Tuesday, March 4, 2014

DIA DI HATI BAB 5








AKU terjaga dari lena saat jarum jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Pantas aku bangun lalu bersila di atas katil. Aku meraup muka sebelum bingkas bangun untuk menuju ke bilik air. Saat tubuhku berendam di dalam bath tub aku mula merasa selesa. Sambil bermain buih-buih sabun aku tersenyum mengingatkan Mirza.

“ Mirza dah bangun ke belum agaknya ya?” soalku pada diri sendiri.

Usai membersihkan diri aku mengambil wudhu untuk menghadap TUHAN Yang Esa. Dengan penuh tawadhuk dan keinsafan aku menunaikan kewajipanku. Setelah memberi salam aku bersimpuh di atas sejadah lalu ku angkat tangan tinggi berdoa pada-NYA.


“ Ya ALLAH, ya TUHAN ku. Aku pohon padaMU ampunkan segala dosaku. Ya ALLAH aku adalah hambaMU yang hina, namun hanya padaMU tempat aku bergantung. Sesungguhnya ENGKAU adalah TUHAN yang Maha Pengampun. Ampunkanlah dosaku semasa aku jahil dahulu. Kuatkanlah imanku ya Rabb. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. Ya  ALLAH… aku pohon kurniakanlah Arief Mirza cahaya ketenangan. Berikanlah Mirza kebahagiaan yang hakiki.”

Segera aku menyeka airmata yang tidak berhenti mengalir. Setelah itu, aku melipat telekung dan juga sejadah, lalu aku letakkan di birai katil. Sedang aku menyikat rambut aku dikejutkan dengan ketukan yang bertalu-talu. Segera aku intai dari lubang yang terdapat di pintu itu. Sebaik melihat wajah Mirza yang terjengul, segera aku memulas tombol pintu.


“ Assalamualaikum Mirza. Ada apa? Awal benar awak cari saya. Ada apa-apa yang awak mahu saya bantu ke?” soalku dengan perasaan hairan.

Kebetulan aku dan juga Mirza hanya bersebelahan bilik sahaja. Kerana itu mudah benar Mirza untuk ke bilikku.

“ Waalaikumsalam. Mia dah solat?”

Aku tersenyum mendengar soalan pertama Mirza. Entah mengapa hatiku merasa suka apabila disoal sebegitu. Anehnya perasaan.

“ Sudah. Mirza dah solat ke?”

“ Sudah. Sebenarnya tadi err… Mirza ingat nak ajak Mia solat jemaah. Tapi… Mirza tak tahu nak jemaah di mana. Surau pun Mirza tak tahu. Lainlah kalau Mirza ni boleh melihat.” Sayu hatiku apabila mendengar jawapan Mirza itu.

“ Mirza kenapa awak cakap macam tu? Saya tak mahu dengar awak cakap macam tu lagi,” marahku padanya. Sungguh aku sendiri tak tahu, mengapa aku perlu merasa begitu. Namun yang pasti aku tidak suka apabila dia bercakap mengenai kekurangannya yang satu itu.

“ Maaf kalau Mia tak suka. Mirza cuma cakap perkara yang benar saja,” ujarnya memohon maaf.

Sendu hatiku saat mendengar suaranya itu. Bubar segala lamunanku saat Mirza berdehem seakan menarik perhatianku saja. Aku tersenyum lucu.

“ Mia okey tak ni? Kenapa senyap je? Mirza punyalah cakap beriya ni. Rupanya Mia tak dengar,” omel Mirza padaku. Aku tersenyum melihat Mirza mencebirkan bibirnya. Comel!

“ Maaf. Sebenarnya Mirza nak kemana ni? Handsome je.”

Aduh! Semakin jatuh sayang aku pada Mirza ni. Aduhai hati sabarlah. Mirza ni suka benar tersenyum. Manis pula tu senyumannya. Ya ALLAH makin tak keruan aku jadinya. He he… Eh, Mia Afida gatalnya kau. He he… tapi kalau sekali sekala takpe kan?



“ Mirza sebenarnya nak ajak Mia turun makan. Mirza lapar la,” rengek Mirza. Aduhai, nadanya manja amat.

“ Ala, kesiannya. Mirza tunggu sekejap. Mia nak bersiap dulu okey?”

“ Kalau macam tu Mirza tunggu dekat bilik. Nanti Mia dah siap ketuk je pintu bilik ya?” ujar Mirza seraya jari telunjuk ke arah biliknya. Setelah Mirza masuk ke biliknya barulah aku menutup pintu dan bersiap untuk keluar makan bersamanya.

Setelah mendandan rambut serta memakai sedikit bedak aku membelek wajah di hadapan cermin. Lantas aku mengerutkan wajah.

“ Apa yang kurang ya? Oh! Lip gloss lupa nak pakai. Apalah kau ni Mia. Itupun kau boleh lupa?” omelku di hadapan cermin. Usai bersolek nipis aku melangkah menuju ke bilik Mirza.

Tok! Tok!

Aku memimpin lengan Mirza sebaik saja dia membuka pintu. Sambil berborak  kami berjalan ke restoran resort.

Saat kakiku jejakkan di restoran aku jadi rambang mata saat melihat pelbagai hidangan yang dihidangkan. Telan liur aku ketika melihat Puding Karamel yang diletakkan buah Strawberi diatasnya. Melihat makanan yang pelbagai itu membuatkan perutku mula berkeroncong.

“ Mirza nak makan apa? Banyak makanan ni. Semuanya secara buffet,” terangku kepada Mirza.

“ Oh!” comel saja mulut Mirza saat menututurkan perkataan ‘oh’ itu. Aku ketawa nakal.

“ Mia ketawa kenapa?”

Gulrp!



‘ Ish! Dia ni macam tau-tau je apa yang aku fikir. Dia ni ada sixth sense kot. Boleh baca pemikiran orang.’ Getusku dalam hati.

“ Err… Mirza nak makan apa? Mia boleh tolong ambilkan,” ujarku mengalih topik.

“ Ada Puding Karamel tak dekat situ?” soal Mirza. Aduh lemah lutut aku dengar suaranya yang seperti berbisik tu.

“ Err… ada. Lagi? Tadi kata lapar.”

“ Ambillah apa saja. Mirza makan je,” pesan Mirza seraya mengukir senyuman menggoda.

“ Lama-lama cair aku kalau macam ni,” ujarku cukup perlahan.

“ Apa dia? Mirza tak dengar.”

“ Ha? Takde apa. Mia kata hari ni Mirza nampak sangat err… sangat tampan,” bohongku pada Mirza. Bohong sunat takpe kan? He he…

Mengekek Mirza ketawa mendengar jawapanku. Tampak comel sangat di mataku.

“ Sudahlah. Mari Mia pimpinkan. Nanti tak ada tempat duduk pula.”

Aku kembali ke meja untuk mengambil makanan buat diriku dan juga Mirza. Terasa bingung sejenak melihat makanan yang terdapat disitu. Setelah berfikir aku mengambil dua potong Puding Karamel. Setelah itu aku mengambil dua keeping roti lalu aku sapukan jem. Aku mengatur langkah menuju ke arah Mirza yang sedang menanti.

“ Mirza. Ni ada roti. Dengan Puding Karamel. Awak makanlah dulu. Saya belum ambil makanan saya,” ujarku seraya mencapai tangan Mirza untuk mengambil roti.

“ Kenapa Mia tak ambil makanan Mia lagi?” soalnya prihatin.

“ Mirza, saya cuma ada dua tangan saja tau. Lainlah saya ni robot,” selorohku seraya ketawa kecil.

“ Maaf. Mirza dah menyusahkan…” pantas aku mencaras kata-kata Mirza yang aku sudah tahu apa yang ingin dikatakan.

“ Syhhh… Mia tak mahu dengar lagi Mirza kata macam tu.  Mirza tak pernah susahkan Mia pun. Malah Mia bersyukur dapat bantu Mirza.” Tegasku seraya mengatur langkah untuk mengambil makananku pula.

Aku mengambil pinggan seraya menyendok nasi lemak ke dalam pinggan. Setelah itu, aku mengambil pula awas-awasnya. Aku perhatikan Mirza dari jauh. Terasa kasihan pula membiarkan dia menjamah roti sahaja. Lantas aku mengambil pinggan kemudian aku menyendukkan bihun goreng Singapore ke dalam pinggannya. Bau bihun yang enak itu membuatkan perutku semakin berkeroncong.

“ Mirza ni ada bihun goreng. Tak tahu nak ambil apa. Awak tak ada masalah kan makan bihun goreng ni? Manalah tahu awak tak suka?”

Takpe. Terima kasih Mia.”

Aku mengatur langkah ke meja tempat dimana air diletakkan. Pantas saja aku mencapai dua biji cawan lalu aku menuangkan air teh o kedalam cawanku. Kerana aku tidak menggemari kopi. Aku juga menuangkan air teh o ke dalam cawan Mirza. Sesungguhnya aku tidak tahu sama ada Mirza gemarkan kopi atau tidak. Jadi langkah selamat lebih baik aku mengambil saja minuman yang sama denganku. Mudah bukan?

“ Mirza… saya bawakan awak air teh o. Awak minum ke?” soalku sebaik saja melabuhkan duduk berhadapan Mirza.

“ Boleh saja. Nasiblah Mia tak ambil air kopi. Mirza tak minum kopi. Pahit. Tak suka,” kata Mirza lantas tersenyum padaku.

“ Samalah. Mia pun tak suka juga. Eh! Kenapa tak makan Puding Karamel tu?” soalku apabila melihat puding yang langsung tidak berusik.




“ Mirza tunggu Mia. Manalah tahu Mia suka Puding Karamel ni,” ujar Mirza dengan lembut.

“ Mia memang suka Puding Karamel. Tapi kalau…” pantas saja Mirza mencaras percakapanku. Hingga membuatkan aku benar-benar terharu dengan keprihatinannya.

“ Kita makan sama-sama. Mirza ambil sepotong. Sepotong lagi untuk Mia. Okey?”

Aku menggangguk kepala bak buruk belatuk. Seketika kemudian aku mengetuk kepala. Terlupa pula aku bahawa Mirza tidak mungkin dapat melihat apa yang sedang aku lakukan.

“ Mia okey je. Terima kasih memahami,” ujarku seraya mengambil sepotong puding lalu aku letakkan di pingganku.

 Sambil makan aku memerhatikan Mirza. Suka benar aku lihat cara Mirza yang penuh kesopanan. Bahkan cara dia makan juga terlalu sopan. Comel sungguh wajahnya. Serasanya aku ingin terus dan terus menatap wajahnya. Ah! Mia Afida kau dah angau ke?

Kami berbual dengan pelbagai topik. Namun aku sedikit hairan kerana sedikitpun dia tidak menceritakan soal keluaganya. Entahlah aku malas mahu bertanya. Bimbang seandainya kemesraan yang terjalin akan tercalar dengan soalan yang tidak sepatutnya.

“ Err… Mia. Kalau diberi izin ALLAH, Mirza teringin sangat nak menatap wajah Mia. Kalau Mia tak keberatan, boleh tak kalau Mia terangkan fizikal Mia?” Aku tersentak mendengar soalan Mirza. Dalam hati aku berfikir ingin berkata jujurkah atau sebaliknya. Aku tersenyum sebelum berkata.

“ Erm… takde apa yang menarik tentang Mia pun. Mia ni gemuk, pendek. Mata juling. Erm… gigi pulak jongang. Ha lagi satu Mia ni kuat makan,” bohongku padanya. Sengaja aku ingin menduga reaksinya. Aku mengigit bibir menahan tawa dari terburai.

Mirza menggagau tangannya untuk menyentuh wajahku. Spontan aku mengelakkan wajah dari disentuhnya. Bimbang pembohonganku terbongkar. He he…


‘ Ish! Dah kenapa hati aku ni? Bergetar je rasanya. Tak mungkinlah aku sukakan Mirza. Aduh! Mia Afida kau benar-benar sudah parah,’ gumamku dalam hati.

“ Nak tahu tak?” soal Mirza bersama senyuman yang membuatkan aku tidak mengalih pandang ke arah lain.

“ Err… tahu apa?”

“ Sebenarnya… Mirza memang suka perempuan yang chubby ni. Comel je. Lagi satu boleh jadi teddybear untuk Mirza.” Seloroh Mirza. Hampir saja terburai tawaku. Apakah itu tandanya Mirza tidak memilih rupa?

“ Mirza ni ada-ada sajalah,” ujarku lantas ketawa di hujung kata.

“ Mirza kata yang betullah. Tapi kan, Mirza rasa Mia bohong kan? Mirza memang buta penglihatan. Tapi hati Mirza tak buta untuk menilai.” Sekali lagi aku tersentak mendengar bicara Mirza. Nadanya lembut menampar telingaku.

“ Err… Mia minta maaf. Mia sengaja ingin menduga Mirza,” ucapku takut-takut.

“ Tak mengapa. So boleh jujur tentang fizikal Mia?”

“ Penting ke untuk Mirza tahu?”

Mirza hanya tersenyum tenang. Oh, indahnya ciptaan ALLAH padanya. Seraut wajahnya yang tenang bisa menggoncang imanku. Hu hu…

“ Mia.”

Senyap.

“ Mia Afida sayang. Awak masih ada di sini ke? Senyap je.” Aku tersenyum lalu mengetuk kepala yang tidak sudah-sudah leka menatap wajahnya.

“ Ya. Mia masih di sini. Macam Mia kata tadi. Tak ada apa yang menarik tentang Mia. Hanyalah insan biasa je. Nak kata cantik tu tak adalah sangat. Erm… Mia tak boleh jadi
teddybear untuk Mirza sebab Mia tak chubby,” selorohku lalu aku ketawa kecil. Mirza turut ketawa.

“ Apa salahnya kalau Mia nak jadi my teddy?” Merona merah wajahku diusik sebegitu. Alahai kenapalah Mirza ni terlalu sempoi. Tapi aku suka sikapnya yang tidak berpura-pura. Lain benar dengan Rafiq, yang penuh kepura-puraan. Ah! Kenapa masih juga nama Rafiq bermain di mindaku? Nyah kau Rafiq. Nyah kau dari ingatanku.

“ Mia boleh cerita tak tentang Mia?” berkerut dahiku memikirkan apa yang dimaksudkan Mirza itu.

“ Tentang Mia? Maksud Mirza?” Aku menolak pinggan yang berisi nasi lemak ke tepi setelah aku selesai makan.

“ Mia ni berasal dari mana? Mia kerja apa? Dan err… Mia dah… berpunya ke?” soal Mirza satu persatu.

“ Oh, Mia asal utara. Mia kerja biasa saja. Cuma pejabat kecil saja. Err… sebelum Mia kemalangan tu Mia dah putus dengan Rafiq,” ujarku seraya menundukkan wajah.

“ Oh, kenapa boleh putus?” soalan Mirza ku biarkan sepi tanpa jawapan.

Setelah lama berjeda aku menarik nafas untuk meneruskan bicara.

“ Rafiq err… dia…” pantas Mirza mencaras kataku.

“ Kalau Mia sedih tak perlu teruskan. Eh, jom kita ke pantai. Mirza nak hirup udara segar.”

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Tenang dan sungguh menyenangkan hatiku. Entah mengapa aku merasa selesa setiap kali bersamanya.

“ Mirza kata apa tadi?”

“ Mirza nak hirup udara segar di pantai. Bolehkan kalau Mia pimpin Mirza?” pinta Mirza bersama senyumannya.


“ Oh, nak ke pantai? Jomlah. Di pantai nanti Mia akan ceritakan tentang Mia serba sedikit,” ujarku seraya memimpin Mirza menuju ke pantai. Ya ALLAH terasa parut di dalam hati aku semakin pulih. Apakah maknanya ini semua?

AKU menarik tangan Mirza untuk duduk di atas batu-batu kecil yang berada di situ. Aku hanya membiarkan angin lembut meniup rambutku. Aku menarik nafas perlahan sebelum memulakan cerita.

“ Sebenarnya dulu memang Mia bahagia. Sangat bahagia. Rafiq seorang lelaki yang baik. Sehinggalah satu hari tu…” aku berjeda seketika. Sebak menguasai diri. Aku menutup mata sebelum meneruskan cerita.

“ Mia dapat tahu Rafiq curang. Mia… Mia pergi ke Club Zouk sekadar untuk melepaskan kemarahan. Waktu tu Mia bertengkar dengan mama. Mama tak setuju hubungan Mia… dan juga Rafiq.” Seketika aku membuka mata apabila raut wajah mama bermain di mata.

Terasa pedih hatiku mengingatkan kejahilan dulu. Terasa diriku sangat kotor. Aku menyeka airmata yang tidak berhenti mengalir.

“ Lepas tu apa yang jadi?” soal Mirza dengan lembut.

“ Mia pertahankan hubungan Mia dan Rafiq. Tapi Mirza… waktu di club tu Mia nampak dengan mata Mia sendiri yang Rafiq… Rafiq bercumbuan dengan wanita lain. Hancur luluh perasaan Mia saat tu.” Aku menangis tersedu sedan.

“ Astaghfirullah al-azim. Sudahlah Mia. Tak usahlah Mia bersedih kerana lelaki yang tidak tahu menghargai Mia,” nasihat Mia dengan ikhlas.

“ Lepas tu Mia keluar dari club tu dengan perasaan kecewa. Dan saat tu Mia tak boleh lupa sampai sekarang.  Mia kemalangan. Dan hampir meragut nyawa Mia,” ujarku menyudahkan cerita yang membuatkan aku pilu sehingga kini.

“ Syukurlah. Mia di beri peluang untuk bertaubat.”

Aku menatap wajah Mirza. Aku tersenyum menatap wajah Mirza itu. Sangat tampan. Sehinggakan aku tidak jemu-jemu untuk menatap wajahnya.

“Arief,” seru satu suara. Aku menoleh ke arah suara itu.

Siapa pula minah ni? Cantik… tapi Masha-ALLAH pakai baju tak cukup kain. Miskin sangatkah ingin membeli pakaian yang lebih sopan? Eh! Mia, dulu kau pun selalu la pakai baju tak cukup benang tu. Cuma sekarang ni je kau dah berpakaian agak sopan.

“ Arief you buat apa dekat sini? Rief I rindukan you. I minta maaf kerana tinggalkan you. Sekarang I dah menyesal Rief,” ujar wanita itu seraya memegang tangan Mirza.

“ Rindu? Tahu ke awak apa maknanya rindu? Idayu… saya tahu saya jahat. Selalu permainkan perasaan wanita. Tapi saya ingatkan awak berbeza Ayu. Rupanya awak permainkan saya. Awak tinggalkan saya bila saya jadi buta. Sampai hati awak Ayu,” sinis nada suara Mirza.

‘ Oh, jadi inilah Idayu bekas kekasih Mirza tu. Erm, cantik juga. Tapi pandang aku sinis tu kenapa? Aku korek mata tu karang baru tahu!’ gumamku di dalam hati.

“ Arief I menyesal tinggalkan you. I’m still loving you.”

“ Idayu sudahlah. Pada saya, awak dah tak ada ertinya lagi. Jangan ganggu saya lagi,” tegas Mirza seraya bangkit.

“ Mia, mari kita pergi,” ajak Mirza lantas aku memimpin tangannya.

“ Hei! Perempuan. Kau jangan ganggu Arief. Dia tunang aku!” ujar idayu seraya menolak tubuhku hingga terjatuh.

“ Aduh!” Aku mengeringai kesakitan apabila tanganku bergeser di atas batu. Sakitnya ALLAH saja yang tahu.

“ Mia, awak okey?” soal Mirza cemas.

“ Saya okey,” bohongku seraya mengawal suara. Terasa mahu saja aku menangis namun aku sabarkan hati.


“ Idayu saya dengan awak takde apa-apa hubungan lagi. Awak bekas tunang saya. Awak kena terima hakikat. Awak yang tinggalkan saya. Bukan saya yang tinggalkan awak. Dan lagi satu. Dalam hati ni dah takde ruang untuk awak. Jadi… sebaiknya awak jangan ganggu saya lagi.  ” Tegas Mirza. Aku melihat wajahnya yang kemerahan. Marah benar nampaknya dia.

“ Arief tolonglah jangan buat I macam ni. I masih cintakan you,” rayu minah tidak cukup kain itu lagi.








Euww! Terasa ringan je tangan aku nak tampar wajah dia. Orang dah tak sudi tu janganlah di pujuk rayu lagi. Heh! Meluat aku. Segera aku bangkit lalu aku menyapu pasir yang melekat di tanganku. Biar aku je ‘sekolah’ kan minah ni. He he…

“ Cik Idayu bila Mirza kata dah tak ada ruang untuk awak tu usahlah dipaksa. Awak kena ingat, cinta tak seharusnya memiliki. Cinta juga tak seharusnya bersatu. Lagipun Cik Idayu ingat senang ke untuk orang yang ditinggalkan, tu memaafkan dan melupakan orang yang meninggalkan mereka?” perliku pada Idayu. Mencerlung matanya merenungku. Namun sikit pun aku tidak gentar.

“ Eh! Kau diam. Aku takde urusan dengan kau la.” Marah Idayu seraya menuding jari padaku.

“ Sudahlah. Idayu lebih baik awak pergi sekarang. Jangan ganggu saya lagi. Setelah awak tinggalkan saya, hati saya dah tertutup rapat untuk awak,” ujar Mirza seraya memengang pergelangan tanganku.

“ Arief I masih sayangkan you. I cintakan you Arief. Tolonglah bagi I peluang,” ujar Idayu.

“ Mia marilah kita pergi. Mirza rasa sakit kepala.” Aku memimpin tangan Mirza berlalu meninggalkan Idayu.

“ I tak akan lepaskan you. You hanya milik I Arief Mirza,” teriak Idayu. Aku menoleh sekilas ada wajah Mirza. Kosong! Wajahnya tidak beriak. Apakah dia sudah melupakan Idayu? Atau… dia masih sayangkan Idayu? Cuma dia menyembunyikan perasaannya? Perbagai soaalan bermain di mindaku.



apa yang jadi ni??? huh! Idayu dah masuk line balik ngeee sabar tunggu next n3 k :)

6 comments:

  1. muncul dah penyibuk ni. haha. adakah hati mirza sebenarnya dah lupakan Idayu? bestlah Mirza ni. hehe. walaupun ada kekurangan tapi peribadi dia baik. ^^ *feeling love... love... hahaha

    terima kasih kak weeda :)

    ReplyDelete
  2. sama2 afi :) ngeee adakah benar mirza dah lupakan idayu?? ngeee tungguuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. haiyaarrkkk, awal2 dah bahagia... happening gitu, alih2 muncul lak minah yang so grrr ni... aduhai, lomah laa hati mia kalau si mirza masih ada perasaan pada idayu... akakk, apa jadi lpas ni...?? x sabar nak tau... ^_^

    ReplyDelete
  4. tungguuuuuu le hehehehe baby mio tq dear ira tungggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design