Saturday, March 29, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 4













LEKAS Adrian menutup Al-Quran saat mendengar pintu bilik Raihana terkuak. Terbeliak matanya apabila melihat pakaian yang tersarung di tubuh badan adiknya itu. Tanpa dia berfikir panjang terus saja dia mendekati adiknya.

“ Raiha nak kemana ni?” soal Adrian dengan lembut.

“ Kau sibuk apa?” sinis nada yang diucapkan Raihana. Dia menyelitkan rambut ke belakang telinganya.

“ Raihana binti Dato Izwan tolong tukarkan pakaian Raiha sekarang! Sakit mata abang tengok.”

Raihana tersenyum sinis sambil memintal rambutnya dengan hujung jari.

“ Kau siapa nak suruh aku tukar pemakaian aku? Hei! Adrian kau jaga urusan kau sudahlah. Jangan pula kau menyibuk hal aku. Bosan kau tahu tak? ” sinis Raihana. Nadanya lembut namun penuh dengan kebencian.

“ Ya ALLAH!! Raiha sedar tak apa yang Raiha cakap ni? You are my sister. Wajarlah kalau seorang abang ambil berat tentang adiknya.” Tegas Adrian seraya mencekak pinggang.

“ Aku bosanlah! Kau jangan sibuk hal aku tak boleh ke? Apa aku nak buat, apa aku pakai bukan urusan kau. Lagipun… aku tak guna duit kau pun kan? So please jangan menyibuk!” Raihana berkata sambil berpeluk tubuh. Dia menjeling tajam pada abangnya.








‘ Abang konon. Kau tak layak jadi abang aku. Dasar anak haram!’ Raihana menyumpah Adrian di dalam hati.

“ Raiha selagi kamu tak tukar pakaian kamu, jangan harap abang akan izinkan kamu keluar dari rumah ni,” ugut Adrian. Merah padam wajah Raihana mendengar ugutan Adrian itu.

“ Suka hati aku la.” Herdik Raihana seraya mencapai tas tangannya. Dia mengatur langkah laju menuruni anak tangga. Adrian mengekori langkah Raihana.

Raihana berang apabila Adrian merentap kasar tangannya.

“ Kau dah kenapa ni? Ketepi la. Sakit tahu tak?”

“ Oh! Tahu pula sakit? Yang Raiha tinggikan suara pada abang, Mak Kiah, ingat kami tak rasa sakit hati? Hari ni kamu jangan keluar.”

“ Kau ketepilah bodoh! Aku benci kau! Lepaslah, sakit.” Raihana meronta agar dilepaskan dari genggaman Adrian.

“ Encik Adrian kenapa ni? Ya ALLAH… sudahlah janganlah bergaduh,” Rayu Mak Kiah sambil cuba melepaskan pegangan tangan Adrian.

“ Eh! Orang tua. Ni bukan urusan kau. Kau pergi berambus!” herdik Raihana pada Mak Kiah lantas menunjal kapala Mak Kiah.

Pang!

Melopong mulut Raihana saat lima jari abangnya melekat di pipi mulusnya. Dia merenung tajam wajah Adrian.

“ Apa hak kau nak tampar aku?” tengking Raihana sambil menolak tubuh Adrian hingga terdorong lantas jatuh ke lantai.

“ Abang tak suka kau jadi kurang ajar. Abang tahu kau mesti nak jumpa mat rempit tu kan? Jangan harap abang akan bagi kau keluar.”

“ Suka hati aku la nak keluar dengan siapa pun. Aku tak pernah halang kau berkawan dengan siapa pun. Jadi kau pun jangan nak menyibuk hal aku!” sinis Raihana pada Adrian.

“ Raiha tu adik abang. Sebagai abang, wajib untuk abang tahu kemana adik abang pergi. Dengan siapa Raiha bergaul.”

“ Eh! Adrian kau boleh tak jangan masuk campur hal aku? Aku rimas tahu tak? Mama dengan papa pun tak pernah nak marah aku. Ni kan pula kau. Kau siapa nak tanya aku kemana aku pergi?” Raihana menyoal dengan wajah yang menyinga. Mak Kiah hanya mampu melihat kedua beradik itu. Dia tidak mahu mencampuri urusan anak majikannya, bimbang dimarahi segera Mak Kiah mengatur langkah ke dapur.

“ Sebab mama dengan papa tak pernah ambik tahulah kau jadi kurang ajar. Kau hormat sikit. Aku ni abang kau,” suara Adrian juga naik satu oktaf.

“ Huh! Hormat? Eh, kalau kau sendiri tak reti nak hormat mama dengan papa, jangan haraplah aku nak hormat kau sebagai abang,” ujar Raihana seraya tersenyum sinis.

“ Aku bukan tak hormat mama. Tapi…”

“ Tapi apa? Kau nak kata kau cuma nak perhatian dari mama? Macam tu? Eh, kau sedar tak yang kau ni anak pungut?” pantas Raihana mencelah pertuturan Adrian.

Adrian terpempan mendengar kata hinaan Raihana itu. Cukup menghiris tangkai hatinya. Raihana terus menghamburkan kemarahannya apabila melihat Adrian yang diam seribu bahasa itu.

“ Kau tu anak angkat saja. Mama kutip kau dekat depan rumah. Waktu tu mama belum lahirkan aku lagi. Sekarang kau tahu kenapa mama tak pernah tunjukkan kasih sayang pada kau? Heh! Kadang-kadang aku malu nak mengaku kau ni abang aku.

Sebab kau tu mungkin anak luar nikah… mungkin juga mak ayah kau dulu orang susah. Sebab tak mampu nak bela kau… jadi mereka buang kau. Kau pembawa malang! Aku benci kau!!” Herdik Raihana lantas segera meninggalkan Adrian terpinga-pinga.

Terkocoh-kocoh Mak Kiah berlari mendapatkan Adrian. Pilu hatinya apabila secara tidak sengaja mendengar kisah aib Adrian. Terus didakapnya tubuh sasa Adrian.Lantas dia membisikkan sesuatu di telinga Adrian.

“ Sabarlah Encik. ALLAH Maha Mengetahui. Semua ni ada hikmah. Walau siapa pun Encik, Mak Kiah tetap akan sayangkan Encik.”

Adrian menangis di bahu Mak Kiah. Sungguh dia lemah apabila kisah hidupnya yang penuh liku kini terbongkar akhirnya.

“ Mak Kiah… patutlah se… selama ni, mama dengan papa tak pernah tunjukkan kasih sayang mereka. ALLAH HU AKBAR. Rian rasa diri Rian ni jijik sangat.”

“ Sudahlah nak. Jangan bersedih. Kamu pergilah rehat,” arah Mak Kiah setelah meleraikan pelukannya.

“ Mak Kiah, boleh tak kalau… Mak Kiah panggil saya Rian? Boleh tak kalau… Rian nak panggil Mak Kiah mak? Boleh tak… kalau Rian nak tumpang kasih sayang Mak Kiah?” Sayu hati Mak kiah mendengar soalan demi soalan Adrian. Sambil menyeka airmatanya dia menggangguk kepala setuju.

Adrian memeluk erat tubuh tua Mak Kiah.  Habis lencun baju Mak Kiah dek airmatanya.

“ Mak… Rian tak sanggup lagi duduk dalam rumah ni. Rian tak mahu membebankan mama dan papa,” ujar Adrian seraya menyeka airmata Mak Kiah.

“ Syyyhh! Rian kena banyak bersabar nak. ALLAH sedang uji Rian. Ini semua dugaan sayang. Sekarang Rian pergi naik. Mandi lepas tu berehat,” nasihat Mak Kiah dengan lembut.


MAK, Rian nak keluar sekejap. Rian nak tenangkan hati,” ujar Adrian.

“ Rian nak kemana bawa beg ni nak? Rian nak tinggalkan mak ke? Dah tak sayangkan mak?” soal mak Kiah. Sayu hatinya melihat wajah sugul anak angkatnya itu.

“ Rian tak kuat berdepan dengan mama. Rian… Rian tak mampu.” Lekas Mak kiah mendakap tubuh Adrian. Dia ingin menyalurkan sedikit kekuatan buat Adrian.

“ Rian jangan lemah macam ni nak. Rian janji dengan mak, Rian akan balik ya nak. Jangan tinggalkan mak lama-lama. Janji ya,” Mak Kiah menagih janji daripada Adrian. Adrian tunduk menekur lantai.

“ Mak jaga diri sepanjang Rian tak ada di rumah. Lagi satu apa-apa yang jadi pada keluarga ni tolong beritahu Rian. Rian sayang mak… tapi Rian… Rian terpaksa.”

Mak Kiah merasa sebak. Lantas dibiarkan saja airmata yang mengalir dipipinya. Dia menghantar Adrian dengan pandangan sayu. Adrian melambaikan tangan sebelum berlalu.

“ Mak kiah Encik Adrian nak pi mana?” tanya Hanisah.

“ Dia nak pi tenangkan diri. Sudahlah Nisah. Mari kita masak untuk makan malam,” ujar Mak Kiah lirih.

‘ Ish! Pasai apa Mak Kiah duk teriak (menangis) beriya ni?’ desis Hanisah dalam hati.

“ Nisah hang pi masak sup ketam. Lauk lain biaq Mak Kiah yang masak,” arah Mak Kiah. Hanisah akur dengan arahan lantas terus berlalu melakukan kerjanya.


PAPA I ingat I nak cakap terus terang saja pada Adrian.” Dato Izwan yang sedang membaca surat khabar terus saja melipat keratan akhbar itu sebaik mendengar kata-kata isterinya.

“ You dah gila ke? Mama… kalau Adrian tak dapat terima macam mana? You dah fikir risikonya? Dah… I tak mahu bercakap lagi tentang anak tu. Sekarang I nak rehat je.” Tegas Dato Izwan.

“ Habis you cuba cakap dekat i. Sampai bila kita nak rahsiakan perkara ni?” suara Datin Hanis berang dengan jawapan suaminya yang acuh tak acuh itu.

“ So, you rasa kalau you cakap terus terang Adrian boleh terimalah?” suara Dato Izwan juga sama tinggi.

“ I tak fahamlah dengan you ni,” rengus Datin Hanis seraya melabuh punggung di sofa.

“ I lagi tak faham dengan you. Sejak bila Datin Hanis… yang terkenal dengan sikap foya-foya dah pandai nak ambil berat tentang anak yang tak ada kaitan dengan kita?”

“ Papa!! You jangan cuba buat I marah.” Tengking Datin Hanis pada suaminya.

Dato Izwan tersenyum sinis. Dia merasakan bahawa isterinya itu sedang mula menyayangi anak yang tidak pernah disayangnya.

“ I tak mahu ambil tahu…” belum sempat Dato Izwan menghabiskan katanya Datin Hanis bingkas bangkit menuju ke bilik anak terunanya.

“ Adrian, Adrian. Mana pula budak ni? Apa tu?” tanya Datin Hanis pada diri sendiri. Sepucuk surat yang berwarna kuning dia capai. Dia duduk di birai katil Adrian. Lekas saja dia mengeluarkan surat itu dari sampulnya. Lantas dia membaca tulisan tangan Adrian.

Assalamualaikum, mama, papa.

Datin Hanis menjawab salam di dalam hati. Dia semakin tidak sabar untuk membaca surat itu.


Adrian dah tahu perkara sebenarnya. Raiha dah ceritakan kenapa papa dan mama bencikan Rian. Ma, pa Rian minta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maafkan kesalahan Rian selama ini.

Mama,

Walaupun mama bukan ibu kandung Rian tapi… Rian akan tetap sayangkan mama. Maaf kerana selama ini Rian selalu soal sebab mama bencikan Rian. Demi ALLAH sekelumit benci pun tiada dalam diri Rian. Rian redha akan semua yang terjadi. Rian akan sayangkan mama sampai bila-bila. Boleh mama janji bahawa mama akan sayangkan Rian? :) Rian dahagakan kasih sayang seorang ibu dan juga ayah… :’(

Papa,

Rian sayangkan papa. Biarpun papa tidak pernah belai Rian seperti mana papa belai Raiha namun Rian bersyukur kerana Rian dibela papa. Rian sayangkan papa. Biarpun papa bukan ayah kandung Rian tapi… bolehkah papa menghulurkan sedikit kasih sayang papa? Rian harap sangat papa akan kata BOLEH. Kerana Rian terlalu dahagakan kasih sayang dari seorang ayah…

Papa, Mama

Akhir kata dari Rian… Rian berharap bahawa mama dan papa kembali ke pangkal jalan. Rian sayangkan mama, papa dan juga Raiha. Papa, mama izinkan Rian keluar dari sangkar emas ini. Andainya Rian sudah tenang in sya ALLAH Rian akan kembali ke rumah ini sebagai orang gaji. Rian berkata begini kerana Rian segan untuk duduk di rumah ini tanpa berbuat apa-apa. Sedangkan Rian sudah maklum situasi sebenar biarlah Rian berkhidmat saja untuk keluarga ini dari terus menjadi anak yang tidak diiktiraf…


Yang Mengharap Kasih Sayangmu,
ADRIAN

Datin Hanis menyeka airmata yang bergenang di tubirmatanya. Dia merasa sedih kerana telah meyisihkan Adrian selama ini. Dato Izwan yang melihat isterinya menangis teresak-esak segera mendapatkan surat di tangan isterinya.

“ I rasa berdosa,” ujar Datin Hanis seraya terjelepok di atas lantai.

Dato Izwan memicit pelipisnya. Terasa batu besar menghempap kepalanya. Dia menangis demi membaca ayat terakhir Adrian.

“ Tak! Kau bukan orang gaji. Kau anak aku. Papa minta maaf nak. Papa bersalah. Papa tahu papa tidak layak menjadi ayah kau. Ampunkan papa Rian. Baliklah Rian. Papa akan sayangkan kau. Papa janji.” Dato Izwan berkata seolah-olah Adrian berada di hadapannya.

“ Sayang, mari kita cari anak kita. Kita cari Adrian. Papa janji papa takkan anggap dia anak luar nikah. Dia anak kita. Anak kita,” ujar Dato Izwan seraya mengulang kata-katanya.

Datin Hanis mengganguk kepalanya. Sambil mengesat airmata di pipi dia mengambil surat tulisan tangan Adrian itu. Lantas didakap penuh kasih surat itu. Raiha tersentak melihat mama serta papanya yang keluar dari bilik Adrian itu. Dia tersenyum sinis apabila melihat orang tuanya sedang teresak-esak menangis. Lantas dengan langkah terhoyong hayang dia mendekatkan diri dengan orang tuanya.

“ Wow! Sejak bila… papa dengan mama care dengan Adrian?” sinis Raihana. Sesekali dia menutup mulut apabila sendawa.

“ Kamu dari mana Raiha?” soal Datin HJanis dengan lembut.

“ Sejak bila mama tanya mana Raiha pergi? Bukan selama ni mama tak pernah peduli ke?” perli Raihana lagi.

“ Raiha kamu ke yang beritahu abang kamu segalanya? Mana kamu tahu semua tu?” suara Dato Izwan mendatar.

“ Pa… nak tahu ya? Memang Raiha yang beritahu dia. Raiha yang beritahu anak tak guna tu yang dia cuma anak pungut. Ha ha ha… Raiha terdengar papa bertengkar dengan mama pasal benda ni. so bagi Raiha perkara ni penting. Boleh Raiha gunakan untuk menyakitkan hati Adrian bodoh tu.” Raihana menepuk tangan melihat wajah terkejut Dato Izwan.

“ Kenapa kamu buat semua ni? Kamu tahu tak dia sayangkan kamu macam adik dia sendiri?” melengking suara Dato Izwan  mendengar kata-kata anak gadisnya.

“ Tak payah nak backup dialah pa. Raiha benci dia!!” Raihana meninggikan suara lantas dia terjelepok jatuh ke lantai.

“ Kamu mabuk? Kamu masuk bilik sekarang!” arah Datin Hanis dengan tegas.

“ Mak Kiah, Mak Kiah,” teriak Dato Izwan. Mak Kiah yang sedang menghidangkan makan malam terkocoh-kocoh ke tingkat atas. Dia menelan liur melihat wajah bengis Dato Izwan.

“ Bawa Raiha masuk bilik. Saya dan Datin nak cari Adrian. Mak Kiah tukarkan pakaian Raiha. Dan lagi satu…” Mak Kiah menelan liur apabila majikannya mara setapak mendekatinya.

“ Kunci pintu bilik Raiha. Jangan bagio dia keluar. Tunggu sampai saya balik. Kunci semua tingkap bilik dia juga. Faham?” Laju saja Mak Kiah mengganguk seebaik mendengar arahan majikannya.

“ Dato carilah Adrian di studio. Mungkin dia ada di studionya. Biasanya kalau dia rasa sedih pasti dia akan ke sana,” kata Mak Kiah sambil tunduk menekur lantai.

“ Baiklah. Terima kasih Mak Kiah,” ujar Datin Hanis dengan lembut. Buat kali pertamanya dia merendahkan suara saat berbicara dengan pembantu rumahnya.


ADRIAN memandang sepi studionya. Dia membaringkan tuduh yang terasa lesu. Dia menutup kedua belah telinga saat tergiang-ngiang kata-kata Raihana sebentar tadi.

“ Kau tu anak angkat saja. Mama kutip kau dekat depan rumah. Waktu tu mama belum lahirkan aku lagi. Sekarang kau tahu kenapa mama tak pernah tunjukkan kasih sayang pada kau? Heh! Kadang-kadang aku malu nak mengaku kau ni abang aku.

Sebab kau tu mungkin anak luar nikah… mungkin juga mak ayah kau dulu orang susah. Sebab tak mampu nak bela kau… jadi mereka buang kau. Kau pembawa malang! Aku benci kau!!” Herdik Raihana lantas segera meninggalkan Adrian terpinga-pinga.

Adrian memengang kepala yang terasa berdenyut. Dia cuba untuk bangun saat mendengar suara pintu dikuak dari luar. Demi melihat wajah mama serta papanya dia cuba mengukir senyum.

“ Rian, anak mama. Maafkan mama sayang. Mama bersalah.” Adrian kaku saat mendengar Datin Hanis membahasakan dirinya ‘mama’.

“ Papa juga minta maaf sayang. Papa bersalah. Papa terlalu pentingkan diri sendiri. Papa tak pernah tunjukkan kasih sayang papa pada kamu. Maafkan papa Rian.” Adrian terus membisu saat dirinya dipeluk erat oleh Dato Izwan serta Datin Hanis.

“ Mama, papa… Rian rindukan mama dengan papa,” ujar Adrian sebak.

“ Mari nak. Kita balik. Mama mohon sangat maafkan mama. Benar Rian bukan anak kandung mama. Tapi Ria ma… mama sayangkan kamu. Cuma mama tak pernah tunjuk kasih sayang mama. Mama minta maaf.” Datin Hanis terus-terusan meminta maaf pada Adrian.

“ Rian dah maafkan mama dan papa. Rian sayangkan mama. Rian sayangkan papa juga. Rian bermimpi sekarang ni? Macam mana mama dan papa boleh berubah sayangkan Rian?” Datin Hanis tersentak mendengar soalan Adrian. Dia menangis penuh kekesalan akan perbuatannya.

“ Sebab ni. Mama rasa menyesal sebab sisihkan anak yang baik seperti kamu.” Adrian mengesat airmata yang mengalir di pipi orang tuanya.

“ Papa juga menyesal sayang. Sekarang papa nak berubah menjadi papa yang baik pada kamu dan juga Raiha. Mari kita balik rumah ya,” pujuk Dato Izwan lagi.

Adrian menganggukkan kepalanya. Dia mengucap syukur dalam hati kerana doanya kini dimakbulkan.



maybe dlm next part akan abis kot :)

7 comments:

  1. baby mio thanks sudi singgah ;)

    ReplyDelete
  2. Kesiannya dgn adrian.. geram sangat dgn raihana! Tapi, alhamdulillah nasiblah papa dn mama dia dah boleh terima.. Akak, nak lagi.hehe ^_^

    ReplyDelete
  3. yup raihana akan sedar dlm next part huhu :)orait thanks

    ReplyDelete
  4. so sad atam....sedih sangat mengalir airmata imah...tersentuh dengan adrian...terbaik atam teruskan usaha k.... :)

    ReplyDelete
  5. wahh terharunya ada juga yg mengalir airmata baca kisah adrian heeee

    ReplyDelete

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design