH maha mengetahui setiap kejadianNYA.,” ujar Mak Kiah dengan lembut.

Andrian memanggung kepala menatap wajah redup Mak Kiah. Namun saat telinganya mendengar suara gelak tawa adiknya, Raihana dia menggeleng kepala kesal. Kesal kerana tidak mampu menjadi abang yang baik untuk adiknya itu.

“ Raiha pergi mana?” soal Adrian dengan wajah yang tegang.

“ Ek eleh. Kau sibuk apa?” sinis Raihana lantas dia menjeling tajam wajah Adrian. Bagaikan api membakar diri saat matanya bertembung dengan anak mata Adrian.

“ Sama ada Raiha suka atau tidak, abang tetap abang Raiha. Jadi… selagi abang hidup tolong dengar cakap abang. Abang tak suka…” pantas Raihana menyampuk.

“ Tak suka apa? Ini life aku. Suka hati akulah!” bentak Raihana dengan wajah yang menyinga.

“ Cik Raiha, Encik Adrian sudahlah. Tak baik bergaduh adik beradik. Jiran tetangga dengar malu nanti,” nasihat Mak Kiah dengan ikhlas. Namun sebaliknya Mak Kiah diherdik serta di maki Raihana.

“ Hei orang tua. Siapa suruh kau masuk campur ha? Kau tu orang gaji saja. Kau pergi berambus buat kerja kau sendirilah,” herdik Raihana lantas menolak tubuh tua Mak Kiah hingga terdorong jatuh ke lantai.

“ Mak Kiah, astaghfirullah al-azim. Kau ni kenapa Raiha? Tak reti nak hormat orang yang lebih tua ke?” suara Adrian naik satu oktaf.

“ Euww takutnya!” Raihana mengejek lantas membuat memek muka seperti kanak-kanak takut didera.

“ Sudahlah Encik. Salah Mak Kiah yang masuk campur urusan Encik dan Cik Raiha. Tak mengapalah Mak Kiah ke dapur dulu,” ujar Mak Kiah seraya mengelap sisa airmata dengan hujung lengan baju kurungnya.

Raihana tersenyum sinis. Adrian merenung tajam wajah Raihana. Bagaikan semut saja Raihana pada matanya kini.

“ Aku tak suka kau bergaul dengan mat rempit tu lagi. Kau jangan lagi berjumpa atau berhubungan dengan mamat tu lagi. Faham!”

Mercerlung mata Raihana saat mendengar amaran keras abangnya. Berapi telinganya saat itu. Mujur tak keluar asap saja.

“ Dunia aku, hidup aku. Suka hati akulah apa yang aku nak buat. Kau jaga saja studio kau tu. Aku tak masuk campur hidup kau, bermakna kau juga jangan masuk campur urusan aku!” tegas Raihana seraya berlari menaiki tangga untuk kebiliknya.

Adrian merenung pintu bilik Raihana yang dihempas kuat itu. Dia tahu bahawa Raihana sengaja berbuat sebegitu. Tanda protes kononnya. Adrian mengatur langkah menuju ke dapur. Niatnya sekadar untuk memujuk Mak Kiah yang sedang berduka itu.

“ Mak Kiah, Mak kiah. Mana pula orang tua ni?” sungut Adrian apabila kelibat Mak kiah masih tidak kelihatan di mana-mana.

“ Encik cari Mak Kiah ke?” soal Mak kiah sambil memengang batang mop.

“ Saya minta maaf bagi pihak Raiha. Saya tahu Mak kiah terasa dengan apa yang Raiha katakan tadi.”

“ Tak mengapalah. Memang betul kata Cik Raiha. Mak Kiah ni cuma orang gaji saja,” ucap Mak Kiah lirih.

“ Orang gaji ke, tukang kebun ke semua manusia ni sama je. Sekejap kita diatas. Sekejap kita di bawah. Raiha tu tak patut buat macam tu.”

“ Mak Kiah bangga. Encik walaupun berkedudukan tapi Encik tak pernah sombong. Sebab itulah Mak Kiah lebih selesa dengan Encik,” beritahu Mak Kiah jujur.

Serentak itu, mereka berpaling apabila mendengar bunyi tepukan tangan dari arah belakang.

“ Berdrama la pula dekat sini. Hei Adrian kenapalah kau ni jadi abang aku. Kenapa tak kau jadi anak tukang gaji je? Setaraf la aku tengok kau dengan Mak Kiah ni,” sinis Raihana lantas tersenyum sinis.

“ Kau jangan nak kurang ajar,” tempik Adrian seraya menolak tubuh Raihana menjauhinya.

“ Ish! Kau ni kan saja menaikkan darah aku. Aku benci kau!”

“ Cik Raiha tak baik… membenci sesama sendiri. Lagi pula… Encik Adrian ni kan abang Cik Raiha,” ujar Mak Kiah teragak-agak.

“ Eh orang tua. Kua diamlah. Aku tak cakap dengan kau.”

“ Raiha! Hormat sikit. Mak Kiah jauh berusia dari awak!” tegas Adrian lantas membulatkan matanya.

Do I care?” Adrian menggeleng kepala kesal. Sempat dia beristighfar dalam hati.

“ Hoi orang tua. Kau ambik baju ni basuh. Dan kau Adrian kalau kau nak tolong orang gaji ni basuh pun boleh.

Tapi… make sure baju aku tak koyak. Faham! Baju aku ni bukan brand pasar malam macam baju kau ni. kolot!” usai berkata Raihana berlalu pergi meninggalkan hati yang terluka dek sikapnya itu.

“ Maafkan sikap Raiha ya Mak Kiah. Saya malu ada adik yang tak reti menghormati orang yang lebih tua. Mari sini Rian tolong basuhkan baju Raiha. Mak Kiah pergilah masak untuk makan tengah hari,” kata Adrian seraya mencapai baju yang dicampakkan Raihana tadi.

“ Tak mengapalah Encik Rian. Ini tugas Mak Kiah. Biar sajalah…” pantas Adrian mencelah.

“ Rian berdosa pada Mak Kiah. Rian gagal didik adik Rian. Rian minta ampun pada Mak Kiah. Selalu sangat Raiha pandang rendah pada Mak kiah.”

“ Kenapa Encik menangis ni?” soal Hanisah lantas tangan yang basah dilapkan pada kain yang tergantung pada peti ais itu.

“ Tak ada apa. Kak Nisah tolong Mak Kiah masak ya. Baju ni biar saya basuh,” ujar Adrian seraya mengatur langkah untuk ke bilik air di mana mesin basuh diletakkan.

Setelah memasukkan sabun Adrian memerhatikan Mak Kiah serta Hanisah dari arah belakang. Spontan dia mengukir senyum.

“ Hai lebaq ja senyum. Ada apa-apa kaa? Ingat marka (kekasih) ya?” usik Hanisah seraya meloret senyum.

“ Ish! Kak Nisah ni. Ada je la. Sebenarnya tadi terfikir. Kalaulah dah sampai seru nanti. Adrian nak cari isteri yang pandai masak, hormat orang lebih tua. Yang penting… terima Adrian seadanya.”

“ Insya ALLAH. Aamiin.” Serentak Mak Kiah dan Hanisah mengaminkan doa Adrian sebentar tadi.

“ Boleh Adrian tolong? Bosan jadi guard,” seloroh Adrian lantas tersengih penuh mengharap.

“ Encik duduk saja. Segan pula kami kalau Encik Adrian tolong,” ujar Hanisah.

“ Ala salah ke kalau saya nak tolong?” Adrian dah menarik muka masam. Entah mengapa setiap kali dia berbual kosong dengan pembantu rumahnya pasti dia akan merasa ketenangan. Mungkin kerana sikap tidak sombong mereka yang membuatkannya merasa selesa.

Usai saja memotong sayur sawi Adrian meminta diri untuk menyidai pakaian yang dibasuhnya tadi. Sambil bernyanyi kecil Adrian menyidai pakaian Raihana.

Seperti mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
 
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini

Kini yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita

Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia…

“ Andai saja aku diberi secebis kasih sayang. Tapi… mana mungkin itu terjadi. Arghh! Serabut.” Dengus Adrian seraya melabuhkan duduk di gazebo milik keluarganya.

Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia…

“ Kalaulah aku mampu disayangi mama, papa dan juga Raiha pasti hidup aku bahagia,” gumam Adrian sendirian.

Untuk kesekian kalinya Adrian mengeluh. Jiwanya terasa kosong. Dia membaringkan tubuh di lantai gazebo tersebut. 


p/ s= hope enjoy ye..... heroin bakal menyusul ngeeeeeeeeeeeee

6 comments:

  1. Cerita yg lain dari lain..good job kak, nak lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. alhamdulilllah tq ira sudi singgah n komen ngeee :) nanti akk sambung

    ReplyDelete
  3. baby mio- thanks sudi singgah baca n komen :)

    ReplyDelete
  4. tersentuhnya,...suka la kat adrian...

    ReplyDelete
  5. imah heee suka Adrian? heeee dia comel semua suka hehe

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design