Monday, June 30, 2014

VILLA MISTERI














AKU cuba mengekori langkah jejaka itu. Aku merasa kasihan melihat wanita yang diheret kasar oleh jejaka yang tidak berhati perut itu. Sesampai saja di sebuah rumah yang masih dalam pembikinan wanita itu ditolak hingga jatuh menyembah tanah.
           
 Hujan turun mencurah-curah pada malam itu. Saat mendengar jeritan wanita itu, aku cuba untuk membantu wanita itu. Namun terhenti pergerakanku apabila mendengar jeritan jejaka itu.

“Kau nak lari ke mana ha? Aku tak kira hari ni kau mesti mati! Kau tinggalkan aku sebab nak kahwin dengan orang yang lebih kaya dari aku? Jahanam  kau Jessica!” Teriak si jejaka.

“Lepaskan aku Jack! Bukan niat aku nak curang pada kau. Maafkan aku,” rayu Jessica.

Jack mengeluarkan sebilah pisau dari belakang seluarnya lantas mendekatkan pisau itu di leher Jessica. Aku melihat Jessica terdiam, matanya terbeliak besar.

Tiba-tiba aku merasa kawasan ngeri itu bertukar menjadi panas. Api menyala di segenap kawasan. Semakin lama semakin marak api itu.

“Tolong! Panas! Tolonggg…! Aku menjerit meminta bantuan. Namun tidak seorang pun menolongku.

Aku terbagun dari lena. Meninggalkan mimpi yang mengerikan itu. Nafasku turun naik, peluh merenik di dahi. Aku cuba bertenang dan melihat keadaan sekeliling. Mimpi itu datang lagi. Sejak aku duduk di VILLA ini sering kali tidurku di datangi mimpi yang aneh.


TOK! TOK! TOK!


Sedang aku bermalas-malasan di atas sofa aku mendengar ketukan dipintu bertalu-talu. Suara TV aku perlahankan untuk mendengar dengan lebih jelas. Dengan langkah malas aku bangkit untuk melihat gerangan siapa yang mengganguku. Elok sahaja aku ingin memulas tombol pintu tiba-tiba sahaja ketukan tadi berhenti.

Aku berdecit lalu aku menghayun kaki ingin ke sofa semula. Saat itu juga aku mendengar ketukan di pintu. Semakin lama semakin kuat, bagaikan ingin roboh pintu itu. Dengan perasaan amarah aku membuka pintu. Namun saat aku membuka pintu aku tiada pula melihat kelibat
sesiapa.

“Siapa pula yang main-main dengan aku ni? Serta merta tubuhku merasa seram sejuk. Pantas aku menutup pintu dan mengatur langkah ke sofa semula.

Siaran televisyen tidak lagi menarik perhatianku. Kepalaku sarat memikirkan perkara tadi. Entah siapalah yang sedang mempermainkan aku. Sedang asyik aku melayan perasaan, aku seperti terdengar suara orang menarik sofa. Yang pastinya bunyinya itu agak menyeramkanku. Tiba-tiba saja romaku berdiri tegak.

Srekk!

Aku menelan liur yang terasa bagaikan berpasir. Dalam kepalaku mula memikirkan bunyi yang datangnya hampir denganku.

“Aku tak ganggu kau. Kau jangan ganggu aku!” ujarku dengan perlahan.

Menggigil tubuhku badanku saat mendengar hilai tawa yang mendayu-dayu. Terasa mahu menangis saja tika itu. Serta merta aku teringatkan cerita mengenai Villa yang sekarang aku diami itu. Kata orang berhampiran, Villa ini memang agak keras sedikit. Sebelum aku, ramai lagi penghuni yang menyewa. Namun disebabkan tidak tahan gangguan mereka tidak lagi menyewa di sini. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku benar-benar tertarik saat pertama kali aku melihat keindahan yang ada di Villa ini. Vilaa yang cantik, perabotnya juga diimport. Dengan hiasan dalaman ala-ala perancis membuatkan hatiku benar-benar tertarik. Sebab itulah aku hanya memekak telinga saat orang ramai mengatakan tentang Villa ini yang kononnya berpenghuni itu.

Ada juga yang mengatakan pernah ternampak hantu penanggal yang berkeliaran berdekatan Villa. Namun aku hanya diam tanpa bicara, kerana di Villa Astana Aku mencapai remote TV lalu aku  kuatkan suara TV.

“Mon, Monica, kau ni pekak ke?” sergah satu suara dari arah belakang.

Lambat-lambat aku menoleh pada suara itu.

“Han... hantu,” teriakku seraya menutup wajah dengan bantal empat segi
yang berada di sofa itu.

“Woi. Hantu kepala otak kau. Ni akulah. Mary Ann. Hei! Are you okay?"
soal suara itu lagi. Perlahan-lahan aku menolak bantal yang aku jadikan perisai tadi.

“Ish! Kau ni Mary. Malam-malam buta ni bertepek bedak sejuk tu kenapa? Mahunya aku tak takut. Dah la tadi...” terhenti kata-kataku saat Mary duduk di sebelahku. Saat Mary menggengam tanganku, aku dapat rasakan bahawa Mary juga mendengar apa yang aku dengar tadi.

“Kau pun dengar? Mon aku takut. Tadi masa aku mandi aku dengar ada orang cakar pintu bilik air. Mon aku ta... takut.”

“Betul ke kau dengar ni?” soalku inginkan kepastian.

Melihat anggukan Mary aku semakin pasti bahawa Villa ini sememangnya berpuaka. Sedang asyik kami berpandangan tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi salakan anjing yang mendayu-dayu. Serta merta aku teringatkan kata-kata mommy.

“Auuwwooo…”

“Kalau bunyi anjing tu dekat dan sayup-sayup bermakna anjing itu sebenarnya jauh. Tapi kalau bunyi itu jauh bermakna anjing tu dekat dengan tempat kita.”

“Mon, Monica. Hei! Kau kenapa ni?” sergah Mary lalu menggoncangkan tubuhku.

Tiba-tiba televisyen yang masih terpasang itu terpadam dengan sendirinya seolah-olah ada seseorang yang menutupnya. Kami saling berpandangan. Saat kami ingin berlari ke tingkat atas tiba-tiba kami mendengar hilaian yang sangat menyeramkan. Semakin kami berlari
semakin kuat hilaiannya itu. Aku sudah ketar lutut. Menggigil seluruh badanku tika itu.

“Mon...Monica!” jerit Mary dari belakangku.

Saat aku memandang ke arah yang ditunjukkan Mary aku turut menjerit.Aku menangis semahu-mahunya. Terasa mahu pitam saja apabila hantu penanggal yang tidak berbadan itu memandangku tajam. Dengan matanya yang merah, usus pula terburai membuatkan aku tidak cukup tanah untuk berlari.

Pantas aku mencapai tangan Mary. Kami berlari di kawasan yang aku sendiri tidak mengetahui lokasinya. Aku menjeling kawasan yang penuh dengan belukar. Nafasku terasa tersekat di kerongkong saat melihat satu kelibat yang sangat mengerikan di hadapanku.

“Ma… Mary,” teriakku kuat. Badanku menggigil. Peluh mula merenik di dahi serta tubuhku.

“Monica… kita dekat mana ni?” bisik Mary di telingaku.

“Aku tak… tahu. Aku rasa tempat ni macam dah lama ditinggalkan je. Baik kita cari jalan keluar sekarang!” tegasku seraya membalas genggaman tangan Mary.

Saat aku mengatur langkah tiba-tiba aku terasa bagaikan seseorang menepuk bahuku. Aku cuba menepis. Sangkaku Mary yang menyentuhku.

“Mary, janganlah cuit-cuit aku!” marahku pada Mary. Namun saat terasa ada lendir yang mengalir di bahu, aku memberanikan diri untuk menoleh.

Kejung seluruh tubuhku apabila aku melihat bukan Mary di sebelahku, namun makhluk yang sangat mengerikan. Rambutnya yang panjang mengurai hingga mencecah tanah. Matanya yang merah. Baunya yang busuk sangat meloyakan tekakku. Wajahnya juga cukup mengerikanku.

Aku menutup telinga sambil berlari dari dikejar makhluk tersebut. Sesekali aku menoleh ke belakang. Bunyi hilaiannya sangat menyeramkanku. Entah bagaimana saat aku menoleh ke belakang kakiku tersadung pada akar pokok. Melihat saja pokok besar itu cukup membuatkan aku kecut perut. Dengan akarnya yang berselirat, dahannya yang berjuntaian. Aku menelan liur. Aku melihat keadaan sekeliling sepertinya di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Simen-simen juga masih basah dek air hujan.Aku bagaikan terpaku apabila satu-persatu kejadian bermain di mataku.

“Kau kejam! Sampai hati kau curang di belakang aku.” Jerit satu suara.

“Maafkan aku Jack,” lirih kedengaran suara wanita itu. Aku cuba meneliti wajah lelaki dan juga wanita itu. Namun sayang semuanya kabur.

“Maaf? Kau sudah curang Jessica. Jadi kau harus mati!” teriak Jack seraya mengelar leher wanita itu.

Aku cuba teriak menghalang wanita yang bernama Jessica itu dari dibunuh. Namun lelaki itu tetap mengelar leher Jessica dengan sadisnya. Setelah itu, Jack menghisap pula darah Jessica. Saat mataku bertentangan mata Jack aku mula merasa ketar lutut.

“Ya TUHAN selamatkan aku,” sempat aku menititipkan doa.

Aku menggigil ketakutan saat lelaki itu mendekatiku. Dia memandangku tajam seraya menghunus pisau ke wajahku. Aku menangis seraya menutup muka.

“Monica kau pergi mana tadi?” soal Mary terketar-ketar nadanya. Serta merta kelibat Jack dan juga Jessica lesap. Hilang entah kemana.

Saat aku membuka mata aku mendakap tubuh Mary. Menggigil tubuh badanku dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Aku menyorot mata sekeliling. Syukur kami sudah pun kembali ke alam nyata. Aku memerhati sekeliling Villa. Bila berpuas hati aku menarik tangan Mary untuk menaiki tangga ke tingkat atas.

“Kau okey?” soal Mary padaku.

“Aku okey. Cuma rasa seram tu ada lagi. Jomlah kita tidur.” Ajakku sambil mengatur langkah ke bilikku.

Mary hanya menurut kataku. Sampai saja di biliknya tiba-tiba Mary berpatah balik. Dia mendekatiku.

“Monica malam ni aku nak tidur dengan kaulah. Aku… tak berani tidur seorang. Boleh tak?” pinta Mary penuh mengharap. Aku menggangguk kepala setuju.





p/s = hope enjoy baca kisah ni :)

0 comments:

Post a Comment

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design