Sunday, September 28, 2014
TEASER ZAFRIN MAI DAH..................
lama rasanya sepi tanpa cerita depa kan? mai2 baca ^_^
+Balqis Cun wajib baca haha :P +baby mio silakan baca +Naressa
=================================================
ZAFRAN menguatkan volume saat lagu First Love nyanyian Utada Hikaru berputar di dalam kereta. Sengaja dia membeli CD lagu tersebut. Kerana baginya, lagu itu adalah mengenai perasaannya terhadap si isteri. Sebelum mereka di ijab kabulkan, hatinya sering merintih apabila melihat wajah yang penuh kebencian yang terukir di wajah putih mulus itu. Dia turut menyanyi mengikut alunan suara Utada Hikaru.
Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori
Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashi uta utaeru made
Erina hanya tersenyum mendengar nyanyian Zafran. Sedap juga suara suami aku. Heeee, pujinya dalam hati. Sesekali dia menjeling Zafran di sebelah. Dia hanya membiarkan jemarinya di genggaman tangan jejaka itu.
Tachidomaru jikan ga
Ugoki dasouto shiteru
Wasureta kunai kotobakari
Entah apalah maksud yang suami aku ni nyanyi. Huhu… comel pula dia. Heeee… hati Erina bermonolog lagi.
Ashita no imagoro niwa
Watashi wa kitto naiteru
Anatawo ommotterundarou
You will always be inside my heart
Itsumo anata dake basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
“Now and forever you are always gonna be my love, you are my love. You are my soul. You are everything to me. Without ALLAH, without you, without my family I’m are nothing. I swear will love you forever,” ucap Zafran bersahaja namun dengan penuh makna. Dia membawa tangan Erina ke bibir. Lantas dia mengucup tangan itu.
“Terima kasih sayang,” ucap Erina pula. Dia mengelus lembut pipi Zafran. Terasa kasih sayangnya tumpah di situ. Melihatkan si suami yang sedang memandu, dia turut menyorot mata ke arah jalan raya. Tidak mahu menggangu.
Suasana terus sepi antara mereka. Hanya lagu nyanyian penyanyi matahari terbit itu sahaja yang berputar. Sesekali Erina bermain rambut Zafran. Bukannya apa, dia bimbang andainya jejaka itu mengantuk. Sudahlah perjalanan mereka masih jauh. Tambahan pula hari sudah lewat malam. Takut juga dia kerana sudah beberapa kali Zafran hampir terlanggar kereta dari arah bertentangan.
“Abang okey ke ni? Kalau tak okey berhenti dulu kat R & R. Boleh la rest dulu,” ujar Erina. Suaranya jelas khuatir.
“Jangan risau. Kalau sayang teman abang berborak abang pasti tak mengantuk,” gurau Zafran seraya mengelus lembut pipi Erina.
Pelbagai topik dibincangkan. Tidak terasa langsung kepenatan memandu apabila si isteri tidak berhenti berceloteh. Zafran hanya mendengar dengan penuh kusyuk. Sementara matanya masih asyik ke jalan raya.
=====================================================
romantik + sweet + manja2
ERINA berjalan di atas pasir halus berlatarkan pukulan ombak. Terasa damai hatinya saat mendengar deruan ambak. Dia hanya membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut pipinya. Tangannya mengawal tudung yang sedikit terselak dek tiupan angin. Dia tersenyum saat melihat wajah bahagia Emir yang sedang bermandi manda itu. Dia melambai tangan pada Zafran saat suaminya itu mengatur langkah ke arahnya.
“Ummi, laparlah,” rengek Emir yang kini berusia 2 tahun 5 bulan.
“Itulah mandi pantai tak ingat nak makan. Abang mari makan,” ajak Erina lantas membuka Tupperware yang berisi sandwich itu.
“Best mandi pantai. Walid nanti kita mandi lagi. Emir tak puas,” ujar Emir penuh mengharap. Zafran hanya tersenyum mendengar celoteh anaknya itu. Sekali buka mulut tak boleh nak berhenti. Terkadang dia terfikir juga sikap siapalah anaknya itu warisi agaknya ya? Heeee…
“Abang ni fikir apa? Sampai berkerut dahi Rin tengok?” sapa Erina sebaik melihat wajah Zafran yang berkerut bagai memikirkan masalah negara itu.
“Abang fikir ni ha… Emir ni mulut macam murai tercabut ekor. Ikut siapalah agaknya. Ikut ummi dia kot?” usik Zafran seraya menayang sengih. Erina turut tersengih mendengar usikan suaminya.
“Ummi, murai tercabut ekor tu apa?” Nah! Baru saja bicara soal itu si anak sudahpun bertanya. Erina menahan tawa melihat wajah Zafran itu. Terasa kelakar pula melihat wajah Zafran yang sedikit blurr itu.
“Murai tercabut ekor tu banyak cakap. Ada saja yang ingin dia cakap. Macam Emir la. Emir banyak sangat cakap. Sebab itu hidup ummi dengan walid tak pernah sunyi dengan celoteh Emir,” terang Erina dengan bahasa paling mudah. Erk? Mudah ke? Kira mudahlah tu kan? Heee…
“Cetoleh tu apa walid?” serentak Erina dan Zafran ketawa mendengar soalan Emir. Aduhai! Susah juga erk nak terangkan? Tapi kata orang setiap kanak-kanak yang bertanya kenapa? Apa? Itu kerana sel-sel otaknya sedang berkembang. Erm, Erina tersenyum sendiri dengan apa yang terlintas difikirannya.
Emir menarik muncung apabila melihat ummi dan walidnya ketawa. Orang tanya bukan suruh gelak, omelnya di dalam hati.
“Bukan cetoleh la sayang. Celoteh… erm celoteh tu kerenah. Macam Emir sekarang ni. Kalau Emir tak faham Emir tanya pada ummi dengan walid itulah celoteh. Faham sayang?” terang Zafran pula. Melihatkan anggukan kepala Emir membuatkan dia tersenyum.
Friday, September 19, 2014
KAU TERCIPTA UNTUKKU
ASSALAMUALAIKUM, SEMUA. INILAH CERPEN TERBARU DARI SAYA ^_^ HOPE ENJOY ERK...
tamatlah sudah. pendek je heeee
SEDANG asyik
aku menatap potret wajah Khalisya tiba-tiba telingaku menangkap bait-bait lirik
lagu ‘Tercipta Untukku’ yang dipopularkan oleh Ungu Band. Entah kenapa bila aku
mendengar lagu ini pasti aku akan merindui dia. Ya! Dia yang telah pergi
meninggalkan aku untuk selamanya. Saat ini aku benar-benar merindukannya.
“Ya
ALLAH cucurilah rahmat-MU ke atas arwah tunangku Khalisya. Isya… tenanglah Isya
di sana. B akan sentiasa merindui dan mencintai Isya. Cinta B tetap utuh buat
Isya. In shaa ALLAH B akan menuruti pesanan Isya. B akan menikahi seorang
wanita yang tulus menyayangi B,” doaku lantas aku meraup wajah dengan kedua
belah tangan. Perlahan-lahan aku melepaskan keluhan. Badanku merasa ringan
bagaikan terlepas satu beban berat yang selama ini aku pikul. Mataku terpaku
melihat wajah Khalisya yang tersenyum padaku. Bibirnya mengungkap kata…
Isya
sayangkan B. Satu hari nanti B akan bertemu dengan seorang wanita yang akan
menjaga B lebih baik dari jagaan Isya. Redhakan pemergiaan Isya.
Setelah
berkata kelibat Khalisya hilang dibawa arus angin. Aku bingkas bangkit lalu aku
menuju ke bilik air. Usai mengambil wudhu aku mengerjakan solat sunat taubat.
Setelah itu aku membacakan surah Yassin.
“TOLONG!
Tolong!” Baru saja kakiku ingin melangkah masuk ke gerai makan, tiba-tiba aku
mendengar sayu-sayup suara seorang wanita. Mataku melilau mencari punca suara
itu. Semakin lama semakin jelas. Bebola mataku membuntang melihat seorang
lelaki berkepala botak sedang merentap tali tas tangan daripada wanita itu.
“Woi!
Kau buat apa tu?” Serentak dengan itu satu tumbukan hinggap di perut si
peragut.
Bukk!
Terduduk terus lelaki itu dengan penumbuk sulungku.
“Apa
nak jadi kau ni ha? Banyak lagi kerja lain kenapa kerja meragut ni juga yang
kau pilih?” herdikku pada lelaki berkepala botak itu. Peragut yang tertunduk
tadi menegakkan diri, menyeringai menahan sakit. Matanya merenung tajam
kepadaku namun langkah seribu terus dibukanya apabila menyedari perbuatannya
telah menarik perhatian orang ramai.
Aku
capai tas tangan itu lalu aku hulurkan pada si pemiliknya.
“Terima
kasih encik. Kalau encik tak bantu tak tahu apa nasib saya. Sudahlah banyak
barang berharga dalam beg saya ni,” ucap wanita itu. Aku terpaku melihat seraut
wajahnya. Mata, hidung, bibir serta senyumannya benar-benar mengingatkanku
mengenai Isya. Benar! Setiap inci wajah serta tubuhnya saling tak tumpah
seperti arwah Khalisya. Ya ALLAH apakah maksud ini semua?
“Encik,
encik,” seru wanita itu. Aku tersentak dari lamunan. Laju saja bibirku
mengukirkan senyuman.
“Lain
kali hati-hati sikit. Awak tu perempuan. Bahaya jalan seorang diri,” nasihatku
padanya.
“Terima
kasih atas nasihat. Tadi encik datang dari arah kedai makan tu ya? Sempat tak
makan?” soal wanita itu. Lembut kedengaran nada suaranya. Erm… meskipun
wajahnya sama seperti Isya, namun pertuturannya jauh lebih lembut. Isya… B rasa
B dah jumpa wanita yang selayaknya buat B.
“Tak
sempat. Saya baru je nak melangkah. Tiba-tiba dengar orang minta tolong,”
ujarku bersama senyuman. Aku merasakan satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam
hati. Satu perasaan yang pernah aku rasakan terhadap Isya.
“Err…
saudari ada luka dekat mana-mana?” tanyaku prihatin. Pantas dia menggeleng.
“Mari,
saya belanja makan. Sebagai tanda terima kasih.”
“Eh!
Tak mengapalah. Saya tolong dengan ikhlas,” aku menolak pelawaannya. Bukan apa.
Aku seganlah. Takkanlah dia sebagai seorang wanita nak belanja ya tak?
“Tapi
saya…”
“Kalau
nak belanja boleh. Tapi bukan belanja makan. Cukup sekadar saya tahu nama
saudari. Dan… boleh tak kalau saya berjumpa saudari selepas ini?” pantas aku
mencaras kata-katanya.
“Err…
ta… awak beritahu nama awak dulu boleh?” Ish! Comel pula aku tengok dia.
Suaranya tu bak buluh perindu.
‘Haih!
Lutfi takkan kau nak tahu nama je? Minta la nombor telefon dia. Senang kau nak contact.’ Suara hatiku saling
bertingkah.
“Err…
saudari marilah. Saya dah lapar. Dari pagi tadi saya tak makan,” pelawaku
padanya. Aku melangkah setelah dia mendahuluiku.
Taman
Tasik Titiwangsa
USAI
makan aku mengajak Wirdatul Aqisya berjalan-jalan. Terlalu indah namanya.
Seindah wajah dan perwatakannya. Benar, aku merasa bahawa hati aku sudah jatuh!
Jatuh cinta padanya. Ah! Indahnya perasaan.
“Wirda
tengok Lutfi dari tadi tersenyum. Ada sesuatu yang menggembirakan ke?” soal
Isya dengan lembut.
“Boleh
tak kalau Luth nak panggil awak Isya?” soalku spontan. Terkebil-kebil mata Isya
mendengar pemintaanku. Aku tersenyum melihat reaksinya itu. Comel sangat.
“Ke…
kenapa pula Luth nak panggil dengan nama Isya? Saya kekoklah. Tak pernah ada
orang panggil saya dengan nama tu,” beritahu Isya seraya melarikan pandangan
matanya.
“Sebenarnya
Luth pernah bertunang. Wajah, senyuman serta segalanya tentang dia benar-benar
mirip Isya. Sampaikan Luth rasa sedang berdepan dengan arwah saja. Luth
rindukan dia.” Aku menceritakan mengenai arwah Khalisya. Wajah Isya yang
tadinya tersenyum berubah mendung.
“Jadi
Luth nak berkawan dengan saya hanya semata-mata sebab Luth fikir saya ni
jelmaan arwah tunang Luth?”
“Isya…”
“Jangan
panggil saya dengan nama tu. Semakin awak panggil nama Isya, semakin awak
melukakan hati saya. Saya ingat awak jujur nak berkawan dengan saya. Saya rasa ini mungkin pertemuan pertama dan
terakhir kita. Tolong jangan muncul depan saya lagi!” ujar Isya sedikit tegas.
Segera Isya berlari kecil meninggalkan aku.
“Ya
ALLAH, apa aku dah buat ni?” Aku meraup wajah. Terasa sesal di dalam hati
membuatkan airmatanya mengalir.
Sebulan
kemudian…
AKU cuba
mendail nombor telefon yang diberikan Isya. Namun setiap pangggilanku hanya
menembusi peti simpanan suara. Aku mengeluh hampa. Aku meraup wajah yang
sedikit kusut. Saat mataku tertancap pada potret Khalisya aku merasa bagikan
dihempap batu besar. Sungguh, aku benar-benar merindui insan yang bernama
Wirdayatul Aqisya.
“Woi!
Luth, kau dah kenapa? Aku tengok kau ni macam ayam berak kapur je. Apahal? Dulu
waktu Khalisya meninggal tak ada la parah sampai macam ni. Peliklah aku,” ujar
Faiq seraya menekan alat kawalan jauh. Siaran Fear Factor menjadi pilihannya.
Aku
melepaskan keluhan berat. Dalam diam aku akui kata Faiq tadi. Perasaan cintaku
terhadap Khalisya sebenarnya tidaklah sebenar cintaku pada Isya. Kejap! Aku
cakap apa tadi? Cinta? Betul ke apa aku rasa ni? Kalau benar aku tak cintakan
Isya, kenapa aku rasa sakit, sedih bila dia menjauh dari aku? Ya ALLAH bantulah
hamba-MU ini.
“Iq,
aku ingat aku nak err… bercutilah. Kau izinkan eh? Selama ni aku tak pernah nak
cuti kan? Boleh eh aku nak cuti?” pintaku penuh mengharap.
“Kau
ada masalah ke?”
“Iq…
aku tak minta banyak. Aku cuma minta izin kau selaku majikan aku. Tolonglah Iq,
Izinkan aku pergi tenangkan hati aku ni. Boleh eh?” rayuku lagi. Melihatkan
anggukan kepala Faiq membuatkan aku mengucap syukur.
“Tapi
kau nak kemana? Kau bukan biasa nak bercuti seorang diri kan?”
“Kau
ni Iq. Aku dah besarlah. Tahulah aku jaga diri. Aku janji akan jaga diri aku
selama percutian tu nanti okey?”
“Tapi
Luth…” pantas aku mencaras kata Faiq. Haih! Kadang-kadang sikap dia ni
merimaskan aku. Terlebih prihatin sangat hu hu.
“Iq…
sudahlah. Apa kau nak risau? Sekarang zaman dah canggih. Kalau kau takut aku
sesat… bukan ke aku boleh gunakan GPS? Lagipun aku sekadar nak bercuti di
Kuantan je. Tak jauh. Kau jangan risaulah. Aku tahu kau cuba pegang janji kau
pada arwah Khalisya. Tapi Iq… sampai bila aku nak bergantung harap pada kau?
Aku cuma nak berdikari Iq. Tolonglah, kau jangan khuatir ya,” aku cuba
berlembut dengan Faiq.
“Baiklah,
aku sebagai kawan… dan sebagai abang izinkan kau pergi bercuti dengan senang
hati. Tapi… pastikan kau pergi dan balik dalam keadaan yang selamat. Tak ada
luka-luka atau calar-balar sikit pun okey? Aku sayang kau Luth. Aku dah anggap
kau macam adik aku. Sebab tu aku risau. Aku takut kau tingggalkan aku macam
mana Khalisya tinggalkan aku,” luah Faiq seraya menundukkan wajah. Aku faham
perasaannya. Jika aku sebagai tunang merasa sedih dengan pemergian Khalisya
apatah lagi Faiq sebagai abang kandung? Pasti dia merasa lebih sakit.
“Sudahlah
Iq. Kau janganlah sedih macam ni. Kau ni buat aku rasa macam nak nangis je la,”
ucapku sembari mata tidak lepas memandang potret arwah Khalisya.
“Kau
pergilah berkemas. Kau nak pergi bila? Esok eh? Hati-hati bawa kereta. Aku
sayang kau, sama macam aku sayang aku sayang arwah. Ingat tu,” pesan Faiq
seraya berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.
ENTAH mengapa, hatiku berdebar sepanjang perjalanan. Spontan
aku memegang dada. Terasa degupan jantungku semakin laju. Aku juga merasakan
bagai ada magnet yang menarikku agar bercuti ke sini. Oh! Lupa nak cakap aku
bercuti kat mana kan? He he… maaf. Aku memilih untuk bercuti di Kuantan. Dan
aku bakal menginap di Impiana Resort Cherating. Selesai sahaja proses
pendaftaran terus sahaja aku menuju ke bilik. Tubuhku terasa letih memandu
selama 4 jam perjalanan.
Baru
saja aku ingin melelapkan mata tiba-tiba HTCku bergetar. Aku mengeluh demi
sahaja melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum,
Iq. Aku baru je sampai ni. Lupa pula nak beritahu,” ucapku sambil mata masih
terpejam.
“Waalaikumsalam.
Lega hati aku dengar. Kau jaga diri. Aku bukan apa Luth tapi… kau tu amanah
ALLAH untuk aku jaga. Kau kan dah tak ada sesiapa dalam dunia ni.”
“Iq,
kau satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih. Eh, nanti aku telefon
kau balik. Aku letihlah Iq.” Setelah memberi salam aku memutuskan talian.
TERASA
tenang hatiku saat mendengar deruan ombak. Tubuhku terasa dingin apabila ditiup
angin sepoi-sepoi bahasa. Betapa aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk
melihat keindahan ciptaan-NYA ini.
Sedang
aku berjalan di gigi air, tiba-tiba aku mendengar suara esak tangis seseorang.
Mataku melilau mencari dari mana datangnya suara itu. Setelah puas mencari
mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang membelakangiku.
“Siapa
gadis ni? Macam kenal. Tapi… Ish! Tak mungkinlah Isya.” Omelku perlahan khuatir
gadis itu mendengar butir bicaraku.
“Kenapa?
Kenapa awak tak habis-habis mengganggu saya? Luthfi… saya mohon agar awak pergi
jauh dari ingatan saya. Saya benci dengan nama Isya. Bila awak panggil saya
dengan nama Isya, saya terus teringatkan bekas tunang saya. Sebenarnya… panggilan
Isya tu saya khaskan buat dia. Tapi sayang… dia dah pergi tinggalkan saya untuk
selamanya.” Aku yakin bahawa aku tidak tersilap dengar. Suara itu jelas milik
Isya! Isya yang selama ini aku cari. Aku terpaku demi sahaja mendengar luahan
hati Isya. Jantungku berdegup kencang saat mendengar bibir comelnya menyebut
namaku. Baru saja aku ingin mengatur langkah mendekatinya tiba-tiba aku
mendengar lagi luahan hatinya terhadapku.
“Tapi
apa yang saya hairan sekarang ialah hati saya. Selama satu bulan ni saya cukup
terseksa. Saya rindukan awak. Tapi… saya tak tahu nak cari awak dekat mana.
Memang… saya ingin awak menjauh dari saya. Tapi saya tak mampu. Bibir saya
mengatakan benci. Sedangkan hati saya benar-benar rapuh tanpa awak. Hati saya
ingin awak ada dekat dengan saya. Saya sendiri tak faham kenapa saya rasa macam
ni.”
Tergamam!
Aku benar-benar tidak menyangka sebegitu besar sayangnya padaku. Ya ALLAH
adakah ini dinamakan jodoh? Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Aku berdehem
untuk menarik perhatiannya.
“Assalamualaikum
Isya. Maaf sebab Luth tak sengaja terdengar luahan hati Isya. Benar ke apa yang
Isya cakapkan tadi?” tanyaku dengan lembut.
Saat
Isya menoleh padaku aku tergamam. Ya ALLAH kasihan Isya. Pasti dia banyak
menangis hingga matanya sembap.
“Pergilah
Luth… Sa… saya tak perlukan awak,” ujar Isya. Cukup perlahan.
“Isya…
kenapa awak nak berbohong pada hati awak? Awak sayangkan saya bukan? Isya
dengar sini apa yang Luth nak cakap. Saya Luthfi Ikhwan benar-benar sayang dan
cintakan awak Wirdayul Aqisya. Saya tahu kita baru berjumpa dua kali. Itupun
secara kebetulan. Tapi Isya… kebetulan itu bukan sekadar kebetulan biasa.
Maksud Luth… kebetulan itu dirancang. Dirancang kemas oleh DIA. Isya… ALLAH
S.W.T mempertemukan kita kerana DIA tahu kita saling memerlukan. Luth
benar-benar sayangkan Isya. Bahkan sayang Luth pada Isya, lebih dalam dari
sayang Luth pada arwah tunang Luth,” luahku pada Isya. Dia hanya diam tak
berkutik. Tak lama kemudian aku mendengar esak tangisnya. Ingin saja aku
mendakap tubuh itu. Namun aku tahu masih ada batas di antara kami.
“Se…
sebenarnya Is… Isya pun sayangkan Luth. Sikap prihatin Luth sama macam arwah
tunang Isya. Luth… Isya nak tahu satu perkara. Tapi Luth jawap dengan jujur
ya?” pintanya setelah tangisnya mula reda. Aku hanya menggangguk.
“Benar
Luth sayangkan Isya?” Terdiam aku demi sahaja mendengar soalan berani matinya.
Ya ALLAH apakah ini bermakna Isya sudah menerimaku? B dah jumpa insan yang
boleh menjaga B. Semoga Isya tenang di alam sana. B akan tetap mencintai Isya
biarpun tempat Isya di hati B sudah terisi.
“Err…
kenapa Isya tanya? Okey, Luth jujur dengan Isya. Memang kita baru kenal. Tapi
itu semua bukanlah nilai untuk mengukur keihlasan hati Luth. Memang pada
awalnya Luth sayangkan Isya sebab wajah Isya yang mirip dengan Khalisya. Tapi…
sejak sebulan yang lalu Luth sedar bahawa Luth sebenarnya mencintai Isya kerana
peribadi Isya sendiri. Isya… sudi tak kiranya awak menjadi pendamping Luth di
dunia dan akhirat?” usai meluah isi hatiku, terus saja aku lamar dia.
Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi berjauhan darinya.
“Saya
Wirdayatul Aqisya sudi menerima awak Luthfi Ikhwan. Tapi saya mahu awak
berjanji takkan tinggalkan saya. Saya tak mahu kehilangan cinta buat kali
kedua,” pinta Isya seraya menggangguk kepala beberapa kali. Ingin saja aku
melompat bintang di situ. Terlalu bahagia mungkin.
“In shaa ALLAH,
hanya ajal yang akan memisahkan kita. Luth sayangkan Isya hari ini, esok dan
selamanya,” bisikku di telinganya. Dia tersenyum manis. Deruan angin menjadi
saksi lambang cinta kami.
Setahun
Kemudian…
“DAYANA, jangan main kotor sayang,” seru
isteriku seraya melabuhkan punggung di sebelahku.
“Terima
kasih sayang. B bahagia sangat. Sayang dan Dayana adalah bidadari hidup B.
Terima kasih juga pada ALLAH. Kerana DIA yang mempertemukan kita dengan cara
yang sangat indah,” ucapku seraya mengucup pipi Isya. Isya merangkul erat
tubuhku seakan tidak mahu dilepaskan lagi.
“Terima
kasih juga pada B. Kalau B tak tolong Isya masa tu mungkin kita tak kenal. B…
Isya sayangkan B selamanya. Terima kasih kerana sudi menyayangi Isya.”
Menatap indahnya senyuman di
wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra
terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku…
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Isya menepuk tangan setelah aku selesai
menyanyikan lagu tema cinta kami. Sama seperti tema cintaku bersama Khalisya.
Tercipta Untukku itulah yang akan selalu aku dendangkan buat isteri yang
sayangi ini.
Sesungguhnya Khalisya adalah cinta
pertamaku. Namun kehadiran Wirdayatul Aqisya adalah jodohku. Aku memohon pada
Yang Maha Esa agar memanjangkan perjodohan ini kerana hatiku benar-benar tidak
sanggup kehilangannya.
“Sayang… sesungguhnya sayang adalah
ciptaan terindah buat B. Sayang ciptaan ALLAH yang sememangnya tercipta hanya
buat Luthfi Ikhwan,” bisikku di telinganya. Dia menyembamkan wajah di dadaku.
Aku menyimpul senyum melihat wajahnya yang sudah merona merah itu.
“Isya harap jodoh kita akan berkekalan. In shaa ALLAH.”
“In shaa ALLAH sayang,” ucapku seraya
mendakapnya lebih erat. Dayana yang melihat kami sudah menutup mukanya. Anak
aku tu pemalu sangat. Ikut perangai mama dia agaknya.
“Isya cintakan Luthfi Ikhwan.”
“B cintakan Wirdayatul Aqisya,” balasku
lantas kami ketawa bahagia.
Mungkin yang pergi itu CINTA, tapi yang
akan datang JODOH. Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,
tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita. Kerana janji ALLAH itu
pasti. Dan aku berdoa agar kalian menemui cinta sejati di dalam hidup kalian.
tamatlah sudah. pendek je heeee
Saturday, July 19, 2014
teaser DDH
“Eh,
jom duduk kat ruang tamu. Aku ada benda penting nak cakap kat kau ni.” Aku
menarik tangan Siti agar mengekori langkahku.
“Ha…
kenapa? Kau nak cakap pasal apa?”
“Ish!
Kau ni tak menyempat betul. Aku tak sempat nak duduk lagi kau ni pun. Kalut
betullah,” sungutku akan sikap tidak menyabar Siti.
Siti
mempamerkan wajah tidak beriak. Aku mula membuka cerita mengenai pertemuanku
dan Rafiq. Namun belum sempat aku cerita panjang lebar, Siti sudah mula menarik
muka.
“Kau
apahal? Aku baru nak start cerita ni,” ujarku apabila melihat kerutan di dahi
Siti.
“Kalau
pasal Rafiq tak mahulah aku dengar.”
“Dengar
dulu Siti. Lepas tu ikut kaulah la nak kata apa pun.”
“Okey,
ceritalah,” suara Siti acuh tak acuh saja.
AKu
menarik nafas kemudian aku hembuskan perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah aku
memulakan mukadimah.
“Rafiq
tanya aku… samaada aku bahagia atau tidak dengan Mirza. Dan aku jawablah aku
bahagia. Sangat bahagia.”
“Dah
kenapa dia nak tanya soalan tu?” Ish! Siti ni. Asyik nak meradang je. Hu hu…
“Dia
kata penting untuk dia tahu sebab…”
“Sebab
apa?” pantas Siti mencaras kata-kataku. Haih! Siti ni memang tak sabar betul
tau! Ada je nak caras aku. Heh!
“Dia
kata dia nak buat pengorbanan. Tapi… pengorbanan apa aku tak tahulah. Sebab dia
tak cakap. Dan dia kata takkan ganggu aku lagi. Itulah sampai sekarang aku rasa
macam susah nak percaya. Aku rasa… macam dia ada sembunyikan sesuatu dari aku.”
“Kau
doakan agar dia diberikan kebahagiaan. Insya-ALLAH. Dan aku harap dia kotakan
janji dia untuk tak ganggu kau lagi. Sudahlah Fida, janganlah fikir sangat. Tak
ada apalah,” ujar Siti dengan lembut.
P/S + sikit je hehehe
Saturday, July 12, 2014
ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 7 (FINAL)
Kuala
Lumpur
ADRIAN
melabuhkan duduk di gazebo milik Dato Izwan. Sesekali dia mengerling ke rumah
sebelah. Masih segar di ingatannya saat perkenalan dia dan Natasya. Hanya ALLAH
yang tahu betapa dia merindukan wanita itu.
“Rian,
kamu dah balik nak?” sapa Datin Hanis lantas memeluk tubuhnya.
“Mama,
Rian balik sekejap saja. Rian ingat Rian nak pergi sambung belajar di Korea.
Lagipun Rian perlukan masa untuk tenangkan diri. Rian balik ni se… sebab nak
minta izin pada mama dan papa. Izinkan Rian pergi ya ma,” pinta Adrian lantas dia
mendakap tubuh Datin Hanis. Setitis airmata yang ditahan sedari tadi gugur
membasahi pipi.
“Kenapa
tiba-tiba? Kenapa jauh sangat?”
“Rian
perlukan masa untuk tenangkan diri Rian. Lagi satu Rian nak lupakan segala
kenangan Rian bersama Tasya.”
Datin
Hanis merasa sebak saat mendengar kata-kata Adrian. Dia mengucup ubun-ubun
Adrian.
“Baiklah,
mama izinkan. Kamu pergilah sayang. Tentang mama, usahlah kamu risau. Mama
tahulah nak jaga diri mama. Kamu janji dengan mama, pulang ke pangkuan mama setelah
kamu kuat ya sayang.” Datin Hanis meraih janji dari Adrian.
“Insya-ALLAH
ma. Jangan risaulah,” putus Adrian lantas ketawa kecil. ‘Rian tak tahu sama ada
Rian akan kembali atau tidak. Tapi, Rian akan mendoakan agar mama sekeluarga
bahagia, walaupun tanpa Rian di sisi.’ Sambungnya di dalam hati.
6
bulan kemudian…
“SAYANG. Abang tak sabar nak tunggu kelahiran baby ni. Insya-ALLAH kalau anak lelaki abang ingat nak bagi nama
Nazrul Adrian. Okey tak?”
Natasya
hanya tersenyum saat mendengar cadangan nama itu. Sungguh dia merindui Adrian. Namun
dia tahu bahawa dia harus menjaga batas, kerana kini dia sudah pun bergelar
seorang isteri. Setelah petemuannya dan jejaka itu, kini dia tidak lagi
mendengar sebarang berita mengenai Adrian.
“Kenapa
abang nak letak nama Adrian?” tanya Natasya.
“Sebab
bagi abang Adrian banyak bekorban. Jika bukan kerana pengorbanan dia, abang tak
dapat memiliki sayang. Dan jika bukan kerana Adrian, abang pasti takkan miliki
bahagia bersama sayang,” ucap Kamal penuh makna tersirat.
“Terima
kasih sudi sayangkan Tasya. Tasya janji akan sayangkan abang, sepertimana Tasya
ayangkan Adrian. Tak! Tasya akan lebih sayangkan abang dari sayang Tasya pada
Adrian. Kerana Rian hanyalah masa lalu. Tapi abang adalah masa hadapan Tasya.”
Kamal
meloret senyum mendengar kata-kata Natasya. Semoga kau juga bahagia Rian.
Terima kasih atas amanahmu. Aku janji akan menjaga Tasya seperti mana kau jaga
dia. Aku janji akan meyayangi dia hingga hujung pernafasanku. Korang mesti nak
tahu amanah apa yang dimaksudkan kan? Heee… meh writer nak flashback
balik.
“KAU ni Kamal kan?” Kamal tersentak dari lamunan saat disergah dari
arah belakang. Dia yang sedang membasuh kereta itu mengurut dada dek terkejut
yang amat sangat.
“Maaf,
aku tak sengaja nak terkejutkan kau. Aku rasa kau mesti tak kenal siapa aku
kan? Okey, aku Adrian. Aku nak minta satu perkara dari kau. Harap kau tak
hampakan aku.”
“Maaf,
encik. Saya tak faham apa yang awak cakapkan.”
“Aku
nak minta agar kau jagakan Tasya buat aku. Aku tak mampu menjaga dia. Apatah
lagi berdamping dengannya. Aku tak layak buat dia. Dan satu-satunya lelaki yang
mampu menjaga, menyayangi dan melindunginya hanya kau seorang. Aku hanya
percayakan kau. Aku dah cacat. Aku tak mampu jaga dia. Dan lagi satu sebab
kenapa aku tinggalkan dia… errr… sebab aku ni a… anak luar nikah. Aku tak boleh
jaga dia. Aku tak mahu dipandang serong. Aku harap kau faham. Jaga dia dengan
sebaik-baiknya. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”
Melopong
mulut Kamal saat mendengar amanah Adrian. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa
yang didengarinya itu.
‘Ya
ALLAH, hebatnya dugaan-MU. Kesian Adrian. Pasti dia sangat menderita. Ya ALLAH
ringankanlah beban-MU terhadap Adrian.’ Doa Kamal di dalam hati.
Kamal
tersentak dari lamunan saat bahunya ditepuk lembut.
“Kenapa
ni? Abnang berangan siapa?” usik Natasya lantas ketawa kecil.
Kamal
hanya tersenyum mendengar usikan si isteri.
“Abang
janji akan jaga sayang hingga akhir nafas abang.” Natasya tersenyum mendengar
bicara suaminya. Dalam diam dia akui bahawa Kamal seorang yang sangat baik. Dia
bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bahagia.
Adrian…
Saya tahu awak tak baca warkah ini.
Namun saya tetap nak tulis warkah ini pada awak. Saya sebenarnya nak berterima
kasih pada awak. Kerana awak, saya boleh miliki bahagia di samping Kamal. Siapa
sangka kan? Dulu saya menolak kehadiran Kamal, namun kini saya tak mampu hidup
tanpa dia di sisi.
Adrian…
Sejejujurnya saya masih cintakan
awak. Saya doakan agar awak bahagia walau dimana saja awak berada. My heart is
always with you.
Natasya
menutup diari bewarna hitam itu. Lantas dia meletakkan di dalam laci. Dia
membaringkan tubuh di atas katil. Dia memegang dadanya.
“Sejujurnya
masih ada rasa cinta yang tak akan putus kerna alasanmu untukku bahagia.
Seharusnya kau sadari separuh jiwaku akan mati, yang tinggal hanya alasan tuk
bahagia.” Natasya menyanyikan sebaris lirik lagu itu. Lagu yang pernah
dinyanyikan oleh Adrian. Kini dia sedari kehilangan Adrian bukanlah satu
penyeksaan, namun kehilangannya itu mempunyai hikmah di sebaliknya.
“I will be happy with my husband. Thanks Adrian. You’re my first love. Tasya bahagia dapat kenal dengan Rian. Tasya
juga bahagia kerana Kamal sudi menjadikan Tasya
yang halal buatnya.
Kini
Natasya menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata sulunya. Saya doakan
agar awak bahagia dunia dan akhirat. Jika bukan kerana amanah awak pada Abang
Kamal sudah pasti saya tidak mengecap kebahagiaan yang saya miliki sekarang.
Terima kasih pada ALLAH kerana telah mengurniakan awak dalam hidup saya.
Biarpun sementara kebahagiaan saya bersama awak, namun tetap memberi sinar
bahagia pada saya. Sesungguhnya ALASAN UNTUK BAHAGIA inilah yang membuatkan
saya lebih kuat dari sebelumnya. Adrian… mama, papa dan juga adik awak sentiasa
menantikan kepulangan awak. Pulanglah ke pangkuan mereka, doanya dalam hati.
Sesungguhnya
kehidupan tiadalah sempurna semuanya. Dia akui itu. Jika dulu dia mengelak
apabila Kamal menyuarakan niat hatinya, namun kini dia rebah andainya Kamal tiada
di sisi. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. Namun ALLAH jualah
menentukan segalanya. Betapa indahnya perancangan ALLAH. Kini Adrian juga sudah
menemukan kebahagiaannya. Kebahagiaan di samping ibu bapa kandungnya. Ternyata
selama ini ibu bapa kandungnya mengikuti perkembangannya. Cuma mereka tidak
berani untuk bersemuka dengan Adrian, kerana bimbang Adrian menafikan kebenaran
sebenarnya. Namun kuasa ALLAH telah melembutkan hati Adrian agar memaafkan kesalahan kedua ibu
bapanya.
p/s
= jalan cerita di dalam AUB ini hanyalah rekaan semata-mata. Andai ada
persamaan itu hanyalah kebetulan sahaja. Semoga terhibur. Cinta tak semestinya
bersatu. Cinta sesuatu yang indah. Cinta perlukan pengorbanan.
TAMAT
11.36 am
6/ 7/ 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)



