Monday, February 3, 2014

DIA DI HATI BAB 2














ALLAH BERFIRMAN,


“Wahai mereka yang beriman, sesungguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhala dan menengok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkan lah ia semoga kamu berjaya.”

(Surah Al-Maidah ayat 90)

Nabi Muhammad bersabda,

“Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit.” 

(Riwayat Tarmuzi-Hasan Sahih)

Aku memesan air Tequila untuk menghilangkan dahaga. Sedang asyik aku meneguk air kencing syaitan itu, mataku liarkan memerhati anak-anak muda yang lebih kurang sebaya denganku sedang terkinja-kinja di atas lantai tari bersama pasangan masing-masing. Terasa perit saat air Tequila melalui kerongkongku. Di bar pula kelihatan beberapa orang selainku yang sedang meneguk air kencing syaitan, tidak kurang juga yang merokok.

Saat aku mengatur langkah untuk ke lantai tari, langkahku terhenti apabila melihat pasangan yang tidak segan silu untuk bercumbu-cumbuan. Pada kiraanku wanita itu agak berusia, sedangkan si lelaki pula sangat muda. Langkahku terhoyong hayang akibat mabuk. Apabila lelaki yang sedang asyik bercumbuan dengan wanita tua itu menoleh sekilas padaku, aku merasa kejung seluruh tubuhku saat itu. Terkejut bukan kepalang. Kerana aku sangat mengenalinya. Rafiq! Ya lelaki itu ialah Rafiq. Aku mula merasa tertipu. Tanpa sedar airmata mula bergenang di pipiku. Serta merta aku teringatkan kata-kata mama sebelum aku keluar dari rumah sebentar tadi.

“ Fida! Mama tak ajar kamu untuk jadi anak derhaka.” Suara mama juga meninggi.

“ Maaflah ma. Fida jadi kurang ajar pun sebab selama ni mama tak pernah didik Fida untuk jadi anak yang baik. Selama ni siapa yang jaga Fida? Siapa yang selalu ambil berat tentang Fida. Bukan mama. Tapi tu… orang gaji mama yang selama ni  mengasuh dan menjaga Fida. Bukan mama.”

Pang!!

“ Kurang ajar kamu Fida. Mama nak kamu putuskan hubungan kamu dengan lelaki tak guna tu. Dia cuma mahu harta yang kamu ada. Dia tidak ikhlas dengan kamu. Lagi satu! Mama tak pernah bezakan kasih sayang mama. Mama sayang semua anak mama. Cuma kamu saja yang degil tak bertempat.”


Segera aku menghayun kaki laju untuk keluar dari Zouk Club itu. Aku berjanji pada diriku, bahawa ini kali pertama dan terakhir aku menjejakkan kaki ke tempat sebegini. Pada Rafiq, terima kasih kerana telah melukakan hatiku. Mujur baik aku tergerak hati ingin ke tempat yang penuh kemaksiatan ini, jika tidak, sampai bila-bilalah aku akan terus ditipu.  Sedang aku melayan perasaan, tiba-tiba aku terdengar ringtone Patah Hati yang dinyanyikan oleh Hafiz. Aku meraba-raba handfone yang ku letakkan di dalam tas tangan di seat penumpang sebelahku.

Setelah aku mencapai telefon,  aku melihat nama Siti Khadijah yang tertera di skrin. Belum sempat aku menjawab tiba-tiba telefonku terlucut dari tangan, lantas aku meraba-raba di bawah kerusiku. Saat telefon berjaya ku capai, telinga menangkap bunyi hon lori seakan mengaum di cuping telinga. Aku hilang kawalan. Tangan mengagau stereng, cuba mengawal kereta yang terhoyong hayang. Namun akhirnya muncung kereta tersongsong ke pembahagi jalan.

Pandanganku gelap seketika. Terasa cairan hangat mengalir di dahi. Aku cuba berfikir secara waras. Namun semuanya kacau bilau. Dari jauh kelihatan orang ramai menghampiri,  mungkin untuk menghulur bantuan. Tapi aku semakin lama semakin layu. Dan akhirnya aku tidak sedar apa yang berlaku.


AKU KAT MANA NI? Kenapa gelap je ni?” Mama! Mak! Siti! Tolong Fida. Argh! Sakit. Ya ALLAH ampunkan aku. Argh! Sakit.” Aku terus-terusan meronta dari terpanggang dek api yang kian marak.


“Ini adalah balasan kamu!” ujar satu suara seraya melibas tubuhku dengan tali yang panjang.

“ Tidak. Jangan pukul aku. Sakit! Jangan,” rontaku agar tidak dipukul lagi.

Namun rontaanku langsung tidak dihiraukan. Malah semakin kuat libasan itu mengenai tubuhku. Aku panik melihat darah yang mula mengalir di seluruh tubuhku.

“ Lihatlah, ini segala dosa yang telah kamu lakukan. Kamu sengaja meninggalkan solat sedangkan kamu boleh beribadah. Kamu derhaka terhadap ibumu, biarpun kamu sedar, besar dosanya melawan cakap orang yang telah melahirkan kamu. Kamu minum air yang ALLAH telah haramkan masuk ke dalam tubuh badanmu. Kamu sedang melakukan kemaksiatan!” Aku menekup telinga tidak sanggup mendengar suara itu menyebut segala kejahilanku.

“ Cukup! Aku tak mahu dengar. Aku tak mahu dengar.” Teriakku agar suara itu menghentikan segala hukumannya padaku.

“ Tidak! ALLAH telah menghantarku untuk menghukummu,” jerit suara itu.

“ Tidak! Ampunkan aku, ampunkan aku,” teresak-esak aku menangisi kekhilafan dahulu.

“ Sebaiknya kau minta ampun pada ALLAH S.W.T,” penuh kelembutan suara itu berkata. Bagaikan sedang berbisik padaku.

Sedang aku merintih hiba mataku menyorot ke arah satu cahaya terang. Seorang wanita yang sedang memakai jubah putih mendekatiku. Dia menghulur tangan padaku. Belum sempat aku menggapai tangannya tiba-tiba datang cahaya yang penuh kegelapan. Wanita itu sedang memakai pakaian yang berasaskan api. Aku bingung sejenak.

“ Marilah ikut saya. Saya bawa kamu ke jalan yang diredhai ALLAH,” pujuk wanita yang sedang memakai jubah putih itu.

“ Tak perlu. Kau ikut aku. Aku akan bawa kau ke syurga. Kita akan seronok tanpa  memikirkan soal lain,” tegas wanita yang penuh dengan cahaya kegelapan itu.

“ Usahlah kamu mengikut syaitan yang terkutuk itu. Marilah, saya pimpin tangan kamu menuju ke jalan ALLAH. Menuju jalan ke Syurga,” pujuk wanita berjubah putih itu lagi. Dia mengukir senyum padaku.

“ Kau ikut aku! Bersama-sama kita menikmati kehidupan yang sebenar-benarnya,” ujar wanita yang memakai pakaian yang berasaskan api itu.

Aku meraup muka berkali-kali. Setelah itu, aku menggapai tangan wanita berjubah putih itu. Saat tangannya aku genggam aku merasa ketenangan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini. Namun pegangan kami semakin lama semakin terlerai. Dan kelibat wanita berjubah putih itu semakin menghilang.

Aku bagaikan takut kehilangan wanita itu. Aku berteriak agar dia tidak pergi, namun jarak antara kami semakin jauh dan terus jauh. Aku terduduk dan hanya mampu melihat bayangnya yang semakin kabur lalu menghilang. Serta merta manik jernih jatuh ke pipi. Lantas aku terjaga dari lena yang panjang.


ALLAH,” ayat pertama aku lontarkan setelah terjaga dari mimpi yang membuatkan aku sedar dari kekhilafan. Mama menyeka airmata yang mengalir di pipiku.

 “ Fida, Fida. Kamu dah sedar nak?” Aku mendengar namaku di seru berkali-kali.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku menyentuh kepala yang berbalut. Aku terkejut melihat wajah mama, papa, Mak Hawa dan juga Siti Khadijah di sisiku. Aku mencari kelibat seseorang yang aku nantikan, namun hampa.

“ Fida, syukurlah kau sedar. Kau buat aku risau. Doktor kata kalau kau masih tak sedar dari koma, bermakna kau…” Aku memengang tangan Siti Khadijah. Aku masih teringat mimpiku tadi. Terasa seram sejuk tubuhku mengingati setiap kekhilafanku itu.

“ Siti, aku min… minta maaf. Aku berdosa,” ujarku bersusah payah. Siti Khadijah membuka alat bantuan pernafasan dari mulutku. Lantas dia mendekatkan telinga ke bibirku.

“ Syhh! Aku dah maafkan kau. Lagipun kau takde salah dengan aku,” ujar Siti Khadijah.

“ Aku banyak bu… at salah dekat kau. Aku teng… tengking kau. Siti, dengan rasa rendah dirinya aku rayu pa… pada kau,  ajarkan aku solat. Dah lama aku ting… tinggal solat. Ajarkan aku ya,” pintaku dengan airmata yang mengalir deras ke pipi.

Siti Khadijah mengangguk. Lantas dia memeluk tubuhku.

“ Aduh!” Aku mengerang kesakitan apabila Siti Khadijah tersentuh bahuku yang terluka.

“ Maaf Fida. Sakit ke?” soal Siti Khadijah. Wajahnya cemas.

“ Taklah. Sedap,” selorohku sambil cuba tersenyum biarpun payah.

“ Kau ni la. Sakit-sakit pun nak kenakan aku lagi. Fida.  Aku sayang kau. Kau sahabat aku dunia akhirat. Kalau kau tersesat jalan, aku tak kan biarkan kau begitu saja. Itu janji aku.”

Aku terdiam mendengar bicara Siti Khadijah. Bagaikan air yang menyiram hatiku. Damai dan tenang sekali.

“ Ma, papa. Am… ampunkan Fida. Fida banyak dosa pada mama. Fida derhaka pada mama. Sekarang, inilah balasan ALLAH atas sikap Fida pada mama,” ujarku lirih.

Pantas mama menutup bibirku. Kami berpelukan erat. Papa turut menyeka airmatanya. Lantas papa mengalih pandangan ke arah lain.

“ Mak… tak mahu peluk Mia ke?” segera aku mendepangkan tangan menunggu pelukan dari seorang ibu yang sangat aku sayangi. Mama memberi ruang pada Mak Hawa untuk memelukku.

“ Syukurlah Mia dah sedar. Siang malam mak berdoa nak. Hanya ALLAH yang tahu perasaan risau mak, mama dan papa kamu,” ujar Mak Hawa seraya mencium ubun-ubunku. Sungguh aku merasa terharu akan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Aku bersyukur kerana masih di beri kesempatan untuk memperbetulkan kesilapanku.

“ Siti,” seruku.

“ Ya Fida.” Siti Khadijah mendekatiku lalu memengang erat jemariku.

“ Macam mana kau tahu aku dibawa ke Hospital ni?” tanyaku tentang soalan yang sedari tadi bermain di minda.

“ Kau ingat tak? Hari kau kemalangan tu? Aku ada call. Dan kau tak jawab. Lepas tu aku terus cuba dan cuba sampailah kau jawab. Tapi… waktu kau angkat tu, aku terkejut. Bukan suara kau. Tapi suara seorang lelaki. Dia kata kau kemalangan. Dan dibawa ke sini. Terus saja aku bekejar ke sini.” Terang Siti Khadijah panjang lebar.

“ Sayang, sudahlah. Anak papa baru sedar kan? Kamu rehat ya,” arah papa.

Pantas aku menggeleng kepala.

“ Pa, boleh tak Fida nak mandi? Badan Fida melekit. Tak selesa. Lagipun… Fida nak solat,” ujarku. Aku lihat mata mereka semua bersinar mendengar bicaraku.

“ Kamu tak boleh mandi lagi. Sebab luka kamu belum sembuh sepenuhnya. Setakat lap badan saja bolehlah. Maz, pergi ambil kain, basahkan, lepas tu lap badan Fida,” arah papa pada mama.

“ Baiklah bang,”

Saat tangan lembut mama mengelap tubuh badanku aku menangis hiba. Mengenangkan kebodohan yang telah aku lakukan. Bertapa jahilnya aku. Tidak pernah menghargai kasih sayang seorang wanita yang telah melahirkanku.

“ Fida, kenapa menangis?” soal mama dengan penuh kelembutan.

Ya ALLAH bertapa aku bersyukur kerana memiliki seorang ibu yang sangat peyayang. Syukurlah aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat.

“ Ampun… ampunkan dosa Fida ma. Ampunkan Fida dari hujung rambut hingga hujung kaki ya ma,” pintaku sambil menggenggam jemari mama yang sedang mengelap badanku.

“ Mama dah lama dah lama maafkan Fida. Maafkan mama juga. Sebab mama suruh Fida putuskan hubungan…” pantas aku menggelengkan kepala laju.

“ Fida syukur sangat. Sekurangnya Fida tahu bahawa mama sayangkan Fida,” ujarku sambil memalingkan wajah. Tidak mahu mama mengetahui bahawa aku sedang bersedih.

“ Sudahlah sayang. Apa yang berlaku jadikan sebagai pengajaran. Sekarang mama nak kamu lupakan dia,” ujar mama lantas meninggalkan aku untuk memberikan aku privacy.

Aku menunaikan solat sunat taubat dalam keadaan berbaring. Siti Khadijah sudah memberitahuku panduan solat sebentar tadi. Dapat aku rasakan airmata yang mengalir deras ke pipi. Usai solat aku merenung syiling sebelum menadah tangan berdoa pada Yang Yang Maha Kuasa.

Ya ALLAH ya TUHANku ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya aku hamba-MU yang hina. Aku terlalu jahil dalam agama. Ya ALLAH aku pohon padaMU pimpinlah aku ke jalan MU. Sungguh aku tidak sanggup untuk menerima azab api nerakaMu. Ya ALLAH aku tahu, aku banyak buat dosa. Namun aku bersyukur. Kerana telah diberikan taufik dan hidayahMU sebelum terlambat. Ya ALLAH kembalikanlah Rafiq ke pangkal jalan. Sungguh aku tidak sanggup untuk melihat dia bergelumang dengan dosa lagi, aamiin ya Rabbal alamin.” Aku menyeka airmata sebaik sahaja mengaminkan doaku.

Aku melihat Siti Khadijah seperti baru saja lepas menangis. Matanya merah.

“ Siti… mari duduk sini,” gamitku agar Siti Khadijah melabuhkan duduk di sisiku.

“ Kenapa Fida? Kau dahaga?” soal Siti Khadijah.

Pantas aku menggeleng kepala. Tangan Siti Khadijah aku ambil lalu aku satukan dengan tanganku.

“ Siti… biarpun berpuluh kali aku minta maaf, aku tahu semua tu tak akan mampu untuk leburkan dosa aku pada kau. Apatah lagi pada mama, papa. Tapi Siti… sekarang aku dah rasa sakitnya bila kita dikhianati. Benarlah kata kau. Rafiq tak ikhlas dengan aku,” luahku bersama sendu yang tidak dapat aku tahan lagi.

“ Mak… maksud kau apa? Aku tak faham. Siapa yang khianati kau?”

“ Rafiq.”

Ternganga mulut Siti Khadijah saat mendengar cerita kecurangan Rafiq. Aku tahu bahawa dia terkejut, namun itulah realitinya yang harus diterima.

“ Fida kau… okey?”

“ Aku akan baik-baik saja. Kau, mama, papa dan Mak Hawa kan ada. Lagipun sekarang aku dah jumpa cinta yang sebenar. Menyesalnya aku sebab tak dengar nasihat kau lebih awal.” Entah kali keberapa aku meluahkan kekesalan itu.

“ Papa, mana mama? Mak?” tanyaku sebaik melihat kelibat papa di muka pintu.

“ Mama kamu pergi makan. Sejak kamu koma mama kamu langsung tak hirau makan dan  minum. Alhamdulillah kamu dah sedar. Lega sikit hati papa,” ujar papa seraya membelai lembut kepalaku yang masih berbalut.

“ Pa, Siti. Nak tahu tak apa yang Fida alami sewaktu mimpi?” aku berkira-kira untuk menceritakan kisah selama di alam koma.

“ Ceritalah. Waktu kau koma memang airmata kau, tak pernah berhenti mengalir. Jadi aku tertanya-tanya kenapa? Kalau kau nak kongsi aku sudi dengar,” pujuk Siti Khadijah.

“ Papa pun nak dengar.” Aku mengengsot sedikit untuk memberi papa ruang duduk di sebelah sisiku.

“ Waktu Fida koma tu, Fida mimpi dibakar oleh api yang sangat menyakitkan. Bukan itu saja.  Fida juga dilibas tali. Dan bila sekali libasan mengenai tubuh Fida, menggelupur seluruh tubuh Fida. Sakit pa. Badan Fida ni semuanya habis melecur.” Melihat papa dan Siti Khadijah khusyuk mendengar ceritaku, aku menyambung kembali cerita yang mungkin boleh dijadikan pengajaran pada orang lain juga.

 Suara tu menayangkan segala kejahilan Fida. Derhaka pada mama. Mi… minum arak…” bulat mata papa mendengar pengakuanku. Setelah itu, aku menyambung kembali kataku.

“ Tapi ada satu cahaya, datang dan mengajak Fida untuk ke jalan yang diredhai ALLAH. Pa… waktu tu Fida benar-benar rasa menyesal diatas kekhilafan Fida. Saat Fida capai tangan wanita berjubah tu…” terhenti seketika petuturanku. Menggigil tubuh badan saat memikirkan kehilangan wanita itu.

“ Apa yang jadi Fida?” soal papa dan Siti Khadijah hampir serentak.

“ Pegangan kami terlerai. Dan wanita itu semakin lama semakin menghilang. Pa… Fida rasa sebenarnya itulah petunjuk ALLAH buat Fida. Mungkin seandainya Fida rapuh Fida akan rasa kehilangan iman tu. Betulkan pa?”

Terus papa memeluk tubuhku. Dan aku menangis di dada bidang papa. Siti Khadijah juga sudah teresak-esak menangis.

“ Kenapa ni sayang? Fida sakit?” soal mama dari celah pintu.

Aku meleraikan pelukan papa Aku tersenyum hambar pada mama.

“ Terima kasih semua sebab selalu ada di sisi Fida. Fida akui dulu Fida jahat. Tapi inilah balasannya. Ma nak tahu tak? Lepas je Fida keluar dari rumah. Fida terus je pergi ke Zouk Club. Dan tak sangka di sana ada kejutan yang menanti.”

Aku tersenyum melihat kerutan di dahi mama. Sungguh biarpun kedut seribu mama tetap cantik.

“ Maksud Fida apa?” soal papa dan mama serentak.

“ Di Zouk Club, barulah Fida tahu warna sebenar Rafiq. Benar kata mama. Rafiq cuma mempermainkan Fida. Sampai hati dia bercumbuan dengan wanita yang dah macam, kakak dia tu. Sakit hati Fida ni ma.” Mama membelai lembut pipi yang pernah ditamparnya.

“ Sudahlah. Yang lepas usahlah dikenang lagi. Sekarang mama cuma nak yang terbaik untuk kamu. Setelah kamu sembuh kamu jumpalah dengan Rafiq. Dan putuskan hubungan secara baik ya sayang,” pujuk mama dengan nada suara yang cukup lembut.

“ Baiklah mama. Fida penat. Fida nak rehat. Siti kau jangan pergi mana-mana. Temankan aku ya. Mama baliklah. Mama mesti penat. Pa, bawa mama dengan mak rehat ya. Siti ada boleh temankan Fida.” Setelah papa mengganguk, aku melelapkan mata. Menyambung lena yang terganggu dek mimpi yang menyedarku dari koma itu.







p/s = siapa hero erk???? heee nantikan dalam next3 episod :) terima kasih jemputlah drop komen untuk menambah baikkan kan penulisan saya :)

10 comments:

  1. next please nn heeeee in sya ALLAH ira tq sudi singgah

    ReplyDelete
  2. Hero... cepatlah dikau muncul... Tak sabar dah ni! ._.

    ReplyDelete
  3. Semakin tertanya-tanya siapakah heronya? hehe. kak weeda, seriously memang best. banyak pengajaran dan buat kita sedar sesuatu. Rasa sebak dengan apa yang berlaku pada fida. syukur dia dah berubah. Cerita ni memang banyak kelainan. All the best untuk akak. teruskan usaha ^__^

    ReplyDelete
  4. akakk, nak lg please... really best... (Y)

    ReplyDelete
  5. anonymous ngeeee silakan menunggu dgn penuh sabar ye :)

    afi- yup dear ada pengajaran tersendiri dlm ddh ni.memang akk janjikan kelainan untuk ddh ni :)

    airysha- ok akk akan kasi n3 lagi ye :) tq dear

    ReplyDelete
  6. thanks sudi singgah baby mio.nanti akk kasi lagi.

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design