ASSALAMULAIKUM, cadangnya semalam aku nak letak sambungan kisah ni. tapi seharian semalam aku pi berjalan so memang xla nak update apa2 huhu. so hari ni aku kotakan janji. meh2 baca kesinambungan kisah ni
==========
USAI
SAJA Dino menutup kalam suci Al-Quran tiba-tiba dia
mendengar suara riuh rendah di luar rumahnya. Lekas saja dia menyidaikan
sejadah di ampaian di sudut bilik. Mak Timah, Irham serta adik-adiknya sudah
terpacak di hadapan pintu utama. Mak Timah merenung sayu wajah Dino. Membuatkan
dia merasa hairan akan riak wajah si ibu.
“Kenapa
ni mak? Ada apa sampai ramai-ramai datang rumah ni?” soal Dino yang langsung
tidak tahu menahu akan keriuhan yang sedang berlaku itu.
“Ek
eleh nak berlakon pula mamat penagih ni. Ada juga aku hempuk dengan kayu ni
karang,” sinis kedengaran suara anak penghulu kampung, Shafiq.
Dino
mengerutkan wajahnya. Mak Timah memeluk erat tubuhnya. Dia semakin bingung akan
situasi yang sedang berlaku. Apatah lagi tatkala matanya menyapa senyuman sinis
yang terukir di bibir adiknya, Dizly.
‘Ya
ALLAH, dugaan apa lagi yang ENGKAU limpahkan buatku? Sungguh aku tidak
mengerti. Ya ALLAH tabahkanlah hati hamba-MU yang hina ini. Kuatkanlah hatiku.
Aku tidak mahu membuat ibuku bersedih. Tolonglah aku ya ALLAH. Berikan aku
jalan penyelesaian akan perkara yang sedang berlaku ini,’ doa Dino di dalam
hati.
“Sudahlah
Dino! Jangan kau nak pura-pura baik depan kami semua. Semua ni rancangan kau
kan? Kalau dah penagih tu selamanya akan jadi penagih juga. Tak ada istilah
insaf untuk orang macam kau ni. Dasar sampah masyarakat!” sinis Izwan salah
seorang pemuda Kampung Pening Lalat itu.
![]() |
| DINO |
“Astaghfirullahalazim,
awak cakap apa ni Izwan? Mak apa yang jadi sebenarnya ni?” tanya Dino lembut.
Namun Mak Timah hanya mampu mengongoi di bahunya.
“Angah,
adik ada apa sebenarnya ni?” tanya Dino kepada adik-adiknya pula.
“Huh!
Dah tahu lagi nak tanya. Along perkosa Sofia tadi kan? Mengaku sajalah!” herdik
Dizly dengan lantangnya.
“Dizly,
cuba cakap baik-baik sikit. Hormat sikit dengan Dino. Dia abang kamu,” nasihat
Irham yang sedari tadi berdiam diri saja.
“Ah!
Kau diamlah! Kau tu cuma orang luar saja,” tempik Dizly pada Irham. Berombak
dadanya menahan amarah. Dynas mengusap lembut dada abang keduanya itu. Cuba
meredakan api kemarahan Dizly.
Hampir
saja Dino rebah tatkala mendengar pertuduhan yang dilemparkan padanya itu.
Mujur baik Irham sempat menyambut tubuhnya.
“Saya
tak bersalah. Izwan… saya tak buat semua tu. Ini semua fitnah.” Dino cuba
menegakkan kebenaran. Izwan tersenyum sinis mendengar kata-kata Dino.
“Heh!
Sudah terang lagi bersuluh. Lagi tak mahu mengaku?” sinis Izwan lagi.
ALLAH S.W.T
berfirman maksudnya;
Berbuat fitnah
lebih besar
Dosanya daripada
membunuh.”
(Q.S Al-Baqarah:
217)
“ALLAH!
Sumpah mak. Along tak buat semua tu. Mak percayakan along bukan? Mak… janganlah
diam saja. Mak percayakan along kan?” rayu Dino agar Mak Timah tidak
terpengaruh akan fitnah yang ditaburkan padanya itu.
Irham
menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Tidak puas hatinya selagi kebenaran
belum terbongkar. Sesekali dia melihat riak yang terukir di wajah Dino. Dia
tahu pasti ini semua hanyalah helah orang kampung yang jelas-jelas tidak
menyenangi kepulangan Dino ke kampung Pening Lalat itu.
Mak
Timah merenung tepat ke dalam anak mata Dino. Cuba mencari keikhlasan pada
tutur kata anaknya. Setelah beberapa saat dia mengganggukkan kepalanya.
Ubun-ubun Dino dicium penuh kasih.
“Sudahlah
kamu semua. Kalau tak ada bukti jangan nak main tuduh saja. Mak Timah tahu dulu
Dino jahat. Dia menagih, selalu huru-harakan kampung. Tapi itu semua dulu.
Sekarang Dino dah insaf. Dia dah bertaubat.”
“Bertaubat?
Mak Timah percaya ke? Nak bukti? Sofia kau mari sini,” gamit Shafiq agar Sofia
tampil ke hadapan.
Sofia
menundukkan wajahnya. Airmata masih setia mengalir di wajahnya. Irham cuba
mencari kebenaran dengan merenung wajah Sofia. Namun yang kelihatan hanyalah
kepalsuan semata-mata. Entah mengapa hatinya sukar untuk mempercayai kata-kata
yang dilemparkan orang kampung itu. Dia pasti Dino tidak akan sesekali
melakukan perbuatan terkutuk itu.
Selama
dia mengenali Dino, tidak pernah walau sekali Dino mengambil kesempatan ke atas
mana-mana perempuan yang mendekatinya. Pernah juga salah seorang anak penghuni
pusat pemulihan cuba untuk mendekati Dino. Namun lelaki itu hanya memandang
sepi tanpa sedikitpun berminat terhadap perempuan tersebut.
“Apa
lagi? Tunjuklah buktinya,” sergah Dizly seraya menuruni tangga. Dia masih
mengekalkan wajah tidak beriaknya. Tidak mahu ‘temberangnya’ pecah.
“Ini
buktinya. Baju ni dah terkoyak. Abang Dino yang koyakkan baju ni. Abang Dino
paksa Sofia. Dia cakap kalau Sofia tak turutkan nafsunya… dia nak pukul Sofia.
Dia seret Sofia masuk ke dalam semak,” ujar Sofia cuba menyakinkan semua orang
yang berada di situ.
ALLAH S.W.T
berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya
orang-orang yang
Mendatangkan
fitnah kepada orang-orang mukmin
Laki-laki dan
perempuan,
Kemudian mereka
tidak bertaubat,
Maka bagi mereka
azab jahannam dan
bagi mereka azab
(neraka) yang sangat pedih.”
(Q.S Al-Buruj: 10)
(Q.S Al-Buruj: 10)
“Astaghfirullahalazim!
Sofia apa semua ni? Apa awak cakap ni? Saya tak bersalah. Tolonglah Sofia.
Janganlah awak taburkan fitnah pada insan yang tidak berdosa seperti saya,”
rayu Dino.
Dizly
mencapai baju di tangan Sofia. Lantas dia membalingnya tepat ke wajah abangnya.
Sungguh kasar tindakannya itu. Hingga membuatkan tangisan Mak Timah semakin
berlagu sendu. Pilu hati tuanya apabila melihat perbalahan yang tidak pernah
habis antara anak-anaknya.
“Tu
bukti dah ada. Mak masih nak percaya dengan anak kesayangan mak ni? Kalau dah
sekali terlibat dengan dadah, selamanya akan dipengaruhi oleh benda haram tu,”
sindir Dizly secara halus.
Irham
menggelengkan kepalanya. Sebak hatinya apabila mendengar kata-kata kesat yang
dilemparkan Dizly itu. Kemana hilangnya rasa hormat remaja itu terhadap
abangnya? Tidak sedarkah remaja itu bahawa abangnya tulus dan ikhlas
menyayanginya? ALLAH HUAKBAR, limpahkan Dino kesabaran yang tinggi ya ALLAH.
“Setakat sebegini saja mak tak percaya. Mak
yakin abang kamu tak bersalah. Jangan main tuduh saja angah. Bukan mak tak tahu
kamu begitu membenci abang kamu. Tak mustahil jika ini semua rancangan kamu
supaya abang kamu dihalau keluar dari kampung. Mak tak izinkan semua tu
terjadi. Cukuplah kamu membenci abang kamu. Dia tak berdosa. Mak yakin semua
ini adalah rancangan orang yang membenci abang kamu. Naluri seorang ibu
selalunya tepat,” sindir Mak Timah seraya merenung tajam wajah Sofia yang
sedang menunduk itu. Irham hanya memerhati saja tingkah Dizly. Dapat dia lihat
ketengangan pada wajah itu.
“Huh!
Dah ada bukti pun tak mahu percaya lagi? Kalau angah, baik angah bunuh je dia.
Senang hidup angah,” ujar Dizly tanda sedikit pun perasaan bersalah.
“Sebelum
kamu menuduh adalah lebih baik kamu selidik dulu apakah benar abang kamu
menodai gadis ini. Tidak baik menuduh kerana itu sudah jatuh kepada
fitnah. Fitnah merupakan satu dosa
besar. Lebih berat hukumnya dari membunuh.” Irham berjeda seketika. Kemudian
dia kembali menyambung katanya.
“ALLAH
S.W.T berfirman yang bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
berita, maka selidikilah (untuk mengetahui kebenarannya) supaya kamu tidak
menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab
kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkankanmu menyesali apa yang kamu
telah lakukan. Surah Al-Hujurat ayat 6.”
Dizly
tersenyum sinis. Dia meraup rambutnya ke belakang. Pandangan tajam diberikan
kepada Irham.
“Kau
diamlah! Tak payah nak bersyarah dekat sini. Bosan tahu tak? Nak ceramah pergi
masjid la ustaz,” sinis Dizly seraya ketawa halus. Semua yang berada di situ
turut mentertawakan Irham.
“Dizly,
tolong hormat sikit! Irham jauh berusia dari kamu,” tegur Dino seraya melangkah
menuruni anak tangga. Dia menapak mendekati Irham. Tubuh Irham dirangkul erat.
Cuba menyalurkan sedikit ketenangan ke dalam diri Irham.
“Ah!
Peduli apa aku. Tak ada rasa hormat la untuk penagih macam kau orang ni,” sinis
Dizly seraya menjeling tajam wajah Dino
“Tunggu
apa lagi Dizly? Bukti dah ada. Belasah sajalah. Biar kasi pengajaran sikit
dekat abang kau tu. Biar dia serik dan tak buat kacau dekat kampung ni lagi,” hasut
Izwan yang diam sedari tadi.
Orang
kampung yang berada di situ turut menyokong akan kata-kata Izwan. Mak Timah
sudah keresahan. Segera dia berlari anak untuk melindungi anaknya, Dino.
“Tolonglah
Izwan, Shafiq dan semua orang. Mak Timah rayu sangat-sangat. Janganlah kalian
pukul Dino secara membabi buta. Mak Timah yakin bahawa Dino tidak bersalah.
Tolonglah, jangan hukum Dino,” rayu Mak Timah. Namun sayang kerana rayuannya
hanya dipandang enteng oleh orang kampung.
“Mak
Timah ketepi. Budak penagih macam Dino ni memang harus diberi pengajaran,” ujar
Shafiq lantas menolak tubuh Mak Timah yang merangkul erat tubuh Dino itu.
Dino
hanya membiarkan tubuhnya dibelasah oleh orang kampung. Bibirnya tersenyum
biarpun tubuhnya dikasari. Izwan yang melihat senyuman yang terukir di bibir
Dino itu semakin berang. Lantas dia menghayunkan penumbuknya tepat ke bibir
Dino.
‘ALLAH,
ALLAH, ALLAH,’ seru Dino di dalam hati.
Mak
Timah meraung melihat tubuh anaknya yang semakin lemah itu. Robek hatinya
apabila melihat Dizly yang turut mengambil bahagian untuk ‘membelasah’ abangnya
itu. Mak Timah merayu agar orang kampung menghentikan perbuatan mereka. Seperti
tadi raungan Mak Timah langsung tidak didengari mereka. Malahan mereka kian
rakus membelasah Dino.
Irham
cuba membantu Dino. Pantas dia menolak orang kampung yang bagaikan dirasuk itu.
Tubuh Dino yang dibelasah teruk itu dipangkunya. Mengalir airmata lelakinya
tatkala melihat tubuh Dino yang berlumuran darah. Mak Timah bergegas
mendapatkan Dino. Airmata yang ditahan sedari tadi tumpah menuruni lekuk pipi.
“ALLAH,
anak aku. Sampai hati kau orang memukul orang yang tidak berdosa. Dan kau
Sofia. Sanggup kau memfitnah Dino? Mak Timah akan pastikan kebenaran terbongkar
suatu hari nanti. Dan saat itu Mak Timah akan pastikan kau orang semua
terutamanya kau Sofia… akan melutut memohon ampun terhadap Dino. Itu janji Mak
Timah. Mari Irham, tolong mak papah Dino masuk ke dalam rumah,” ujar Mak Timah
tegas.
DIZLY
ketawa deras bagaikan dirasuk saja. Dynas turut ketawa. Puas benar hati mereka
tatkala melihat tubuh Dino yang terkulai layu dibelasah oleh orang kampung 3
hari lepas. Langsung tidak terbit rasa kasihan di dalam diri mereka. Malahan
mereka bersuka ria di saat Dino sedang berduka dengan fitnah yang diciptakan
oleh Dizly. Dizly mengucup rakus bibir merah merekah adiknya. Dynas hanya
merelakan saja tingkah abangnya itu.
“Ehem-eheem.”
Dizly yang asyik mencumbui adiknya itu tersentak tatkala mendengar suara dehaman
itu. Pantas dia membetulkan duduknya.
“Ha,
kau Sofia. Nak apa lagi? Kan aku dah bayar duit upah dekat kau,” ujar Dizly
selamba. Tubuh Dynas dirangkul kemas ke dalam dakapannya. Tiada rasa segan silu
untuknya bermesra dengan adik kandungnya sendiri biarpun di depan khalayak
ramai. Sesekali dia mengucup lembut pipi Dynas.
“Memang
kau dah bayar. Tapi aku rasa bersalah kerana telah menganiya orang yang tidak
berdosa. Dizly, sejak kejadian tu aku rasa hidup aku tidak tenang. Aku selalu
termimpikan abang kau. Dia datang dalam mimpi aku, merayu-rayu agar aku
berterus-terang pada orang kampung.” Dizly dan Dynas ketawa mengekek mendengar
ujaran tidak masuk akal Sofia itu.
“Jangan
jadi bodohlah Sofia. Mimpi kan mainan tidur. Yang kau nak cuak sangat kenapa?
Kalau antara kita tak cakap apa-apa orang takkan tahulah,” bidas Dynas sebaik
tawanya reda.
“Kau
cakap senanglah! Yang menanggung akibatnya aku. Sedangkan aku sendiri yang rela
menyerahkan tubuh aku pada kau Dizly. Tapi aku fitnah abang kau orang, Dino.
Kau orang tak takut dosa ke? Kalau kau orang tak takut, aku takut. Aku akan
beritahu pada semua orang bahawa semua ni rancangan kita,” ujar Sofia. Dia
meraup rambutnya hingga menjadi kusut masai. Tingkahnya itu tidak ubah seperti
gelandangan saja.
“Kalau
kau nak mampus kau cubalah beritahu semua orang,” ugut Dizly seraya menarik
rambut Sofia. Sofia mengerang kesakitan.
“Sakit
Dizly, tolong lepaskan aku,” rayu Sofia.
“Jangan
sesekali kau berani pecahkan rahsia ni. Kalau tidak mati kau aku kerjakan. Kau
ingat ya Sofia… aku tak pernah takut pada sesiapa pun. Oh ya, jangan lupa kalau
ayah kau tahu anak dia ni bukan lagi anak dara sunti kau rasa apa akan jadi?
Hahaha…” Sofia menggigit bawah bibirnya. Sumpah dia tidak mahu ayahnya diserang
penyakit jantung gara-gara dirinya. Namun dia juga khuatir akan dosa memfitnah
yang senantiasa menghantuinya. Kini dia di dalam dilema. Sebelah kiri ayahnya,
di sebelah kanan pula dosanya memfitnah. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku.
PAK
CIK HASNOL merintih hiba di dalam hati. Sungguh dia tidak tega untuk terus mendengar
umpatan keji orang kampung terhadap Dino lagi. Sudah seminggu kejadian Dino
dipukul, namun terasa masih segar di ingatannya. Kasihan benar dia melihat anak
muda itu. Dia menapak perlahan mendekati Dino.
“Dino,”
seru Pak Cik Hasnol.
“Ya
pak cik. Ada apa?” tanya Dino dengan lembut.
“Kamu
baik-baik saja ke?” Dino mengerut dahi. Sedikit hairan dengan pertanyaan lelaki
yang hampir sebaya dengan ayahnya itu.
“Baik
saja pak cik,” ujar Dino.
“Kamu
jangan bohong pak cik. Pak cik lebih dulu makan garam dari kamu. Pak cik nak
tanya kamu sesuatu. Tapi pak cik harap kamu jawablah dengan jujur.”
“Apa
dia pak cik?”
Pak
Cik Hasnol mengetap bibirnya. Mendengarkan nada suara Dino yang sopan itu
membuatkan hatinya tidak tergamak pula untuk bertanya.
“Err…
tentang Sofia. Apakah benar ka… kamu…” mati terus kata-kata Pak Cik Hasnol
tatkala melihat pandangan sayu Dino.
“Pak
cik percayakah?”
“Tidak!
Cuma pak cik ingin bertanya untuk kepastian saja,” ujar Pak Cik Hasnol menahan
getar di dalam hati.
“Semua
itu fitnah. Sumpah pak cik. Dino tak buat semua tu. Memang, dulu Dino jahat.
Selalu saja mengkucar-kacirkan kampung. Namun takkan sesekali Dino meragut
kesucian seorang gadis. Dino masih tahu hukum hakam pak cik. Pak cik percayakan
Dino kan?” sendu kedengaran suara yang dilontarkan Dino.
“Ya,
pak cik percayakan kamu. Tak mengapalah. Suatu hari nanti pasti akan terbongkar
kebenarannya. ALLAH sentiasa di pihak yang benar. Kamu bersabarlah,” nasihat
Pak Cik Hasnol.
“Terima
kasih pak cik,” ucap Dino seraya menyeka airmatanya.
TENANG
HATI
Mak Timah tatkala mendengar suara merdu anaknya yang sedang membaca kalam suci
Al-Quran. Dia duduk di birai katil menanti bacaan anaknya itu hingga selesai. 15
minit menanti akhirnya Dino menyudahkan juga bacaannya. Dino menutup kalam suci
Al-Quran lantas dikucupnya penuh syahdu. Dia kaget apabila melihat wanita
kesayangannya yang sedang duduk di birai katil dengan senyuman yang terukir di
wajah.
Al-Quran
diletakkan di atas meja di sisi katil. Sejadah dilipat lantas disidaikan
diampaian. Dia membetulkan songkok yang berada di atas kepalanya. Dengan penuh
hati-hati dia menapak mendekati ibunya. Tangan tua si ibu digenggam erat.
“Bila
mak masuk dalam bilik. Tak perasan pula,” tanya Dino sebelum melabuhkan
punggung di sisi ibunya.
“Kamu
kusyuk sangat mengaji, sampai tak perasan mak masuk. Merdu sangat suara anak
mak ni. Rasa tenang saja mak dengar,” puji Mak Timah lantas mengelus lembut
pipi Dino.
“Alhamdulillah
kurniaan TUHAN. Mak masak sarapan apa hari ni? Macam sedap bau ni.”
“Mak
buat nasi lemak sambal sotong kesukaan kamu. Irham mana?” soal Mak Timah
tatkala kelibat Irham tidak kelihatan di mana-mana.
Dino
menelan liur. Sungguh dia merindui masakan ibunya itu. Nasi lemak sambal sotong
sememangnya kegemarannya. Terasa tidak sabar pula untuk menjamah masakan ibunya
itu.
“Abang
Ham ada kat kedai runcit Pak Cik Hasnol. Dia kena masuk kerja hari ni. Pak cik
bagi along cuti hari ni,” ujar Dino seraya tersengih manja.
“Kamu
kalau sengih macam tu laparlah maknanya tu. Sudah, mari kita makan,” ajak Mak
Timah sambil menarik tangan anak kesayangannya itu.
Dino
bangkit dari duduknya. Senyuman kekal terukir tatkala dapat bermanja dengan
ibunya. Pada ILLAHI dia titipkan agar diberikan kesempatan untuknya membalas
jasa ibunya itu.
DINO
MEMBANTU Mak Timah mengemas meja makan. Sesekali matanya
mengerling pada bilik adik-adiknya.
“Adik-adik
along tak ada. Mereka ke pekan. Entah buat apa tak tahu la pula mak,” ujar Mak
Timah bagaikan memahami maksud pandangan Dino. Dia membawa pinggan kotor ke
singki.
“Adik-adik
masih tak boleh nak maafkan kekhilafan along. Sebak hati ni bila dibenci oleh
darah daging sendiri mak. Along tahu along banyak dosa. Ta… tapi
sekurang-kurangnya berilah peluang buat along untuk menebus kekhilafan along.
Tidak tenang hati ini selagi adik-adik tidak memaafkan kekhilafan along,” sendu
kedengaran suara Dino. Mak Timah yang sedang membelakangi Dino sudah mengesat
airmatanya. Sebak benar hatinya tatkala mendengar luahan tulus si anak.
Dino
mendakap tubuh ibunya dari belakang. Kepalanya dilentokkan di bahu si ibu.
Airmatanya yang mengalir dibiarkan tanpa diseka.
“Sabarlah
nak… ini ujiaan buat along. Bayaran yang harus along terima atas khilaf along
yang dulu. Tak mengapalah sayang, mak kan ada. Mak sentiasa sayang anak mak
ni,” ujar Mak Timah lembut. Tubuh dikalihkan menghadap Dino. Mereka berpelukan
melepaskan sendu di hati.
Sedang
asyik mereka melepaskan kesedihan tiba-tiba kedengaran bunyi tepukan. Spontan
mereka menoleh ke arah belakang. Mak Timah mengesat airmata di pipi Dino. Dino
melemparkan senyuman terhadap adik-adiknya. Namun senyumannya mati tatkala
melihat renungan tajam Dizly. Benci benar angah padaku. Ya RABB lembutkanlah
hati adik-adikku untuk memaafkan kekhilafanku, doa Dino di dalam hati.
“Sejak
si penagih ni balik bukan main lagi kan? Mak selalu je manjakan dia. Kami ni
bukan anak mak ke? Atau kami ni anak pungut?” sindir Dizly sambil tersenyum
sinis. Dynas di sisinya sudah berpeluk tubuh.
“Astaghfirullahalazim,
apa kamu merepek ni angah? Mak tak pernah beza-bezakan anak mak. Mak sayang
semua anak-anak mak.” Dynas mencebir bibir mendengar ujaran ibunya itu.
“Sayang?
Mak sedar ke tidak? Sejak along balik ke rumah ni mak selalu je luangkan masa
dengan dia. Sampai kami pun mak abaikan.” Dynas bersuara sedikit geram.
“Mak
minta maaf kalau kamu berdua rasa mak tak sayangkan kamu. Tapi kau orang kena
faham. Mak rindukan along kau orang. Sudah lama mak tak meluangkan masa dengan
along,” sendu kedengaran suara Mak Timah. Dino memeluk erat tubuh si ibu. Cuba
menyalurkan ketenangan buat si ibu.
“Mak
ni tak pernah serik. Along dah buat macam-macam pada mak. Tapi masih juga mak
sayangkan dia? Heh! Tak fahamlah angah dengan mak ni. Sedangkan satu kampung
begitu membenci dan mencemuh along… tapi mak tetap juga percayakan along.
Macamlah along ni baik sangat. Dah memperkosa Sofia tapi tak mahu mengaku.
Kurang ajar.” Dizly menabur fitnah tanpa sedikitpun gentar akan dosa yang
dilemparkan terhadap insan yang tidak berdosa.
“Along
anak mak. Sudah pasti mak akan lebih mempercayai dia dari orang lain. Mak kenal
siapa anak mak. Dan mak yakin bahawa along takkan pernah melakukan perbuatan
terkutuk tu!” tegas Mak Timah sambil merenung tajam wajah Dizly. Hati tuanya
membara takala mendengar nada jelek yang dilontarkan anak keduanya itu.
Dino
hanya mendiamkan diri. Tidak mahu berbahas dengan adik-adiknya. Bimbang
seandainya dia bersuara, dirinya makin dibenci pula. Jauh di sudut hati dia
bermohon agar ALLAH menyabarkan hatinya
“Huh!
Aku menyampah la tengok muka kau. Kenapa kau balik ke rumah ni ha? Kalau kau
tak ada sekali pun lagi amanlah dunia aku,” jerkah Dizly tiba-tiba.
Dino
sekadar tersenyum hambar mendengar kata-kata Dizly. Bohong andainya dia
mengatakan hatinya tidak terasa apa-apa. Namun biarlah dia beralah. Demi kasih
dan uga sayangnya terhadap adik-adik. Zikir dan selawat ke atas Nabi Muhammad
tidak henti-henti bergema di dalam hati.
“Entah,
kalau tak balik pun tak apa. Buat menyemak mata saja,” sinis Dynas pula.
“Aku
ni malu tahu ada abang macam kau. Penagih, perogol esok lusa entah apa pula jenayah
kau nak buat.” Dizly bersuara meninggi. Melihatkan kediaman abangnya membuatkan
dirinya merasa geram. Apahal pula mamat ni? Dah bisu ke? Tak boleh nak bercakap
dah? Ah! Pedulilah. Yang penting hati aku puas.
“Astaghfirullahalazim,
sudah angah! Cukup-cukuplah kamu menghina along kamu. Hormat sikit. Dia ni
abang kamu. Sehina apa pun dia, dia tetap abang kamu. Ingat tu sampai
bila-bila,” suara Mak Timah naik satu oktaf.
“Sudahlah
mak. Janganlah marah-marah macam ni. Tak baik untuk kesihatan mak. Nanti darah
tinggi mak naik pula,” pujuk Dino dengan lembut.
“Mak
sakit hati dengar adik kamu menghina kamu Dino. Mak tak sanggup nak dengar.”
Dizly
tersenyum senget. Dengan selamba dia memeluk erat pinggang Dynas.
“Along
kau orang dah insaf. Janganlah lagi kau orang mengungkit kisah yang lalu. Mak
pun dah maafkan along. Jadi mak harap kau orang berdua maafkanlah along,” rayu Mak
Timah. Namun sedikitpun rayuannya itu tidak mampu menyejukkan hati yang sedang
membara itu.
“Ah!
Mak lupa ke along ni penagih dadah. Sekali dah menagih selamanya akan jadi
penagih,” suara Dizly memetir.
Tergeleng
kepala Dino apabila mendengar suara lantang Dizly itu. Dia kesal. Kesal kerana
menjadi contoh yang tidak baik terhadap adik-adiknya. Dahulu dia juga pernah
meninggikaan suara terhadap ibunya. Dan kini adiknya pula yang mengikut
jejaknya. Ya RABB ampunkanlah khilafku. Ampunkanlah juga segala dosa
adik-adikku. Jauhkanlah kami dari segala akhlak yang dimurkai-MU ya ILLAHI.
“Angah,
tak baik tinggikan suara begitu pada mak,” tegur Dino. Dizly menepuk tangannya.
“Kau
nak tegur aku? Kau rasa kau dah cukup baik ke? Apa sebelum ni kau tak pernah
tinggikan suara pada mak?” sinis Dizly. Dynas tersenyum senget mendengar
sindiran pedas Dizly itu.
“Kau
jangan lupa ya! Sebabkan kau ayah meninggal. Kau nak tegur aku. Tapi jangan
lupa aku jadi kurang ajar macam ni pun berpunca dari kau. Aku terpengaruh dari
sikap kau. Dulu kau kurang ajar dengan arwah ayah dan mak. Jadi jangan nak
salahkan aku bila aku meninggaikan suara pada mak.” Dino hanya mampu mendengar
muntahan kemarahan adiknya itu. Dia sedar bahawa dia bukanlah contoh terbaik
buat adiknya.
“Along
tahu dulu along jahil. Selalu melawan cakap mak dan ayah…” pantas Dynas
mencaras kata-kata Dino.
“Sedar
pun. Dasar penagih. Kami ni tak pernah inginkan ada abang penagih macam along
tahu? Buat malu keturunan saja,” cemuh Dynas pula.
“Betul
cakap adik tu. Kalau kami tak ada abang pun
lagi bagus. Penagih macam kau ni tak layak untuk jadi abang kami.” Mak
Timah semakin berang. Pantas dia meleraikan pelukan. Dia menapak ke arah Dizly
dan tiba-tiba…
Pang!
Satu tamparan tepat menghinggap pipi Dizly. Dynas yang berdiri di sisi abangnya
itu tergamam dengan tindakan spontan si ibu. Dino turut kaget.
Dizly
mengusap pipi yang terasa berpijar. Matanya merenung tajam waah si abang yang
amat dibencinya itu. Kemarahannya semakin meruap-ruap di dalam dada. Kebencian
semakin menular di dalam jiwa.
“Oh,
disebabkan penagih tu mak sanggup tampar anak yang selama ni jaga mak? Aku
benci kau Dino. Disebabkan kau mak dah pulaukan aku,” bentak Dizly lantas
berlalu keluar dari ruang dapur. Dynas turut mengekori langkah abang keduanya
itu.
Mak
Timah merenung tangannya yang baru saja hinggap di pipi Dizly. Dia menangis
tersedu-sedan. Maafkan mak angah. Tapi mak tak sanggup lagi mendengar kata-kata
kesat kau pada along. Walau bagaimana sekalipun along tetap anak mak. Mak
sayangkan anak-anak mak. Mak tahu along tak bersalah. Mak hanya mahu menegakkan
kebenaran saja. Desis hati kecil Mak Timah.
“Mak,
sabarlah ya. Insya-ALLAH satu hari nanti angah dan adik akan berubah. Along
minta ampun pada mak. Along banyak dosa pada mak,” ucap Dino tulus.
“Mak
dah ampunkan segala dosa along. Cuma mak terkilan. Angah dan adik terlalu keras
hati. Along jangan ambil hati dengan kata-kata angah dan adik tadi ya,” ujar
Mak Timah seraya memeluk tubuh sasa anaknya itu.
“Ya
mak. Along tak ambil hati pun. Oh, ya ni ada duit lebih sikit. Ambillah buat
belanja adik-adik. Dan yang ni mak gunalah untuk buat belanja dapur,” ujar Dino
seraya menghulurkan beberapa keping not rm100.
“Duit
apa pula ni? Duit yang along bagi pada mak bulan lepas pun belum habis lagi.
Along simpanlah duit ni. Manalah tahu nanti ada rezeki along nak kahwin kan?”
usik Mak Timah ingin menceriakan suasana.
“Erm…
siapalah yang hendakkan bekas penagih macam along ni mak. Lagipun along rasa
hayat along dah tak lama. Tak usahlah fikir soal kahwin.” Mak Timah tersentak apabila
mendengar ujaran Dino.
‘Hayat
dah tak lama? Apa maksud along?’ hatinya berdetik hairan tatkala kata-kata itu
diucapkan Dino. Ya ALLAH, panjangkanlah umur anakku. Janganlah KAU ambil
nyawanya lagi. Sungguh aku belum puas bermanja dengannya ya RABB.
SAMBIL
MENUNGGU azan subuh berkumandang, Dino mengambil keputusan
untuk mengerakan solat Tahajjud terlebih dahulu. Pantas dia bangun dari
pembaringannya. Setelah mengambil wudhu dia menghamparkan sejadah mengikut arah
kiblat.
Irham
meraba di sisinya. Jam yang tergantung di dinding dikerling sekilas. Dah pukul
5. Tapi mana pula adik pergi ni? Dia memisat-misatkan matanya. Melihatkan Dino
yang sedang bersujud di atas tikar sejadah itu membuatkan bibirnya mengukir
senyuman. Namun hatinya sudah mulai tidak senang. Apatah lagi tatkala
melihatkan Dino yang tidak bergerak itu membuatkan pelbagai andaian bermain di
mindanya.
Pantas
Irham turun dari katil. Irham menapak mendekati adik angkatnya itu. Tubuh Dino disentuh lembut. Namun dia kaget tatkala
tubuh Dino rebah ke bumi. Irham merasa denyutan nadi Dino. Airmata lelakinya
mengalir saat denyutan nadi Dino sudah terhenti. Malah tubuh itu juga sudah
mulai dingin.
“Masya-ALLAH,
begitu mudah caramu menghadap ILLAHI dik. Pergilah dik. Abang relakan
pemergianmu. Abang janji abang akan bersihkan nama adik,” ujar Irham seraya
memangku kepala Dino di atas ribaannya.
DIZLY
tersenyum sinis melihat jenazah abangnya yang dimandikan itu. Irham menahan
airmatanya dari mengalir. Hatinya pilu melihat sekujur tubuh Dino yang kaku
itu. Usai memandikan jenazah tibalah pula saat mengkafankan jenazah. Sedang Irham
dan para jemaah surau mengkafankan jenazah, tiba-tiba kedengaran suara raungan
seseorang. Jelas pada pendengaran Irham suara itu meminta ampun terhadap arwah
Dino. Pantas dia menapak mendekati suara itu.
“Ada
apa ni mak?” tanya Irham kepada ibu angkatnya, Mak Timah.
“Tak
tahulah. Dari tadi Sofia ni meracau minta ampun pada Dino. Mak sendiri pun tak
tahu puncanya,” ujar Mak Timah sambil cuba menenangkan Sofia.
Dizly
yang sedang bersandar pada tiang itu mula menegakkan tubuh. Peluh sudah merenik
di dahinya. Kalau kau pecah rahsia, aku bunuh kau Sofia. Gumamnya di dalam
hati. Dynas di sisi sudah memaut erat lengannya.
“Sayang…
macam mana kalau kita kantoi? Honey
risaulah,” bisik Dynas di telinganya. Ya! Hubungan terlarang di antara mereka
sudah mulai semakin jauh. Bahkan sudah beberapa kali Dynas menggugurkan
kandungannya. Pahala dan dosa hanya dipandang enteng oleh mereka.
“Syyhh!
Honey jangan risaulah. Kalau
perempuan tu bocorkan rahsia ni tahulah macam mana sayang nak ajar dia.” Dizly
turut berbisik di telinga si adik.
“Mak
Timah, ampunkan Sofia. Sebenarnya Dino tak bersalah. Dia tak bersalah
langsung,” ujar Sofia meracau-racau.
“Apa
maksud awak?” pantas Irham bertanya.
“Saya
yang fitnah Dino. Saya fitnah mengatakan Dino memperkosa saya. Sedangkan dia
langsung tidak berdosa. Sayalah yang berdosa. Saya yang telah berzina dengan
Dizly. Namun kerasa kasihkan Dizly, saya turutkan kehendaknya memfitnah Dino.
Ampunkanlah saya Mak Timah,” rayu Sofia tersedu-sedan.
“Astaghfirullahalazim,
tergamak kau buat macam tu Sofia. Apa salah Dino terhadap kau? Dan kamu angah…
mak tak sangka kamu seteruk ni.” Mak Timah meraung kesedihan. Sungguh dia tidak
menyangka anaknya tega untuk memfitnah abang kandungnya sendiri.
“Astaghfirullah,
selama ni kami salah sangka terhadap Dino. Ampunkanlah kami Mak Timah. Semoga
arwah mengampunkan dosa kami. Dan kau Dizly… betapa kejamnya kau. Sanggup
memfitnah abang kau sendiri. Dan disebabkan kau, kami telah menghukum orang
yang tidak berdosa. Kau adalah syaitan bertopengkan manusia!” herdik Shafiq
sekuat hati.
“Huh!
Peduli pula aku. Yang penting hati aku ni puas. Dua perkara dalam satu masa aku
dapat. Aku dapat balas dendam terhadap Dino. Disebabkan dia ayah aku meninggal.
Dan aku dapat merasa tubuh Sofia. Haha… tak sangka kau begitu mudah menyerahkan
tubuh kau pada aku. Dasar perempuan murahan!” Sofia menundukkan pandangan
mendengar kata-kata kesat yang dilemparkan Dizly. Sungguh dia merasa jijik akan
dirinya sendiri. Kerana cinta dia sanggup menyerahkan mahkota yang selama ini
dijaganya.
“Mak
tak sangka kau begitu kejam nak. Ayah kau meninggal bukan disebabkan along.
Tapi itu semua telah ditentukan TUHAN. Kenapa kau tak sudah-sudah hendak
berdendam pada abang kau?” suara Mak Timah lirih.
Irham
yang sedari tadi tergamam menapak mendekati Mak Timah. Dia cuba menenangkan
wanita itu.
“Dendam
angah pada penagih tu tak pernah padam mak. Angah benci dia sampai mati!” Dizly
bangkit dari duduknya. Pantas dia berjalan mengelilingi arwah abangnya yang
sedang dikafankan itu.
“Sebab
si penagih ni mak sanggup tampar angah. Dan disebabkan dia, angah dipulaukan,
dicemuh oleh orang-orang kampung. Tapi sekarang dia dah mampus. Angah puas hati
sangat-sangat. Haha…” ujar Dizly lantas ketawa bagaikan dirasuk.
“Astaghfirullahalazim,
mak tak sangka kau jadi sebegini nak. Mak tak pernah ajar anak-anak mak untuk
berdendam. Mak juga dicemuh, dicaci, dihina oleh orang kampung. Tapi mak sabar.
Sebab mak tahu ini semua ujiaan ALLAH. Dan sewaktu abang kau pulang ke rumah
ni… mak bahagia. Bahagia dengan perubahannya. Tapi kau orang masih juga
memusuhi abang sendiri. Dan apa yang mak sangkakan selama ni benar. Kamulah
orang yang telah menabur fitnah ke atas abang kamu. Tergamak kamu Dizly.
Sanggup kamu buat begitu terhadap Dino. Dino tak berdosa.”
Sofia
terjelepuk jatuh tatkala mendengar keluhuran hati seorang ibu. Sungguh dia
menyesal kerana telah memfitnah insan yang tidak berdosa. Kini dia menanggung
akibat diatas dosanya itu. Ayahnya telah pergi seminggu setelah peristiwa dia
memfitnah Dino. Ayahnya yang sememangnya mempunyai sakit jantung itu telah
pergi menghadap ILLAHI sebaik saja terdengar perbualannya di telefon. Dimana
waktu itu dia meminta agar Dizly bertanggungjawab di atas kandungannya. Ya! Kini
dia telah disahkan hamil hasil zinanya
bersama Dizly. Ya ALLAH begitu banyak khilafku ini. Apakah masih punya
kesempatan buatku untuk bertaubat?
“Angah
buat macam tu sebab along dah tahu rahsia angah.”
“Rahsia
apa?” soal Mak Timah dan Irham serentak. Sofia mendongakkan kepala sebaik saja
mendengar kata-kata Dizly.
“Rahsia
yang angah dan Dynas sedang berkasih. Along tahu bahawa kami pernah berzina.
Sebab itulah angah buat macam tu. Angah nak dia berhambus dari kampung ni. Tapi
dia tetap juga degil. Huh! Menyusahkan. Tapi sekarang dia dah mampus. Puas hati
angah ni. Angah boleh buat apa saja yang angah suka,” ujar Dizly tanpa segan
silu.
Orang
kampung yang mendengar sudah mula berkata sesama sendiri. Ada yang
menggelengkan kepala, ada juga yang menangis melihat drama sebabak itu. Irham
terus memeluk tubuh Mak Timah. Dia tahu wanita itu pasti kaget mendengar
kata-kata anaknya itu.
“Kamu
dah gila ke? Dynas adik kamu Dizly!” memetir suara Mak Timah memarahi si anak.
“Peduli
apa? Ini hidup angah. Suka hati angahlah. Kalau mak tak suka dengan perhubungan
kami, kami akan keluar dari rumah ni!” Dizly turut meninggikan suara.
“Astaghfirullah,
tak baik kamu bercakap macam tu. Ingat sikit. Di hadapan kamu ni seorang ibu
yang melahirkan kamu,” nasihat Irham.
“Kau
diam pak ustaz! Honey, kemas kain
baju sekarang. Kita berhambus dari rumah ni,” arah Dizly tegas. Melopong mulut
Mak Timah mendengar panggilan Dizly terhadap anak perempuannya itu.
“Baiklah,
kalau itu yang kamu mahu. Tapi ingat, selangkah kamu keluar dari rumah ni mak
tak halalkan susu yang kau berdua minum,” ujar Mak Timah sebak. Dia hanya mampu
memandang kelibat anak-anaknya hingga hilang dari pandangan. Kini dia bukan
sahaja kehilangan anak sulungnya, namun dia kehilangan ketiga-tiga anaknya
sekali gus. Ya ILLAHI, kuatkanlah hatiku.
Streeet!
Gedegang! Pantas Mak Timah berlari keluar dari rumah tatkala mendengar bunyi
dentuman yang agak kuat itu. Saat dia sudah hampir dengan tempat kejadian dia
mulai rebah. Hiba hatinya apabila melihat tubuh anak-anaknya yang berlumuran
darah itu. Pantas dia cuba menghayun langkah mendekati Dizly. Mulut anaknya itu
terkumat-kamit seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia mendekatkan telinganya ke
mulut Dizly.
“Ma…mak…
am… ampunkan dosa angah. Hal… halalkan susu yang angah minum,” ujar Dizly
dengan susah payah.
“Mak
ampunkan nak. Pergilah kau dengan aman.” Mak Timah yang seakan mengerti itu
merelakan pemergian anaknya. Dynas uga sudah mula menghembuskan nafasnya yang
terakhir tanpa sempat meminta ampun terhadap si ibu.
Pergilah
anak-anakku. Mak ampunkan dosa kalian. Semoga bertemu di pintu Syurga. Insya-ALLAH.
IRHAM,
MAK TIMAH SERTA SOFIA masih setia di pusara Dino. Sudah
kering airmata Sofia menangisi nasib dirinya. Kerana terlalu mencintai Dizly
dia sanggup melakukan kesalahan yang pastinya perit azab yang bakal
ditanggungnya di akhirat kelak.
“Maafkan
Sofia. Sofia berdosa pada awak. Ampunkanlah Sofia. Seandainya Sofia tidak
turutkan kata hati, pasti semua ini tidak terjadi.” Sofia terus-terusan meminta
ampun. Namun sayang seribu kali sayang, kerana Dino tidak dapat mendengarinya.
“Sayangku
Dino, pergilah dengan tenang. Mak redakan pemergianmu nak.”
“Adik,
belum puas abang bermanja dengan adik. Tapi kini adik telah kembali dijemput
ILLAHI. Tenanglah dikau disana dik. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atasmu.
Kami balik dulu. Kami ingin pergi melawat kubur adik-adik pula,” ujar Irham menahan
sebak. Usai Irham berkata, mereka bertiga melangkah menuju ke pusara Dizly dan
juga Dynas. Pusara Dynas hanya bersebelahan dengan pusara Dizly. Manakala
pusara Dino bersebelahan dengan pusara ayahnya.
“Angah,
adik… mak masih tidak mengerti mengapa kalian tergamak melakukan dosa besar
sebegitu? Mengapa? Apa tidak cukupkah didikan agama yang mak berikan? Sehingga
kalian sanggup berzina? Hanya ALLAH sajalah yang mengerti perasaan mak saat
angah mengatakan bahawa kalian sedang berkasih. Luluh hati mak nak. Mak harap
agar ALLAH mengampunkan dosa kalian. Damailah kalian disana. Semoga kita semua
bertemu lagi,” ujar Mak Timah sambil menyeka airmatanya.
Setahun
kemudian…
MAK
TIMAH tersenyum pada Irham. Setelah pemergian
anak-anaknya hanya Irhamlah tempatnya bermanja.
Dan kini lelaki itu bakal menamatkan zaman bujangnya. Mulanya dia
terkejut juga saat diberitahu bahawa lelaki itu ingin berkahwin. Namun tidak
lama kemudian dia tersenyum. Lagi pula dia kenal wanita yang bakal menjadi
menantu angkatnya itu. Sumayyah, adik kepada Shafiq anak penghulu kampung itu.
Dek kerana pekertinya yang sopanlah dia setuju untuk memberikan restunya.
“Semoga
kamu berbahagia nak,” ucap Mak Timah sebaik Irham melabuhkan punggung di
sisinya.
“Terima
kasih mak. Terima kasih kerana merestui hubungan Ham dan Su.”
“Mak
restu kerana dia baik budaknya. Kalaulah Dino masih ada…”
“Mak,
sudahlah tu mak. Ham kan ada. Ham janji akan aga mak sampai bila-bila kerana
itu adalah amanah terakhir Dino,” ujar Irham lembut.
“Terima
kasih sudi menjadi anak mak. Syukur kerana ALLAH telah mengurniakan mak anak
yang baik seperti kalian.”
“Terima
kasih juga sudi menerima Irham dalam hidup mak. Oh ya, Sofia apa khabar mak?”
soal Irham mengalih topik.
“Alhamdulillah,
dia sekarang dah banyak berubah. Mak tengok dia dah mula mendekatkan diri
dengan ALLAH. Syukurlah dia dah mula hendak berubah.”
Irham
mengangguk kepala setuju. Dino, alangkah bahagianya saat kamu ada di sisi
abang. Abang ingin sekali dik, kamu ada pada ketika abang diijab kabulkan. Ya
ALLAH, cucurilah rahmat-MU ke atas arwah Dino.
Mak
Timah mengucap syukur. Jika dahulu, kemana saja dia melangkah pasti akan
dicemuh. Namun kini tidak lagi. Malahan orang-orang yang sering mencemuhnya
kini tampil untuk memohon maaf.
Syukurlah pada-MU ya ILLAHI. Ya RABB, tempatkanlah arwah suami, dan juga
arwah anak-anakku di tempat orang yang beriman.
Dino…
mak belum puas bermanja denganmu nak. Namun apakan daya mak. ALLAH lebih
menyayangimu. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atasmu sayang. Mak akan
sayangkan Dino sampai huujng nyawa mak.
Dizly, Dynas… mak juga sayangkan kamu berdua. Mak ampunkan segala kekhilafan
kalian. Sampai bila-bila pun mak akan terus berdoa agar dosa kamu berdua
diampunkan. Mak reda anak-anak pergi meninggalkan mak. Semoga ALLAH melindungi
kalian dari siksaan kubur. Ya RABB… sesungguhnya hanya pada-MU aku bersujud,
hanya pada-MU tempat aku bergantung harap. Rahmatilah, cucurilah rahmat-MU ke
atas insan-insan kesayanganku ini. Aamiin, doa Mak Timah di dalam hati.
INGATLAH!
JANGAN JADIKAN DADAH SEBAGAI TEMAN HIDUP
KERANA
DADAH MEMBAWA PADAH.
KERANA
DADAH JUGA MEMBINASAKAN HIDUP KITA…
P/S=
SEMOGA APA YANG DITULIS INI MENJADI
IKTIBAR
BUAT KITA SEMUA. MAAF ANDAINYA APA YANG
TERTULIS
DI SINI KURANG MENEPATI CITARASA ANDA.
YANG
BAIK DATANG DARI ALLAH, YANG BURUK DATANG DARI SAYA.
AMPUN
DAN MAAF DIPINTA DI ATAS KEKURANGAN CERITA
YANG
CUBA SAYA SAMPAIKAN.
~SEKIAN~

