ALLAH BERFIRMAN,
“Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak,
judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak
panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkan lah ia
semoga kamu berjaya.”
(Surah Al-Maidah ayat 90)
Nabi Muhammad bersabda,
“Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia
adalah penyakit.”
(Riwayat Tarmuzi-Hasan Sahih)
Aku memesan air Tequila untuk menghilangkan dahaga. Sedang asyik aku meneguk air
kencing syaitan itu, mataku liarkan memerhati anak-anak muda yang lebih kurang
sebaya denganku sedang terkinja-kinja di atas lantai tari bersama pasangan
masing-masing. Terasa perit saat air Tequila
melalui kerongkongku. Di bar pula kelihatan beberapa orang selainku yang sedang
meneguk air kencing syaitan, tidak kurang juga yang merokok.
Saat aku mengatur langkah untuk ke
lantai tari, langkahku terhenti apabila melihat pasangan yang tidak segan silu
untuk bercumbu-cumbuan. Pada kiraanku wanita itu agak berusia, sedangkan si
lelaki pula sangat muda. Langkahku terhoyong hayang akibat mabuk. Apabila
lelaki yang sedang asyik bercumbuan dengan wanita tua itu menoleh sekilas padaku,
aku merasa kejung seluruh tubuhku saat itu. Terkejut bukan kepalang. Kerana aku
sangat mengenalinya. Rafiq! Ya lelaki itu ialah Rafiq. Aku mula merasa tertipu.
Tanpa sedar airmata mula bergenang di pipiku. Serta merta aku teringatkan
kata-kata mama sebelum aku keluar dari rumah sebentar tadi.
“
Fida! Mama tak ajar kamu untuk jadi anak derhaka.” Suara mama juga meninggi.
“
Maaflah ma. Fida jadi kurang ajar pun sebab selama ni mama tak pernah didik
Fida untuk jadi anak yang baik. Selama ni siapa yang jaga Fida? Siapa yang
selalu ambil berat tentang Fida. Bukan mama. Tapi tu… orang gaji mama yang
selama ni mengasuh dan menjaga Fida.
Bukan mama.”
Pang!!
“
Kurang ajar kamu Fida. Mama nak kamu putuskan hubungan kamu dengan lelaki tak
guna tu. Dia cuma mahu harta yang kamu ada. Dia tidak ikhlas dengan kamu. Lagi
satu! Mama tak pernah bezakan kasih sayang mama. Mama sayang semua anak mama.
Cuma kamu saja yang degil tak bertempat.”
Segera
aku menghayun kaki laju untuk keluar dari Zouk
Club itu. Aku berjanji pada diriku, bahawa ini kali pertama dan terakhir
aku menjejakkan kaki ke tempat sebegini. Pada Rafiq, terima kasih kerana telah
melukakan hatiku. Mujur baik aku tergerak hati ingin ke tempat yang penuh
kemaksiatan ini, jika tidak, sampai bila-bilalah aku akan terus ditipu. Sedang aku melayan perasaan, tiba-tiba aku
terdengar ringtone Patah Hati yang
dinyanyikan oleh Hafiz. Aku meraba-raba handfone
yang ku letakkan di dalam tas tangan di seat
penumpang sebelahku.
Setelah
aku mencapai telefon, aku melihat nama
Siti Khadijah yang tertera di skrin. Belum sempat aku menjawab tiba-tiba
telefonku terlucut dari tangan, lantas aku meraba-raba di bawah kerusiku. Saat
telefon berjaya ku capai, telinga menangkap bunyi hon lori seakan mengaum di
cuping telinga. Aku hilang kawalan. Tangan mengagau stereng, cuba mengawal
kereta yang terhoyong hayang. Namun akhirnya muncung kereta tersongsong ke
pembahagi jalan.
Pandanganku
gelap seketika. Terasa cairan hangat mengalir di dahi. Aku cuba berfikir secara
waras. Namun semuanya kacau bilau. Dari jauh kelihatan orang ramai
menghampiri, mungkin untuk menghulur
bantuan. Tapi aku semakin lama semakin layu. Dan akhirnya aku tidak sedar apa
yang berlaku.
“ AKU KAT MANA NI? Kenapa gelap je ni?” Mama! Mak! Siti! Tolong Fida.
Argh! Sakit. Ya ALLAH ampunkan aku. Argh! Sakit.” Aku terus-terusan meronta dari
terpanggang dek api yang kian marak.
“Ini
adalah balasan kamu!” ujar satu suara seraya melibas tubuhku dengan tali yang
panjang.
“
Tidak. Jangan pukul aku. Sakit! Jangan,” rontaku agar tidak dipukul lagi.
Namun
rontaanku langsung tidak dihiraukan. Malah semakin kuat libasan itu mengenai
tubuhku. Aku panik melihat darah yang mula mengalir di seluruh tubuhku.
“
Lihatlah, ini segala dosa yang telah kamu lakukan. Kamu sengaja meninggalkan
solat sedangkan kamu boleh beribadah. Kamu derhaka terhadap ibumu, biarpun kamu
sedar, besar dosanya melawan cakap orang yang telah melahirkan kamu. Kamu minum
air yang ALLAH telah haramkan masuk ke dalam tubuh badanmu. Kamu sedang melakukan
kemaksiatan!” Aku menekup telinga tidak sanggup mendengar suara itu menyebut
segala kejahilanku.
“
Cukup! Aku tak mahu dengar. Aku tak mahu dengar.” Teriakku agar suara itu
menghentikan segala hukumannya padaku.
“
Tidak! ALLAH telah menghantarku untuk menghukummu,” jerit suara itu.
“
Tidak! Ampunkan aku, ampunkan aku,” teresak-esak aku menangisi kekhilafan
dahulu.
“
Sebaiknya kau minta ampun pada ALLAH S.W.T,” penuh kelembutan suara itu
berkata. Bagaikan sedang berbisik padaku.
Sedang
aku merintih hiba mataku menyorot ke arah satu cahaya terang. Seorang wanita
yang sedang memakai jubah putih mendekatiku. Dia menghulur tangan padaku. Belum
sempat aku menggapai tangannya tiba-tiba datang cahaya yang penuh kegelapan.
Wanita itu sedang memakai pakaian yang berasaskan api. Aku bingung sejenak.
“
Marilah ikut saya. Saya bawa kamu ke jalan yang diredhai ALLAH,” pujuk wanita
yang sedang memakai jubah putih itu.
“
Tak perlu. Kau ikut aku. Aku akan bawa kau ke syurga. Kita akan seronok tanpa memikirkan soal lain,” tegas wanita yang penuh
dengan cahaya kegelapan itu.
“
Usahlah kamu mengikut syaitan yang terkutuk itu. Marilah, saya pimpin tangan
kamu menuju ke jalan ALLAH. Menuju jalan ke Syurga,” pujuk wanita berjubah
putih itu lagi. Dia mengukir senyum padaku.
“
Kau ikut aku! Bersama-sama kita menikmati kehidupan yang sebenar-benarnya,”
ujar wanita yang memakai pakaian yang berasaskan api itu.
Aku
meraup muka berkali-kali. Setelah itu, aku menggapai tangan wanita berjubah
putih itu. Saat tangannya aku genggam aku merasa ketenangan yang tidak pernah
aku rasai sebelum ini. Namun pegangan kami semakin lama semakin terlerai. Dan
kelibat wanita berjubah putih itu semakin menghilang.
Aku
bagaikan takut kehilangan wanita itu. Aku berteriak agar dia tidak pergi, namun
jarak antara kami semakin jauh dan terus jauh. Aku terduduk dan hanya mampu
melihat bayangnya yang semakin kabur lalu menghilang. Serta merta manik jernih
jatuh ke pipi. Lantas aku terjaga dari lena yang panjang.
“ ALLAH,” ayat pertama aku lontarkan setelah terjaga dari mimpi yang
membuatkan aku sedar dari kekhilafan. Mama menyeka airmata yang mengalir di
pipiku.
“ Fida, Fida. Kamu dah sedar nak?” Aku
mendengar namaku di seru berkali-kali.
Aku
membuka mata perlahan-lahan. Aku menyentuh kepala yang berbalut. Aku terkejut
melihat wajah mama, papa, Mak Hawa dan juga Siti Khadijah di sisiku. Aku
mencari kelibat seseorang yang aku nantikan, namun hampa.
“
Fida, syukurlah kau sedar. Kau buat aku risau. Doktor kata kalau kau masih tak
sedar dari koma, bermakna kau…” Aku memengang tangan Siti Khadijah. Aku masih
teringat mimpiku tadi. Terasa seram sejuk tubuhku mengingati setiap
kekhilafanku itu.
“
Siti, aku min… minta maaf. Aku berdosa,” ujarku bersusah payah. Siti Khadijah
membuka alat bantuan pernafasan dari mulutku. Lantas dia mendekatkan telinga ke
bibirku.
“
Syhh! Aku dah maafkan kau. Lagipun kau takde
salah dengan aku,” ujar Siti Khadijah.
“
Aku banyak bu… at salah dekat kau. Aku teng… tengking kau. Siti, dengan rasa
rendah dirinya aku rayu pa… pada kau, ajarkan aku solat. Dah lama aku ting… tinggal
solat. Ajarkan aku ya,” pintaku dengan airmata yang mengalir deras ke pipi.
Siti
Khadijah mengangguk. Lantas dia memeluk tubuhku.
“
Aduh!” Aku mengerang kesakitan apabila Siti Khadijah tersentuh bahuku yang
terluka.
“
Maaf Fida. Sakit ke?” soal Siti Khadijah. Wajahnya cemas.
“
Taklah. Sedap,” selorohku sambil cuba tersenyum biarpun payah.
“
Kau ni la. Sakit-sakit pun nak kenakan aku lagi. Fida. Aku sayang kau. Kau sahabat aku dunia akhirat.
Kalau kau tersesat jalan, aku tak kan biarkan kau begitu saja. Itu janji aku.”
Aku
terdiam mendengar bicara Siti Khadijah. Bagaikan air yang menyiram hatiku.
Damai dan tenang sekali.
“
Ma, papa. Am… ampunkan Fida. Fida banyak dosa pada mama. Fida derhaka pada
mama. Sekarang, inilah balasan ALLAH atas sikap Fida pada mama,” ujarku lirih.
Pantas
mama menutup bibirku. Kami berpelukan erat. Papa turut menyeka airmatanya. Lantas
papa mengalih pandangan ke arah lain.
“
Mak… tak mahu peluk Mia ke?” segera aku mendepangkan tangan menunggu pelukan
dari seorang ibu yang sangat aku sayangi. Mama memberi ruang pada Mak Hawa
untuk memelukku.
“
Syukurlah Mia dah sedar. Siang malam mak berdoa nak. Hanya ALLAH yang tahu
perasaan risau mak, mama dan papa kamu,” ujar Mak Hawa seraya mencium
ubun-ubunku. Sungguh aku merasa terharu akan kasih sayang yang mereka
tunjukkan. Aku bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk memperbetulkan
kesilapanku.
“
Siti,” seruku.
“
Ya Fida.” Siti Khadijah mendekatiku lalu memengang erat jemariku.
“
Macam mana kau tahu aku dibawa ke Hospital ni?” tanyaku tentang soalan yang
sedari tadi bermain di minda.
“
Kau ingat tak? Hari kau kemalangan tu? Aku ada call. Dan kau tak jawab. Lepas tu aku terus cuba dan cuba sampailah
kau jawab. Tapi… waktu kau angkat tu, aku terkejut. Bukan suara kau. Tapi suara
seorang lelaki. Dia kata kau kemalangan. Dan dibawa ke sini. Terus saja aku
bekejar ke sini.” Terang Siti Khadijah panjang lebar.
“
Sayang, sudahlah. Anak papa baru sedar kan? Kamu rehat ya,” arah papa.
Pantas
aku menggeleng kepala.
“
Pa, boleh tak Fida nak mandi? Badan Fida melekit. Tak selesa. Lagipun… Fida nak
solat,” ujarku. Aku lihat mata mereka semua bersinar mendengar bicaraku.
“
Kamu tak boleh mandi lagi. Sebab luka kamu belum sembuh sepenuhnya. Setakat lap
badan saja bolehlah. Maz, pergi ambil kain, basahkan, lepas tu lap badan Fida,”
arah papa pada mama.
“
Baiklah bang,”
Saat
tangan lembut mama mengelap tubuh badanku aku menangis hiba. Mengenangkan
kebodohan yang telah aku lakukan. Bertapa jahilnya aku. Tidak pernah menghargai
kasih sayang seorang wanita yang telah melahirkanku.
“
Fida, kenapa menangis?” soal mama dengan penuh kelembutan.
Ya
ALLAH bertapa aku bersyukur kerana memiliki seorang ibu yang sangat peyayang.
Syukurlah aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat.
“
Ampun… ampunkan dosa Fida ma. Ampunkan Fida dari hujung rambut hingga hujung
kaki ya ma,” pintaku sambil menggenggam jemari mama yang sedang mengelap
badanku.
“
Mama dah lama dah lama maafkan Fida. Maafkan mama juga. Sebab mama suruh Fida
putuskan hubungan…” pantas aku menggelengkan kepala laju.
“
Fida syukur sangat. Sekurangnya Fida tahu bahawa mama sayangkan Fida,” ujarku
sambil memalingkan wajah. Tidak mahu mama mengetahui bahawa aku sedang
bersedih.
“
Sudahlah sayang. Apa yang berlaku jadikan sebagai pengajaran. Sekarang mama nak
kamu lupakan dia,” ujar mama lantas meninggalkan aku untuk memberikan aku privacy.
Aku
menunaikan solat sunat taubat dalam keadaan berbaring. Siti Khadijah sudah
memberitahuku panduan solat sebentar tadi. Dapat aku rasakan airmata yang
mengalir deras ke pipi. Usai solat aku merenung syiling sebelum menadah tangan
berdoa pada Yang Yang Maha Kuasa.
“ Ya ALLAH ya TUHANku ampunilah segala
dosa-dosaku. Sesungguhnya aku hamba-MU yang hina. Aku terlalu jahil dalam
agama. Ya ALLAH aku pohon padaMU pimpinlah aku ke jalan MU. Sungguh aku tidak
sanggup untuk menerima azab api nerakaMu. Ya ALLAH aku tahu, aku banyak buat
dosa. Namun aku bersyukur. Kerana telah diberikan taufik dan hidayahMU sebelum
terlambat. Ya ALLAH kembalikanlah Rafiq ke pangkal jalan. Sungguh aku tidak
sanggup untuk melihat dia bergelumang dengan dosa lagi, aamiin ya Rabbal
alamin.” Aku menyeka airmata sebaik sahaja mengaminkan doaku.
Aku
melihat Siti Khadijah seperti baru saja lepas menangis. Matanya merah.
“
Siti… mari duduk sini,” gamitku agar Siti Khadijah melabuhkan duduk di sisiku.
“
Kenapa Fida? Kau dahaga?” soal Siti Khadijah.
Pantas
aku menggeleng kepala. Tangan Siti Khadijah aku ambil lalu aku satukan dengan
tanganku.
“
Siti… biarpun berpuluh kali aku minta maaf, aku tahu semua tu tak akan mampu
untuk leburkan dosa aku pada kau. Apatah lagi pada mama, papa. Tapi Siti…
sekarang aku dah rasa sakitnya bila kita dikhianati. Benarlah kata kau. Rafiq
tak ikhlas dengan aku,” luahku bersama sendu yang tidak dapat aku tahan lagi.
“
Mak… maksud kau apa? Aku tak faham. Siapa yang khianati kau?”
“
Rafiq.”
Ternganga
mulut Siti Khadijah saat mendengar cerita kecurangan Rafiq. Aku tahu bahawa dia
terkejut, namun itulah realitinya yang harus diterima.
“
Fida kau… okey?”
“
Aku akan baik-baik saja. Kau, mama, papa dan Mak Hawa kan ada. Lagipun sekarang
aku dah jumpa cinta yang sebenar. Menyesalnya aku sebab tak dengar nasihat kau
lebih awal.” Entah kali keberapa aku meluahkan kekesalan itu.
“
Papa, mana mama? Mak?” tanyaku sebaik melihat kelibat papa di muka pintu.
“
Mama kamu pergi makan. Sejak kamu koma mama kamu langsung tak hirau makan
dan minum. Alhamdulillah kamu dah sedar.
Lega sikit hati papa,” ujar papa seraya membelai lembut kepalaku yang masih
berbalut.
“
Pa, Siti. Nak tahu tak apa yang Fida alami sewaktu mimpi?” aku berkira-kira
untuk menceritakan kisah selama di alam koma.
“
Ceritalah. Waktu kau koma memang airmata kau, tak pernah berhenti mengalir.
Jadi aku tertanya-tanya kenapa? Kalau kau nak kongsi aku sudi dengar,” pujuk
Siti Khadijah.
“
Papa pun nak dengar.” Aku mengengsot sedikit untuk memberi papa ruang duduk di
sebelah sisiku.
“
Waktu Fida koma tu, Fida mimpi dibakar oleh api yang sangat menyakitkan. Bukan
itu saja. Fida juga dilibas tali. Dan
bila sekali libasan mengenai tubuh Fida, menggelupur seluruh tubuh Fida. Sakit
pa. Badan Fida ni semuanya habis melecur.” Melihat papa dan Siti Khadijah
khusyuk mendengar ceritaku, aku menyambung kembali cerita yang mungkin boleh
dijadikan pengajaran pada orang lain juga.
“
Suara tu menayangkan segala kejahilan
Fida. Derhaka pada mama. Mi… minum arak…” bulat mata papa mendengar
pengakuanku. Setelah itu, aku menyambung kembali kataku.
“
Tapi ada satu cahaya, datang dan mengajak Fida untuk ke jalan yang diredhai
ALLAH. Pa… waktu tu Fida benar-benar rasa menyesal diatas kekhilafan Fida. Saat
Fida capai tangan wanita berjubah tu…” terhenti seketika petuturanku. Menggigil
tubuh badan saat memikirkan kehilangan wanita itu.
“
Apa yang jadi Fida?” soal papa dan Siti Khadijah hampir serentak.
“
Pegangan kami terlerai. Dan wanita itu semakin lama semakin menghilang. Pa…
Fida rasa sebenarnya itulah petunjuk ALLAH buat Fida. Mungkin seandainya Fida
rapuh Fida akan rasa kehilangan iman tu. Betulkan pa?”
Terus
papa memeluk tubuhku. Dan aku menangis di dada bidang papa. Siti Khadijah juga
sudah teresak-esak menangis.
“
Kenapa ni sayang? Fida sakit?” soal mama dari celah pintu.
Aku
meleraikan pelukan papa Aku tersenyum hambar pada mama.
“
Terima kasih semua sebab selalu ada di sisi Fida. Fida akui dulu Fida jahat.
Tapi inilah balasannya. Ma nak tahu tak? Lepas je Fida keluar dari rumah. Fida
terus je pergi ke Zouk Club. Dan tak
sangka di sana ada kejutan yang menanti.”
Aku
tersenyum melihat kerutan di dahi mama. Sungguh biarpun kedut seribu mama tetap
cantik.
“
Maksud Fida apa?” soal papa dan mama serentak.
“
Di Zouk Club, barulah Fida tahu warna
sebenar Rafiq. Benar kata mama. Rafiq cuma mempermainkan Fida. Sampai hati dia
bercumbuan dengan wanita yang dah macam, kakak dia tu. Sakit hati Fida ni ma.” Mama
membelai lembut pipi yang pernah ditamparnya.
“
Sudahlah. Yang lepas usahlah dikenang lagi. Sekarang mama cuma nak yang terbaik
untuk kamu. Setelah kamu sembuh kamu jumpalah dengan Rafiq. Dan putuskan
hubungan secara baik ya sayang,” pujuk mama dengan nada suara yang cukup
lembut.
“
Baiklah mama. Fida penat. Fida nak rehat. Siti kau jangan pergi mana-mana.
Temankan aku ya. Mama baliklah. Mama mesti penat. Pa, bawa mama dengan mak
rehat ya. Siti ada boleh temankan Fida.” Setelah papa mengganguk, aku
melelapkan mata. Menyambung lena yang terganggu dek mimpi yang menyedarku dari
koma itu.
p/s = siapa hero erk???? heee nantikan dalam next3 episod :) terima kasih jemputlah drop komen untuk menambah baikkan kan penulisan saya :)






best,best,best...next please!! heee =D
ReplyDeletenext please nn heeeee in sya ALLAH ira tq sudi singgah
ReplyDeletetak sabar untuk next entry ^_^
ReplyDeletekena tunggulah dear heheeee
ReplyDeleteHero... cepatlah dikau muncul... Tak sabar dah ni! ._.
ReplyDeleteSemakin tertanya-tanya siapakah heronya? hehe. kak weeda, seriously memang best. banyak pengajaran dan buat kita sedar sesuatu. Rasa sebak dengan apa yang berlaku pada fida. syukur dia dah berubah. Cerita ni memang banyak kelainan. All the best untuk akak. teruskan usaha ^__^
ReplyDeleteakakk, nak lg please... really best... (Y)
ReplyDeleteanonymous ngeeee silakan menunggu dgn penuh sabar ye :)
ReplyDeleteafi- yup dear ada pengajaran tersendiri dlm ddh ni.memang akk janjikan kelainan untuk ddh ni :)
airysha- ok akk akan kasi n3 lagi ye :) tq dear
best nak lagi....
ReplyDeletethanks sudi singgah baby mio.nanti akk kasi lagi.
ReplyDelete