ADRIAN
termenung di balkoni biliknya. Sesekali kedengaran keluhan kecil dari ulas
bibirnya. Peristiwa semalam terbayang di matanya. Saat dia dihina, dimaki hanya
kerana dia menegur Dato Izwan serta Datin Hanis. Malah dia masih merasa bekas
tamparan yang menghinggap pipinya.
“
Papa, mama dari mana ni?” soal Adrian seraya cuba memaut bahu papanya yang
terhuyung hayang itu.
“
Kau jangan nak menyibuk boleh tak?” bentak Dato Izwan. Lantas ditolaknya tubuh
Adrian dari mendekatinya.
“
Pa... pa dah mabuk ni. Biar Rian pimpin papa ya,” ujar Adrian dengan lembut.
Sekali lagi tubuhnya ditolak kasar oleh Dato Izwan.
“
Kau ni pekak ke? Aku tak perlukan pertolongan kaulah. Sudah sayang. Mari kita
masuk. Jangan peduli anak tak guna ni.”
Adrian
tergamam mendengar penghinaan yang dilemparkan Dato Izwan. Bukan sekali dia
mendengar penghinaan sedemikian rupa. Malah sedari kecil lagi kata nista sering
kali menjamah telinganya. Dalam diam Adrian menangis di dalam hati.
“
Pa… mama. Apa salah Rian sampai papa dengan mama benci sangat dengan Rian?”
soalan Adrian itu telah mengundang kemarahan Datin Hanis. Merah padam wajah
Datin Hanis. Adrian dapat merasakan bahang kemarahan mamanya yang akan meletus
bila-bila masa sahaja.
Pang!
Berpusing
kepala Adrian saat lima jari Datin Hanis mendarat di pipinya. Dia mengusap pipi
yang terasa sakit itu.
“
Kalau kau nak terus duduk di rumah ni jangan banyak soal. Kalau tidak kau boleh
berambus dari rumah ni. Asal kau tahu ya, kau tu cuma membebankan kami je,”
herdik Datin Hanis seraya menunjal-nunjal kepala Adrian.
Tok!
Tok!
Bubar
segala lamunan Adrian apabila mendengar ketukan di pintu. Segera dia menyeka
airmata yang bergenang di pipi. Pantas Adrian mengatur langkah menuju ke pintu.
Saat melihat wajah Mak Kiah yang terjengul di pintu dia cuba untuk mengukir
senyum. Namun dia tahu senyumannya jelas hambar.
“
Encik tak lapar ke? Dari tadi berkurung je dalam bilik. Mak Kiah dah masakkan
makanan kegemaran Encik. Marilah makan,” ajak Mak Kiah tulus ikhlas.
“
Takpelah Mak Kiah. Saya tak lapar.
Err… Raiha mana? Mama dengan papa pula mana?” soal Adrian bertubi-tubi.
“
Err… Cik Raiha tadinya dia…” tergagap Mak Kiah untuk berterus terang. Bimbang
pula dimarahi Raihana andai dia memecahkan rahsia anak gadis itu.
“
Raiha kemana Mak Kiah?” soal Adrian dengan lembut.
“
Mak Kiah!” teriak Raihana dari ruang tamu.
Adrian
menggeleng kepala kesal. Lantas Adrian memberi isyarat agar Mak Kiah berlalu
pergi dari biliknya.
“
Bilalah agaknya Raiha nak berubah sikap?” keluh Adrian sebaik saja Mak Kiah
melangkah keluar dari biliknya.
PENAT
memetik gitar Adrian beralih pula memukul drum. Hidupnya terasa sunyi. Kosong!
Dia sudah mula merasa bosan. Hari-hari yang dilaluinya tanpa kasih sayang dan
juga belaian ibu bapa sungguh menusuk kalbu. Biarpun dia telah menginjak remaja
namun dia juga memerlukan perhatian dari ibu bapanya.
“
Arghh!” Adrian menjerit untuk melepaskan kemarahannya. Lantas drum di ketuk
dengan sepenuh tenaganya.
“
Bro kau kenapa ni?” soal Akim sahabat merangkap sepupunya.
“
Aku tension Akim.” Adrian meraup
wajahnya berulang kali.
“
Ce cite (cuba cerita) dekat kami.
Manalah tahu kami boleh tolong,” pujuk Akim lantas dia mencapai gitar basis.
“
Yalah bro. Cerita la masalah kau,” pujuk Alex yang sedari tadi memerhatikan
mereka.
“
Papa dengan mama aku. Mereka tak pernah nak pernah nak ambil tahu apa aku buat.
Aku dekat mana? Mereka buat seolah-olah aku ni tak wujud,” luah Adrian akan sikap
orang tuanya.
“
Come on bro. Manalah tau mereka
sibuk,” sampuk Alex.
“
Betul tu Alex. Rian… kau kena faham. Mereka tu sibuk,” ujar Akim lantas dia
memetik gitar basis.
“
Aku? Aku nak kena faham? Bro kau tahu tak pagi-pagi buta mama dengan papa dah
keluar dari rumah. Balik pula tengah-tengah malam. Dalam keadaan mabuk pula tu.
Kau tahu? Aku dahagakan kasih sayang mereka. Bukannya harta yang melimpah
ruah,” kata Adrian lantas dia hanya membiarkan airmatanya mengalir.
“
Sudahlah bro. janganlah menangis. Tak macholah
macam ni,” ujar Alex dengan loghat cinanya.
“
Kadang-kadang aku rasa macam nak lari je dari rumah tu. Rumah tu umpama hotel
je bagi mama, papa dan juga Raiha. Suka hati nak balik bila-bila. Sedangkan aku
tercongok seorang. Makan pun tak berteman. Rumah tu dah macam penjara bagi
aku!” Luah Adrian akan jiwanya yang kosong.
“
Aku err… macam ni je la. Buat sementara ni kau duduk dengan kami. Mak long tak
kan kisah kalau kau tinggal dengan aku kan?”
Tanpa
menjawab soalan Akim terus saja Adrian bangun lalu melangkah keluar dari studio kecil miliknya itu. Lantas dia
melangkah menuju ke keretanya. Langkahnya longlai. Dia memanggungkan kepala
sebaik mendengar suara seseorang mengerang kesakitan.
“
Aduh!”
“
Maaf. Saya tak sengaja. Awak tak apa-apa ke?” soal Adrian seraya menghulur
tangan untuk membantu gadis itu bangun.
“
Saya okey. Encik jalan hati-hatilah ya. Assalamualaikum.” Ujar gadis itu tanpa
menyambut huluran tangan Adrian. Adrian tersenyum mendengar pesanan gadis itu.
ADRIAN
memecut keretanya laju menyusur jalan raya. Hatinya merintih sedih apabila
setiap hari perkara sumbang berlaku dihadapannya. Berkali sudah dinasihatkan
orang tuanya soal halal haram. Namun setiap kali itu jugalah dia ditampar,
diherdik dan segala macam.
Sebaik
saja sampai ke rumah Adrian membaringkan tubuh di atas sofa. Dia melingaskan mata mencari kelibat orang
tuanya namun tidak kelihatan di mana-mana.
“
Encik nak minum ke?” soal Mak Kiah.
“
Mak Kiah buatkan air jus oren. Err… Mak Kiah papa dengan mama mana?” Adrian
menyoal dengan mata yang terpejam.
“
Dato dengan Datin macam biasalah keluar. Kemana tu tak pula Mak Kiah tahu.
Encik rehatlah dulu. Mak Kiah ke dapur buatkan air ya,” ujar Mak Kiah seraya
berlalu ke dapur. Seketika dia menoleh melihat wajah sugul anak majikannya.
Simpati hatinya melihat keadaan Adrian yang tidak terurus itu.
“
Macam ni la orang kaya. Sibuk kejar harta dunia, sampai anak pun terabai,”
desis mak Kiah seraya mengesat airmata yang bergenang di kelopak mata.
“
Awatnya ni Mak Kiah? Sedih ja?” soal Hanisah yang juga merupakan orang gaji
Adrian.
“
Tak ada Nisah. Cuma… Mak Kiah sedih tengok keadaan Encik Adrian. Kasihan dia.
Kurang perhatian dan kasih sayang ibu bapa,” keluh Mak Kiah sambil tangan
pantas mengupas oren sunquick untuk dibuat jus.
“
Biasalah tu Mak Kiah. Tak apalah Nisah pi siram pokok bunga sat. Nanti hingaq
pula Datin kalau tak jaga pokok dia,” sungut Hanisah sebelum berlalu dari situ.
Usai
memasukkan ketul ais ke dalam gelas segera Mak Kiah mengatur langkah untuk
mendekati Adrian. Namun melihatkan wajah pulas jejaka itu tidak sampai hati pula
hendak dikejutkannya. Belumpun jauh melangkah tiba-tiba tangannya ditarik
seseorang. Pantas dia menoleh.
“
Mak Kiah dah siapkan air. Encik minumlah. Tadi Mak Kiah tengok Encik tidur,
malas nak kejut. Takut menggangu Encik saja,” ujar Mak Kiah bersama senyuman
yang tidak lekang dari bibir.
“
Terima kasih Mak Kiah.”
“
Encik ada masalah ke?” soal Mak Kiah teragak-agak. Biarpun dia yang menjaga
Adrian sedari kecil namun batas antara majikan dan pekerja masih dijanganya.
Bimbang pula jika dikatakan menyibuk pula.
“
Entahlah Mak Kiah. Kadang-kadang aya
rasa macam dah kenal dengan papa dan mama. Mereka sentiasa abaikan saya. Apa
salah saya Mak Kiah? Kan bagus kalau Mak Kiah ditakdirkan jadi mak saya,” luah
Adrian seraya meraup rambutnya ke belakang.
“
Encik sabaq la naa. Ada hikmah sebalik kejadian ALLAH. Semua ni dah ditentukan.
ALLAH maha mengetahui setiap kejadianNYA.,” ujar Mak Kiah dengan lembut.
Andrian
memanggung kepala menatap wajah redup Mak Kiah. Namun saat telinganya mendengar
suara gelak tawa adiknya, Raihana dia menggeleng kepala kesal. Kesal kerana
tidak mampu menjadi abang yang baik untuk adiknya itu.
“
Raiha pergi mana?” soal Adrian dengan wajah yang tegang.
“
Ek eleh. Kau sibuk apa?” sinis Raihana lantas dia menjeling tajam wajah Adrian.
Bagaikan api membakar diri saat matanya bertembung dengan anak mata Adrian.
“
Sama ada Raiha suka atau tidak, abang tetap abang Raiha. Jadi… selagi abang
hidup tolong dengar cakap abang. Abang tak suka…” pantas Raihana menyampuk.
“
Tak suka apa? Ini life aku. Suka hati
akulah!” bentak Raihana dengan wajah yang menyinga.
“
Cik Raiha, Encik Adrian sudahlah. Tak baik bergaduh adik beradik. Jiran
tetangga dengar malu nanti,” nasihat Mak Kiah dengan ikhlas. Namun sebaliknya
Mak Kiah diherdik serta di maki Raihana.
“
Hei orang tua. Siapa suruh kau masuk campur ha? Kau tu orang gaji saja. Kau
pergi berambus buat kerja kau sendirilah,” herdik Raihana lantas menolak tubuh
tua Mak Kiah hingga terdorong jatuh ke lantai.
“
Mak Kiah, astaghfirullah al-azim. Kau ni kenapa Raiha? Tak reti nak hormat orang
yang lebih tua ke?” suara Adrian naik satu oktaf.
“
Euww takutnya!” Raihana mengejek lantas membuat memek muka seperti kanak-kanak
takut didera.
“
Sudahlah Encik. Salah Mak Kiah yang masuk campur urusan Encik dan Cik Raiha.
Tak mengapalah Mak Kiah ke dapur dulu,” ujar Mak Kiah seraya mengelap sisa
airmata dengan hujung lengan baju kurungnya.
Raihana
tersenyum sinis. Adrian merenung tajam wajah Raihana. Bagaikan semut saja
Raihana pada matanya kini.
“
Aku tak suka kau bergaul dengan mat rempit tu lagi. Kau jangan lagi berjumpa
atau berhubungan dengan mamat tu lagi. Faham!”
Mercerlung
mata Raihana saat mendengar amaran keras abangnya. Berapi telinganya saat itu.
Mujur tak keluar asap saja.
“
Dunia aku, hidup aku. Suka hati akulah apa yang aku nak buat. Kau jaga saja
studio kau tu. Aku tak masuk campur hidup kau, bermakna kau juga jangan masuk
campur urusan aku!” tegas Raihana seraya berlari menaiki tangga untuk
kebiliknya.
Adrian
merenung pintu bilik Raihana yang dihempas kuat itu. Dia tahu bahawa Raihana
sengaja berbuat sebegitu. Tanda protes kononnya. Adrian mengatur langkah menuju
ke dapur. Niatnya sekadar untuk memujuk Mak Kiah yang sedang berduka itu.
“
Mak Kiah, Mak kiah. Mana pula orang tua ni?” sungut Adrian apabila kelibat Mak
kiah masih tidak kelihatan di mana-mana.
“
Encik cari Mak Kiah ke?” soal Mak kiah sambil memengang batang mop.
“
Saya minta maaf bagi pihak Raiha. Saya tahu Mak kiah terasa dengan apa yang
Raiha katakan tadi.”
“
Tak mengapalah. Memang betul kata Cik Raiha. Mak Kiah ni cuma orang gaji saja,”
ucap Mak Kiah lirih.
“
Orang gaji ke, tukang kebun ke semua manusia ni sama je. Sekejap kita diatas.
Sekejap kita di bawah. Raiha tu tak patut buat macam tu.”
“
Mak Kiah bangga. Encik walaupun berkedudukan tapi Encik tak pernah sombong.
Sebab itulah Mak Kiah lebih selesa dengan Encik,” beritahu Mak Kiah jujur.
Serentak
itu, mereka berpaling apabila mendengar bunyi tepukan tangan dari arah belakang.
“
Berdrama la pula dekat sini. Hei Adrian kenapalah kau ni jadi abang aku. Kenapa
tak kau jadi anak tukang gaji je? Setaraf la aku tengok kau dengan Mak Kiah
ni,” sinis Raihana lantas tersenyum sinis.
“
Kau jangan nak kurang ajar,” tempik Adrian seraya menolak tubuh Raihana
menjauhinya.
“
Ish! Kau ni kan saja menaikkan darah aku. Aku benci kau!”
“
Cik Raiha tak baik… membenci sesama sendiri. Lagi pula… Encik Adrian ni kan abang
Cik Raiha,” ujar Mak Kiah teragak-agak.
“
Eh orang tua. Kua diamlah. Aku tak cakap dengan kau.”
“
Raiha! Hormat sikit. Mak Kiah jauh berusia dari awak!” tegas Adrian lantas
membulatkan matanya.
“
Do I care?” Adrian menggeleng kepala
kesal. Sempat dia beristighfar dalam hati.
“
Hoi orang tua. Kau ambik baju ni basuh. Dan kau Adrian kalau kau nak tolong
orang gaji ni basuh pun boleh.
Tapi…
make sure baju aku tak koyak. Faham!
Baju aku ni bukan brand pasar malam
macam baju kau ni. kolot!” usai berkata Raihana berlalu pergi meninggalkan hati
yang terluka dek sikapnya itu.
“
Maafkan sikap Raiha ya Mak Kiah. Saya malu ada adik yang tak reti menghormati
orang yang lebih tua. Mari sini Rian tolong basuhkan baju Raiha. Mak Kiah
pergilah masak untuk makan tengah hari,” kata Adrian seraya mencapai baju yang
dicampakkan Raihana tadi.
“
Tak mengapalah Encik Rian. Ini tugas Mak Kiah. Biar sajalah…” pantas Adrian
mencelah.
“
Rian berdosa pada Mak Kiah. Rian gagal didik adik Rian. Rian minta ampun pada
Mak Kiah. Selalu sangat Raiha pandang rendah pada Mak kiah.”
“
Kenapa Encik menangis ni?” soal Hanisah lantas tangan yang basah dilapkan pada
kain yang tergantung pada peti ais itu.
“
Tak ada apa. Kak Nisah tolong Mak Kiah masak ya. Baju ni biar saya basuh,” ujar
Adrian seraya mengatur langkah untuk ke bilik air di mana mesin basuh
diletakkan.
Setelah
memasukkan sabun Adrian memerhatikan Mak Kiah serta Hanisah dari arah belakang.
Spontan dia mengukir senyum.
“
Hai lebaq ja senyum. Ada apa-apa kaa? Ingat marka (kekasih) ya?” usik Hanisah
seraya meloret senyum.
“
Ish! Kak Nisah ni. Ada je la. Sebenarnya tadi terfikir. Kalaulah dah sampai
seru nanti. Adrian nak cari isteri yang pandai masak, hormat orang lebih tua.
Yang penting… terima Adrian seadanya.”
“
Insya ALLAH. Aamiin.” Serentak Mak Kiah dan Hanisah mengaminkan doa Adrian
sebentar tadi.
“
Boleh Adrian tolong? Bosan jadi guard,”
seloroh Adrian lantas tersengih penuh mengharap.
“
Encik duduk saja. Segan pula kami kalau Encik Adrian tolong,” ujar Hanisah.
“
Ala salah ke kalau saya nak tolong?” Adrian dah menarik muka masam. Entah
mengapa setiap kali dia berbual kosong dengan pembantu rumahnya pasti dia akan
merasa ketenangan. Mungkin kerana sikap tidak sombong mereka yang membuatkannya
merasa selesa.
Usai
saja memotong sayur sawi Adrian meminta diri untuk menyidai pakaian yang
dibasuhnya tadi. Sambil bernyanyi kecil Adrian menyidai pakaian Raihana.
Seperti
mentari kan hilang
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Mengikut jejakku menghapus bayangmu
Teruslah ku membawa cinta
Jauh dariku jauh darimu
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Dan tak bisaku mengerti
Semua terjadi harus begini
Kini
yang tinggal hanya
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Sisa-sisa kisah yang terindah
Dan hitam tiba membawa derita
Seharusnya
kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia…
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia…
“
Andai saja aku diberi secebis kasih sayang. Tapi… mana mungkin itu terjadi.
Arghh! Serabut.” Dengus Adrian seraya melabuhkan duduk di gazebo milik
keluarganya.
Sejujurnya
masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia…
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia…
“
Kalaulah aku mampu disayangi mama, papa dan juga Raiha pasti hidup aku
bahagia,” gumam Adrian sendirian.
Untuk
kesekian kalinya Adrian mengeluh. Jiwanya terasa kosong. Dia membaringkan tubuh
di lantai gazebo tersebut.
p/ s= hope enjoy ye..... heroin bakal menyusul ngeeeeeeeeeeeee






Cerita yg lain dari lain..good job kak, nak lagi..hehe
ReplyDeletealhamdulilllah tq ira sudi singgah n komen ngeee :) nanti akk sambung
ReplyDeleteBEST.
ReplyDeletebaby mio- thanks sudi singgah baca n komen :)
ReplyDeletetersentuhnya,...suka la kat adrian...
ReplyDeleteimah heee suka Adrian? heeee dia comel semua suka hehe
ReplyDelete