“ TASYA abang nak tanya sikit boleh?” Natasya menelan liur yang
terasa berpasir.
“
Tanya apa?” balas Natasya. Dia mula merasa canggung bila berduaan bergitu
bersama jejaka tersebut. Natasya melilaukan mata mencari kelibat Datin Khalisa.
“
Err… jom kita duduk di gazebo. Kejap lagi Tasya belek la pokok bunga tu,” ajak
Kamal seraya mengatur langkah ke gazebo. Natasya merasa berat hati untuk
menurut kehendak jejaka itu. Namun akhirnya dia mengatur juga langkah setelah
melihat jelingan tajam kamal.
Sepi
merajai mereka. Kamal menarik nafas sebelum meluahkan perasaan cintanya.
“
Perkara ni dah lama abang nak luahkan. Biarpun dah banyak kali Tasya tolak.
Tapi abang tetap menantikan kata ‘ya’ dari bibir Tasya. Abang harap Tasya boleh
pertimbangkan. Abang tak kisah apa orang nak kata. Lagipun setelah kematian
Aina abang cuma sayangkan Tasya. Abang tak boleh terima wanita lain selain
Tasya.” Natasya tergamam mendengar luahan Kamal. Baginya Kamal sekadar rakan
saja. Tidak lebih dari itu.
“
Tapi abang…” pantas Kamal mencaras kata Natasya.
“
Lagipun Tasya… dah dua tahun berlalu. Takkan Tasya masih menantikan dia?”
Natasya memanggung kepala merenung wajah Kamal di hadapannya.
“
Maaf Abang Kamal. Tapi… Tasya tak boleh terima abang. Tasya akan tetap tunggu
Rian. Biarpun Rian bencikan Tasya. Tasya akan tetap nantikan dia. Harap abang
faham,” kata Natasya dengan lembut.
‘
Apa istimewanya budak tu? Kenapa Tasya tak pernah nampak abang?’ rintih hati
kecil Kamal.
“
Tapi Tasya… kenapa nak seksa diri Tasya? Tasya berhak bahagia.” Natasya membuang
pandang pada rumah Adrian. Seakan ternampak bayangan Adrian yang tersenyum
manis padanya. Dia hanya membiarkan airmata turun ke lekuk pipi.
“
Abang tak faham. Sekali Tasya cintakan dia selamanya cinta dalam hati ni utuh
buat dia. Tasya tahu ALLAH sedang uji kami. Tasya akan tetap tunggu dia.” Kamal
cuba menahan airmata dari jatuh ke pipi. Sakit dirasakan apabila mendengar
luahan cinta gadis kesayangannya itu.
‘
Abang akan tunggu Tasya walaupun lama mana sekali pun. Abang akan tetap tunggu.’
Rintih hati Kamal lagi.
Natasya
bungkam. Tergamam. Langsung kelu lidahnya untuk bersuara.
“
Abang akan tunggu sampai bila-bila. Abang ikhlas sayangkan Tasya. Abang
perlukan Tasya dalam hidup abang.”
“
Ja… jangan tunggu Tasya. Hati Tasya takkan pernah suka pada abang. Tasya anggap
abang sekadar seorang abang dan juga sahabat. Maafkan Tasya,” ujar Natasya
seraya tunduk menekur lantai gazebo.
Kamal
tersenyum. Biarpun hatinya tidak dapat menerima penolakan Natasya untuk
kesekian kalinya. Bukan sekali Natasya
menolak hatinya tapi sudah berkali-kali. Dia redha. Dia meraup rambut, lalu dikuakkan
ke belakang.
“
Abang akan tetap sayangkan Tasya. Biarpun Tasya milik orang. Janji dengan abang
bahawa Tasya akan bahagia. Barulah hati abang akan bahagia.” Sejurus berkata
Kamal melangkah meninggalkan Natasya di gazebo.
Terenjut-enjut
bahu Natasya menahan tangis.. Dia sedih. Sedih kerana telah melukakan hati
seorang jejaka yang sangat baik.Namun apakan dayanya kerana hatinya bukanlah
milik jejaka itu.
‘
Maafkan Tasya. Tapi… Tasya tak mampu untuk sayangkan abang. Sayang Tasya hanya
untuk Adrian. Ya! Tasya sukakan Adrian pada pandangan pertama lagi. Tasya
terlalu sayangkan dia. Tapi…’ Hati kecilnya berbicara. Serta merta dia
mengimbas kembali memori 2 tahun lepas.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*
“
Hei perempuan kau tak payah nak tunjuk baiklah. Ingat aku tak tahu kau rapat
dengan Adrian pun sebab kau nak tumpang kesenangan dia saja kan?” Natasya terpana
saat dituduh sebegitu. Raihana tersenyum sinis.
“
Saya tak faham. Apa maksud awak? Saya betul-betul sayangkan Rian,” ujar Natasya
dengan lembut.
“
Sayang? Eh! Kau ingat aku nak percaya? Kau blah la. Adrian tak sayangkan kau.
Dia hanya nak mainkan kau saja,” bohong Raihana lantas ketawa sinis.
“
Tak! Rian tak mungkin bohong. Saya percayakan dia.”
“
Kau ingat Adrian tu jujur dengan kau? Sedarlah sikit. Kau tu orang gaji je
pun.” Natasya menahan sabar. Dia hanya mempamerkan wajah tenang.
Raihana
berjalan mengelilingi Natasya. Dia tersenyum senget saat mendapat idea untuk
mengenakan Natasya.
“
Tapi kalau nak tahu…” Raihana meliar mata melihat kereta yang lalu lalang di
kawasan perumahan itu.
“
Adrian bukan anak kandung mama aku. Dia tu… anak haram. Aku rasa status kau
sebagai orang gaji dan Adrian sebagai anak haram memang sepadan,” bisik Raihana
di telinga Natasya lantas ketawa berdekah-dekah.
Natasya
merasa nafasnya tersekat di kerongkong. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang
dikatakan Raihana.
“
A… awak bohong kan?” tanya Natasya tidak percaya. Raihana ketawa sinis. Lantas
dia menunjal-nunjal kepala Natasya.
“
Buat apa aku nak bohong? Apa aku dapat kalau aku bohong kau?” sinis Raihana.
“
Saya tak… tak percaya. Awak bohong.”
Raihana
berang apabila gadis di hadapannya itu berdegil. Lantas dia menolak tubuh
Natasya. Namun Natasya tangkas mencapai tangan Raihana saat hampir dilanggar
sebuah kenderaan. Raihana hilang keseimbangan lantas hampir saja dirinya
dirempuh lori tersebut sebelum…
Gedegang!
Srettt!!
“
Rian!!” panggil Natasya seraya berlari mendapatkan Adrian yang diseret lori
sepanjang 14 km itu.
“
A… Abang Rian!!” Raihana juga bergegas mendapatkan abang yang selama ini tidak
pernah diiktirafnya.
“
Ni semua salah kau! Kau memang bawa sial tau. Jangan sentuh Adrian.” Raihana
memberikan amaran pada Natasya. Lantas menepis kasar tangan Natasya yang ingin
menyentuh abangnya.
Natasya
menggeleng kepala. Airmata mengalir deras di pipi. Hujan yang turut membasahi bumi seakan
mengerti perasaannya.
“
Rian jangan tinggalkan Tasya,” rayu Natasya seraya cuba mendekati Adrian namun
sekali lagi Raihana menepis kasar tangannya.
“
Kau pergi dari sini. Perempuan sial!” Natasya masih tidak berganjak dari sisi
Adrian. Raihana tergamam melihat abangnya yang berlumuran darah. Lantas dia
menjerit meminta bantuan.
Raihana
meraung sambil memangku abangnya. Pemandu lori tersebut segera mendapatkan
mereka lantas menawarkan diri untuk membawa Adrian ke Hospital.
Hospital
Kuala Lumpur
NATASYA
mundar mandir sedari tadi. Airmatanya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir.
Hatinya juga turut menangis. Sakit! Itulah yang dia rasakan kini.
“
Puas hati kau sekarang? Kalau jadi apa-apa pada abang Rian aku takkan maafkan
kau.” Raihana menghamburkan kemarahannya. Natasya hanya berdiri static di pintu
wad kecemasan itu.
“
Raiha, macam mana dengan abang kamu?” soal Datin Hanis yang baru saja tiba di
HKL tika itu.
“
Ma… abang ma… masih dekat dalam,” kata Raihana seraya mengis di bahu Datin
Hanis.
“
Apa yang berlaku sebenarnya ni? Cakap dengan papa.”
“
Ya, cakap dengan mama. Macam mana boleh jadi macam ni?” suara Datin Hanis
saling bertingkah dengan suara Dato Izwan.
“
Perempuan tu tolak Raiha. Ta… tapi Abang Rian sempat tarik Raiha. Dan…”
“
Dan apa?” soal Dato Izwan tidak sabar.
“
A… abang kena…”
“
Mana ahli keluarga Encik Adrian?” soal doktor yang keluar dari wad kecemasan tersebut.
“
I ayahnya. Macam mana anak i doktor?”
“
You Dato Izwan kan?” Doktor Fahri meminta kepastian.
“
Yes I am.”
“
I harap you bersabar. Apa yang I nak katakan ni mungkin akan membuatkan you
terkejut.” Doktor Fahri berjeda seketika.
“
Apa dia doktor? You jangan takut-takutkan i.” Datin Hanis pula bersuara.
Dadanya bagaikan ingin pecah menanti jawapan dari doktor di hadapannya itu.
“
Anak you… dia selamat. Cu… cuma… kami dapati dia lumpuh. Tempurung lututnya
pecah. I harap you banyak-banyak bersabar.”
Datin
Hanis menekup mulut saat berita itu menjamah telinganya. Dia terduduk di atas
kerusi. Kepalanya ditekan dengan kedua tangannya.
Doom!
Natasya
tersedar dari lamunan. Hilang sudah bayangan lalu. Dimana saat dia dituduh
sebagai pesalah. Pesalah kerana menyebabkan Adrian telah menjadi lumpuh buat
selamanya.
“
Tasya buat apa dekat sini?” tanya Datin Khalisa lantas melabuhkan punggung di
sebelah Natasya. Kadang-kadang dia hairan melihat Natasya yang sering kali
duduk di gazebo rumahnya.
Apakah
Tasya masih mengharapkan Adrian? Ya ALLAH berikanlah gadis ini kekuatan untuk
menghadapi ujiaanMU, doa Datin Khalisa dalam hati.
“
Ta… Tasya nak berhenti kerja. Tasya tak sanggup untuk hidup dalam kenangan. Ma…
maafkan Tasya ma. Tasya tak mampu lupakan Adrian,” beritahu Natasya seraya
tunduk menekur tanah. Airmatanya mengalir deras.
“
Ta… tapi kenapa tiba-tiba? Mama terlalu mendesak agar Tasya terima Kamal ke?
Tasya, perkara tu dah berlalu 2 tahun. Kenapa Tasya…”
“
Ma, please. Tasya bukan robot. Hati
Tasya bukan dibuat dari besi. Tasya terlalu cin… cintakan Rian. Mungkin dia dah
benci Tasya, tapi Tasya akan tetap tunggu dia.” Natasya mencelah bicara Datin
Khalisa. Lantas dia memanggung kepala merenung wajah majikannya.
“
I really love him. Dia adalah
segalanya buat Tasya. Kenapa? Kenapa semua ni jadi pada kami? Sedangkan Tasya
terlalu sayang dia. Tasya derita sangat sejak kehilangan Adrian.”
Terdiam
Datin Khalisa demi mendengar suara Natasya yang tenggelam timbul dek menangis
itu. Dia mengusap lembut belakang badan Natasya.
AKIM
hanya memandang pada wajah Adrian yang kian cengkung itu. Hatinya turut
tersayat saat mendengar berita kemalangan Adrian. Tambah menyayatkan hatinya
ialah, sepupunya yang dulunya aktif melakukan aktiviti lasak, kini hanya mampu
bergantung pada kerusi roda.
“
Arghh! Kenapa semua ni jadi pada aku? Kenapa? Kenapa Tasya sanggup tolak Raiha?
Dia tak tahu ke yang aku sayang adik aku?” Adrian menjerit seraya melemparkan
potret Natasya yang diletakkan di dalam bingkai gambar.
“
Ya ALLAH Rian. Jangan macam ni. Aku percaya Tasya tak salah. Sudahlah kau
bertenang ya,” pujuk Akim seraya memeluk tubuh Adrian dari terus bertindak
gans.
“
Mudah untuk kau kata tenang, sabar. Tapi terlalu sukar untuk aku menerimanya.
Kau tak rasa apa yang aku rasa. Tapi aku… aku yang menanggungnya.” Adrian
menghamburkan kemarahan terhadap Akim. Sejak kemalangan 2 tahun sikap Adrian
kian berubah. Jika dulu Adrian seorang yang cukup tenang, kini dia menjadi
seorang yang panas baran.
“
Rian, semua yang jadi ni ada hikmahnya.”
“
Hikmah? Hikmah apa? Akim, aku ada dua kaki tapi untuk apa? Kaki aku dah takde apa-apa fungsi pun. Sekarang aku
minta kau keluar Akim. Aku tak nak tengok muka kau. Keluar!” teriak Adrian lantas menolak tubuh
Akim agar keluar dari biliknya. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya.
“
Rian bawa mengucap. Istighfar banyak-banyak,” nasihat Akim. Hatinya turut
terdera melihat penderitaan yang dialami sahabat merangkap sepupunya itu.
“
Aku kata keluar! Kau pekak ke?” teriak Adrian lagi. Terenjut-enjut bahunya menahan
tangis. Sambil mengesat airmata Akim melangkah keluar dari bilik Adrian.
Jiwanya terseksa melihat Adrian yang merana itu.






Aigoo, kesian kat Kamal... kesian gak kat Adrian... tapi asal Raihana tu macam tu, dia yang tolak Natasya dulu... alih2 si Natasya lak yang dipersalahkan atas kemalangan yang menimpa Adrian.
ReplyDeleteCheese cake basi betul laa si Raihana tuu :/
raiha memang macam tu. sejak azali perangai hasad dengki huhu
ReplyDelete