Tuesday, August 18, 2015

ANTOLOGI SETULUS KASIH BUATMU





ASSALAMUALAIKUM semua peminat novel serta cerpen ini aku nak cakap sikit aku dan 10 penulis lain akan terlibat dalam projek amal seperti tajuk n3 ni. heeee separuh daripada pembelian ANDA2 yang baik hati akan kami sumbangkan pada rumah anak-anak yatim. dan aku harap sangat kerjasama semua. in shaa ALLAh doakan kami ya. harap anda sudi untuk membantu kami merealisasikan impian kami. sedikit huluran bantuan dari anda namun besar GANJARAN PAHALA yang bakal anda terima in shaa ALLAH.


ini aku bagi sedutan sikit dlm cerpen yang akan dimuat naik dlm antologi ni





KEKASIH ABADI- kisah SURI DAN SYAH


DARI hari ke hari ikatan yang terjalin antara Suri dan Syah semakin akrab. Malah Syah kerap kali berkunjung ke pasaraya di mana tempat Suri bekerja. Alasannya hanya satu. Hanya untuk membeli baju. Sebenarnya alasan yang lebih kukuh adalah untuk menatap seraut wajah Suri. Itu hakikatnya. Sungguh sehari tidak bertemu membuatkan hatinya merasa rindu yang teramat  sangat.

“Err… Syah ni selalu datang ke mari tidak marahkah nanti kekasih Syah?” Syah hanya tersenyum tika soalan itu terpacul dari ulas bibir Suri.

“Kalau Syah dah ada kekasih untuk apa lagi Syah ke sini setiap minggu? Suri jangan risau. Syah belum berpunya. Syah sedang menanti masa yang sesuai untuk berterus terang dengan wanita kesayangan Syah.. Tapi… Syah masih belum punya kekuatan untuk memberitahu dia. Bimbang Syah tak diterima. Malu Syah nanti,” ujar Syah dengan perlahan. Cukup perlahan.

Suri sudah mula berubah riak. Wajah yang tadinya ceria bertukar mendung. Namun dia cuba untuk tersenyum. Tidak mahu jejaka di hadapannya mengetahui rahsia hatinya.

“Err… beritahu sajalah. Suri yakin dia tidak akan menolak. Lagipun tiada alasan untuk wanita itu menolak insan sebaik Syah. Syah lelaki yang sopan, handsome, dan Syah juga tak pernah mengambil kesempatan. Itu yang bagus tentang Syah.”

Terasa kembang hatinya tatkala diri dipuji oleh wanita idaman hati. Suri tak sukakan Syah? Ingin saja dia mengajukan solan tersebut pada Suri. Namun bimbang pula andai Suri menolaknya mentah-mentah. Tidak fasal saja menanggung malu nanti. Tanggung malu tak apalah lagi. Jangan tanggung bebanan perasaan. Kes berat tu. Huhu…

“Boleh Suri tanya sesuatu?”

“Tanya apa Suri?” soalan berbalas soalan.

“Err… selama kita kenal, dah 27 hari kita kenal. Suri tak pernah tahu tentang perkerjaan Syah. Syah kerja apa sebenarnya?” tanya Suri sekaligus mengalih topik. Bimbang hatinya terluka andainya topik ‘wanita idaman’ terus menjadi bualan.

“Suri tak pernah tanya,” ujar Syah bersahaja. Lantas dia ketawa sebelum menyambung kembali kata-katanya. “Syah kerja biasa saja. Syah ada buka kedai carwash. Kecil-kecilan saja.”

“Oh, baguslah. Tak macam Suri kerja jadi kuli je,” ujar Suri sambil tersenyum manis.


“Kadang-kadang kita harus belajar dari hidup bersederhana, agar kita tidak mendongak ke langit dengan angkuhnya,” kata Syah penuh makna tersirat.


cerpen kedua yang akan dimuatnaikkan 

AKU CINTA BABYSITTER? GILALAH!-kisah ADAM DAN ADEL


HANAN memandang atas ke bawah insan dihadapannya. Dia agak keliru dengan identiti insan tersebut. Dengan seluar pendek separas lutut, T-shirt tanpa lengan dengan rambut pendeknya lagi sungguh dia keliru. Itu belum lagi tengok pada rantainya. Huh! Rantai besar gedabak dah macam rantai motor saja. Mak oiii! Gelang tu kalau jatuh cicak mahu mampus terus ni. Tajam giler.

“Err. Encik nak jumpa siapa?” tanya Hanan teragak-agak. Encik ke Cik ni? Aku ni pula main belasah je. Confident sangat ke dia tu lelaki? Kalau perempuan yang berdiri depan aku ni tak ke malu aku nanti?

Ish! Ni gua panas ni. Ada ke gua ni rockers ni panggil encik? Rengus Adel di dalam hati. Dia meneliti penampilan dirinya. Hek eleh memang patut pun. Penampilan gua hari ni memang dah gaya macam lelaki rupanya. Ceh! Buat malu je. Kalau kerja yang gua nak pohon ni tak dapat macam mana eh? Mana ceruk lagi gua nak cari kerja?

“Assalamualaikum,” sapa Adel seraya mengangkat tangan.

Gurlp! Suara lembut macam suara perempuan. Tapi caranya macam kasar je. Ish! Untuk apa aku nilai luarannya? Hanan, Hanan tak baik la macam tu. Cepat dia beristighfar sedar akan keterlanjuran fikirannya.

“Errr… walaikumussalam. Nak jumpa siapa ya?” tanya Hanan agak gugup. Bimbang seandainya dimarahi kerana keterlanjurannya memanggil insan tersebut dengan panggilan ‘encik’.

“Gua nak jumpa bos lu. Tadi gua ada nampak iklan dekat luar tu. Tengah cari babysitter eh? Elok sangatlah tu. Gua memang suka bebudak,” ujar Adel seraya tersenyum manis.

“Oh, kalau macam tu cik tunggu sebentar ya. Saya nak informkan pada bos saya dulu.”
Adel menggangguk kepala seraya tersenyum. Dia menghantar pandangan hingga susuk tubuh gadis tadi hilang dari pandangan mata. Sementara menunggu matanya melilau melihat sekeliling ruang pejabat. Kira okeylah pejabat macam ni. Kan bagus kalau gua kahwin dengan owner syarikat ni. haha… usahlah lu berangan Adel. Dengan penampilan lu macam ni lu rasa ada ke yang nak ambil lu jadi bini?

“Cik.” Adel menoleh ke belakang tatkala mendengar suara itu menyapanya. Bibirnya mengukir senyuman yang tulus ikhlas.

“Awak boleh masuk. Errr… hope awak dapat kerja tu. Dah lama bos saya cari orang yang sesuai. Tapi yang datang temuduga semuanya hampeh belaka. So saya harap kerja tu memang khas buat awak,” ucap Hanan seikhlasnya. Hatinya merasa damai tatkala bibir insan di hadapannya mengukir senyum.

Adel menolak daun pintu apabila mendengar arahan untuknya melangkah masuk dari dalam. Dia melemparkan senyuman buat jejaka yang sedang asyik merenungnya itu.

Bagai ingin tersembul keluar biji mata Adam apabila melihat perwatakan gadis itu. Mak aihhh! Mampu ke ‘minah’ ni jaga anak aku? Dah macam rupa apa aje aku tengok. Macam rockers sangat je. Kalau di deranya anak-anak aku macam mana? Suara hatinya saling bertingkah. Tapi… macam pernah tengok je minah ni. Kat mana ya aku jumpa dia?

Ish! Macam pernah nampak. Ala, gua tak ingatlah. Tak penting. Apa yang penting sekarang gua nak cari kerja. Muktamad!

“Errr… ada urusan apa ya you datang ni?” tanya Adam pura-pura tidak tahu. Dia memberi arahan untuk Adel melabuhkan duduknya.

“Gua jalan-jalan tadi. Tapi gua nampak ada tampal iklan kat depan tu. Lu eh, maaf. Gua dah terbiasa la. Memang dari dulu lagi gua kasar macam ni. Betul ke encik nak cari pekerja untuk jaga anak-anak encik?” Adam yang tadinya terkejut mendengar bahasa yang digunakan Adel cuba untuk mengawal riak wajah.

“Ya, memang I nak cari babysitter.”

“Kalau macam tu gua nak mohon kerja tu boleh? Gua memang…” pantas Adam mencaras kata-kata Adel.

“You? You nak kerja jadi babysitter? Haha… I rasa kalau you jadi babysitter entah macam manalah rupa anak I nanti. Boleh you jamin yang anak-anak I akan baik-baik saja bawah jagaan you?” penuh sinikal kata-kata Adam.

Adel mengecilkan matanya. Jika diturutkan hati ingin saja dia mencekik jejaka itu. Ingat gua ni teruk sangat ke? Setakat pemakaian gua ni ingat gua tak ada perasaan? Argh! Tipikal masyarakat sekarang. Selalu saja pandang rendah pada orang macam gua ni. Gua tahulah pemakaian gua tak serupa macam perempuan kat luar sana. Tapi perlu ke pandang rendah pada gua?

“Pemakaian you pun tidak membuktikan bahawa you serius untuk bekerja. Asal you tahu ya I takkan mudah untuk serahkan anak-anak I bawah jagaan orang. Lagipun tengok cara you bercakap pun dah buat I rasa ragu-ragu untuk ambil you bekerja. Heh!” sambung Adam lagi. Entah mengapa matanya terasa tidak berkenan akan pemakaian gadis itu. Erk? Boleh ke kata gadis? Dah macam mat rempit je aku tengok.

“Encik jangan pandang rendah pada gua. Walaupun penampilan gua ni tak macam perempuan kat luar sana tapi gua masih punya hati nurani tau. Lagipun gua ni suka budak-budak. Gua jamin encik takkan menyesal ambik gua bekerja. Gua takkan jentik anak-anak encik walau senakal mana pun.” Adam merenung seraut wajah Adel. Cuba mencari keihklasan pada mata itu.

“Siapa nama you?”

“Adel,” jawab Adel sepatah.

“Nama penuh apa?” soal Adam lagi.

“Adelia Faranisa. Kenapa tanya gua encik…”

My name is Adam. I bagi you tempoh sebulan. Andai kata dalam tempoh tu you dera anak-anak I, you harus bayar ganti rugi. Faham!?” Adel tersenyum tatkala mendengar kata-kata Adam. Tanpa sengaja dia mencapai jemari Adam yang terletak di atas meja. Dia menggengam erat jemari Adam kerana terlalu gembira.

Tatkala menyedari keterlanjurannya dia menarik kembali tangannya. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman.

“Alhamdulillah. Terima kasih encik. Err… bila gua boleh mula bekerja?”

“Eh, yang you tak sabar sangat nak kerja ni kenapa?” balas Adam masih dengan nada yang sinis. Adel hanya mencebir bibir mendengar kata-kata Adam.

“Gua tak sabar nak kerja. Sebab gua memang perlukan duit,” jujur Adel memberikan jawapan. Adam tergamam mendengar kata-kata Adel.

“You boleh kerja hari isnin ni. Sekarang tulis borang ni then bagi pada setiusaha i. Ingat ya! Dalam tempoh sebulan kalau I tak puas hati dengan kerja you I akan pecat you!” tegas Adam sambil menudingkan jari telunjuknya ke hadapan wajah Adel.

“Okey. Kalau tak ada apa-apa lagi gua keluarlah. Tapi… macam mana gua nak tahu mana satu rumah encik kalau alamat pun gua tak tahu?” usai Adel menghabiskan kata-katanya Adam menghulurkan kad perniaagaannya. Adel mengambil kad yang dihulurkan sebelum melangkah keluar dari bilik itu. 

0 comments:

Post a Comment

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design