Sunday, May 11, 2014

LUAHAN HATI ZAFRAN















HATI INI SERING BERTANYA
SIAPAKAH YANG AKU CINTA?
JAWAPANNYA HANYA PUTRI ERINA BATRISYA YANG AKU CINTA.
SEDARI DULU LAGI... HANYA DIA
YANG BERTAKHTA DI HATIKU.
TAPI SAYANGNYA...
AKU TAK MAMPU UNTUK MELUAHKAN SEGALA
RASA.....
KERANA TAKUT DIA AKAN MENJAUH DARI DEK KERANA JANJI YANG TERPATRI ANTARA KAMI.




~  nukilan azpeb~

Saturday, May 3, 2014

TEASER DDH AND AUB




assalamualaikum NN dah lama xletak n3 kat sini kan? heee meh la baca







KAMPUNG TANJUNG LUMPUR

Langkahku terhenti sebaik sahaja melihat rumah papan yang berbumbungkan atap itu. Aku menyorot mata melihat atap yang sudah bocor serata tempat. Dengan berlubang sana sininya lagi. Aku menekup mulut apabila mataku menyorot pada sekumpulan anai-anai yang sedang memakan kayu yang sudah reput itu. Masya-ALLAH… bagaimana mereka boleh duduk dalam keadaan yang seperti ini? Serta merta aku merasa sebak melihat kedaifan keluarga Mirza. Betapa aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang lengkap segalanya.

‘ Ya ALLAH KAU berikanlah kekuatan dan ketabahan buat Mirza serta ibunya. Lindungilah mereka dari bahaya serta bencana alam ya ALLAH.’ Doaku dalam hati.

“ Inilah pondok buruk kami. Jemput masuk Mia,” pelawa Mak Cik Mariam. Aku mengesat airmata yang bergenang di pipi.

“ Mia, harap awak sudilah masuk ke rumah kami. Rumah buruk je,” kata Mirza merendah diri.

“ Mia sudi je. Terima kasih, sudi terima Mia sebagai tetamu.”

“ Kasih diterima,” pantas Mirza membalas. Aku turut tersenyum apabila melihat senyum yang terukir di bibirnya.

“ Err… mak cik. Boleh Mia tanya sesuatu?” soalku berhati-hati. Sebenarnya aku gugup apabila mata tua Mak Cik Mariam tidak lepas memandang kelakuanku.

“ Tanya apa Mia?” Aku menarik nafas panjang lantas aku hembus perlahan-lahan.

“ Err… ini rumah pusaka arwah suami mak cik ke?” Aku mengambil kesempatan ini untuk mentafsir riak yang terpamer di wajah Mak Cik Mariam. Terluka, sedih, kerinduan. Itulah yang mencerminkan perasaan Mak Cik Mariam kini.

“ Ya nak. Ini satu-satunya harta pusaka kami,” ujar Mak Cik Mariam. Lantas dia berjeda seketika. Aku melihat airmatanya yang bergenang. Aku mengetap bibir.  Terasa bersalah pula kerana bertanya soalan yang agak sensitif.

“ Maafkan Mia. Kalau mak cik tak mahu cerita tak mengapa. Mia faham,” ujarku dengan perlahan.

Takpe Mia. Mak cik hanya akan bercerita pada orang yang benar-benar mak cik percaya. Mak cik nak bercerita pada Mia ni bermakna mak cik percayakan kamulah,” ujar Mak Cik Mariam dengan tegas. Aku hanya diam menantikan butir bicara seterusnya.

“ Se… sebenarnya mak cik ni anak orang kaya. Tapi… sejak mak cik ambil keputusan untuk berkahwin dengan ayah Mirza, keluarga mak cik buang mak cik. Arwah pak cik bukanlah orang yang berharta. Dia hanyalah seorang nelayan saja.” Aku menekup mulut. Ya ALLAH mengapa masih ada orang yang memandang rendah pada orang lain? Sadis sekali kisah hidup Mak Cik Mariam. Pasti dia menderita selama ini. Spontan aku menyorot mata pada Mirza. Demi melihat airmatanya itu membuatkan aku turut merasa sebak. Lantas tidak semena-mena airmataku juga turut membasahi pipi.

 “ Tapi disebabkan cinta mak cik sanggup dibuang keluarga. Pak cik seorang lelaki yang baik. Dia sangat menjaga solatnya. Dia ketua keluarga yang baik. Dia ayah yang baik. Tapi sayang. Jodoh kami tak panjang. Pak cik  meninggal sewaktu dia mencari rezeki. Dia… dia mati lemas. Demi selamatkan kawan dia, dia sanggup. Biarpun dia tahu laut sedang bergelora tika itu. Mak cik redo dengan suratan takdirNYA,” beritahu Mak Cik Mariam. Airmata yang ditahan sedari tadi akhirnya gugur jua.  Lekas aku menghampiri Mak Cik Mariam lantas aku rangkul tubuh itu ke dakapanku.

“ Mak cik sabar ya. Mia tak berniat nak buat mak cik sedih,” pujukku sambil menggenggam erat tangannya.

“ Sampai sekarang keluarga mak cik masih tak terima mak cik. Mak cik tak kisah kalau mereka mahu berdendam dengan mak cik. Tapi mak cik merayu agar mereka jangan benci Mirza.” Sendu hatiku mendengar luahan hati Mak Cik Mariam. Biarpun baru saja beberapa hari aku mengenali mereka namun aku seperti sudah lama mengenali peribadi Mirza dan juga ibunya.

“ Semua yang jadi ada hikmahnya. Mak cik bersabarlah. ALLAH sedang menguji mak cik. Mia tahu mak cik seorang yang tabah. Pasti mak cik boleh melalui ujian dariNYA. Cuma sekarang… mak cik perlu bersabar saja,” nasihatku dengan telus.

“ Kamu duduk dulu ya. Mak cik nak ke dapur sekejap,” mendatar saja nada suara Mak Cik Mariam. Belum pun sempat aku melarang, Mak Cik Mariam sudah hilang dari pandangan.

“ Mirza bukan orang kaya. Pasti Mia terkejut kan tengok keadaan rumah Mirza? Mirza rasa segan untuk terus berkawan dengan Mia,” ujar Mirza dengan tiba-tiba. Suaranya kedengaran bergetar.

“ Mia tak pernah peduli soal tu. Mia ikhlas terima Mirza. Sekali Mia terima Mirza, bermakna takkan ada jurang antara kita. Dan tolong… jangan lagi sebut soal kaya atau sebaliknya. Yang kaya bukannya Mia. Tapi mama serta papa. Lagipun harta, pangkat segalanya tak boleh kita bawa bersama ke dalam kubur. Yang boleh di bawa hanya amalan semasa kita di dunia,” ujarku tegas dan mendalam.

“ Jangan menyesal bersahabat dengan Mirza ya. Lagipun… Mir… Mirza dah mula sayangkan Mia.” Terhenti seketika jantungku saat mendengar ayatnya yang terakhir. Sayang? Mirza sayangkan aku? Yess! Bahagianya rasa hati. Heeee…

“ Ha Mia, Mirza. Jemput minum sayang. Maaflah air bujang je,” seloroh Mak Cik Mariam seraya tersenyum mempamerkan giginya yang tersusun rapi.

“ Tak apalah mak cik. Tak perlu susah-susah. Mia bukan tetamu VIP pun.” Aku turut berseloroh. Mirza ketawa mengekek mendengar jawapanku. Lega sedikit hatiku mendengar tawa Mirza itu.

“ Kamu duduk di sini menyewa dengan siapa Mia?” soal Mak Cik Mariam. Aku sekadar mengganguk tanda jawapan.

“ Mia menyewa di sini dengan kawan. Siti Khadijah namanya. Mak cik nak tahu sesuatu tak?” Aku cuba mengajak Mak Cik Mariam berbual apabila suasana terasa canggung.

“ Pasal apa Mia? Kalau kamu nak cerita mak cik dengar je.”

Aku menarik nafas sebelum menceritakan kisahku pada Mak Cik Mariam.

“ Sebelum ni hidup Mia kosong sangat. Mia dulu terlalu jahil. Siti sahabat yang baik. Selalu mengingatkan Mia soal solat. Mia patut bersyukur mempunyai sahabat sepertinya. Mia tak tahu macam mana hidup Mia anadainya Mia tak berjumpa dengan sahabat seperti Siti.” Aku berjeda seketika.

“ Benarlah kata orang sahabat waktu gembira senang dicari. Tapi sahabat waktu kita susah sangat sukar untuk dicari,” ujarku lantas menahan airmata dari gugur.

“ Kehidupan ni memang begitu. Kadang-kadang kita rasa kawan kita baik sangat. Tapi… kita tetap harus berhati-hati. Sebab hati manusia ni kita tak dapat baca,” sampuk Mirza. Aku mengetap bibir mendengar kata-katanya itu.




P/s = kalau ada typo maaflah ye hehehe





“ Hei perempuan kau tak payah nak tunjuk baiklah. Ingat aku tak tahu kau rapat dengan Adrian pun sebab kau nak tumpang kesenangan dia saja kan?” Natasya terpana saat dituduh sebegitu. Raihana tersenyum sinis.

“ Saya tak faham. Apa maksud awak? Saya betul-betul sayangkan Rian,” ujar Natasya dengan lembut.

“ Sayang? Eh! Kau ingat aku nak percaya? Kau blah la. Adrian tak sayangkan kau. Dia hanya nak mainkan kau saja,” bohong Raihana lantas ketawa sinis.

“ Tak! Rian tak mungkin bohong. Saya percayakan dia.”

“ Kau ingat Adrian tu jujur dengan kau? Sedarlah sikit. Kau tu orang gaji je pun.” Natasya menahan sabar. Dia hanya mempamerkan wajah tenang.

Raihana berjalan mengegelingi Natasya. Dia tersenyum senget saat mendapat idea untuk mengenakan Natasya.

“ Tapi kalau nak tahu…” Raihana meliar mata melihat kereta yang lalu lalang di kawasan perumahan itu.

“ Adrian bukan anak kandung mama aku. Dia tu… anak haram. Aku rasa status kau sebagai orang gaji dan Adrian sebagai anak haram memang sepadan,” bisik Raihana di telinga Natasya lantas ketawa berdekah-dekah.

Natasya merasa nafasnya tersekat di kerongkong. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Raihana.

“ A… awak bohong kan?” tanya Natasya tidak percaya. Raihana ketawa sinis. Lantas dia menunjal-nunjal kepala Natasya.

“ Buat apa aku nak bohong? Apa aku dapat kalau aku bohong kau?” sinis Raihana.

“ Saya tak… tak percaya. Awak bohong.”

Raihana berang apabila gadis di hadapannya itu berdegil. Lantas dia menolak tubuh Natasya. Namun Natasya tangkas mencapai tangan Raihana saat hampir dilanggar sebuah kenderaan. Raihana hilang keseimbangan lantas hampir saja dirinya dirempuh lori tersebut sebelum…

Gedegang! Srettt!!

“ Rian!!” panggil Natasya seraya berlari mendapatkan Adrian yang diseret lori sepanjang 2 km itu.

“ A… Abang Rian!!” Raihana juga bergegas mendapatkan abang yang selama ini tidak pernah diiktirafnya.

“ Ni semua salah kau! Kau memang bawa sial tau. Jangan sentuh Adrian.” Raihana memberikan amaran pada Natasya. Lantas menepis kasar tangan Natasya yang ingin menyentuh abangnya.

Natasya menggeleng kepala. Airmata mengalir deras di pipi.  Hujan yang turut membasahi bumi seakan mengerti perasaannya.

“ Rian jangan tinggalkan Tasya,” rayu Natasya seraya cuba mendekati Adrian namun sekali lagi Raihana menepis kasar tangannya.

“ Kau pergi dari sini. Perempuan sial!” Natasya masih tidak berganjak dari sisi Adrian. Raihana tergamam melihat abangnya yang berlumuran darah. Lantas dia menjerit meminta bantuan.

Raihana meraung sambil memangku abangnya. Pemandu lori tersebut segera mendapatkan mereka lantas menawarkan diri untuk membawa Adrian ke Hospital.


HOSPITAL KUALA LUMPUR

Natasya mundar mandir sedari tadi. Airmatanya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir. Hatinya juga turut menangis. Sakit! Itulah yang dia rasakan kini.

“ Puas hati kau sekarang? Kalau jadi apa-apa pada abang Rian aku takkan maafkan kau.” Raihana menghamburkan kemarahannya. Natasya hanya berdiri static di pintu wad kecemasan itu.

“ Raiha, macam mana dengan abang kamu?” soal Datin Hanis yang baru saja tiba di HKL tika itu.

“ Ma… abang ma… masih dekat dalam,” kata Raihana seraya mengis di bahu Datin Hanis.

“ Apa yang berlaku sebenarnya ni? Cakap dengan papa.”

“ Ya, cakap dengan mama. Macam mana boleh jadi macam ni?” suara Datin Hanis saling bertingkah dengan suara Dato Izwan.

“ Perempuan tu tolak Raiha. Ta… tapi Abang Rian sempat tarik Raiha. Dan…”

“ Dan apa?” soal Dato Izwan tidak sabar.

“ A… abang kena…”

“ Mana ahli keluarga Encik Adrian?” soal doktor yang keluar dari wad kecemasan tersebut.

“ I ayahnya. Macam mana anak saya doktor?”

“ You Dato Izwan kan?” Doktor Fahri meminta kepastian.

Yes I am.”

“ I harap you bersabar. Apa yang I nak katakan ni mungkin akan membuatkan you terkejut.” Doktor Fahri berjeda seketika.

“ Apa dia doktor? You jangan takut-takutkan i.” Datin Hanis pula bersuara. Dadanya bagaikan ingin pecah menanti jawapan dari doktor di hadapannya itu.

“ Anak you… dia selamat. Cu… cuma… kami dapati dia lumpuh. Tempurung lututnya pecah. I harap you banyak-banyak bersabar.”

Datin Hanis menekup mulut saat berita itu menjamah telinganya. Dia terduduk di atas kerusi. Kepalanya ditekan dengan kedua tangannya.

p/s = tak tahu ok ke tak part ni belasah aje lah :) enjoy reading
 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design