ADRIAN
tersenyum saat wajah Natasya terlayar di mindanya. Dia memusing-musing pemukul
drum yang berada di genggaman tangannya. Alex dan Akim yang melihat mengerut
dahi. Hairan melihat perubahan sikap sahabat mereka.
“
Akim kau tengoklah tu. Kawan kita senyum seolang (seorang) macam angau la. Aiya
dia sudah jatuh cinta meh?” bisik Alex di cuping telinga Akim.
“
Rasanya yelah tu. Eh! Hari tu dia ada kasi tau aku dia suka seorang amoi ni.
Manyak cantik woo,” ujar Akim dengan loghat cinanya.
“
Sudah maa, mari la kita tegur dia.” Akim mengekori langkah Alex.
“
Adrian, Adrian kau okey ke?” sapa Akim lantas menggawangkan tangannya di
hadapan wajah Adrian.
Alex
dan Akim saling berpandangan. Lantas mereka menggaru kepala. Tidak tahu
bagaimana ingin menyedarkan sahabat mereka itu.
“
Alex lu main gitar. Kasi sedar ini mamat,” arah Akim seraya dia mencapai
mikrofon.
Seketika
kemudian bergema ruang studio itu dengan bunyi petikan gitar yang membingitkan
telinga. Akim mula menyanyikan lagu Numb yang dipopularkan oleh Linkin Park.
Saat melihat wajah cemberut Adrian mereka menghamburkan tawa..
“
Kau orang apahal? Ish! Kacaulah!” marah Adrian lantas membaling pemukul drum
pada sahabat-sahabatnya.
“
Kau la berangan siang-siang hari. Agaknya kalau perompak masuk studio ni pun
kau tak sedar kan?” perli Akim selamba.
Adrian
berdecit geram. Dia berdiri di sebelah Alex. Lantas gitar di bahu Alex dia
capai kemudian disangkutkan tali gitar pada bahunya pula. Alex hanya diam
menikus.
“
Kau orang tak faham perasaan aku. Inilah pertama kali dalam hidup seorang
Firash Adrian benar-benar bahagia. Aku tak pernah rasa bahagia macam ni. Kau
orang pun tahu kan macam mana kehidupan aku?” Adrian berjeda seketika. Terasa
perih untuk menerima bahawa dirinya dibenci oleh keluarganya sendiri.
“
Aku faham Ad. Maaflah sebab aku buat kau rasa sedih.” Lekas Akim memohon maaf
apabila melihat awan mendung di wajah Adrian.
“
Ya lo. Aku pun minta maaf maa.” Alex turut momohon maaf lantas dia memaut bahu
Adrian.
Hargai
Aku- Armada
Sering
kali kau merendahkanku
Melihat
dengan sebelah matamu
Aku
bukan siapa-siapa
“
Alex, Akim betul kan lirik lagu yang aku nyanyi tadi? Aku ni bukan siapa-siapa
pada mama, papa dan Raiha,” lirih kedengaran suara Adrian.
“
Hei! Kenapa kau cakap macam tu? Kami ada. Kami akan sentiasa sayangkan kau.
Lagipun kau sahabat kami dunia akhirat Ad,” ujar Akim dengan lembut.
“
Aku… perlukan kasih dan juga sayang mereka. Tapi apa salah aku? Kenapa aku
dilayan seperti sampah?” luah Adrian. Suaranya bergetar. Airmata bertakung di
kelopak matanya.
Selalu
saja kau anggapku lemah
Merasa
hebat dengan yang
Kau
punya
Kau
sombongkan itu semua…
“
Raiha tak pernah hormat aku sebagai abang dia. Malah dia anggap aku ni musuh
dia saja. Apa salah aku?” Akim bungkam mendengar soalan demi soalan yang
dilemparkan Adrian. Jika tadi dia melihat Adrian dari sisi ceria, kini dia
melihat Adrian yang lemah.
Coba
kau lihat
Dirimu
dahulu
Sebelum
kau nilai ku dengan diriku
Apa
salahnya hargai diriku
Sebelum
kau nilai siapa diriku…
“
A… aku bukan minta emas permata. Tapi a… aku cuma inginkan…” Adrian mula merasa
sebak.
“
Syhh! Sudahlah Ad. Apa yang jadi ni pasti ada hikmah sebaliknya. Kau sabar ya.
ALLAH takkan uji hambaNYA melebihi kemampuan hambaNYA. Aku tahu kau kuat. Kalau
selama 23 tahun kau boleh hadapinya, kenapa sekarang kau jadi lemah? Ini bukan
Adrian yang aku kenal.” Akim menyuntik semangat buat Adrian.
“
Adrian kau sabarlah. Aku tahu jauh di sudut hati mama kau pasti ada sikit rasa
sayang pada kaulah. You must be strong.
Kita lelaki maa. Mana boleh nangis,” ujar Alex. Adrian tersenyum mendengar ayat
terakhir Alex.
“
Itu macam lorh. Tak mau nangis ha,” kata Alex dan Akim hampir serentak.
Mereka
saling berpelukan memberi semangat kepada Adrian. Usai meleraikan pelukan
Adrian memetik gitar basis. Akim pula mengetuk drum mengikut irama petikan
gitar. Sementara Alex mengalunkan lagu Dengarlah Bintang Hatiku nyanyian
De’Meises.
Dengarlah
bintang hatiku
Aku
akan menjagamu
Dalam
hidup dan matiku
Hanya
kaulah yang ku tuju
Dan
teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku
akan menjagamu
Semampu
dan sebisaku
Walauku
tahu ragamu tak utuh…
“
Wei! Kenapa kau nyanyi lagu jiwang Alex? Ha, kau dah jatuh cinta eh?” usik
Adrian setelah menyedari bait lirik yang dinyanyikan Alex itu.
Lirik
lagu itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyayangi kekasihnya. Gadis
itu penjual bunga. Manakala si jejakanya pula merupakan artis. Dalam satu hari
tu si gadis tu terlihatlah kekasihnya berbual mesra bersama seorang gadis lain…
di bawah satu payung pula tu. Pendek cerita si gadisnya cemburu dan melarikan
diri dari dikejar kekasihnya. Namun nasibnya malang kerana saat itu dia telah
dilanggar sebuah kereta. Dan setelah si gadisnya disahkan lumpuh namun kasih
sayang lelaki itu tetap utuh buat si gadis. Heeee… jiwanglah tu kan? Desis
Adrian dalam hati.
“
Ala kau Adrian. Aku baru saja nak layan jiwang. Tak kan aku nak layan rock
sepanjang masa?”
Adrian
mencebik mendengar alasan Alex. Akim pula ketawa mengekek melihat wajah
cemberut Alex.
“
Ad kau berilah dia peluang. Aku rasa Alex tu dah jatuh cinta. Dengan minah yang
jual bunga tu,” ujar Akim seraya memuncungkan bibir mengunjuk ke arah kedai
bunga bertentangan dengan studio miliknya.
“
Oh, macam tu rupanya. Kenapa aku tak tahu?”
“
Macam mana kau nak tahu? Sedangkan kau pun mabuk cinta,” perli Akim lantas
ketawa mengekek.
“
Kurang asam kau Akim. So selama ni kau tahulah Alex dah tangkap cintan dengan minah bunga tu?” soal
Adrian tidak puas hati.
“
Aku pun baru tahu semalam,” ujar Akim lantas jemarinya menekan piano tanpa
irama.
“
Cis! Kau dah janji sama aku. Tak mau bocor rahsia. Aiya… kau ni memang mulut
tempoyak.” Usai Alex berkata Adrian serta Akim ketawa mengekek.
Alex
menggaru kepala yang tidak gatal. Hairan melihat sahabatnya yang ketawa tidak
ingat dunia itu.
“
Woi! Apahal lu olang (orang) ketawa? Aku buat lawak meh?” tanya Alex tidak puas
hati.
“
Memang. Kau ni lawak la. Rosak bahasa kau tahu? Bukan mulut tempoyak la Alex.
Tempoyak tu orang guna untuk masak,” ujar Akim setelah ketawanya reda.
“
Oh! Ya meh? Aku mana tau la. Aku pakai cakap saja. Aiya itupun mau ketawa meh?”
Alex berpeluk tubuh sambil bersandar pada sofa.
“
Memang la kami gelak. Mulut tempayan dengan mulut ‘tempoyak’ tu jauh beza maa,”
sindir Adrian pula. Alex tunduk menekur lantai. Terasa berbahang wajahnya dek
malu.
CAREFOUR KOTA DAMANSARA
ADRIAN
mengambil tugas untuk menyorong troli. Hari itu dia menemankan Mak Kiah untuk
membeli barang dapur. Mereka muka bergerak ke satu rak ke rak lain. Adrian
merasa gembira kerana dapat menemani wanita yang sudah di anggap seperti ibunya
itu.
“
Mak Kiah nak cari apa lagi? Ketam Mak Kiah tak mahu ambil ke?” soal Adrian
seraya mata melilau melihat bahan basah yang terletak di dalam peti.
“
Kamu nak makan ke? Kalau mahu boleh la Mak Kiah ambil. Lagipun kamu dah lama
tak makan makanan laut kan?”
Adrian
mengukir senyum saat mendengar bicara Mak Kiah. Adrian meneliti senarai barang
yang ditulis Mak Kiah. Dia mengerut dahi.
‘
Apa beza daun sup dengan daun ketumbar? Mak Kiah ni nak buat apa banyak-banyak
daun ni? Ish! Peninglah aku,’ desis Adrian dalam hati.
“
Kenapa Encik Adrian?” soal Mak Kiah apabila melihat majikannya itu mengerutkan
dahi.
“
Ni ha. Mak Kiah nak buat apa banyak-banyak daun ni? Daun supnya, daun ketumbar
lagi. Peliklah saya.”
Mak
Kiah tersenyum mendengar rungutan Adrian. Dia mengusap lembut bahu jejaka itu.
“
Encik Adrian… daun sup tu dah tentulah Mak Kiah nak masak sup. Kita dah ambil
ketam tadi kan? Bolehlah buat sup ketam. Daun ketumbar pula Mak Kiah ingat nak
masak tomyamlah. Dah lama kan Mak Kiah tak masak tomyam untuk Encik
sekeluarga?” Adrian menggangguk kepala laju.
“
Biar saya cari daun sup dengan err… daun ketumbar. Mak Kiah pergilah cari bahan
lain. Kicap ke sos ke?” ujar Adrian ingin menghulurkan bantuan.
“
Tapi… pandai ke kamu bezakan daun sup dengan daun ketumbar?” tanya Mak Kiah
tidak yakin.
“
Eh, boleh punyalah.” Adrian cuba menyakinkan Mak Kiah. Sedang di dalam hati
mula gabra.
“
Baiklah kalau macam tu. Nanti kita jumpa semula disini ya,” pesan Mak Kiah
sebelum berlalu.
ADRIAN
segera menghayun langkah laju menuju ke arah sayur-sayuran. Dia mula menggaru
kepala yang tidak gatal.
“
Adui! Mana satu daun sup ni? Yang ni kot. Eh, tapi kenapa lain betul dengan
yang Mak Kiah selalu beli tu ya?” Adrian mengambil daun pudina yang disangkakan
daun sup itu. Seketika kemudian dia meletakkan kembali daun pudina di
tempatnya.
Sedang
Adrian berdiri di situ tiba-tiba dia disapa seseorang.
“
Adrian kamu buat apa dekat sini?” soal Datin Khalisa dengan ceria. Lama benar
rasanya tidak menyapa anak jirannya itu. Natasya diam mematung disebelah majikannya.
“
Eh, aunty. Ni ha sebenarnya Rian nak
cari daun sup. Dengan err… daun apa tu? Ha daun ketumbar. Tapi…” Pantas Natasya
memintas katanya.
“
Encik Rian tak tahu nak bezakan ya? Tak mengapa, biasalah orang lelaki memang
tak peka sangat soal ni. Ngee...”
Adrian
merasa segan ditegur oleh gadis idamannya itu.
“
Kalau Encik nak bezakan senang je. Encik Rian boleh bau. Kalau daun sup ni
baunya wangi sikit dari daun ketumbar. Daun ketumbar ni baunya cengih sikit.”
Adrian
mengukir senyum lantas mengambil daun sup dan juga daun ketumbar yang dihulur
Natasya. Lekas dia mengidu untuk membezakan kedua-dua daun itu. Usai itu dia
menatap wajah Natasya tanpa berkelip.
“
Ehem-ehem.” Datin Khalisa berdehem untuk menyedarkan Adrian. Dia mengukir
senyum. Bukannya dia tidak nampak Adrian yang tidak lepas pandang menatap wajah
Natasya itu.
“
Kamu datang dengan Mak Kiah ke? Mana dia?” soal Datin Khalisa berbasa basi.
“
Ha? Err… Mak Kiah pergi ke ruang bahan basah tadi. Aunty dari rumah ke?”soal Adrian biarpun dia sudah tahu jawapannya.
Sejujurnya lidahnya kelu berdepan dengan Natasya saat itu.
“
Ya Rian. Dari rumahlah. Kamu berborak dulu. Aunty
nak pergi tegur Mak Kiah kejap,” ujar Datin Khalisa lantas tersenyum sebelum
berlalu.
“
Err… awak nampak erm… cantik,” puji Adrian pada wanita di sebelahnya.
“
Terima kasih. Tapi saya tak layak terima pujian tu. Selayaknya pujilah ALLAH
S.W.T. Kerana DIA yang menciptakan seindah kurniaan buat saya, awak dan alam
semesta,” tutur Natasya dengan rasa rendah diri.
‘
SubhanALLAH… sesungguhnya Natasya adalah ciptaanMU yang sebaik-baik kejadian.
Syukurku kerana diberi kesempatan untuk mengenal insan sebaiknya.’ Adrian
memanjatkan syukur di dalam hati.
“
Err… boleh saya tanya sesuatu?” soal Natasya berhati-hati.
“
Boleh… silakanlah tanya.”
Natasya
menarik nafas sebelum meneruskan soalannya. Di dalam hati gusar andainya
pertanyaannya akan membuat jejeka itu terasa.
“
Se… semalam saya dengar bunyi bising dari rumah awak. Macam err… bunyi orang
bergaduh saja. Maafkan saya andai awak tak suka saya bertanya. Tapi saya cuma…”
Adrian lekas mencaras kata Natasya.
“
Tak ada apalah. Rahsia keluarga. Rasanya tak perlulah dicanang pada orang luar.
Maafkan saya. Tapi saya tak boleh cerita. Perkara ni mengaibkan saya dan
keluarga.” Penuh hati-hati Adrian berkata.
“
Cakap pasal apa? Serius je muka masing-masing. Rian kamu sakitkan hati Tasya
ya?” seloroh Datin Khalisa.
“
Tak adalah ma. Mana ada. Jomlah mama kita tak boleh lama. Nanti Abang Kamal nak
balik kan?” Natasya cepat-cepat mengubah topik. Kamal merupakan menantu Datin
Khalisa iaitu suami kepada arwah anaknya Aina.
“
Baiklah. Kiah saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.”
“
Waalaikumsalam Datin Khalisa,” jawab Adrian dan Mak Kiah serentak.
“
Encik dah jumpa daun sup dan daun ketumbar?” soal Mak Kiah sambil menjinjit
beberapa beg plastik.
Adrian
menggangguk kepala tanda jawapan. Mak Kiah kehairanan melihat wajah Adrian yang
tidak lekang dengan senyuman itu.
“
Encik Adrian ni asyik senyum saja. Ada apa-apa ke? Ke Encik dah jumpa yang
berkenan di hati?” usik Mak Kiah seraya tersengih nakal.
“
Mak Kiah ni macam tahu saja apa yang ada dalam hati saya,” balas Adrian seraya
berjalan menuju ke kaunter.
“ Siapa yang tahu dalam hati terukir nama
seseorang kan? Lagipun tak salah kalau Encik sukakan seseorang,” usik mak Kiah
lagi. Tangannya cekap membantu Adrian mengeluarkan barang lalu diletakkan di
atas kaunter pembayaran.
Usai
membuat pembayaran Adrian mengatur langkah menuju ke keretanya.
“
Sudah Mak Kiah. Meh sini saya bawa. Kesian Mak Kiah bawa berat-berat.”
“
Kamu suka Tasya ya?” tebak Mak Kiah. Adrian yang sedang memandu itu segera
menoleh saat nama Natasya disebut.
‘
Ish! Mak Kiah mana tau erk? Eh! Dah tentulah dia tahu. Lagipun bukan ke Mak
Kiah yang jaga kau dari kecil?’ Gumam Adrian dalam hati.
“
Sekilas ikan di air Mak Kiah dah tahu
apa yang ada dalam hati kamu. Mak Kiah bela kamu dari kecil. Tasya tu budak
baik. Selalu juga Mak Kiah berborak dengan dia. Kalau kamu dah suka dia cakap
sajalah pada dia. Atau kamu nak Mak Kiah tolong cakapkan?”
Adrian
ketawa kecil mendengar rancangan Mak Kiah. Sesekali dia menoleh Mak Kiah di
sebelahnya. Adrian memarkingkan kereta BMW Series 5 kepunyaannya di ruangan
garaj. Lekas saja dia keluar dari perut kereta. Lantas dia menjinjit keluar beg
plastik yang dibeli tadi.
“
Mak Kiah angkat yang ringan-ringan je. Yang berat biar saya yang angkat,” pesan
Adrian.
“
Baiklah Encik Adrian.” Mak Kiah akur akan arahan Adrian.
Usai
mengangkat semua barang dari bonet kereta Adrian membaringkan tubuh di atas
sofa. Dia tersenyum saat seraut wajah Natasya terbayang di ruangan mata.
p/s = MAAF LAMBAT kasi n3 ngeeee :D







Best 3x.
ReplyDeletethanks baby mio :)
ReplyDeleteMacam dah berkenan aje adrian dgn tasha tu. Pinang aje la adrian, sebelah rumah aje..ngehehe
ReplyDeletehehehe kan? adrian ni malu cakap heeee
ReplyDeletepart 3 best la...ada sedih n ada suka..menarik..good job atam..
ReplyDeleteyup.. sedihnya sebab kisaian terbongkar tapi dia dgr dari mulut adiknya huhu
ReplyDelete