NATASYA
termenung di anjung rumahnya. Masih tergiang peristiwa dua tahun lalu. Dimana
sebelum kejadian yang menyebabkan Adrian semakin menjauh darinya. Dia menangis
teresak-esak mengenangkan peristiwa itu. Biarpun sudah dua tahun berlalu namun
masih segar di ingatannya seperti baru semalam peristiwa itu berlaku.
“Pa,
papa… Adrian pa. I dah cari dia dalam bilik. Di bilik bacaan, bilik muzik.
Tapi… dia tak ada pa,” adu Datin Hanis pada suaminya.
“You
ni biar betul? Lagi satu jam je Rian akan bernikah dengan Tasya. Tak
mungkinlah. You dah cari cuba cari di studio?”
“I
dah call Akim. Tapi dia kata Rian tak ada datang studio dah beberapa hari. I
ta… takut dia tinggalkan kita,” ujar Datin Hanis. Suaranya jelas bergetar.
Perasaan takut kehilangan semakin mencengkam sanubari.
Sedang
dua hati tua itu kerisauan, mereka disapa Raihana. Wajahnya pucat lesi.
“Kamu
kenapa ni Raiha? Pucat saje muka kamu.”
“Ma…
pa. Abang Rian tinggalkan surat ni untuk kita. Dan yang ni pula untuk Tasya.”
Raihana mengunjukkan surat yang diambil dari atas katilnya.
Menggeletar
tubuh Datin Hanis membayangkan kehilangan Adrian. Dia jatuh lalu rebah di atas
lantai. Nasibnya baik kerana Dato Izwan sempat merangkul tubuhnya. Dengan
tangan yang menggigil Dato Izwan gagahkan diri untuk membaca tulisan tangan
Adrian.
Papa, Mama, Raihana
Pertama sekali Rian nak minta
ampun, minta maaf. Tapi… pemergian Rian bersebab. Rian tak sanggup nak teruskan
perkahwinan ini. Rian sudahlah cacat, Rian takut tak mampu untuk galas
tanggungjawab sebagai seorang suami pada Tasya. Rian malu nak berdepan dengan
papa dan mama. Rian bukanlah anak kalian. Rian lahir dari benih yang tak sah
taraf.
Pa…
Jujur Rian kata Rian sayangkan
papa. Tapi… status diri Rian membuatkan Rian benar-benar jijik untuk terus
berada di samping papa.
Ma…
Didiklah Raiha dengan sebaik-baiknya.
Janganlah izinkan Raiha untuk bebas bergaul dengan siapa pun. Tanggungjawab
menjaga Raiha terletak pada bahu mama dan papa. Jika baik didikannya maka
baiklah akhlaknya.
Raiha…
Abang sayangkan Raiha. Biarpun kita
bukan adik beradik kandung, namun abang akan tetap sayangkan Raiha. Abang tak
mahu Raiha mencemari diri Raiha sebagaimana yang terjadi pada ibu kandung
abang. Raiha jaga diri baik-baik. Abang sayangkan Raiha. Tolong sampaikan
ucapan maaf abang buat Tasya. Abang tak sepatutnya berjanji untuk menikahinya
setelah abang mengetahui status diri abang. Sesungguhnya abang cintakan Tasya,
namun antara kami ada tembok yang memisahkan.
Salam sayang, penuh kasih
ADRIAN
Datin
Hanis meraung apabila suaminya selesai membaca luahan hati Adrian. Dia
menggeleng kepala berkali-kali. Dato Izwan memicit pelipisnya. Raihana terkedu
saat mendengar ucapan sayang Adrian. Bagaikan terbayang wajah dan senyuman
manis abang yang selama ini dibencinya. Dia menghayun langkah gontai untuk
memberi sepucuk surat untuk Natasya.
“Surat
apa ni Raiha?” soal Natasya dengan lembut.
“Kau
bacalah. Dan lagi satu… Rian minta maaf. Dia tak dapat nak teruskan perkahwinan
ni.”
Doom!
Bagaikan petir sabung menyabung. Wajahnya yang ceria telah bertukar keruh. Dia
menggeleng tidak percaya. Pantas dia menyambut surat yang dihulurkan Raihana.
Dia membaca surat itu dengan perasaan sebak. Airmata yang membasahi pipi juga
tidak dipedulikan.
Tasya…
Rian minta maaf, tapi Rian tak
mampu nak teruskan perkahwinan ni. Maafkan Rian. Rian bersalah kerana berjanji
untuk menikahi Tasya. Rian tak layak buat Tasya. Terimalah Kamal. Rian yakin
bahawa Kamal yang terbaik untuk Tasya. Izinkan Rian pergi dari hidup Tasya…
jaga diri baik-baik. Lupakan saja lelaki yang tak guna ni. Rian tak layak
bersama dengan Tasya. Ampunkan Rian.
Natasya
menangis teresak-esak. Raihana tersenyum sinis memandang Natasya. Puas hatinya
melihat wajah Natasya yang keruh itu.
“Kau
ingat kau menangis macam ni Adrian nak balik pada kau? Memang taklah.”
“Kenapa?
Kenapa tiba-tiba Rian berubah fikiran?” soal Natasya lirih.
Natasya
tersentak dari lamunan saat mendengar guruh sabung menyabung di langit. Dia
terus-terusan menangis saat mengingati kata-kata kesat Raihana.
“Rian…
kenapa awak tinggalkan saya? Saya tak kisah apa saja status diri awak. Yang
penting… a… awak selalu ada un… untuk saya,” luah Natasya seraya menyeka
airmata dengan telapak tangannya.
“Saya
sayangkan awak, bukannya Kamal. Saya ikhlas sayangkan awak. Awak berbeza dari
lelaki yang saya kenal sebelum ni. Saya cin… cintakan awak,” sambungnya lagi.
Suaranya jelas bergetar.
Pantai
Merdeka, Kedah
NATASYA
berjalan menghirup udara segar. Kini genap sudah 4 tahun perpisahannya dengan
Adrian, lelaki yang sangat dicintainya. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Namun
usaha untuk menjejaki lelaki itu selama 4 tahun hanyalah sia-sia.
“Rian…
mana awak pergi Rian? Saya rindukan awak,” ujar Natasya lalu duduk di tembok
yang terdapat di situ. Hatinya sedikit tenang melihat keindahan ciptaan ALLAH
S.W.T.
Sedang
Natasya melayan perasaan tiba-tiba telinga mendengar bunyi petikan gitar. Dia
bangun dari duduknya. Matanya melilau mencari arah bunyi gitar itu. Saat
matanya tertancap pada jejaka yang membelakanginya itu dia menghentikan
langkahnya. Dia mengamati bunyi petikan gitar yang syahdu itu.
‘Siapa
jejaka ni ya?’ hati Natasya bertanya sendirian.
Ku sangka hidupku,
Selamanya kelam…
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya
cinta…
‘Suara
ni! Ya! Aku kenal suara ni. Biarpun dah empat tahun berlalu. Tapi aku masih
kenal empunya suara ni. Ya ALLAH apakah benar? Adakah Adrian yang sedang
membelakangiku ini ya ALLAH?’ detik hati kecil Natasya.
Memaksa diriku
Menapaki jalan…
Kaulah yang tak pernah ku mahu
dalam hatiku…
Dan engkaupun hadir…
Memberi cahaya…
Membangunkanku dari suramnya mimpi
ngeri…
Meruntun hatiku,
Ke peluk asmara
Seakan ku hidup kembali dari
matiku…
Engkaulah cinta…
Yang selama ini aku cari…
Ku relakan jiwa tuk menjadi
penghuni dalam sangkar hatimu…
Kerna engkaulah nadi yang
menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi
hatiku…
‘Ya
ALLAH, aku yakin. Ini suara Adrian. Ya ALLAH apa yang seharusnya aku lakukan?’
Natasya terus bermonolog di dalam hati.
Seandainya waktu
Tak pernah bertemukan
Aku dengan dirimu
Akan ku biarkan mati hatiku
pada-NYA…
Hingga kau datang membangunkan aku…
Natasya
menekup mulut. Sungguh dia tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya kini.
Jejaka itu juga terpaku melihat wajahnya. Tambah mengejutkan lelaki itu sudah
boleh berdiri seperti biasa, walaupun masih menggunakan tongkat.
“Rian,”
seru Natasya perlahan. Cukup perlahan.
“Ta…
Tasya.” Adrian jelas terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia menelan liur yang
terasa pahit.
“Awak
masih cantik Tasya,” puji Adrian sambil melabuhkan duduk di tembok. Natasya
turut melabuhkan punggung di sisi Adrian. Hanya ALLAH yang tahu betapa dia
merindui jejaka itu. Jika diikutkan hati mahu saja dia memeluk tubuh itu, namun
memikirkan antara mereka tiada hubungan sah, maka dipendamkan hasratnya itu.
Lagi pula, dia harus menjaga maruahnya sebagai seorang isteri.
“Terima
kasih. Tapi… saya tak layak terima pujian tu. Kenapa Rian? Kenapa awak sanggup
tinggalkan saya di hari pernikahan kita? Apa salah saya pada awak?” tanya
Natasya sambil menundukkan wajah. Dia menangis hiba.
“Maafkan
saya.” Hanya itu yang mampu Adrian ucapkan.
“Awak
dah boleh jalan? Bukan doktor kata awak akan err… lumpuh ke?” soal Natasya
teragak-agak.
“Ya,
memang doktor sahkan saya lumpuh Tapi kita sebagai manusia tak dapat menyangkal
kuasa ALLAH. Setelah menjalani komeoterapi, Rian dah boleh jalan. Walaupun
masih menggunakan tongkat.”
Natasya
menoleh sekilas pada Adrian. Sungguh, hatinya merindui lelaki itu. Namun dia
tahu bahawa dia bukan saja tidak boleh hidup bersama Adrian, malah dia juga
tidak boleh menyimpan perasaan cintanya pada jejaka itu lagi.
“Ma…
macam mana kehidupan awak sekarang Tasya?” Pantas Natasya menoleh saat
mendengar soalan dari Adrian. Hatinya merasa sakit mendengarkan soalan itu.
“Kenapa
awak nak tahu? Awak tinggalkan saya selama 4 tahun. Pernah tak awak fikir
bagaimana kehidupan saya setelah kehilangan awak? Pernah tak awak fikir Rian?” Mendatar saja suara Natasya.
“Saya
minta maaf. Bukan saya tak sayangkan awak. Tapi…”
“Tapi
apa? Kenapa Rian? Selama ni saya ikhlas sayangkan awak. Tapi awak tak pernah
sedar kan? Sebab tu awak tinggalkan saya di hari pernikahan kita,” sinis
Natasya. Entah mengapa hatinya merasa sakit setiap kali mengingati peristiwa
itu.
“Sa…
saya tak layak untuk insan sebaik awak.”
“Siapa
awak untuk menentukan siapa yang layak atau tidak untuk saya? Siapa awak Rian?
Awak bukan ALLAH untuk menentukan takdir hidup saya. Hati saya, cuma saya yang
berhak untuk menentukannya. Saya sayangkan awak tanpa batasan. Saya tak kisah
pun asal usul awak. Tapi… awak tak pernah bagi peluang untuk saya membuktikan
sayang saya. Saya kecewa dengan awak Rian. Saya kecewa!” marah Natasya. Dia
bingkas bangkit. Hatinya merusuh pilu melihat wajah suram Adrian.
“Awak
tak kisah? Walaupun darah yang mengalir dalam badan saya ni darah perogol? Awak
tak kisah? Saya tak sesuci awak. Awak lahir dengan cara yang halal. Tapi saya?
Saya lahir dari rahim wanita yang tak pernah menginginkan saya lahir ke dunia
ni. Saya jijik dengan diri saya. Mungkin awak tak kisah. Tapi… bagaimana pula
dengan keluarga awak? Mereka akan pandang serong pada saya Tasya.”
Natasya
terpempan mendengar luahan hati Adrian itu. Dia merenung sayu wajah Adrian.
“Saya
sayangkan awak Rian. Selama awak menghilangkan diri saya tak mampu untuk
berdiri sendiri. Saya terlalu sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi…”
Natasya berjeda seketika. Dia merasa tidak sanggup untuk meneruskan ayatnya
itu. Bimbang akan menyakiti hati Adrian dan juga hatinya sendiri.
“Tapi
apa?” soal Adrian tidak sabar.
“Saya
kini milik orang. Saya dah berkahwin. Selama awak menghilang, saya lemah. Tak
bermaya. Dan selama itu jugalah Kamal sentiasa ada di sisi saya. Maafkan saya
kerana memungkiri janji. Saya bukannya tak setia pada awak. Tapi… saya simpati
pada Kamal. Memang, mulanya sukar untuk saya menerimanya. Namun setelah saya
bermimpi tentang awak, saya ambil keputusan untuk menerima Kamal. Dalam mimpi
tu awak kata pada saya, terimalah insan yang mencintai saya seikhlas hati. Saya
akui Kamal sangat baik. Dan saya cin… cintakan dia. Maafkan saya Rian.”
Adrian
tersenyum mendengar ujaran Natasya. Wajahnya tampak tenang sahaja.
“Tasya…
tak perlulah awak minta maaf pada saya. Awak memang layak untuk bahagia. Cuma…
kebahagiaan awak bukanlah bersama saya,” ucap Adrian dengan tenang. Natasya
memanggung kepala melihat keihklasan Adrian. Adrian tersenyum sambil
mengganggukkan kepalanya.
“Terima
kasih Rian. Saya akan sentiasa mengingati awak. Saya akan mencintai awak
selamanya.”
“Cinta
awak hanya layak buat Kamal. Saya minta maaf kerana menyalahkan awak. Saya dah
tahu perkara sebenar. Raiha beritahu saya… dia yang sakitkan hati awak. Dia
juga menolak awak hingga awak hampir dilanggar lori. Saya minta maaf atas
segalanya. Saya pergi dulu Tasya. Jagalah suami awak dengan sebaik-baiknya.”
Natasya
merasa sedih akan perpisahan ini. Namun dalam masa yang sama dia lega kerana
fitnah Raihana terhadapnya sudah pun terbongkar.
KAMAL
yang melihat perpisahan itu mengesat airmatanya. Dia menarik nafas lega kerana
akhirnya Natasya dapat mendengar alasan Adrian meninggalkannya. Pantas dia
mendekati Natasya. Dia menarik tubuh Natasya ke pelukkannya. Natasya
menyembamkan wajah ke dada bidang Kamal.
“Menangislah
sayang, lepaskan segala yang terbuku dihati,” pujuk Kamal dengan lembut.
“Terima
kasih sebab faham situasi Tasya. Tasya sayangkan abang.”
Kamal
meloret senyum mendengar bicara lembut isterinya. Dia menarik nafas lega
apabila mendengar kata keramat itu.
“Abang
bersyukur sangat. Dah lama abang tunggu kata keramat tu dari bibir sayang. Baru
sekarang abang dapat dengar. Terima kasih sayang kerana sudi menerima abang.”
Natasya
merasa terharu mendengar bicara lembut suaminya. Benar, selama mereka
mendirikan rumah tangga tidak pernah walau sekali dia mengungkapkan kata
‘sayang’ itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat
penyabar seperti Kamal.
“Sepatutnya
Tasya yang ucapkan terima kasih. Abang dah banyak berkorban untuk Tasya selama
ni. Abang bantu Tasya untuk mencari Rian. Abang juga bersabar dengan segala
kerenah Tasya. Walaupun selama ni Tasya tak pernah layan abang dengan
sebaik-baiknya. Maafkan Tasya bang,” pinta Natasya lantas menangis di bahu
Kamal.
“Abang
bertuah kerana memiliki sayang. Abang tak pernah marahkan sayang. Abang terlalu
cintakan sayang.”
“Moga
jodoh kita berkekalan,” doa Natasya telus ikhlas.
“Aaamiin,
insya-ALLAH sayang.”
Adrian
yang melihat pasangan romantik itu mengesat airmatanya. Dia tersenyum dalam
tangis.
“Moga
awak bahagia Tasya. Maafkan saya. Saya tak mampu jadi yang terbaik buat awak.
Saya sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tapi… saya tak layak untuk berganding
dengan awak. Saya rasa jijik dengan diri saya sendiri. Selamat tinggal Tasya.
Ya ALLAH panjangkanlah jodoh Natasya dan Kamal. Semoga bahagia itu tetap milik
mereka,” usai berdoa Adrian memetik gitar mengikut rentak lagu Alasan Untuk
Bahagia nyanyian Asfan.
Alasan Untuk Bahagia
Seperti mentari kan hilang,
Mengikut jejakku,
Menghapus bayangmu…
Terus aku membawa cinta…
Jauh dariku…
Jauh darimu…
Dan tidak bisa ku mengerti,
Semua terjadi…
Harus begini…
Kini yang tinggal hanya sisa-sisa
kisah
Yang terindah…
Dan hitam tiba membawa derita…
Adrian
hanya membiarkan airmata membasahi pipinya. Jiwanya terseksa. Hatinya merintih
memanggil nama Natasya.
Sejujurnya masih ada
Rasa cinta yang tak akan
Putus kerna alasanmu untukku
bahagia…
Seharusnya kau sadari
Separuh jiwa akan mati…
Yang tinggal hanya alasan tuk
bahagia…
“Tasya…
sesungguhnya Rian terlalu cintakan Tasya. Tapi… kerana status Rian, membuatkan
Rian jijik untuk berdiri seiring dengan Tasya,” luah Adrian seraya berlalu
meninggalkan Pantai Merdeka.