Saturday, July 12, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 7 (FINAL)









Kuala Lumpur

ADRIAN melabuhkan duduk di gazebo milik Dato Izwan. Sesekali dia mengerling ke rumah sebelah. Masih segar di ingatannya saat perkenalan dia dan Natasya. Hanya ALLAH yang tahu betapa dia merindukan wanita itu.

“Rian, kamu dah balik nak?” sapa Datin Hanis lantas memeluk tubuhnya.

“Mama, Rian balik sekejap saja. Rian ingat Rian nak pergi sambung belajar di Korea. Lagipun Rian perlukan masa untuk tenangkan diri. Rian balik ni se… sebab nak minta izin pada mama dan papa. Izinkan Rian pergi ya ma,” pinta Adrian lantas dia mendakap tubuh Datin Hanis. Setitis airmata yang ditahan sedari tadi gugur membasahi pipi.

“Kenapa tiba-tiba? Kenapa jauh sangat?”
“Rian perlukan masa untuk tenangkan diri Rian. Lagi satu Rian nak lupakan segala kenangan Rian bersama Tasya.”

Datin Hanis merasa sebak saat mendengar kata-kata Adrian. Dia mengucup ubun-ubun Adrian.

“Baiklah, mama izinkan. Kamu pergilah sayang. Tentang mama, usahlah kamu risau. Mama tahulah nak jaga diri mama. Kamu janji dengan mama, pulang ke pangkuan mama setelah kamu kuat ya sayang.” Datin Hanis meraih janji dari Adrian.

“Insya-ALLAH ma. Jangan risaulah,” putus Adrian lantas ketawa kecil. ‘Rian tak tahu sama ada Rian akan kembali atau tidak. Tapi, Rian akan mendoakan agar mama sekeluarga bahagia, walaupun tanpa Rian di sisi.’ Sambungnya di dalam hati.

6 bulan kemudian…

SAYANG. Abang tak sabar nak tunggu kelahiran baby ni. Insya-ALLAH kalau anak lelaki abang ingat nak bagi nama Nazrul Adrian. Okey tak?”

Natasya hanya tersenyum saat mendengar cadangan nama itu. Sungguh dia merindui Adrian. Namun dia tahu bahawa dia harus menjaga batas, kerana kini dia sudah pun bergelar seorang isteri. Setelah petemuannya dan jejaka itu, kini dia tidak lagi mendengar sebarang berita mengenai Adrian.

“Kenapa abang nak letak nama Adrian?” tanya Natasya.

“Sebab bagi abang Adrian banyak bekorban. Jika bukan kerana pengorbanan dia, abang tak dapat memiliki sayang. Dan jika bukan kerana Adrian, abang pasti takkan miliki bahagia bersama sayang,” ucap Kamal penuh makna tersirat.

“Terima kasih sudi sayangkan Tasya. Tasya janji akan sayangkan abang, sepertimana Tasya ayangkan Adrian. Tak! Tasya akan lebih sayangkan abang dari sayang Tasya pada Adrian. Kerana Rian hanyalah masa lalu. Tapi abang adalah masa hadapan Tasya.”

Kamal meloret senyum mendengar kata-kata Natasya. Semoga kau juga bahagia Rian. Terima kasih atas amanahmu. Aku janji akan menjaga Tasya seperti mana kau jaga dia. Aku janji akan meyayangi dia hingga hujung pernafasanku. Korang mesti nak tahu amanah apa yang dimaksudkan kan? Heee… meh writer nak flashback balik.

KAU ni Kamal kan?” Kamal tersentak dari lamunan saat disergah dari arah belakang. Dia yang sedang membasuh kereta itu mengurut dada dek terkejut yang amat sangat.

“Maaf, aku tak sengaja nak terkejutkan kau. Aku rasa kau mesti tak kenal siapa aku kan? Okey, aku Adrian. Aku nak minta satu perkara dari kau. Harap kau tak hampakan aku.”

“Maaf, encik. Saya tak faham apa yang awak cakapkan.”

“Aku nak minta agar kau jagakan Tasya buat aku. Aku tak mampu menjaga dia. Apatah lagi berdamping dengannya. Aku tak layak buat dia. Dan satu-satunya lelaki yang mampu menjaga, menyayangi dan melindunginya hanya kau seorang. Aku hanya percayakan kau. Aku dah cacat. Aku tak mampu jaga dia. Dan lagi satu sebab kenapa aku tinggalkan dia… errr… sebab aku ni a… anak luar nikah. Aku tak boleh jaga dia. Aku tak mahu dipandang serong. Aku harap kau faham. Jaga dia dengan sebaik-baiknya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”

Melopong mulut Kamal saat mendengar amanah Adrian. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya itu.

‘Ya ALLAH, hebatnya dugaan-MU. Kesian Adrian. Pasti dia sangat menderita. Ya ALLAH ringankanlah beban-MU terhadap Adrian.’ Doa Kamal di dalam hati.

Kamal tersentak dari lamunan saat bahunya ditepuk lembut.

“Kenapa ni? Abnang berangan siapa?” usik Natasya lantas ketawa kecil.

Kamal hanya tersenyum mendengar usikan si isteri.

“Abang janji akan jaga sayang hingga akhir nafas abang.” Natasya tersenyum mendengar bicara suaminya. Dalam diam dia akui bahawa Kamal seorang yang sangat baik. Dia bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bahagia.


Adrian…

Saya tahu awak tak baca warkah ini. Namun saya tetap nak tulis warkah ini pada awak. Saya sebenarnya nak berterima kasih pada awak. Kerana awak, saya boleh miliki bahagia di samping Kamal. Siapa sangka kan? Dulu saya menolak kehadiran Kamal, namun kini saya tak mampu hidup tanpa dia di sisi.

Adrian…

Sejejujurnya saya masih cintakan awak. Saya doakan agar awak bahagia walau dimana saja awak berada. My heart is always with you.

Natasya menutup diari bewarna hitam itu. Lantas dia meletakkan di dalam laci. Dia membaringkan tubuh di atas katil. Dia memegang dadanya.

“Sejujurnya masih ada rasa cinta yang tak akan putus kerna alasanmu untukku bahagia. Seharusnya kau sadari separuh jiwaku akan mati, yang tinggal hanya alasan tuk bahagia.” Natasya menyanyikan sebaris lirik lagu itu. Lagu yang pernah dinyanyikan oleh Adrian. Kini dia sedari kehilangan Adrian bukanlah satu penyeksaan, namun kehilangannya itu mempunyai hikmah di sebaliknya.

I will be happy with my husband. Thanks Adrian. You’re my first love. Tasya bahagia dapat kenal dengan Rian. Tasya juga bahagia kerana Kamal sudi menjadikan Tasya  yang halal buatnya.          

Kini Natasya menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata sulunya. Saya doakan agar awak bahagia dunia dan akhirat. Jika bukan kerana amanah awak pada Abang Kamal sudah pasti saya tidak mengecap kebahagiaan yang saya miliki sekarang. Terima kasih pada ALLAH kerana telah mengurniakan awak dalam hidup saya. Biarpun sementara kebahagiaan saya bersama awak, namun tetap memberi sinar bahagia pada saya. Sesungguhnya ALASAN UNTUK BAHAGIA inilah yang membuatkan saya lebih kuat dari sebelumnya. Adrian… mama, papa dan juga adik awak sentiasa menantikan kepulangan awak. Pulanglah ke pangkuan mereka, doanya dalam hati.

Sesungguhnya kehidupan tiadalah sempurna semuanya. Dia akui itu. Jika dulu dia mengelak apabila Kamal menyuarakan niat hatinya, namun kini dia rebah andainya Kamal tiada di sisi. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. Namun ALLAH jualah menentukan segalanya. Betapa indahnya perancangan ALLAH. Kini Adrian juga sudah menemukan kebahagiaannya. Kebahagiaan di samping ibu bapa kandungnya. Ternyata selama ini ibu bapa kandungnya mengikuti perkembangannya. Cuma mereka tidak berani untuk bersemuka dengan Adrian, kerana bimbang Adrian menafikan kebenaran sebenarnya. Namun kuasa ALLAH telah melembutkan hati  Adrian agar memaafkan kesalahan kedua ibu bapanya.

p/s = jalan cerita di dalam AUB ini hanyalah rekaan semata-mata. Andai ada persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja. Semoga terhibur. Cinta tak semestinya bersatu. Cinta sesuatu yang indah. Cinta perlukan pengorbanan.


TAMAT
11.36 am
6/ 7/ 2014


0 comments:

Post a Comment

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design