Monday, February 10, 2014

DIA DI HATI BAB 4











ASSALAMUALAIKUM SEMUA..... heee hero dah muncul..... hope korang suka k :)








 TERIMA KASIH SITI. Kau doakan aku ya. Manalah tahu bila aku balik dari Langkawi nanti aku akan jadi Mia Afida yang baru. Terima kasih juga sebab selalu ingatkan aku tentang solat. Kau sahabat aku dunia dan akhirat,” ujarku bersama sendu yang membusung di dada.

“ Fida… aku sebagai kawan memikul tanggungjawab untuk mengingatkan kau. Sudahlah, yang penting ingat pesan aku. Walau jauh mana pun kau berada, jangan tinggal solat,” nasihat Siti Khadijah padaku. Terus saja tubuhnya aku rangkul.

“ Terima kasih Siti,” ucapku setelah meleraikan pelukan.

“ Sama-sama.” Siti Khadijah mengenggam erat jemariku.

Sedang asyik aku berborak dengan Siti Khadijah telingaku menangkap suara pengumuman meminta penumpang berbaris di pintu keluar. Setelah bersalaman dengan Siti Khadijah aku mengikut prosedur sebelum melangkah ke balai berlepas. Sempat aku menoleh dan melambaikan tangan pada Siti Khadijah.

Sepanjang perjalanan fikiranku melayang pada seraut wajah Rafiq Mazlan. Entah mengapa hatiku disapa rindu. Mujurlah aku duduk di tepi tingkap. Tak adalah malu benar andai orang sekeliling melihat aku menangis. Aku di beritahu masa penerbangan hanya 2 jam 50 minit sahaja.

“ Cik, dah sampai.” Aku menoleh ke arah suara yang mengejutkanku. Entah bila aku terlelap juga tidak aku sedar.

Aku tersenyum sebagai tanda terima kasih. Saat aku turun dari Kapal Terbang Malaysia Airlines aku melihat keluasan Padang Matsirat yang menjadi tempat untuk Kapal Terbang berlabuh. Segera aku menekan butang untuk menghantar sms kepada Siti Khadijah.

+ Aku dah sampai Langkawi. Alhamdulillah, tenang sangat.

Setelah 3 minit Samsung Galaxy Noted II ku bergegar menandakan ada sms yang diterima.

+ Baguslah. Ingat pesan aku. Solat, jangan tinggal.

Aku tersenyum membaca pesanan Siti Khadijah itu. Tanpa membalas sms Siti Khadijah aku memikirkan tentang penginapanku.

“ Mana aku nak duduk ya? Aduh! Kenapalah aku tak terfikir soal ni sebelum flight tadi? Argh!” bentakku geram.

“ Ha baik aku menginap dekat Langkawi Lagoon Resort. Rasa macam okey je tempat tu,” omelku. Lantas aku menahan sebuah teksi untuk ke destinasi yang aku fikirkan.


LANGKAWI LAGOON RESORT








Aku merebahkan tubuh ke atas tilam empuk setelah selesai menempah bilik. Nasibku agak baik kerana masih ada bilik kosong. Jika tidak sudah tentu aku harus mencari resort lain pula. Sedang aku bermalas-malasan di atas katil entah mengapa hatiku bagaikan di tarik magnet untuk berdiri di anjung bilik. Suka benar aku melihat pemandangan indah ciptaan ALLAH S.W.T ini.

“ Nyamannya. Ya ALLAH lupuskanlah Rafiq Mazlan dari ingatanku. Sungguh aku hamba-MU yang hina. Aku tidak berdaya untuk melawan takdir-MU.” Aku merintih hiba.

Aku berkira-kira untuk turun ke Pantai. Setelah membersihkan diri, akhirnya aku menyarungkan t-shirt dan seluar jeans yang aku letakkan di birai katil itu.

Terasa tenang hatiku saat menghirup udara segar lagi damai itu. Sedang aku asyik melayan perasaan, aku terpana melihat seorang jejaka yang aku rasa boleh tahan kacak. Kulitnya yang putih bersih menambahkan lagi kekacakan yang sedia ada. Cukup bersahaja pada mataku. Tanpa sedar kakiku melangkah untuk mendekatinya. Namun langkahku mati saat mendengar luahan hati jejaka itu.
“ Ayu kenapa tinggalkan Arief? Arief sayangkan Ayu. Sampai hati Ayu buat macam ni. Ya ALLAH, aku pohon luputkan ingatanku dari mengingati Idayu.” Aku terkedu mendengar luahan hati jejaka itu. Teresak-esak aku menangis apabila mengingatkan perjalanan hidupnya yang hampir sama sepertiku.

“ Si… siapa tu? Ada orang eh? Awak curi dengar apa yang saya cakap ya?”





Aku tergamam mendengar soalan demi soalan yang terpacul dari ulas bibir jejaka itu. Di dalam hati aku tertanya-tanya apakah lelaki ini tidak nampak wajahku? Aku menggawangkan tangan di hadapan wajahnya. Namun saat mataku menyorot pada tongkat yang diletakkan disebelah jejaka itu, aku terdiam seribu bahasa.

“ A… awak err…” Tak tergamak rasanya untuk aku meneruskan soalan yang bagiku sangat kejam.

“ Ada orang rupanya ya,” ujar jejaka itu seraya bangkit dari duduknya lantas menepuk punggungnya yang terlekat pasir pantai.

“ Err… awak.” Aku menggigit bibir. Perasaan kasihan menyelinap ke dalam hati apabila melihat wajahnya itu.

“ Ya… saya buta. Tak boleh melihat keindahan alam. Apatah lagi untuk menatap wajah sauudari.” Tenang sekali dia menuturkan kata itu.

“ Err…kalau awak tak kisah. Saya err…”

“ Saya pernah kemalangan. Dan di sebabkan kemalangan itulah yang membuatkan saya seperti sekarang. Kata doktor ada serpihan kaca pada kornea mata saya. Tapi… setelah mengeluarkan serpihan kaca tu doktor mengesahkan saya buta. Untuk selamanya, kecuali ada penderma.” Melopong mulutku saat mendengar ceritanya yang sangat menyanyat hati itu.

“ Maafkan saya Encik…” Aku berjeda seketika sebelum menyambung kembali kata-kataku.

“ Tapi saya tengok Encik tabah je. Kalau sayalah, pasti saya tak boleh terima hakikat yang sebenarnya. Sakit untuk terima. Saya yang melihat ni pun dah rasa sakitnya, apatah lagi Encik yang memikulnya. Pasti terasa berat bukan?”

Aku terpaku saat melihat senyuman yang terukir di bibir jejaka itu. Betapa tampan nya dia. Tanpa melengahkan masa aku mencapai telefon Samsung Galaxy Noted II lantas aku menghalakan lensa kamera pada wajah jejaka itu. Aku menukarkan mood senyap agar jejaka itu tidak tahu aku menangkap gambarnya secara sembunyi. Mendengar bicara jejaka itu sepantas kilat aku menyembunyikan telefon biarpun jejaka itu tidak dapat melihat.

“ Saya redha dengan takdir ALLAH, kerana ini adalah ujian dari-NYA. Tapi… ada satu perkara yang membuatkan saya sedih sehingga sekarang.”

“ Apa dia?” Melihatkan senyuman di terukir dibibirnya hatiku di jentik perasaan aneh. Ah! Mudah benar jejaka ini membuat hatiku terpaut.

“ Saya pernah err…” Aku melihat airmata yang mengalir deras ke pipinya. Ingin saja aku mengesat airmatanya itu, namun memikirkan dia bukanlah muhrimku terus saja aku melupakan niat itu.

“ Kalau awak tak mahu cerita takpe. Saya faham,” ujarku dengan lembut. Biarpun hatiku melonjak rasa ingin tahu. Hu hu…

“ Err… beginilah. Saya rasa tak puas berbicara dengan saudari. Apa kata saya belanja saudari makan malam nanti? Lagipun saya rasa sekarang sudah lewat bukan?”

Aku terpana. Benarlah kata orang. Biarpun mereka buta, namun hati tetap jua celik. Mampu mendengar dan merasa apa yang tidak mampu orang lain rasai. Termasuklah aku.

“ Baiklah kalau begitu. Saya tunggu saudara. Err… saudara menginap di bilik mana ya? Boleh saya hantarkan?” pelawaku dengan ikhlas.

“ Boleh juga tu. Tapi awak benar-benar ikhlaskah?”

Aku tersentak mendengar pertanyaan jejaka itu. Namun cepat-cepat aku mengusir perasaan kecewa.

“ Saya ikhlaslah. Tak baik tau ragu-ragu dengan keikhlasan hati saya,” rajukku seraya aku memengang lengannya. Hei! Aku pengang berlapik okey!

AKU keresahan menanti kelibat jejaka yang masih belum aku ketahui namanya. Aku terpana melihat ketampanan jejaka itu. Dalam diam aku akui bahawa hatiku mulai dijentik perasaan aneh sebaik saja melihat wajahnya itu. Aku bingkas mendapatkan jejaka itu.

“ Awak, Mari saya pimpin awak,” ujarku dengan lembut.

Hatiku berdebar-debar saat melihat senyuman yang terukir di bibirnya. Bahkan semakin kuat debaran di hati saat aku tersentuh kulitnya. Bagaikan arus elektrik aku tergamam tiada terkata.

“ Awak okey ke?” soal jejaka itu.

“ Ha? Saya okey. Maaf saya tak sengaja tersentuh kulit awak,” ucapku seraya menundukkan wajah. Spontan aku menepuk dahi. Terlupa pula aku bahawa jejaka itu bukannya dapat melihat pun andainya aku menunduk sekali pun. Hu hu…

“ Tak mengapa Bukannya awak sengaja. Awak dah solat isyak? Kalau belum pergilah solat dulu. Saya tunggu awak di sini.” Penuh kelembutan suara itu menegurku.

“ Saya dah solat. Sebab tu saya tunggu awak disini. Marilah saya pimpin awak.”

Sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri saja. Aku berzikir untuk menenangkan hati yang kian berdebar. Saat aku sudah sampai ke restoran aku melemparkan senyum pada pekerja disitu. Terpegun aku saat melihat hiasan dalaman restoran yang sangat menenangkan.

“ Cik nak makan apa?”

“ Awak nak makan apa?” soalku pada jejaka itu.

“ Saya makan nasi goreng kampung sajalah. Bagi saya air suam ya. Terima kasih.” Sekali lagi aku merasa tenang mendengar suaranya yang lembut bagaikan berbisik itu.

“ Err… bagi saya makanan yang sama jelah. Ice lemon tea satu. Terima kasih,” ujarku seraya mengembalikan menu di tangan pada pelayan itu.

Aku mengambil peluang yang ada itu untuk menatap wajahnya puas-puas. Terasa perasaan sayang mula menjalar ke segenap ruang hatiku. Saat aku sedang asyik menatap wajahnya aku mendengar sayup-sayup lagu Di Atas Satu Cinta beralun di segenap ruang restoran. Aku terpaku saat mendengar bait-bait lagu yang membuatkan aku terasa kena dengan situasiku kini.

SubhanALLAH aku mencintainya, 
SubhanALLAH aku menyayanginya,
Dari ufuk timur hingga ke barat,
Selalu di hatiku…

“ Awak… kenapa senyap je?” Aku tersentak dari lamunan saat mendengar suara seseorang.

“ Ha? Takde apa. Oh! Ya tadi awak nak cerita tentang sesuatu kan? Tentang apa?” soalku sekadar menutup resah di hati.

“ Oh, sebenarnya saya rasa lega dan tenang bila luahkan pada seseorang. Even this is the first time we met each other, but i can feel the chemistry between us,” ujar lelaki itu bersama senyuman yang terukir di bibir merah jambunya itu.

“ Saya pun rasa perkara yang sama,” ujarku seraya ketawa kecil.

Setelah 3 minit menanti akhirnya makanan serta minuman yang di pesan tiba jua ke meja kami. Usai mengucapkan terima kasih pelayan itu berlalu meninggalkan kami.

“ Awak makanlah,” ujarku seraya mencapai sudu lalu aku suakan padanya.

“ Terima kasih. Oh! Ya nama saya A… saudari panggil saya Mirza sajalah. Sebab saya nak lupakan nama Arief tu. Kerana nama Arief hanya mengingatkan saya pada dia.”

“ Saya Mia. Sebenarnya saya benar-benar nak tahu tentang Mirza. Cuma kalau awak belum bersedia untuk bercerita saya faham,” ujarku seraya menyuakan nasi goreng ke mulut.

“ Boleh. Mirza akan cerita. Tapi bukan disini. Kita makan dulu. Nanti kita ke pantai boleh? Lagi pun dekat sini dalam pukul 10.00 malam pun masih ramai yang ke pantai,” ujar Mirza dengan lembut.

“ Okey.” Usai aku berkata kami berdiam sambil menikmati hidangan masing-masing. Hanya kedengaran suara sudu berlaga dengan pinggan.

“ Dah siap ke? Saya nak pergi ke toilet sekejap. Boleh awak pimpinkan saya Mia?” pinta Mirza agar aku membantunya.

“ Err… boleh.” Entah mengapa aku sedikit gugup mendengar permintaannya itu.

Aku memimpin Mirza hingga ke pintu hadapan tandas. Sebaik saja melihat kelibat seorang lelaki yang melangkah keluar dari tandas aku meminta pertolongannya untuk membantu Mirza. Yalah kalau aku yang pimpin Mirza hingga ke dalam tak ke kes naya nanti?

“ Mia.” Pantas aku menoleh sebaik saja mendengar namaku diseru dengan lembut.

“ Mirza, betul ke awak nak ke pantai ni?” soalku dengan kening yang terangkat.

“ Betullah. Mia kan nak dengar cerita Mirza. Lagipun Mirza juga nak tahu kisah hidup Mia.” Mirza seakan memujukku untuk menceritakan kisahku padanya.


MIRZA menarik nafas sebelum menceritakan kisahnya. Aku membetulkan duduk agar lebih selesa. Aku mencapai ranting kayu lalu aku lukiskan sesuatu di pasir pantai.

“ Ayu bekas tunang Mirza. Dia tinggalkan Mirza setelah Mirza kemalangan 4 tahun lepas.”

Doom! Terasa petir sabung menyabung demi mendengarkan bicara Mirza tadi. Aku tergamam tiada terkata. Perasaan kasihan menyelinap ke segenap hatiku.

“ Maknanya err… setelah awak bu… buta?”soalku sedikit teragak-agak.

Melihatkan aggukan kecilnya aku menyumpah seranah gadis yang bernama Ayu itu.

“ Saya redha. Mungkin ini  balasan ALLAH pada saya.”

“ Apa maksud Mirza?”

“ Mia, saya akui dulu saya sangat jahil. Tinggalkan solat, selalu berfoya-foya. Keluar masuk kelab.” Mirza berjeda seketika. Aku teringat peristiwa sebelum aku kemalangan dahulu. Terasa diriku penuh dengan noda. Aku kembali ke alam nyata apabila mendengar suara Mirza yang serak seakan sedang menangis. Pantas aku menoleh padanya.

MIRZA TIME JAHIL





“ Mirza menyesal sangat. Dulu kehidupan Mirza terlalu bebas. Bawa perempuan keluar masuk Hotel.Mirza permainkan hati mereka. Mirza tinggalkan mereka setelah Mirza puaskan nafsu Mirza. Dan sekarang ALLAH bayar cash. Mirza rasa perasaan kecewa tu setelah Mirza ditinggalkan. Mirza berdosa Mia. Dulu Mirza terlalu mengikutkan perasaan. Mia, Mia masih ada di sini ke? Kenapa senyap je?”

I’m here Mirza. Mia sedih dengan apa yang Mirza lalui. Sebenarnya… kisah kita hampir sama. Dulu Mia jahil. Mia tinggal solat tanpa rasa bersalah pada DIA. Mia marahkan kawan Mia bila dia nasihatkan tentang solat. Mia derhaka pada mama. Mia pernah pergi club, minum sampai mabuk. Dan waktu tu juga Mia… Mia kemalangan.”

“ Lepas kemalangan tu apa yang jadi?” soal Mirza tidak sabar.

“ Mia koma.  Dalam 2 minggu jugalah. Waktu koma tu Mia diberi hidayah. Dan sekarang Mia dah bertaubat. Dan Mia janji pada diri bahawa Mia tak akan ulang lagi kejahilan dulu.”

Mirza tersenyum setelah mendengar luahanku. Aku merasa beban yang selama ini aku pikul terlepas dari bahu setelah aku meluahkannya pada Mirza. Pelik bukan? Sedangkan aku baru saja berjumpa Mirza. Mungkinkah ini yang dinamakan jodoh? Ah! Mia kenapalah kau nak membebankan otak memikirkan perkara yang tidak-tidak ni?

“ Baguslah. ALLAH masih sayangkan kita. Dan sekarang Mirza harap sangat agar ALLAH kuatkan iman dan juga hati Mirza.” Aku menggigit bibir melihat senyumannya.

Uit! Mirza ni suka benar senyum-senyum. Nasib baik Mirza tak nampak. Kalau tidak malu aku. Dah berbahang muka aku. Kalau lama-lama macam ni rasanya cair aku. Mirza, Mirza tahu tak dikau senyumanmu itu mampu mengocak naluriku? Adeh! Parah betul kau ni Mia.

“ Err… Mirza. Awak jangan senyum macam tu boleh?” Aku memberi amaran padanya. Sengaja aku menegaskan suaraku.

“ Kenapa? Mia tak suka tengok senyuman Mirza?” soal Mirza dengan lembut.

“ Senyuman awak tu err… meng… menggoda iman saya tau!”

Spontan Mirza melambakkan tawa. Aku menekup muka. Malunya bila terlepas kata. Hu hu…

“ Kalau macam tu… Mirza nak sedekahkan senyuman banyak-banyaklah,” usik Mirza lantas ketawa kecil.

“ Mengadalah Mirza ni. Sejuknya,” sungutku dengan nada perlahan.

“ Mia sejuk. Ambil jaket ni pakai,” arah Mirza seraya menghulurkan baju sejuknya padaku.

“ Tak payahlah. Nanti Mirza sejuk. Kejap ya. Mia nak main air kat tepi-tepi tu,” ujarku seraya bingkas bangun.

“ Mia, pakai baju sejuk ni. Please,” pinta Mirza lantas aku mengambil baju sejuk itu dari tangannya. Spontan aku menarik tangan apabila tidak sengaja tersentuh telapak tangan Mirza.

“ Tolong tarik Mirza. Mirza pun nak main air juga.”

Kami berjalan di tepi pantai bersama. Sungguh aku tidak sangka pertemuan selama beberapa jam itu mampu membuatkan aku mengenali insan bernama Arief Mirza. Aku bersyukur pada ALLAH kerana menemukanku dengan Mirza.

“ Mirza, kalaulah kita jumpa lebih awal. Pasti awak tak alami apa yang awak lalui sekarang.”

“ Jodoh, ajal, maut segalanya di tangan ALLAH. Mia tak perlu kasihankan Mirza. Sudahlah mari kita pulang. Pasti hari sudah lewat bukan?”

Aku menggigit bibir mendengar bicaranya yang dingin itu. Entah mengapa aku perlu merasa sakit mendengar bicaranya. Sedangkan dia bukanlah siapa-siapa bagiku. Hanya sekadar rakan. Ya! Mia sedarlah Mirza hanya kawan kau saja. Argh! Terasa letih otakku berperang dengan perasan sendiri.






p/s = hope anda suka n3 kali ni :) jgn lupa drop komen :)

6 comments:

  1. Takdir Mia berjumpa dgn mirza yg kisah dorang dulu pun sama..Best2, akak nak lagi. Sambung please!! hehehe

    ReplyDelete
  2. yup takdir menemukan mereka :) heeeee in sya ALLAH nanti akk sambung heeee

    ReplyDelete
  3. best... nak lg kak...
    kesian #Mirza, huhuu...

    ReplyDelete
  4. kesian kan? xpe ada Mia yang akan menemaninya heee

    ReplyDelete
  5. ok nanti akk siapkan bab seterusnya ye :) tq sudi singgah

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design