AKU cuba
mengekori langkah jejaka itu. Aku merasa kasihan melihat wanita yang diheret
kasar oleh jejaka yang tidak berhati perut itu. Sesampai saja di sebuah rumah
yang masih dalam pembikinan wanita itu ditolak hingga jatuh menyembah tanah.
Hujan turun mencurah-curah pada
malam itu. Saat mendengar jeritan wanita itu, aku cuba untuk membantu wanita
itu. Namun terhenti pergerakanku apabila mendengar jeritan jejaka itu.
“Kau
nak lari ke mana ha? Aku tak kira hari ni kau mesti mati! Kau tinggalkan aku
sebab nak kahwin dengan orang yang lebih kaya dari aku? Jahanam kau Jessica!” Teriak si jejaka.
“Lepaskan
aku Jack! Bukan niat aku nak curang pada kau. Maafkan aku,” rayu Jessica.
Jack
mengeluarkan sebilah pisau dari belakang seluarnya lantas mendekatkan pisau itu
di leher Jessica. Aku melihat Jessica terdiam, matanya terbeliak besar.
Tiba-tiba
aku merasa kawasan ngeri itu bertukar menjadi panas. Api menyala di segenap
kawasan. Semakin lama semakin marak api itu.
“Tolong!
Panas! Tolonggg…! Aku menjerit meminta bantuan. Namun tidak seorang pun
menolongku.
Aku
terbagun dari lena. Meninggalkan mimpi yang mengerikan itu. Nafasku turun naik,
peluh merenik di dahi. Aku cuba bertenang dan melihat keadaan sekeliling. Mimpi
itu datang lagi. Sejak aku duduk di VILLA ini sering kali tidurku di datangi
mimpi yang aneh.
TOK! TOK! TOK!
Sedang
aku bermalas-malasan di atas sofa aku mendengar ketukan dipintu bertalu-talu.
Suara TV aku perlahankan untuk mendengar dengan lebih jelas. Dengan langkah
malas aku bangkit untuk melihat gerangan siapa yang mengganguku. Elok sahaja
aku ingin memulas tombol pintu tiba-tiba sahaja ketukan tadi berhenti.
Aku
berdecit lalu aku menghayun kaki ingin ke sofa semula. Saat itu juga aku
mendengar ketukan di pintu. Semakin lama semakin kuat, bagaikan ingin roboh
pintu itu. Dengan perasaan amarah aku membuka pintu. Namun saat aku membuka
pintu aku tiada pula melihat kelibat
sesiapa.
sesiapa.
“Siapa
pula yang main-main dengan aku ni? Serta merta tubuhku merasa seram sejuk.
Pantas aku menutup pintu dan mengatur langkah ke sofa semula.
Siaran
televisyen tidak lagi menarik perhatianku. Kepalaku sarat memikirkan perkara
tadi. Entah siapalah yang sedang mempermainkan aku. Sedang asyik aku melayan
perasaan, aku seperti terdengar suara orang menarik sofa. Yang pastinya
bunyinya itu agak menyeramkanku. Tiba-tiba saja romaku berdiri tegak.
Srekk!
Aku
menelan liur yang terasa bagaikan berpasir. Dalam kepalaku mula memikirkan
bunyi yang datangnya hampir denganku.
“Aku
tak ganggu kau. Kau jangan ganggu aku!” ujarku dengan perlahan.
Menggigil
tubuhku badanku saat mendengar hilai tawa yang mendayu-dayu. Terasa mahu
menangis saja tika itu. Serta merta aku teringatkan cerita mengenai Villa yang
sekarang aku diami itu. Kata orang berhampiran, Villa ini memang agak keras
sedikit. Sebelum aku, ramai lagi penghuni yang menyewa. Namun disebabkan tidak
tahan gangguan mereka tidak lagi menyewa di sini. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku benar-benar tertarik saat
pertama kali aku melihat keindahan yang ada di Villa ini. Vilaa yang cantik,
perabotnya juga diimport. Dengan hiasan dalaman ala-ala perancis membuatkan
hatiku benar-benar tertarik. Sebab itulah aku hanya memekak telinga saat orang
ramai mengatakan tentang Villa ini yang kononnya berpenghuni itu.
Ada
juga yang mengatakan pernah ternampak hantu penanggal yang berkeliaran
berdekatan Villa. Namun aku hanya diam tanpa bicara, kerana di Villa Astana Aku
mencapai remote TV lalu aku kuatkan suara TV.
“Mon,
Monica, kau ni pekak ke?” sergah satu suara dari arah belakang.
Lambat-lambat
aku menoleh pada suara itu.
“Han...
hantu,” teriakku seraya menutup wajah dengan bantal empat segi
yang berada di sofa itu.
yang berada di sofa itu.
“Woi.
Hantu kepala otak kau. Ni akulah. Mary Ann. Hei! Are you okay?"
soal suara itu lagi. Perlahan-lahan aku menolak bantal yang aku jadikan perisai tadi.
soal suara itu lagi. Perlahan-lahan aku menolak bantal yang aku jadikan perisai tadi.
“Ish!
Kau ni Mary. Malam-malam buta ni bertepek bedak sejuk tu kenapa? Mahunya aku
tak takut. Dah la tadi...” terhenti kata-kataku saat Mary duduk di sebelahku.
Saat Mary menggengam tanganku, aku dapat rasakan bahawa Mary juga mendengar apa
yang aku dengar tadi.
“Kau
pun dengar? Mon aku takut. Tadi masa aku mandi aku dengar ada orang cakar pintu
bilik air. Mon aku ta... takut.”
“Betul
ke kau dengar ni?” soalku inginkan kepastian.
Melihat
anggukan Mary aku semakin pasti bahawa Villa ini sememangnya berpuaka. Sedang
asyik kami berpandangan tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi salakan anjing
yang mendayu-dayu. Serta merta aku teringatkan kata-kata mommy.
“Auuwwooo…”
“Kalau
bunyi anjing tu dekat dan sayup-sayup bermakna anjing itu sebenarnya jauh. Tapi
kalau bunyi itu jauh bermakna anjing tu dekat dengan tempat kita.”
“Mon,
Monica. Hei! Kau kenapa ni?” sergah Mary lalu menggoncangkan tubuhku.
Tiba-tiba
televisyen yang masih terpasang itu terpadam dengan sendirinya seolah-olah ada
seseorang yang menutupnya. Kami saling berpandangan. Saat kami ingin berlari ke
tingkat atas tiba-tiba kami mendengar hilaian yang sangat menyeramkan. Semakin
kami berlari
semakin kuat hilaiannya itu. Aku sudah ketar lutut. Menggigil seluruh badanku tika itu.
semakin kuat hilaiannya itu. Aku sudah ketar lutut. Menggigil seluruh badanku tika itu.
“Mon...Monica!”
jerit Mary dari belakangku.
Saat
aku memandang ke arah yang ditunjukkan Mary aku turut menjerit.Aku menangis
semahu-mahunya. Terasa mahu pitam saja apabila hantu penanggal yang tidak
berbadan itu memandangku tajam. Dengan matanya yang merah, usus pula terburai
membuatkan aku tidak cukup tanah untuk berlari.
Pantas
aku mencapai tangan Mary. Kami berlari di kawasan yang aku sendiri tidak
mengetahui lokasinya. Aku menjeling kawasan yang penuh dengan belukar. Nafasku
terasa tersekat di kerongkong saat melihat satu kelibat yang sangat mengerikan
di hadapanku.
“Ma…
Mary,” teriakku kuat. Badanku menggigil. Peluh mula merenik di dahi serta
tubuhku.
“Monica…
kita dekat mana ni?” bisik Mary di telingaku.
“Aku
tak… tahu. Aku rasa tempat ni macam dah lama ditinggalkan je. Baik kita cari
jalan keluar sekarang!” tegasku seraya membalas genggaman tangan Mary.
Saat
aku mengatur langkah tiba-tiba aku terasa bagaikan seseorang menepuk bahuku.
Aku cuba menepis. Sangkaku Mary yang menyentuhku.
“Mary,
janganlah cuit-cuit aku!” marahku pada Mary. Namun saat terasa ada lendir yang
mengalir di bahu, aku memberanikan diri untuk menoleh.
Kejung
seluruh tubuhku apabila aku melihat bukan Mary di sebelahku, namun makhluk yang
sangat mengerikan. Rambutnya yang panjang mengurai hingga mencecah tanah.
Matanya yang merah. Baunya yang busuk sangat meloyakan tekakku. Wajahnya juga
cukup mengerikanku.
Aku
menutup telinga sambil berlari dari dikejar makhluk tersebut. Sesekali aku
menoleh ke belakang. Bunyi hilaiannya sangat menyeramkanku. Entah bagaimana
saat aku menoleh ke belakang kakiku tersadung pada akar pokok. Melihat saja
pokok besar itu cukup membuatkan aku kecut perut. Dengan akarnya yang
berselirat, dahannya yang berjuntaian. Aku menelan liur. Aku melihat keadaan
sekeliling sepertinya di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Simen-simen
juga masih basah dek air hujan.Aku bagaikan terpaku apabila satu-persatu
kejadian bermain di mataku.
“Kau
kejam! Sampai hati kau curang di belakang aku.” Jerit satu suara.
“Maafkan
aku Jack,” lirih kedengaran suara wanita itu. Aku cuba meneliti wajah lelaki
dan juga wanita itu. Namun sayang semuanya kabur.
“Maaf?
Kau sudah curang Jessica. Jadi kau harus mati!” teriak Jack seraya mengelar
leher wanita itu.
Aku
cuba teriak menghalang wanita yang bernama Jessica itu dari dibunuh. Namun
lelaki itu tetap mengelar leher Jessica dengan sadisnya. Setelah itu, Jack
menghisap pula darah Jessica. Saat mataku bertentangan mata Jack aku mula
merasa ketar lutut.
“Ya
TUHAN selamatkan aku,” sempat aku menititipkan doa.
Aku
menggigil ketakutan saat lelaki itu mendekatiku. Dia memandangku tajam seraya
menghunus pisau ke wajahku. Aku menangis seraya menutup muka.
“Monica
kau pergi mana tadi?” soal Mary terketar-ketar nadanya. Serta merta kelibat
Jack dan juga Jessica lesap. Hilang entah kemana.
Saat
aku membuka mata aku mendakap tubuh Mary. Menggigil tubuh badanku dengan apa
yang aku lihat sebentar tadi. Aku menyorot mata sekeliling. Syukur kami sudah
pun kembali ke alam nyata. Aku memerhati sekeliling Villa. Bila berpuas hati
aku menarik tangan Mary untuk menaiki tangga ke tingkat atas.
“Kau
okey?” soal Mary padaku.
“Aku
okey. Cuma rasa seram tu ada lagi. Jomlah kita tidur.” Ajakku sambil mengatur
langkah ke bilikku.
Mary
hanya menurut kataku. Sampai saja di biliknya tiba-tiba Mary berpatah balik.
Dia mendekatiku.
“Monica
malam ni aku nak tidur dengan kaulah. Aku… tak berani tidur seorang. Boleh
tak?” pinta Mary penuh mengharap. Aku menggangguk kepala setuju.
p/s = hope enjoy baca kisah ni :)

