Assalamualaikum maaf lambat kasi n3 ngeee hope enjoy :)
“ PAPA, you rasa sampai bila kita nak
sembunyikan hakikat sebenar ni?” soal Datin Hanis pada suaminya. Dia menjeling
sekilas Dato Izwan yang sedang asyik membaca surat khabar. Setelah tiada respon
dari suaminya dia meneruskan menyapu losyen pada tangan serta kakinya.
![]() |
| DATO IZWAN |
![]() |
| DATIN HANIS |
“
Pa, you dengar tak ni?” suara Datin Hanis sedikit kuat. Dia memuncung bibir
sambil menarik bantal di sebelah suaminya.
“
Apa maksud you? I tak faham,” ujar Dato Izwan lantas meletakkan cermin mata di
meja sisinya. Surat khabar yang dibaca sudah tidak menarik minatnya lagi. Dia
menarik tubuh si isteri lantas didakapnya mesra tubuh itu.
“
Maksud I tentang… err… tentang Adrian,” ujar Datin Hanis perlahan bimbang ada
sesiapa yang mencuri dengar perbualannya.
Raihana
yang hendak mengetuk pintu bilik Dato Izwan menghentikan pergerakannya apabila
mendengar nama abangnya disebut. Lantas dia melekapkan telinga di pintu untuk
mencuri dengar perbualan mama serta papanya.
“
Soal Adrian tu you janganlah risau. Lagipun Adrian dah besar.”
“
Tapi pa… I tak mampu untuk terus membohonginya. You tak rasa bersalah ke?”
tekan Datin Hanis.
“
Bersalah? For what?”
“
Papa… selama 23 tahun kita sembunyikan identitinya. Apa perasaan you bila dia
tanya alasan you bencikan dia? You… I bukan apa. I ni seorang ibu. I faham
perasaan dia. Pasti terluka dengan sikap kita.”
“
Datin Hanis… sejak bila you prihatin dengan Adrian? Sudahlah sayang. I bosan la
cakap pasal dia. Kita tidur saja ya,” pujuk Dato Izwan.
“
Papa! Ini hal serius tau. Sampai bila kita nak rahsiakan bahawa Adrian itu
bukan anak kandung kita? Macam mana nanti kalau dia sendiri dapat tahu bahawa
dia anak luar nikah?” Datin Hanis terus menekan suaminya. Dia menarik tangan
Dato Izwan yang sedang melingkari tubuhnya.
Raihana
menekup mulut saat mendengar alasan Datin Hanis. Anak luar nikah? Erm… Adrian
sadisnya kisah kau kan? Sekarang kau tunggulah nasib kau. Raihana tersenyum
sinis. Idea jahat mula bermain di mindanya.
![]() |
| RAIHANA |
NATASYA
membelek wajahnya di cermin. Hari ini genap sudah sebulan dia menjadi orang
gaji di rumah Datin Khalisa. Sering kali jua dia mengintai rumah jiran
majikannya itu. Namun selama dia bekerja selalu saja tidak berkesempatan untuk
mengenal jiran majikannya. Bukannya apa dia hanya ingin mengenal saja. Manalah
tahu andainya ada sesuatu yang berlaku pada majikannya senanglah kianya untuk
memohon bantuan. Tak gitu? He he…
Usai
menyapu bedak compact pada wajah Natasya mencapai tudung bawal di atas katil.
Segera tangannya melipat tudung agar menjadi bentuk segi tiga. Setelah itu, dia
mencapai kerongsang lalu dia pinkan di bawah dagu.
“
Tasya kau dah siap ke belum? Cepat sikit. Nanti marah pula Datin Khalisa tu.
Dia bukan boleh kalau pekerjanya tak tepati masa,” teriak Zubaidah sahabat merangkap
teman serumah Natasya.
“
Aku dah siap. Tak payah la menjerit. Macamlah aku jauh berbatu,” perli Natasya
sebaik saja menghampiri Zubaidah.
“
Kau tu siap lama bebenor. Penat aku
tunggu. Dah jom cepat. Nanti bising pula Datin.”
Natasya
menjulingkan mata mendengar sahabatnya itu membebel. Zubaidah ni kalau menceceh
dah macam mak nenek. Bosan aku. Huh!
“
Apasal kau buat muka? Asal aku membebel sikit mulalah protes. Huh!” dengus
Zubaidah seraya memecut keretanya laju.
Natasya
hanya memekakkan telinga mendengar bebelan Zubaidah. Bukannya dia tidak kenal
Zubaidah. Andai dia melawan kata pasti bernanah telinga mendengar sindiran
pedas Zubaidah. Namun dia tahu Zubaidah menceceh demi kebaikannya juga.
“
Tasya… penat aku bebel. Bukannya kau dengar,” ujar Zubaidah seraya mencebikkan
bibirnya.
“
Ha apa dia? Kau tu kalau dah bebel. Macam mak nenek.”
Zubaidah
tersengih mendengar sindiran sahabatnya itu. Lantas dia kembali bersuara
apabila melihat wajah tidak beriak Natasya.
“
Aku tanya macam mana kerja kau? Okey ke?”
“
Oh, okey je. Kau tahu tak Bai? Datin layan aku baik sangat. Yalah, walau aku
cuma orang gaji je tapi layanannya tu buat aku rasa selesa sangat. Terima kasih
sebab sarankan aku dengan kerja ni,” ujar Natasya lantas menoleh sahabatnya di
sebelah.
“
Baguslah macam tu. Kali ni kau kerja betul-betul tau!” Zubaidah memberi amaran
keras pada Natasya. Bukan apa, Natasya sering kali menukar kerja. Dalam setahun
boleh kata dah 5 kali dia menukar kerja.
“
Yalah. Aku tahu. Eleh macamlah kau tak kenal aku? Bukannya aku nak berhenti.
Tapi kalau dah bos aku tu gatal sangat memang nak kena cepuk. Nasib baiklah
kerja aku sekarang ni majikannya perempuan yang sudah kematian suami,” ujar
Natasya sambil menarik nafas lega.
“
Kau tu cantik sangat. Tu yang orang lelaki jadi miang tengok kau.”
“
Bai kau ni ada-ada je. Tapi terima kasihlah sebab puji aku cantik. Bukan senang
kau nak puji aku,” seloroh Natasya seraya mengenyitkan sebelah matanya.
Zubaidah membuat memek muka seperti ingin muntah.
“
Tasya kau ni suka perasan. Aku saja cakap macam tu,” usik Zubaidah lantas
menyeringai ketawa.
“
Biarlah apa kau nak kata. Lagi pun ALLAH dah mencipta kita sebaik-baik ciptaan.
Aku bersyukur atas kurniaanNYA pada aku.”
Terdiam
Zubaidah mendengar hujah Natasya. Suasana menjadi sunyi sepi. Terasa canggung
dengan situasi itu Zubaidah membuka siaran radio. Dia ikut menyanyi apabila
lagu Rapuh-Opick berkumandang dari radio IKIM FM.
Detik
waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Natasya
membuang pandang ke luar tingkap. Langsung tidak berminat untuk mendengar suara
Zubaidah yang ikut menyanyi lagu Opick itu.
TERHENTI
pergerakan tangan Adrian yang sedang memetik gitar tika itu. Dia terleka
melihat figura gadis yang manis bertudung itu. Pantas dia meletakkan gitar di lantai
gazebo rumahnya. Lantas dia mendekati untuk menegur gadis itu.
“
Hai cik adik. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Baru pindah ke?” soal Adrian
tanpa memberi salam. Dia terpaku melihat keayuan gadis yang kecil molek itu.
Natasya
yang mendengar sapaan itu segera menoleh. Dia melemparkan senyuman pada jejaka
itu.
‘
Sebulan aku kerja baru nampak muka jiran Datin Khalisa ni? Erm… tapi muka dia
boleh tahan. Handsome juga. Ish!
Gatalnya kau Tasya,’ gumam Natasya di dalam hati.
“
Assalamualaikum. Encik Abang. Saya bukan baru pindah di sini. Tapi saya orang
gaji di sini,” ujar Natasya seraya menyiram pokok di laman rumah.
“
Oh… orang gaji. Maaflah cik. Selama ni
saya tak perasan pun cik di sini. Baru kerja ke?” Adrian menyoal ramah.
“
Ya saya baru saja kerja disini. Tak apalah Encik saya ada kerja lagi nak buat
ni. Assalamualaikum.”
“
Waalaikumsalam. Eh, tunggu! Ala Rian belum tahu nama awak lagi,” dengus Adrian
lantas memanjangkan leher mengintai gadis tadi.
‘
Ish! Boleh tahan ramah mamat tu. Tapi… handsome. Oh! No Tasya. Lelaki semuanya
sama. Gatal! Entah-entah dia dah kahwin,’ tebak Tasya di dalam hati. Kepalanya
digeleng berkali-kali.
“
Tasya, kenapa awak tergeleng-geleng?” soal Datin Khalisa hairan melihat sikap
gadis muda itu.
‘
Pelik benarlah Tasya hari ni. Kenapa ya? Ish! Macam-macam hal,’ sungut Datin
Khalisa di dalam hati.
“
Ha? Err… tak… tak ada apa Datin. Cuma saya err… ha bingung nak masak apa hari
ni,” bohong Natasya akibat terkejut disergah oleh majikannya.
“
Kamu ni ada je alasan. Hari ni kamu masak makanan kampung je. Tak payah masak
banyak sangat. Bukannya ada sesiapa pun kalau masak banyak-banyak.”
Natasya
hanya menggangguk kepala. Dia ingin membuka mulut bertanya soal jejaka tadi.
Namun suaranya bagaikan terkunci di kerongkong.
“
Kamu ada nak tanya apa-apa ke?” soal Datin Khalisa.
Uit!
Datin ni macam tau je apa ada dalm kepala aku. Kuat betul telepati dia. Tapi
kan alang-alang Datin dah tanya macam tu baik aku tanya je kan? Tak rugi pun,
monolog Natasya dalam hati.
“
Err sebenarnya… saya nak tanya…” pantas Datin Khalisa mencaras bicara Natasya.
“
Nak tanya tentang Adrian? Anak lelaki Datin Hanis? Jiran sebelah rumah kita tu
ke?”
Gurlp!
Natasya
menelan liur. Macam mana Datin tahu ni? Aduh! Datin ni dulu pernah kerja spy
ke?
“
Saya lebih dulu makan garam dari kamu. Sudah, sekarang ni kamu ikut saya ke
ruang tamu. Saya akan ceritakan tentang Adrian serba sedikit.”
Bersinar
mata Natasya mendengar tutur Datin Khalisa. Segera dia menghayun kaki mengikut
langkah majikannya. Pantas Datin Khalisa menepuk sofa di sebelahnya. Akur
dengan arahan itu Natasya mengambil tempat bersebelahan Datin Khalisa.
“Adrian
tu budak yang baik. Selalu sebelum kamu kerja dengan saya adalah juga dia
tolong saya. Tapi walaupun dia nampak macam ceria sebenarnya dia…”
“
Sebenarnya apa Datin?” soal Natasya tidak sabar.
“
Dia selalu disisih keluarga. Malah seringkali saya dengar dia dimaki, dihina,
dicaci oleh keluarganya sendiri. Saya pun tak tahu kenapa benci benar Datin
Hanis pada Adrian. Sedangkan dia anak yang baik.”
“
Kenapa err.. Adrian kena maki? Hina? Sedangkan dia anak Datin apa tadi? Datin
Hanis?”
“
Entahlah. Saya kurang pasti tentang tu. Tapi tiap-tiap malam Dato Izwan serta
Datin Hanis balik dalam keadaan yang sangat memalukan. Tak perlulah saya bercerita
keadaan yang macam mana. Tapi saya kasihan bila Adrian dimaki saat dia ingin
menolong papanya. Entahlah Tasya… saya rasa tak patut dia dilayan sebegitu.”
Natasya
semakin penasaran untuk mengetahui perihal Adrian. Baru saja dia ingin membuka
mulut bertanya soal Adrian tiba-tiba pahanya ditepuk lembut. Dia menoleh pada
seraut wajah milik Datin Khalisa.
“
Sudahlah, kita berborak ni pukul berapa nak masak?” perli Datin Khalisa seraya
tersenyum. Natasya menanyang sengih sebelum bangun untuk menuju ke ruang dapur.
“
Tasya,” seru Datin Khalisa.
“
Ya Datin.”
“
Hari ni saya tolong kamu masak. Kamu bawa keluar ikan patin dan tempoyak dari
peti. Biar saya tolong kamu sikit-sikit. Perut saya dah lapar sangat ni,” ujar
Datin Khalisa ramah.
“
Baiklah Datin.”
“
Tasya,” seru Datin Khalisa sekali lagi.
“
Ya Datin. Ada apa-apa lagi yang Datin nak kata ke?” soal Natasya dengan wajah
yang agak blurr.
“
Tak ada apa. Cuma kalau boleh panggil saya mama. Saya tahu pasti kamu rindu
arwah mak kamu kan?” Natasya kelu lidah untuk berbicara. Segera dia menundukkan
wajah.
Datin
Khalisa mendekati Natasya. Semenjak Natasya bekerja di rumahnya hidupnya yang
dulu kesepian kini sedikit terubat.
“
Tasya, awak tahu kan saya sayangkan awak macam anak saya sendiri. Awak tahu kan
saya… saya rindukan arwah anak saya?” Natasya memanggung kepala mendengar
soalan yang diajukan padanya. Sungguh dia tiada niat untuk membuat majikannya
itu bersedih. Namun dia masih tidak mampu untuk melupakan arwah ibunya.
“
Datin saya minta maaf. Saya…” pantas Datin Khalisa mencaras kata Natasya.
“
Tasya panggil mama sayang.”
Natasya
mengetap bibir. Serba salah untuk menurut permintaan majikan yang sangat baik
padanya itu. Tidak mahu orang sekeliling memikirkan yang tidak-tidak padanya.
“
Tasya panggil saya mama. Saya teringin sangat nak dengar perkataan ‘mama’ dari
ulas bibir awak,” pinta Datin Khalisa penuh mengharap. Natasya mengesat airmata
yang bergenang di tubir mata majikannya.
“
Ma… mama,” seru Natasya dengan susah payahnya.
Lekas
saja Datin Khalisa memeluk tubuh Natasya. Dia terharu akan kesudian Natasya
memanggilnya dengan panggilan keramat yang amat dirinduinya itu.
“
Sudahlah sayang. Mari kita masak sama-sama. Mama bahgia sangat. Sekarang hidup
mama tak sunyi lagi. Mama ada anak yang cantik, comel. Mama bersyukur sangat
kerana ALLAH mmbuka pintu hati mama untuk menerima Tasya di rumah ni. Jom
sayang kita masak.” Natasya hanya menurut langkah Datin Khalisa. Terasa
canggung saat Datin Khalisa membahasakan dirinya ‘mama’.
ADRIAN
mengukir senyum melihat gadis yang dinantikannya itu. Dia hanya memerhatikan
segala gerak geri gadis bertudung itu.
“
Comelnya dia. Kalaulah jadi kekasih aku ni. Ish! Rian jangan beranganlah. Belum
tentu dia akan suka pada kaulah. Kalau ahli keluarga kau sendiri tak suka kau
apatah lagi orang luar? Argh! Serabut!” Adrian berperang dengan perasaannya
sendiri.
“
Assalamualaikum. Buat apa tu? Mengintai saya ke?” sakat Natasya seraya
tersenyum nakal.
“
Ha? Apa awak cakap?” soal Adrian dengan wajah blurrr.
“
Saya cakap awak buat apa? Mengintai saya sidai baju ke?” Natasya menyoal sekali
lagi.
“
Eh! Tak adalah. Awak ni perasan Tadi saya baru je lepas err… ha basuh kereta,”
ujar Adrian seraya menunjukkan span di tangannya.
“
Oh! Tak apalah Sya masuk dulu ya.”
“
Awak,” seru Adrian. Natasya menghentikan langkahnya lantas dia menoleh pada
Adrian.
“
Kenapa?” soal Natasya sepatah.
“
Siapa nama awak? Saya Adrian. Panggil je Rian.” Adrian memperkanalkan diri
dengan selamba.
“
Saya Natasya. Panggil saja Tasya. Kalau tak ada apa-apa lagi saya masuk dulu ya
Encik Adrian,” ujar Natasya sopan.
‘
Comelnya dia. Kalau Bai tahu aku kenal mamat handsome ni mesti dia jelous.
Hu hu…’ gumam Natasya dalam hati.
‘
Natasya… cantiknya nama dia. Secantik orangnya. Terima kasih ya ALLAH. Terima
kasih kerana kurniakan aku rasa bahagia ini. Aku harap rasa ini akan
berkekalan. In sya ALLAH.’ Bisik Adrian di dalam hati.
p/s + hope sukalah erk maaf andai ada kekiurangan k :)










Assalam..akak best cer ni, ira nak lagi!! Sambung cepat2 yerk..hehe
ReplyDeletewaalaikumsalam..... alhamdulillah thanks ira sudi singgah :) ngeeee in sya ALLAH :)
ReplyDeletebest la...sweet sangat..
ReplyDeleteheeee jemput baca part 3 dan 4 k :)
ReplyDelete