SEDANG asyik
aku menatap potret wajah Khalisya tiba-tiba telingaku menangkap bait-bait lirik
lagu ‘Tercipta Untukku’ yang dipopularkan oleh Ungu Band. Entah kenapa bila aku
mendengar lagu ini pasti aku akan merindui dia. Ya! Dia yang telah pergi
meninggalkan aku untuk selamanya. Saat ini aku benar-benar merindukannya.
“Ya
ALLAH cucurilah rahmat-MU ke atas arwah tunangku Khalisya. Isya… tenanglah Isya
di sana. B akan sentiasa merindui dan mencintai Isya. Cinta B tetap utuh buat
Isya. In shaa ALLAH B akan menuruti pesanan Isya. B akan menikahi seorang
wanita yang tulus menyayangi B,” doaku lantas aku meraup wajah dengan kedua
belah tangan. Perlahan-lahan aku melepaskan keluhan. Badanku merasa ringan
bagaikan terlepas satu beban berat yang selama ini aku pikul. Mataku terpaku
melihat wajah Khalisya yang tersenyum padaku. Bibirnya mengungkap kata…
Isya
sayangkan B. Satu hari nanti B akan bertemu dengan seorang wanita yang akan
menjaga B lebih baik dari jagaan Isya. Redhakan pemergiaan Isya.
Setelah
berkata kelibat Khalisya hilang dibawa arus angin. Aku bingkas bangkit lalu aku
menuju ke bilik air. Usai mengambil wudhu aku mengerjakan solat sunat taubat.
Setelah itu aku membacakan surah Yassin.
“TOLONG!
Tolong!” Baru saja kakiku ingin melangkah masuk ke gerai makan, tiba-tiba aku
mendengar sayu-sayup suara seorang wanita. Mataku melilau mencari punca suara
itu. Semakin lama semakin jelas. Bebola mataku membuntang melihat seorang
lelaki berkepala botak sedang merentap tali tas tangan daripada wanita itu.
“Woi!
Kau buat apa tu?” Serentak dengan itu satu tumbukan hinggap di perut si
peragut.
Bukk!
Terduduk terus lelaki itu dengan penumbuk sulungku.
“Apa
nak jadi kau ni ha? Banyak lagi kerja lain kenapa kerja meragut ni juga yang
kau pilih?” herdikku pada lelaki berkepala botak itu. Peragut yang tertunduk
tadi menegakkan diri, menyeringai menahan sakit. Matanya merenung tajam
kepadaku namun langkah seribu terus dibukanya apabila menyedari perbuatannya
telah menarik perhatian orang ramai.
Aku
capai tas tangan itu lalu aku hulurkan pada si pemiliknya.
“Terima
kasih encik. Kalau encik tak bantu tak tahu apa nasib saya. Sudahlah banyak
barang berharga dalam beg saya ni,” ucap wanita itu. Aku terpaku melihat seraut
wajahnya. Mata, hidung, bibir serta senyumannya benar-benar mengingatkanku
mengenai Isya. Benar! Setiap inci wajah serta tubuhnya saling tak tumpah
seperti arwah Khalisya. Ya ALLAH apakah maksud ini semua?
“Encik,
encik,” seru wanita itu. Aku tersentak dari lamunan. Laju saja bibirku
mengukirkan senyuman.
“Lain
kali hati-hati sikit. Awak tu perempuan. Bahaya jalan seorang diri,” nasihatku
padanya.
“Terima
kasih atas nasihat. Tadi encik datang dari arah kedai makan tu ya? Sempat tak
makan?” soal wanita itu. Lembut kedengaran nada suaranya. Erm… meskipun
wajahnya sama seperti Isya, namun pertuturannya jauh lebih lembut. Isya… B rasa
B dah jumpa wanita yang selayaknya buat B.
“Tak
sempat. Saya baru je nak melangkah. Tiba-tiba dengar orang minta tolong,”
ujarku bersama senyuman. Aku merasakan satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam
hati. Satu perasaan yang pernah aku rasakan terhadap Isya.
“Err…
saudari ada luka dekat mana-mana?” tanyaku prihatin. Pantas dia menggeleng.
“Mari,
saya belanja makan. Sebagai tanda terima kasih.”
“Eh!
Tak mengapalah. Saya tolong dengan ikhlas,” aku menolak pelawaannya. Bukan apa.
Aku seganlah. Takkanlah dia sebagai seorang wanita nak belanja ya tak?
“Tapi
saya…”
“Kalau
nak belanja boleh. Tapi bukan belanja makan. Cukup sekadar saya tahu nama
saudari. Dan… boleh tak kalau saya berjumpa saudari selepas ini?” pantas aku
mencaras kata-katanya.
“Err…
ta… awak beritahu nama awak dulu boleh?” Ish! Comel pula aku tengok dia.
Suaranya tu bak buluh perindu.
‘Haih!
Lutfi takkan kau nak tahu nama je? Minta la nombor telefon dia. Senang kau nak contact.’ Suara hatiku saling
bertingkah.
“Err…
saudari marilah. Saya dah lapar. Dari pagi tadi saya tak makan,” pelawaku
padanya. Aku melangkah setelah dia mendahuluiku.
Taman
Tasik Titiwangsa
USAI
makan aku mengajak Wirdatul Aqisya berjalan-jalan. Terlalu indah namanya.
Seindah wajah dan perwatakannya. Benar, aku merasa bahawa hati aku sudah jatuh!
Jatuh cinta padanya. Ah! Indahnya perasaan.
“Wirda
tengok Lutfi dari tadi tersenyum. Ada sesuatu yang menggembirakan ke?” soal
Isya dengan lembut.
“Boleh
tak kalau Luth nak panggil awak Isya?” soalku spontan. Terkebil-kebil mata Isya
mendengar pemintaanku. Aku tersenyum melihat reaksinya itu. Comel sangat.
“Ke…
kenapa pula Luth nak panggil dengan nama Isya? Saya kekoklah. Tak pernah ada
orang panggil saya dengan nama tu,” beritahu Isya seraya melarikan pandangan
matanya.
“Sebenarnya
Luth pernah bertunang. Wajah, senyuman serta segalanya tentang dia benar-benar
mirip Isya. Sampaikan Luth rasa sedang berdepan dengan arwah saja. Luth
rindukan dia.” Aku menceritakan mengenai arwah Khalisya. Wajah Isya yang
tadinya tersenyum berubah mendung.
“Jadi
Luth nak berkawan dengan saya hanya semata-mata sebab Luth fikir saya ni
jelmaan arwah tunang Luth?”
“Isya…”
“Jangan
panggil saya dengan nama tu. Semakin awak panggil nama Isya, semakin awak
melukakan hati saya. Saya ingat awak jujur nak berkawan dengan saya. Saya rasa ini mungkin pertemuan pertama dan
terakhir kita. Tolong jangan muncul depan saya lagi!” ujar Isya sedikit tegas.
Segera Isya berlari kecil meninggalkan aku.
“Ya
ALLAH, apa aku dah buat ni?” Aku meraup wajah. Terasa sesal di dalam hati
membuatkan airmatanya mengalir.
Sebulan
kemudian…
AKU cuba
mendail nombor telefon yang diberikan Isya. Namun setiap pangggilanku hanya
menembusi peti simpanan suara. Aku mengeluh hampa. Aku meraup wajah yang
sedikit kusut. Saat mataku tertancap pada potret Khalisya aku merasa bagikan
dihempap batu besar. Sungguh, aku benar-benar merindui insan yang bernama
Wirdayatul Aqisya.
“Woi!
Luth, kau dah kenapa? Aku tengok kau ni macam ayam berak kapur je. Apahal? Dulu
waktu Khalisya meninggal tak ada la parah sampai macam ni. Peliklah aku,” ujar
Faiq seraya menekan alat kawalan jauh. Siaran Fear Factor menjadi pilihannya.
Aku
melepaskan keluhan berat. Dalam diam aku akui kata Faiq tadi. Perasaan cintaku
terhadap Khalisya sebenarnya tidaklah sebenar cintaku pada Isya. Kejap! Aku
cakap apa tadi? Cinta? Betul ke apa aku rasa ni? Kalau benar aku tak cintakan
Isya, kenapa aku rasa sakit, sedih bila dia menjauh dari aku? Ya ALLAH bantulah
hamba-MU ini.
“Iq,
aku ingat aku nak err… bercutilah. Kau izinkan eh? Selama ni aku tak pernah nak
cuti kan? Boleh eh aku nak cuti?” pintaku penuh mengharap.
“Kau
ada masalah ke?”
“Iq…
aku tak minta banyak. Aku cuma minta izin kau selaku majikan aku. Tolonglah Iq,
Izinkan aku pergi tenangkan hati aku ni. Boleh eh?” rayuku lagi. Melihatkan
anggukan kepala Faiq membuatkan aku mengucap syukur.
“Tapi
kau nak kemana? Kau bukan biasa nak bercuti seorang diri kan?”
“Kau
ni Iq. Aku dah besarlah. Tahulah aku jaga diri. Aku janji akan jaga diri aku
selama percutian tu nanti okey?”
“Tapi
Luth…” pantas aku mencaras kata Faiq. Haih! Kadang-kadang sikap dia ni
merimaskan aku. Terlebih prihatin sangat hu hu.
“Iq…
sudahlah. Apa kau nak risau? Sekarang zaman dah canggih. Kalau kau takut aku
sesat… bukan ke aku boleh gunakan GPS? Lagipun aku sekadar nak bercuti di
Kuantan je. Tak jauh. Kau jangan risaulah. Aku tahu kau cuba pegang janji kau
pada arwah Khalisya. Tapi Iq… sampai bila aku nak bergantung harap pada kau?
Aku cuma nak berdikari Iq. Tolonglah, kau jangan khuatir ya,” aku cuba
berlembut dengan Faiq.
“Baiklah,
aku sebagai kawan… dan sebagai abang izinkan kau pergi bercuti dengan senang
hati. Tapi… pastikan kau pergi dan balik dalam keadaan yang selamat. Tak ada
luka-luka atau calar-balar sikit pun okey? Aku sayang kau Luth. Aku dah anggap
kau macam adik aku. Sebab tu aku risau. Aku takut kau tingggalkan aku macam
mana Khalisya tinggalkan aku,” luah Faiq seraya menundukkan wajah. Aku faham
perasaannya. Jika aku sebagai tunang merasa sedih dengan pemergian Khalisya
apatah lagi Faiq sebagai abang kandung? Pasti dia merasa lebih sakit.
“Sudahlah
Iq. Kau janganlah sedih macam ni. Kau ni buat aku rasa macam nak nangis je la,”
ucapku sembari mata tidak lepas memandang potret arwah Khalisya.
“Kau
pergilah berkemas. Kau nak pergi bila? Esok eh? Hati-hati bawa kereta. Aku
sayang kau, sama macam aku sayang aku sayang arwah. Ingat tu,” pesan Faiq
seraya berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.
ENTAH mengapa, hatiku berdebar sepanjang perjalanan. Spontan
aku memegang dada. Terasa degupan jantungku semakin laju. Aku juga merasakan
bagai ada magnet yang menarikku agar bercuti ke sini. Oh! Lupa nak cakap aku
bercuti kat mana kan? He he… maaf. Aku memilih untuk bercuti di Kuantan. Dan
aku bakal menginap di Impiana Resort Cherating. Selesai sahaja proses
pendaftaran terus sahaja aku menuju ke bilik. Tubuhku terasa letih memandu
selama 4 jam perjalanan.
Baru
saja aku ingin melelapkan mata tiba-tiba HTCku bergetar. Aku mengeluh demi
sahaja melihat nama si pemanggil.
“Assalamualaikum,
Iq. Aku baru je sampai ni. Lupa pula nak beritahu,” ucapku sambil mata masih
terpejam.
“Waalaikumsalam.
Lega hati aku dengar. Kau jaga diri. Aku bukan apa Luth tapi… kau tu amanah
ALLAH untuk aku jaga. Kau kan dah tak ada sesiapa dalam dunia ni.”
“Iq,
kau satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih. Eh, nanti aku telefon
kau balik. Aku letihlah Iq.” Setelah memberi salam aku memutuskan talian.
TERASA
tenang hatiku saat mendengar deruan ombak. Tubuhku terasa dingin apabila ditiup
angin sepoi-sepoi bahasa. Betapa aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk
melihat keindahan ciptaan-NYA ini.
Sedang
aku berjalan di gigi air, tiba-tiba aku mendengar suara esak tangis seseorang.
Mataku melilau mencari dari mana datangnya suara itu. Setelah puas mencari
mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang membelakangiku.
“Siapa
gadis ni? Macam kenal. Tapi… Ish! Tak mungkinlah Isya.” Omelku perlahan khuatir
gadis itu mendengar butir bicaraku.
“Kenapa?
Kenapa awak tak habis-habis mengganggu saya? Luthfi… saya mohon agar awak pergi
jauh dari ingatan saya. Saya benci dengan nama Isya. Bila awak panggil saya
dengan nama Isya, saya terus teringatkan bekas tunang saya. Sebenarnya… panggilan
Isya tu saya khaskan buat dia. Tapi sayang… dia dah pergi tinggalkan saya untuk
selamanya.” Aku yakin bahawa aku tidak tersilap dengar. Suara itu jelas milik
Isya! Isya yang selama ini aku cari. Aku terpaku demi sahaja mendengar luahan
hati Isya. Jantungku berdegup kencang saat mendengar bibir comelnya menyebut
namaku. Baru saja aku ingin mengatur langkah mendekatinya tiba-tiba aku
mendengar lagi luahan hatinya terhadapku.
“Tapi
apa yang saya hairan sekarang ialah hati saya. Selama satu bulan ni saya cukup
terseksa. Saya rindukan awak. Tapi… saya tak tahu nak cari awak dekat mana.
Memang… saya ingin awak menjauh dari saya. Tapi saya tak mampu. Bibir saya
mengatakan benci. Sedangkan hati saya benar-benar rapuh tanpa awak. Hati saya
ingin awak ada dekat dengan saya. Saya sendiri tak faham kenapa saya rasa macam
ni.”
Tergamam!
Aku benar-benar tidak menyangka sebegitu besar sayangnya padaku. Ya ALLAH
adakah ini dinamakan jodoh? Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Aku berdehem
untuk menarik perhatiannya.
“Assalamualaikum
Isya. Maaf sebab Luth tak sengaja terdengar luahan hati Isya. Benar ke apa yang
Isya cakapkan tadi?” tanyaku dengan lembut.
Saat
Isya menoleh padaku aku tergamam. Ya ALLAH kasihan Isya. Pasti dia banyak
menangis hingga matanya sembap.
“Pergilah
Luth… Sa… saya tak perlukan awak,” ujar Isya. Cukup perlahan.
“Isya…
kenapa awak nak berbohong pada hati awak? Awak sayangkan saya bukan? Isya
dengar sini apa yang Luth nak cakap. Saya Luthfi Ikhwan benar-benar sayang dan
cintakan awak Wirdayul Aqisya. Saya tahu kita baru berjumpa dua kali. Itupun
secara kebetulan. Tapi Isya… kebetulan itu bukan sekadar kebetulan biasa.
Maksud Luth… kebetulan itu dirancang. Dirancang kemas oleh DIA. Isya… ALLAH
S.W.T mempertemukan kita kerana DIA tahu kita saling memerlukan. Luth
benar-benar sayangkan Isya. Bahkan sayang Luth pada Isya, lebih dalam dari
sayang Luth pada arwah tunang Luth,” luahku pada Isya. Dia hanya diam tak
berkutik. Tak lama kemudian aku mendengar esak tangisnya. Ingin saja aku
mendakap tubuh itu. Namun aku tahu masih ada batas di antara kami.
“Se…
sebenarnya Is… Isya pun sayangkan Luth. Sikap prihatin Luth sama macam arwah
tunang Isya. Luth… Isya nak tahu satu perkara. Tapi Luth jawap dengan jujur
ya?” pintanya setelah tangisnya mula reda. Aku hanya menggangguk.
“Benar
Luth sayangkan Isya?” Terdiam aku demi sahaja mendengar soalan berani matinya.
Ya ALLAH apakah ini bermakna Isya sudah menerimaku? B dah jumpa insan yang
boleh menjaga B. Semoga Isya tenang di alam sana. B akan tetap mencintai Isya
biarpun tempat Isya di hati B sudah terisi.
“Err…
kenapa Isya tanya? Okey, Luth jujur dengan Isya. Memang kita baru kenal. Tapi
itu semua bukanlah nilai untuk mengukur keihlasan hati Luth. Memang pada
awalnya Luth sayangkan Isya sebab wajah Isya yang mirip dengan Khalisya. Tapi…
sejak sebulan yang lalu Luth sedar bahawa Luth sebenarnya mencintai Isya kerana
peribadi Isya sendiri. Isya… sudi tak kiranya awak menjadi pendamping Luth di
dunia dan akhirat?” usai meluah isi hatiku, terus saja aku lamar dia.
Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi berjauhan darinya.
“Saya
Wirdayatul Aqisya sudi menerima awak Luthfi Ikhwan. Tapi saya mahu awak
berjanji takkan tinggalkan saya. Saya tak mahu kehilangan cinta buat kali
kedua,” pinta Isya seraya menggangguk kepala beberapa kali. Ingin saja aku
melompat bintang di situ. Terlalu bahagia mungkin.
“In shaa ALLAH,
hanya ajal yang akan memisahkan kita. Luth sayangkan Isya hari ini, esok dan
selamanya,” bisikku di telinganya. Dia tersenyum manis. Deruan angin menjadi
saksi lambang cinta kami.
Setahun
Kemudian…
“DAYANA, jangan main kotor sayang,” seru
isteriku seraya melabuhkan punggung di sebelahku.
“Terima
kasih sayang. B bahagia sangat. Sayang dan Dayana adalah bidadari hidup B.
Terima kasih juga pada ALLAH. Kerana DIA yang mempertemukan kita dengan cara
yang sangat indah,” ucapku seraya mengucup pipi Isya. Isya merangkul erat
tubuhku seakan tidak mahu dilepaskan lagi.
“Terima
kasih juga pada B. Kalau B tak tolong Isya masa tu mungkin kita tak kenal. B…
Isya sayangkan B selamanya. Terima kasih kerana sudi menyayangi Isya.”
Menatap indahnya senyuman di
wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra
terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku…
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Isya menepuk tangan setelah aku selesai
menyanyikan lagu tema cinta kami. Sama seperti tema cintaku bersama Khalisya.
Tercipta Untukku itulah yang akan selalu aku dendangkan buat isteri yang
sayangi ini.
Sesungguhnya Khalisya adalah cinta
pertamaku. Namun kehadiran Wirdayatul Aqisya adalah jodohku. Aku memohon pada
Yang Maha Esa agar memanjangkan perjodohan ini kerana hatiku benar-benar tidak
sanggup kehilangannya.
“Sayang… sesungguhnya sayang adalah
ciptaan terindah buat B. Sayang ciptaan ALLAH yang sememangnya tercipta hanya
buat Luthfi Ikhwan,” bisikku di telinganya. Dia menyembamkan wajah di dadaku.
Aku menyimpul senyum melihat wajahnya yang sudah merona merah itu.
“Isya harap jodoh kita akan berkekalan. In shaa ALLAH.”
“In shaa ALLAH sayang,” ucapku seraya
mendakapnya lebih erat. Dayana yang melihat kami sudah menutup mukanya. Anak
aku tu pemalu sangat. Ikut perangai mama dia agaknya.
“Isya cintakan Luthfi Ikhwan.”
“B cintakan Wirdayatul Aqisya,” balasku
lantas kami ketawa bahagia.
Mungkin yang pergi itu CINTA, tapi yang
akan datang JODOH. Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang,
tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita. Kerana janji ALLAH itu
pasti. Dan aku berdoa agar kalian menemui cinta sejati di dalam hidup kalian.
tamatlah sudah. pendek je heeee

Good job kak.. X kisahla pendek... Asalkan best.. :)
ReplyDeletetq dik sudi baca n komen heeee :)
ReplyDeleteakak thumbs up (Y)..tp pendek lorh, x puas baca. hehe
ReplyDeletehahaha, kan dah ckp pendek je ngeeeee
ReplyDelete