====================================================================
PEJAM
celik pejam celik rupanya dah masuk seminggu umat islam menjalani ibadah puasa.
Dan selama satu minggu ini merupakan satu dugaan dan cabaran yang benar-benar
mencabarku. Yalah sebelum ni kan aku tak pernah endah atau hirau dengan rukun
islam yang ketiga ni. Tetapi kini aku amat bersyukur kerana masih diberi
kesempatan untuk menjalani ibadah puasa. Syukurku kerana ternyata ALLAH masih
menyayangiku. Erm… sebut tentang masih menyayangi ni tetibe pula aku teringatkan si Mirza. Selama seminggu aku berpuasa
ni selama itu jugalah aku tidak bertemunya.
Bukannya
apa… kalau boleh aku ingin menghadkan pertemuan antara kami. Kerana aku
sayangkan dia. Dan aku mahu imannya menebal. Aku tidak mahu kerana sering
bertemu mengakibatkan hatiku dan hatinya tewas. Yalah jika sering benar bertemu
pasti hati akan menjadi leka ya tak? Dan aku tidak mahu sampai perkara itu
terjadi. Kerana aku mahu Mirza meningkatkan imannya, bukan menipiskan imannya.
Sesungguhnya
aku amat menyayangi Mirza. Kerana itulah aku cuba untuk belajar memasak. Siapa
lagi sifunya kalau bukan Siti? He he… waktu aku beritahu mula-mula tu Siti
terkejutlah juga. Tapi bila aku merayu agar dia mengajarku akhirnya dia
berlembut hati untuk mengajarku. Bukan setakat ajar je tau, dengan tips sekali
dia bagi. Haih! betapa beruntungnya aku memiliki sahabat baik seperti Siti.
Dan
selama seminggu ini sudah berbagai-bagai jenis juadah cuba aku sediakan. Dari
masakan kampung, masakan korea, sushi hinggalah masakan western turut aku sediakan. Kini Siti tak lagi membebel, yalah
sebab aku dah rajin turun ke dapur la katakan. Heee…
“Alhamdulillah,
dah boleh kahwin ni,” usik Siti saat melihat juadah berbuka untuk hari ini.
Akhirnya setelah satu jam aku bersilat di dapur, siaplah juga juadah untuk
berbuka. Hari ini juadah agak mewah. He he… atas permintaan Siti aku cuba
memasak tanpa bantuannya. Terliur aku saat melihat Ikan Siakap Stim, Tom Yam
Campur, Sotong goreng tepung, sambal belacan. Huh! Pandai juga aku masak eh. He
he… masuk lift tekan sendiri je aku ni kan?
“Alhamdulillah,
kau doakanlah agar cepat aku sampai seru.” Aku turut berseloroh. Siti ketawa
kecil.
“Jodoh
dah ada depan mata. Seru kau pun aku rasa tak lama lagi la kot.” Siti
terus-terusan mahu mengusik. Dia ni kalau bab mengusik nombor satu.
Aku
tersipu malu mendengar usikannya. Haih! Bertambah rindulah aku pada Mirza. Entah
apa khabarlah dia di sana ya? Rindukah dia pada aku?
“Ha,
tu senyum-senyum mesti teringat Mirza.” Haih! Siti ni kan tahu je apa yang
berlegar dalam kepala otak aku. Tanpa menjawab pertanyaannya, aku terus ke
ruang dapur. Setelah membersihkan dapur aku menaiki tangga untuk menunaikan
solat asar.
Seusai
solat aku mencapai Al-Quran lantas aku membaca surah Al-Waqiah. Semenjak aku
mengenali Mak Cik Mariam, aku sudah mula menjadikan amalan mengaji sebagai satu
rutin harian. Kata Mak Cik Mariam elok seandainya kita mengamalkan surah
Al-Waqiah ini. Bukan sahaja untuk murah rezeki tetapi juga baik untuk
perlindungan diri. Malah kata Mak Cik Mariam lagi seandainya sesiapa saja
mengamalkan surah ini mampu menghindarkan diri dari siksaan kubur.
Wallahhualam…
Usai
membaca aku menadah tangan memohon doa pada Yang Maha Mendengar.
“Ya
ALLAH, ya TUHANku ampunkanlah segala dosaku, dsa kedua ibu bapaku. Ya ALLAH hapuskan
segala dosaku semasa aku jahil dahulu. Sungguh aku merasa malu, aku jijik
dengan diriku sendiri. Namun akubersyukur kerana ENGKAU telah memberikanku satu
kesempatan untu bertaubat. Terima kasih ya ALLAH. Ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim
berikanlah sahabatku Siti kebahagiaan yang hakiki. Sesungguhnya aku terlalu
menyayangi sahabatku.
“Dia
merupakan seorang sahabat yang sangat baik. Aku bersyukur kerana telah
dipertemukan dengannya. Ya ALLAH kurniakanlah juga Mirza dan Mak Cik Mariam
ketabahan. Kuatkanlah hati mereka dalam menempuh dugaan yang ENGKAU berikan.
Aamiin ya Rabbal alaamiin.”
Aku
meraup wajah setelah selesai berdoa. Kemudian aku lipat telekung serta sejadah
lantas aku sidaikan di ampaian di tepi almari. Baru saja aku ingin membaringkan
tubuh tiba-tiba Siti menerobos masuk tanpa mengetuk pintu.
“Kau
ni dah kenapa? Masuk bilik aku macam pencuri ni kenapa?” marahku pada Siti.
Namun Siti hanya mempamerkan wajah bersahaja.
“Tu
Puan Ziqa nak jumpa kau dekat luar. Dia kata nak cakap hal mustahak dengan kau.
Pergilah cepat. Kesian dia tunggu lama. Muka dia nampak pucat sangat,” ujar
Siti. Serta merta mataku membulat. Puan Ziqa? Ada apa hal dia nak jumpa aku?
Haih! Ni yang buat hati aku tak tenang ni. Segera aku mencapai selendang yang aku
letakkan di tepi katil. Cukuplah sekadar selempangkan je. Nak cepat. Tak manis
membiarkan tetamu menunggu lama.
Terasa
sayu hatiku apabila melihat keadaan Puan Ziqa yang kelihatan sedikit cengkung.
Bukan itu sahaja matanya juga jelas sembab. Pasti dia banyak menangis sehinggakan
matanya menjadi bengkak.
Badannya
juga sudah semakin kurus berbanding lapan bulan lepas. Haih! Kasihan benar aku
melihat dia. Aku tahu ini pasti ada kaitannya dengan suaminya.
“Puan
Ziqa, duduklah,” sapaku padanya.
“Panggil
saya Ziqa saja kak,” lirih kedengaran suara Ziqa.
“Err…
ada hajat apa ke mari? Puan eh… Ziqa bergaduh dengan Encik Haziq ke?” soalku
berbasa basi.
Namun
Ziqa lebih suka mendiam diri. Dia hanya menangis dan terus menangis. Pantas aku
mendekatinya, lalu aku merangkul kemas tubuhnya itu.
“Ada
masalah apa ni? Ceritalah pada akak. In shaa ALLAH, kalau akak boleh tolong
akak tolong,” pujukku dengan lembut. Ziqa turut membalas rangkulanku.
“Akak
tahu kan yang a… abang Haziq di… dia nak kahwin dengan Suraya. Di… dia kata
Ziqa ni kolot. Sampainya hati dia cakap macam tu,” ujar Ziqa tersekat-sekat.
“Ziqa…
kalau tentang tu janganlah kamu risau. Baru-baru ni akak ada nasihatkannya agar
berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan. Malah akak sokong andainya dia
mempertahankan perkahwinan kalian. Ziqa terlalu baik untuk dipersiakan. Kalau
tentang Suraya janganlah risau. Nanti akak akan nasihatkan dia. Sudahlah,
janganlah menangis. Tak baik untuk baby,”
pujukku seraya meleraikan pelukan. Air mata di pipinya aku seka. Dia tersenyum
manis.
“Tapi
Ziqa takut. Suraya tu bukan calang-calang orang kak.”
“Ziqa…
percayalah pada ALLAH. Mohonlah agar DIA menguatkan ikatan yang terbina antara
kalian. Ziqa jangan takut. Ziqa isteri yang sah. Ziqa yang lebih berhak ke atas
Encik Haziq.”
Ziqa
merenung tepat ke mataku. Dia menyeka air mata dengan belakang tangan.
“Bagaimana
kalau Haziq nekad dengan keputusannya untuk menikahi Suraya?”
Aku
tersenyum sebelum menjawab pertanyaan itu. Tangannya ku gengam erat. Aku cuba
menyalurkan kekuatan buatnya.
Firman Allah :
Maksud : “apabila hamba-hamba-Ku
bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku
adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon
kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”(Al-Baqarah:186)
“Encik
Haziq sebenarnya sangat cintakan Ziqa. Cuma dia keliru akan perasaan dia
terhadap Suraya. Percayalah dik Haziq hana milik Ziqa. In shaa ALLAH.”
“Terima
kasih. Beruntung Abang Haziq dapat setiusaha yang amanah dan baik seperti kakak.
Terima kasih kak sebab menasihati saya. Kalau macam tu saya minta diri dulu la.
Saya ingat nak pergi jumpa Suraya.”
“Nak
kakak temankan?” soalku cemas. Namun pantas Ziqa menggelengkan kepalanya.
“Ini
urusan antara hidup dan mati saya. Biar saja saya selesaikan sendiri. Akak
doakan je agar saya dilindungi ALLAH. Doakan juga agar Suraya tidak
mengapa-apakan saya,” ujar Ziqa sebelum berlalu keluar dari rumah sewaku. Aku
menghantar Ziqa hingga kelibatnya tidak kelihatan lagi di pandangan.
“Apa
hal Puan Ziqa datang?” soal Siti lantas duduk di hadapanku.
“Tentang
Encik Haziq la. Aku pun tak tahulah. Dia kata nak jumpa Suraya.
“Habis
kenapa kau tercegat lagi? Pergilah temankan. Kot si Suraya tu cederakan dia
pula.”
“Ish,
kau ni. Aku dah tawarkan diri untuk temankan dia. Tapi Ziqa sendiri tolak.
Katanya ini soal hidup dan mati dia. So aku rasa aku sebagai orang luar tak
patutlah masuk campur sangat kan? Cuma aku mampu berdoa agar Ziqa dan bayi di
dalam kandungannya itu selamat. Insya-ALLAH.”
Usai
aku berkata Siti tidak lagi bertanya. Dia mengatur langkah menuju ke dapur. Aku
mengerling jam di dinding. Ada lagi satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Entah
mengapa aku merasakan rindu terhadap Mirza begitu mencengkam sanubariku. Terasa
lama benar aku tidak menatap wajah tampannya. Sihatkah dia? Ya ALLAH sungguh aku rindu untuk menatap wajahnya.
Rindu untuk tatap senyumannya itu.
p/s= hope cukup untuk hilangkan rindu pada mereka ya ^_^

0 comments:
Post a Comment