Thursday, March 13, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 2




Assalamualaikum maaf lambat kasi n3 ngeee hope enjoy :)













PAPA, you rasa sampai bila kita nak sembunyikan hakikat sebenar ni?” soal Datin Hanis pada suaminya. Dia menjeling sekilas Dato Izwan yang sedang asyik membaca surat khabar. Setelah tiada respon dari suaminya dia meneruskan menyapu losyen pada tangan serta kakinya.
DATO IZWAN

DATIN HANIS






“ Pa, you dengar tak ni?” suara Datin Hanis sedikit kuat. Dia memuncung bibir sambil menarik bantal di sebelah suaminya.

“ Apa maksud you? I tak faham,” ujar Dato Izwan lantas meletakkan cermin mata di meja sisinya. Surat khabar yang dibaca sudah tidak menarik minatnya lagi. Dia menarik tubuh si isteri lantas didakapnya mesra tubuh itu.

“ Maksud I tentang… err… tentang Adrian,” ujar Datin Hanis perlahan bimbang ada sesiapa yang mencuri dengar perbualannya.

Raihana yang hendak mengetuk pintu bilik Dato Izwan menghentikan pergerakannya apabila mendengar nama abangnya disebut. Lantas dia melekapkan telinga di pintu untuk mencuri dengar perbualan mama serta papanya.

“ Soal Adrian tu you janganlah risau. Lagipun Adrian dah besar.”

“ Tapi pa… I tak mampu untuk terus membohonginya. You tak rasa bersalah ke?” tekan Datin Hanis.

“ Bersalah? For what?”

“ Papa… selama 23 tahun kita sembunyikan identitinya. Apa perasaan you bila dia tanya alasan you bencikan dia? You… I bukan apa. I ni seorang ibu. I faham perasaan dia. Pasti terluka dengan sikap kita.”

“ Datin Hanis… sejak bila you prihatin dengan Adrian? Sudahlah sayang. I bosan la cakap pasal dia. Kita tidur saja ya,” pujuk Dato Izwan.

“ Papa! Ini hal serius tau. Sampai bila kita nak rahsiakan bahawa Adrian itu bukan anak kandung kita? Macam mana nanti kalau dia sendiri dapat tahu bahawa dia anak luar nikah?” Datin Hanis terus menekan suaminya. Dia menarik tangan Dato Izwan yang sedang melingkari tubuhnya.

Raihana menekup mulut saat mendengar alasan Datin Hanis. Anak luar nikah? Erm… Adrian sadisnya kisah kau kan? Sekarang kau tunggulah nasib kau. Raihana tersenyum sinis. Idea jahat mula bermain di mindanya.


RAIHANA




NATASYA membelek wajahnya di cermin. Hari ini genap sudah sebulan dia menjadi orang gaji di rumah Datin Khalisa. Sering kali jua dia mengintai rumah jiran majikannya itu. Namun selama dia bekerja selalu saja tidak berkesempatan untuk mengenal jiran majikannya. Bukannya apa dia hanya ingin mengenal saja. Manalah tahu andainya ada sesuatu yang berlaku pada majikannya senanglah kianya untuk memohon bantuan. Tak gitu? He he…

Usai menyapu bedak compact pada wajah Natasya mencapai tudung bawal di atas katil. Segera tangannya melipat tudung agar menjadi bentuk segi tiga. Setelah itu, dia mencapai kerongsang lalu dia pinkan di bawah dagu.

“ Tasya kau dah siap ke belum? Cepat sikit. Nanti marah pula Datin Khalisa tu. Dia bukan boleh kalau pekerjanya tak tepati masa,” teriak Zubaidah sahabat merangkap teman serumah Natasya.

“ Aku dah siap. Tak payah la menjerit. Macamlah aku jauh berbatu,” perli Natasya sebaik saja menghampiri Zubaidah.

“ Kau tu siap lama bebenor. Penat aku tunggu. Dah jom cepat. Nanti bising pula Datin.”

Natasya menjulingkan mata mendengar sahabatnya itu membebel. Zubaidah ni kalau menceceh dah macam mak nenek. Bosan aku. Huh!

“ Apasal kau buat muka? Asal aku membebel sikit mulalah protes. Huh!” dengus Zubaidah seraya memecut keretanya laju.

Natasya hanya memekakkan telinga mendengar bebelan Zubaidah. Bukannya dia tidak kenal Zubaidah. Andai dia melawan kata pasti bernanah telinga mendengar sindiran pedas Zubaidah. Namun dia tahu Zubaidah menceceh demi kebaikannya juga.

“ Tasya… penat aku bebel. Bukannya kau dengar,” ujar Zubaidah seraya mencebikkan bibirnya.

“ Ha apa dia? Kau tu kalau dah bebel. Macam mak nenek.”

Zubaidah tersengih mendengar sindiran sahabatnya itu. Lantas dia kembali bersuara apabila melihat wajah tidak beriak Natasya.

“ Aku tanya macam mana kerja kau? Okey ke?”

“ Oh, okey je. Kau tahu tak Bai? Datin layan aku baik sangat. Yalah, walau aku cuma orang gaji je tapi layanannya tu buat aku rasa selesa sangat. Terima kasih sebab sarankan aku dengan kerja ni,” ujar Natasya lantas menoleh sahabatnya di sebelah.

“ Baguslah macam tu. Kali ni kau kerja betul-betul tau!” Zubaidah memberi amaran keras pada Natasya. Bukan apa, Natasya sering kali menukar kerja. Dalam setahun boleh kata dah 5 kali dia menukar kerja.

“ Yalah. Aku tahu. Eleh macamlah kau tak kenal aku? Bukannya aku nak berhenti. Tapi kalau dah bos aku tu gatal sangat memang nak kena cepuk. Nasib baiklah kerja aku sekarang ni majikannya perempuan yang sudah kematian suami,” ujar Natasya sambil menarik nafas lega.

“ Kau tu cantik sangat. Tu yang orang lelaki jadi miang tengok kau.”

“ Bai kau ni ada-ada je. Tapi terima kasihlah sebab puji aku cantik. Bukan senang kau nak puji aku,” seloroh Natasya seraya mengenyitkan sebelah matanya. Zubaidah membuat memek muka seperti ingin muntah.

“ Tasya kau ni suka perasan. Aku saja cakap macam tu,” usik Zubaidah lantas menyeringai ketawa.

“ Biarlah apa kau nak kata. Lagi pun ALLAH dah mencipta kita sebaik-baik ciptaan. Aku bersyukur atas kurniaanNYA pada aku.”

Terdiam Zubaidah mendengar hujah Natasya. Suasana menjadi sunyi sepi. Terasa canggung dengan situasi itu Zubaidah membuka siaran radio. Dia ikut menyanyi apabila lagu Rapuh-Opick berkumandang dari radio IKIM FM.

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Natasya membuang pandang ke luar tingkap. Langsung tidak berminat untuk mendengar suara Zubaidah yang ikut menyanyi lagu Opick itu.

TERHENTI pergerakan tangan Adrian yang sedang memetik gitar tika itu. Dia terleka melihat figura gadis yang manis bertudung itu. Pantas dia meletakkan gitar di lantai gazebo rumahnya. Lantas dia mendekati untuk menegur gadis itu.

“ Hai cik adik. Tak pernah nampak pun sebelum ni. Baru pindah ke?” soal Adrian tanpa memberi salam. Dia terpaku melihat keayuan gadis yang kecil molek itu.

Natasya yang mendengar sapaan itu segera menoleh. Dia melemparkan senyuman pada jejaka itu.







‘ Sebulan aku kerja baru nampak muka jiran Datin Khalisa ni? Erm… tapi muka dia boleh tahan. Handsome juga. Ish! Gatalnya kau Tasya,’ gumam Natasya di dalam hati.

“ Assalamualaikum. Encik Abang. Saya bukan baru pindah di sini. Tapi saya orang gaji di sini,” ujar Natasya seraya menyiram pokok di laman rumah.

 Oh… orang gaji. Maaflah cik. Selama ni saya tak perasan pun cik di sini. Baru kerja ke?” Adrian menyoal ramah.

“ Ya saya baru saja kerja disini. Tak apalah Encik saya ada kerja lagi nak buat ni. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam. Eh, tunggu! Ala Rian belum tahu nama awak lagi,” dengus Adrian lantas memanjangkan leher mengintai gadis tadi.

‘ Ish! Boleh tahan ramah mamat tu. Tapi… handsome. Oh! No Tasya. Lelaki semuanya sama. Gatal! Entah-entah dia dah kahwin,’ tebak Tasya di dalam hati. Kepalanya digeleng berkali-kali.

“ Tasya, kenapa awak tergeleng-geleng?” soal Datin Khalisa hairan melihat sikap gadis muda itu.

‘ Pelik benarlah Tasya hari ni. Kenapa ya? Ish! Macam-macam hal,’ sungut Datin Khalisa di dalam hati.

“ Ha? Err… tak… tak ada apa Datin. Cuma saya err… ha bingung nak masak apa hari ni,” bohong Natasya akibat terkejut disergah oleh majikannya.

“ Kamu ni ada je alasan. Hari ni kamu masak makanan kampung je. Tak payah masak banyak sangat. Bukannya ada sesiapa pun kalau masak banyak-banyak.”

Natasya hanya menggangguk kepala. Dia ingin membuka mulut bertanya soal jejaka tadi. Namun suaranya bagaikan terkunci di kerongkong.

“ Kamu ada nak tanya apa-apa ke?” soal Datin Khalisa.

Uit! Datin ni macam tau je apa ada dalm kepala aku. Kuat betul telepati dia. Tapi kan alang-alang Datin dah tanya macam tu baik aku tanya je kan? Tak rugi pun, monolog Natasya dalam hati.

“ Err sebenarnya… saya nak tanya…” pantas Datin Khalisa mencaras bicara Natasya.

“ Nak tanya tentang Adrian? Anak lelaki Datin Hanis? Jiran sebelah rumah kita tu ke?”

Gurlp!

Natasya menelan liur. Macam mana Datin tahu ni? Aduh! Datin ni dulu pernah kerja spy ke?

“ Saya lebih dulu makan garam dari kamu. Sudah, sekarang ni kamu ikut saya ke ruang tamu. Saya akan ceritakan tentang Adrian serba sedikit.”

Bersinar mata Natasya mendengar tutur Datin Khalisa. Segera dia menghayun kaki mengikut langkah majikannya. Pantas Datin Khalisa menepuk sofa di sebelahnya. Akur dengan arahan itu Natasya mengambil tempat bersebelahan Datin Khalisa.

“Adrian tu budak yang baik. Selalu sebelum kamu kerja dengan saya adalah juga dia tolong saya. Tapi walaupun dia nampak macam ceria sebenarnya dia…”

“ Sebenarnya apa Datin?” soal Natasya tidak sabar.

“ Dia selalu disisih keluarga. Malah seringkali saya dengar dia dimaki, dihina, dicaci oleh keluarganya sendiri. Saya pun tak tahu kenapa benci benar Datin Hanis pada Adrian. Sedangkan dia anak yang baik.”

“ Kenapa err.. Adrian kena maki? Hina? Sedangkan dia anak Datin apa tadi? Datin Hanis?”

“ Entahlah. Saya kurang pasti tentang tu. Tapi tiap-tiap malam Dato Izwan serta Datin Hanis balik dalam keadaan yang sangat memalukan. Tak perlulah saya bercerita keadaan yang macam mana. Tapi saya kasihan bila Adrian dimaki saat dia ingin menolong papanya. Entahlah Tasya… saya rasa tak patut dia dilayan sebegitu.”

Natasya semakin penasaran untuk mengetahui perihal Adrian. Baru saja dia ingin membuka mulut bertanya soal Adrian tiba-tiba pahanya ditepuk lembut. Dia menoleh pada seraut wajah milik Datin Khalisa.

“ Sudahlah, kita berborak ni pukul berapa nak masak?” perli Datin Khalisa seraya tersenyum. Natasya menanyang sengih sebelum bangun untuk menuju ke ruang dapur.

“ Tasya,” seru Datin Khalisa.

“ Ya Datin.”

“ Hari ni saya tolong kamu masak. Kamu bawa keluar ikan patin dan tempoyak dari peti. Biar saya tolong kamu sikit-sikit. Perut saya dah lapar sangat ni,” ujar Datin Khalisa ramah.

“ Baiklah Datin.”

“ Tasya,” seru Datin Khalisa sekali lagi.

“ Ya Datin. Ada apa-apa lagi yang Datin nak kata ke?” soal Natasya dengan wajah yang agak blurr.

“ Tak ada apa. Cuma kalau boleh panggil saya mama. Saya tahu pasti kamu rindu arwah mak kamu kan?” Natasya kelu lidah untuk berbicara. Segera dia menundukkan wajah.

Datin Khalisa mendekati Natasya. Semenjak Natasya bekerja di rumahnya hidupnya yang dulu kesepian kini sedikit terubat.

“ Tasya, awak tahu kan saya sayangkan awak macam anak saya sendiri. Awak tahu kan saya… saya rindukan arwah anak saya?” Natasya memanggung kepala mendengar soalan yang diajukan padanya. Sungguh dia tiada niat untuk membuat majikannya itu bersedih. Namun dia masih tidak mampu untuk melupakan arwah ibunya.

“ Datin saya minta maaf. Saya…” pantas Datin Khalisa mencaras kata Natasya.

“ Tasya panggil mama sayang.”

Natasya mengetap bibir. Serba salah untuk menurut permintaan majikan yang sangat baik padanya itu. Tidak mahu orang sekeliling memikirkan yang tidak-tidak padanya.

“ Tasya panggil saya mama. Saya teringin sangat nak dengar perkataan ‘mama’ dari ulas bibir awak,” pinta Datin Khalisa penuh mengharap. Natasya mengesat airmata yang bergenang di tubir mata majikannya.

“ Ma… mama,” seru Natasya dengan susah payahnya.

Lekas saja Datin Khalisa memeluk tubuh Natasya. Dia terharu akan kesudian Natasya memanggilnya dengan panggilan keramat yang amat dirinduinya itu.

“ Sudahlah sayang. Mari kita masak sama-sama. Mama bahgia sangat. Sekarang hidup mama tak sunyi lagi. Mama ada anak yang cantik, comel. Mama bersyukur sangat kerana ALLAH mmbuka pintu hati mama untuk menerima Tasya di rumah ni. Jom sayang kita masak.” Natasya hanya menurut langkah Datin Khalisa. Terasa canggung saat Datin Khalisa membahasakan dirinya ‘mama’.


ADRIAN mengukir senyum melihat gadis yang dinantikannya itu. Dia hanya memerhatikan segala gerak geri gadis bertudung itu.

“ Comelnya dia. Kalaulah jadi kekasih aku ni. Ish! Rian jangan beranganlah. Belum tentu dia akan suka pada kaulah. Kalau ahli keluarga kau sendiri tak suka kau apatah lagi orang luar? Argh! Serabut!” Adrian berperang dengan perasaannya sendiri.

“ Assalamualaikum. Buat apa tu? Mengintai saya ke?” sakat Natasya seraya tersenyum nakal.

“ Ha? Apa awak cakap?” soal Adrian dengan wajah blurrr.

“ Saya cakap awak buat apa? Mengintai saya sidai baju ke?” Natasya menyoal sekali lagi.

“ Eh! Tak adalah. Awak ni perasan Tadi saya baru je lepas err… ha basuh kereta,” ujar Adrian seraya menunjukkan span di tangannya.

“ Oh! Tak apalah Sya masuk dulu ya.”

“ Awak,” seru Adrian. Natasya menghentikan langkahnya lantas dia menoleh pada Adrian.

“ Kenapa?” soal Natasya sepatah.

“ Siapa nama awak? Saya Adrian. Panggil je Rian.” Adrian memperkanalkan diri dengan selamba.

“ Saya Natasya. Panggil saja Tasya. Kalau tak ada apa-apa lagi saya masuk dulu ya Encik Adrian,” ujar Natasya sopan.

‘ Comelnya dia. Kalau Bai tahu aku kenal mamat handsome ni mesti dia jelous. Hu hu…’ gumam Natasya dalam hati.

‘ Natasya… cantiknya nama dia. Secantik orangnya. Terima kasih ya ALLAH. Terima kasih kerana kurniakan aku rasa bahagia ini. Aku harap rasa ini akan berkekalan. In sya ALLAH.’ Bisik Adrian di dalam hati.



p/s + hope sukalah erk maaf andai ada kekiurangan k :)

4 comments:

  1. Assalam..akak best cer ni, ira nak lagi!! Sambung cepat2 yerk..hehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..... alhamdulillah thanks ira sudi singgah :) ngeeee in sya ALLAH :)

    ReplyDelete
  3. best la...sweet sangat..

    ReplyDelete
  4. heeee jemput baca part 3 dan 4 k :)

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design