ASSALAMUALAIKUM semua peminat novel serta cerpen ini aku nak cakap sikit aku dan 10 penulis lain akan terlibat dalam projek amal seperti tajuk n3 ni. heeee separuh daripada pembelian ANDA2 yang baik hati akan kami sumbangkan pada rumah anak-anak yatim. dan aku harap sangat kerjasama semua. in shaa ALLAh doakan kami ya. harap anda sudi untuk membantu kami merealisasikan impian kami. sedikit huluran bantuan dari anda namun besar GANJARAN PAHALA yang bakal anda terima in shaa ALLAH.
ini aku bagi sedutan sikit dlm cerpen yang akan dimuat naik dlm antologi ni
KEKASIH ABADI- kisah SURI DAN SYAH
DARI
hari ke hari ikatan yang terjalin antara Suri dan Syah semakin akrab. Malah
Syah kerap kali berkunjung ke pasaraya di mana tempat Suri bekerja. Alasannya
hanya satu. Hanya untuk membeli baju. Sebenarnya alasan yang lebih kukuh adalah
untuk menatap seraut wajah Suri. Itu hakikatnya. Sungguh sehari tidak bertemu
membuatkan hatinya merasa rindu yang teramat
sangat.
“Err…
Syah ni selalu datang ke mari tidak marahkah nanti kekasih Syah?” Syah hanya
tersenyum tika soalan itu terpacul dari ulas bibir Suri.
“Kalau
Syah dah ada kekasih untuk apa lagi Syah ke sini setiap minggu? Suri jangan
risau. Syah belum berpunya. Syah sedang menanti masa yang sesuai untuk berterus
terang dengan wanita kesayangan Syah.. Tapi… Syah masih belum punya kekuatan
untuk memberitahu dia. Bimbang Syah tak diterima. Malu Syah nanti,” ujar Syah
dengan perlahan. Cukup perlahan.
Suri
sudah mula berubah riak. Wajah yang tadinya ceria bertukar mendung. Namun dia
cuba untuk tersenyum. Tidak mahu jejaka di hadapannya mengetahui rahsia
hatinya.
“Err…
beritahu sajalah. Suri yakin dia tidak akan menolak. Lagipun tiada alasan untuk
wanita itu menolak insan sebaik Syah. Syah lelaki yang sopan, handsome, dan Syah juga tak pernah mengambil
kesempatan. Itu yang bagus tentang Syah.”
Terasa
kembang hatinya tatkala diri dipuji oleh wanita idaman hati. Suri tak sukakan
Syah? Ingin saja dia mengajukan solan tersebut pada Suri. Namun bimbang pula
andai Suri menolaknya mentah-mentah. Tidak fasal saja menanggung malu nanti.
Tanggung malu tak apalah lagi. Jangan tanggung bebanan perasaan. Kes berat tu.
Huhu…
“Boleh
Suri tanya sesuatu?”
“Tanya
apa Suri?” soalan berbalas soalan.
“Err…
selama kita kenal, dah 27 hari kita kenal. Suri tak pernah tahu tentang perkerjaan
Syah. Syah kerja apa sebenarnya?” tanya Suri sekaligus mengalih topik. Bimbang
hatinya terluka andainya topik ‘wanita idaman’ terus menjadi bualan.
“Suri
tak pernah tanya,” ujar Syah bersahaja. Lantas dia ketawa sebelum menyambung
kembali kata-katanya. “Syah kerja biasa saja. Syah ada buka kedai carwash. Kecil-kecilan saja.”
“Oh,
baguslah. Tak macam Suri kerja jadi kuli je,” ujar Suri sambil tersenyum manis.
“Kadang-kadang
kita harus belajar dari hidup bersederhana, agar kita tidak mendongak ke langit
dengan angkuhnya,” kata Syah penuh makna tersirat.
cerpen kedua yang akan dimuatnaikkan
AKU CINTA BABYSITTER? GILALAH!-kisah ADAM DAN ADEL
HANAN
memandang atas ke bawah insan dihadapannya. Dia agak keliru dengan identiti
insan tersebut. Dengan seluar pendek separas lutut, T-shirt tanpa lengan dengan
rambut pendeknya lagi sungguh dia keliru. Itu belum lagi tengok pada rantainya.
Huh! Rantai besar gedabak dah macam rantai motor saja. Mak oiii! Gelang tu
kalau jatuh cicak mahu mampus terus ni. Tajam giler.
“Err. Encik nak jumpa siapa?” tanya Hanan teragak-agak. Encik ke Cik ni? Aku ni pula main belasah je. Confident sangat ke dia tu lelaki? Kalau perempuan yang berdiri depan aku ni tak ke malu aku nanti?
Ish!
Ni gua panas ni. Ada ke gua ni rockers
ni panggil encik? Rengus Adel di dalam hati. Dia meneliti penampilan dirinya.
Hek eleh memang patut pun. Penampilan gua hari ni memang dah gaya macam lelaki
rupanya. Ceh! Buat malu je. Kalau kerja yang gua nak pohon ni tak dapat macam
mana eh? Mana ceruk lagi gua nak cari kerja?
“Assalamualaikum,”
sapa Adel seraya mengangkat tangan.
Gurlp!
Suara lembut macam suara perempuan. Tapi caranya macam kasar je. Ish! Untuk apa
aku nilai luarannya? Hanan, Hanan tak baik la macam tu. Cepat dia beristighfar
sedar akan keterlanjuran fikirannya.
“Errr…
walaikumussalam. Nak jumpa siapa ya?” tanya Hanan agak gugup. Bimbang
seandainya dimarahi kerana keterlanjurannya memanggil insan tersebut dengan
panggilan ‘encik’.
“Gua
nak jumpa bos lu. Tadi gua ada nampak iklan dekat luar tu. Tengah cari babysitter eh? Elok sangatlah tu. Gua
memang suka bebudak,” ujar Adel seraya tersenyum manis.
“Oh,
kalau macam tu cik tunggu sebentar ya. Saya nak informkan pada bos saya dulu.”
Adel
menggangguk kepala seraya tersenyum. Dia menghantar pandangan hingga susuk
tubuh gadis tadi hilang dari pandangan mata. Sementara menunggu matanya melilau
melihat sekeliling ruang pejabat. Kira okeylah pejabat macam ni. Kan bagus
kalau gua kahwin dengan owner
syarikat ni. haha… usahlah lu berangan Adel. Dengan penampilan lu macam ni lu
rasa ada ke yang nak ambil lu jadi bini?
“Cik.”
Adel menoleh ke belakang tatkala mendengar suara itu menyapanya. Bibirnya
mengukir senyuman yang tulus ikhlas.
“Awak
boleh masuk. Errr… hope awak dapat
kerja tu. Dah lama bos saya cari orang yang sesuai. Tapi yang datang temuduga
semuanya hampeh belaka. So saya harap kerja tu memang khas buat awak,” ucap
Hanan seikhlasnya. Hatinya merasa damai tatkala bibir insan di hadapannya
mengukir senyum.
Adel
menolak daun pintu apabila mendengar arahan untuknya melangkah masuk dari
dalam. Dia melemparkan senyuman buat jejaka yang sedang asyik merenungnya itu.
Bagai
ingin tersembul keluar biji mata Adam apabila melihat perwatakan gadis itu. Mak
aihhh! Mampu ke ‘minah’ ni jaga anak aku? Dah macam rupa apa aje aku tengok.
Macam rockers sangat je. Kalau di
deranya anak-anak aku macam mana? Suara hatinya saling bertingkah. Tapi… macam
pernah tengok je minah ni. Kat mana ya aku jumpa dia?
Ish!
Macam pernah nampak. Ala, gua tak ingatlah. Tak penting. Apa yang penting
sekarang gua nak cari kerja. Muktamad!
“Errr…
ada urusan apa ya you datang ni?” tanya Adam pura-pura tidak tahu. Dia memberi arahan
untuk Adel melabuhkan duduknya.
“Gua
jalan-jalan tadi. Tapi gua nampak ada tampal iklan kat depan tu. Lu eh, maaf.
Gua dah terbiasa la. Memang dari dulu lagi gua kasar macam ni. Betul ke encik
nak cari pekerja untuk jaga anak-anak encik?” Adam yang tadinya terkejut
mendengar bahasa yang digunakan Adel cuba untuk mengawal riak wajah.
“Ya,
memang I nak cari babysitter.”
“Kalau
macam tu gua nak mohon kerja tu boleh? Gua memang…” pantas Adam mencaras
kata-kata Adel.
“You?
You nak kerja jadi babysitter? Haha…
I rasa kalau you jadi babysitter entah
macam manalah rupa anak I nanti. Boleh you jamin yang anak-anak I akan
baik-baik saja bawah jagaan you?” penuh sinikal kata-kata Adam.
Adel
mengecilkan matanya. Jika diturutkan hati ingin saja dia mencekik jejaka itu.
Ingat gua ni teruk sangat ke? Setakat pemakaian gua ni ingat gua tak ada
perasaan? Argh! Tipikal masyarakat sekarang. Selalu saja pandang rendah pada
orang macam gua ni. Gua tahulah pemakaian gua tak serupa macam perempuan kat
luar sana. Tapi perlu ke pandang rendah pada gua?
“Pemakaian
you pun tidak membuktikan bahawa you serius untuk bekerja. Asal you tahu ya I
takkan mudah untuk serahkan anak-anak I bawah jagaan orang. Lagipun tengok cara
you bercakap pun dah buat I rasa ragu-ragu untuk ambil you bekerja. Heh!”
sambung Adam lagi. Entah mengapa matanya terasa tidak berkenan akan pemakaian
gadis itu. Erk? Boleh ke kata gadis? Dah macam mat rempit je aku tengok.
“Encik
jangan pandang rendah pada gua. Walaupun penampilan gua ni tak macam perempuan
kat luar sana tapi gua masih punya hati nurani tau. Lagipun gua ni suka
budak-budak. Gua jamin encik takkan menyesal ambik gua bekerja. Gua takkan
jentik anak-anak encik walau senakal mana pun.” Adam merenung seraut wajah
Adel. Cuba mencari keihklasan pada mata itu.
“Siapa
nama you?”
“Adel,”
jawab Adel sepatah.
“Nama
penuh apa?” soal Adam lagi.
“Adelia
Faranisa. Kenapa tanya gua encik…”
“My name is Adam. I bagi you tempoh
sebulan. Andai kata dalam tempoh tu you dera anak-anak I, you harus bayar ganti
rugi. Faham!?” Adel tersenyum tatkala mendengar kata-kata Adam. Tanpa sengaja
dia mencapai jemari Adam yang terletak di atas meja. Dia menggengam erat jemari
Adam kerana terlalu gembira.
Tatkala
menyedari keterlanjurannya dia menarik kembali tangannya. Bibir masih tidak
lekang dengan senyuman.
“Alhamdulillah.
Terima kasih encik. Err… bila gua boleh mula bekerja?”
“Eh,
yang you tak sabar sangat nak kerja ni kenapa?” balas Adam masih dengan nada
yang sinis. Adel hanya mencebir bibir mendengar kata-kata Adam.
“Gua
tak sabar nak kerja. Sebab gua memang perlukan duit,” jujur Adel memberikan
jawapan. Adam tergamam mendengar kata-kata Adel.
“You
boleh kerja hari isnin ni. Sekarang tulis borang ni then bagi pada setiusaha i. Ingat ya! Dalam tempoh sebulan kalau I
tak puas hati dengan kerja you I akan pecat you!” tegas Adam sambil menudingkan
jari telunjuknya ke hadapan wajah Adel.
“Okey.
Kalau tak ada apa-apa lagi gua keluarlah. Tapi… macam mana gua nak tahu mana
satu rumah encik kalau alamat pun gua tak tahu?” usai Adel menghabiskan
kata-katanya Adam menghulurkan kad perniaagaannya. Adel mengambil kad yang
dihulurkan sebelum melangkah keluar dari bilik itu.


