Thursday, January 30, 2014

DIA DI HATI BAB 1






ASSALAMUALAIKUM, ENJOY READING :)











AKU berlari saat dikejar Rafiq Mazlan. Aku ketawa. Sungguh terasa bahagia saat itu. Sehinggakan bersamanya aku mampu untuk melupakan segala masalah yang aku hadapi.


“ Fida dah penat ni,” ucapku sambil tercungap-cungap.


“ Itulah, nak main-main dengan Fiq lagi. Erm, sayang kalau kita pergi Pantai Balok nak? Bosan la asyik jalan-jalan dekat sini,” usul Rafiq sambil memandang wajahku.


“ Bukan Fiq suka ke datang Taman Gelora ni?” sengaja aku menduga buah hatiku.

“ Memang la. Tapi tengoklah ramai sangat yang berasmara. Fiq nak pergi Pantai Balok, suka ketenangan di sana,” ujar Rafiq sambil mengelus lembut pipiku.


Aku hanya merenung manja wajah Rafiq. Entah mengapa aku merasa bahagia di dalam hati saat bersamanya. Terasa dunia hanya milik kami.

“ Sayang, bila Fiq boleh masuk meminang? Sayang, kita dah lama jadi pasangan kekasih. Kalau boleh Fiq tak mahu kita terus begini. Jumpa pun senyap-senyap je,” rajuk Rafiq..


“ Fiq… bukannya Fida tak mahu berkahwin. Tapi…” aku kehilangan kata-kata saat Rafiq menggengam erat jemariku.

“ Tapi apa sayang?” Rafiq memengang daguku agar mendongak memandangnya.

“ Err… Fiq jom kita pergi Pantai Balok,” cepat-cepat aku mengalih topik perbualan lantas terus saja aku tarik tangan Rafiq.

“ Fida, I love you very much,” ucap Rafiq. Aku terpana mendengar ucapan itu sehinggalah Rafiq mendekatkan wajahnya ke wajahku.

Cupp!

Aku membeliakkan mata apabila dengan selambanya Rafiq mencium pipiku. Namun entah mengapa aku tidak pula memarahinya.

“ Jom, kita ke Pantai Balok sekarang.” Usul Rafiq. Aku turut membalas pelukan Rafiq di pinggangku.

Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke Pantai Balok. Terasa canggung saat berdiam diri lantas aku cuba menghidupkan suasana. Namun melihat Rafiq yang sedang fokus memandu aku mematikan niat untuk berbual lalu aku terus saja membuka siaran radio Suria Fm. Sesekali aku menggangguk kepala mengikut rentak lagu O.K  Naka yang di popularkan oleh Katreeya dari kumpulan seberang, Thailand.

“ Amboi semangatnya dengar lagu,” usik Rafiq lantas menciut pipiku. Aku memengang tangannya  erat.

“ Biarlah. Dari duduk diam je. Dah macam patung cendana tau!” balasku pula.

Rafiq menarik tangannya semula lantas dia meletakkan tangannya di atas kepalaku. Aku hanya diam memerhatikannya.

“ Fiq sayangkan Fida.,” ucap Rafiq lalu aku menghadiahkan senyuman.

RAFIQ





BELUM  pun puas melihat pemandangan indah di Pantai Balok aku diganggu dengan deringan telefon yang tidak henti-henti. Aku merenung skrin dengan perasaan bosan.


“ Hello ma. Ada apa?” soalku tanpa memberi salam. Lantas aku menjauh sedikit dari Rafiq. Tidak mahu dia menelinga perbualanku.


Where are you Mia Afida?” Aku terkedu mendengar suara mama yang menyinga itu.


“ Dekat mana pun Fida kenapa mama nak tahu? Ma, selama ni mama tak pernah pun nak ambil tahu soal Fida. Apa yang Fida buat, berkawan dengan siapa tak pernah pun mama nak selidik. Tapi kenapa hari ni mama nak tanya di mana Fida?” sinis ku bertanya. Bukanlah niatku untuk kurang ajar pada mama. Namun aku sedikit hairan kerana selama ini sedikit pun mama tidak pernah menunjukkan sikap prihatinnya padaku. Yang mama tahu hanyalah memasukkan duit di dalam akaun bankku.


Jujur aku katakan aku merasa tersisih apabila mama tidak pernah untuk bertanyakan apa yang sedang aku lakukan, berkawan dengan siapa. Seolah aku tidak penting buatnya.

“ Mia Afida sejak bila kau kurang ajar ni? Mama nak kamu balik rumah sekarang juga!” tegas mama. Aku mendengar keluhan berat yang mama lepaskan.

“ Ke… kenapa ma? Maaf Fida tak berniat nak kurang ajar dengan mama,” ucapku telus.

“ Mama tak peduli. Kamu kena balik sekarang juga. Kalau tidak pun kamu balik esok. Faham!” belum sempat aku membalas mama sudahpun memutuskan talian.


Ah! Bertapa beratnya dugaan. Kenapa seringkali mama memarahiku? Aku tidak mengerti apakah salahku? Aku melemparkan senyum sebaik saja Rafiq mendekatiku.

“ Fida kenapa ni? Macam tak suka je?” soal Rafiq sambil mendakap erat tubuhku.

“ Fiq boleh hantar Fida balik?” soalku lembut. Aku mendongak memandang wajah Rafiq.

“ Kenapa? Cepat sangat nak balik. Selalunya Fida tak macam ni. Kenapa? Dah ada jantan lain tunggu Fida ke?” sinis sekali nada yang dilontar Rafiq. Cukup menghiris hatiku.

Rafiq melepaskan rangkulannya. Aku dapat lihat wajahnya yang berang. Namun aku tidak berdaya untuk berbicara. Lidahku kelu saat pandangan matanya merenungku tajam.

“ Fiq… sampai hati tuduh Fida macam tu. Tak mengapalah biarlah Fida naik teksi saja,” ujarku lirih. Belum sempat aku melangkah Rafiq menarik pergelangan tanganku.

“ Sayang sorry. Fiq terlalu emosi. Jom Fiq hantar Fida balik,” ujar Rafiq dengan rasa bersalah. Rafiq melentokkan kepalaku di bahunya. Kami berjalan beriringan ke ruang parking kereta.

“ Kenapa ni? Dari tadi muram saja. Dah tak sudi nak bercakap dengan Fiq ke?” rajuk Rafiq. Pantas aku menoleh ke wajahnya.

“ Fiq, bukan macam tu. Janganlah merajuk sayang,” pujukku sambil mengenyit mata padanya.

“ Macam nilah sayang Fiq,” ujar Rafiq sambil tersenyum lebar.

SUASANA bisu berlarutan sehinggalah kereta milik Rafiq berhenti di hadapan rumah sewaku yang terletak di Taman Berserah Jaya. Aku terpinga-pinga melihat kawasan sekeliling. Dengan rasa berat hati aku menoleh pada wajah Rafiq. Lantas aku menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dengan pantas Rafiq menyambut huluran tanganku. Setelah itu dia mengucup dahiku. Aku turut mengucup pipinya. Terasa berat kaki untuk melangkah keluar dari kereta Perodua Persona milik Rafiq itu. Entah mengapa aku merasakan sebak bertandang dalam hati, seolah-olah ini adalah pertemuan terakhir kami.


“ Sayang… kita jumpa esok. Fiq tak boleh nak buat kerja kalau sehari tak tatap wajah sayang. Please,” rayu Rafiq padaku.


“ Tak boleh. Fida nak balik rumah mama esok. Nanti kita jumpalah ya sayang,.” Aku memujuk Rafiq lalu aku buka pintu kereta. Setelah kereta Rafiq hilang dari pandangan barulah aku membuka pintu pagar.


Saat aku melangkah masuk ke dalam rumah aku terkejut melihat wajah tegang Siti Khadijah. Serta merta aku melarikan pandangan dari direnung oleh Siti Khadijah.

SITI KHADIJAH




“ Kau dari mana? Dah solat?” soal Siti Khadijah.

“ Aku dari Pantai. Aku penatlah. Lain kali saja kita borak ya Siti.”

“ Fida. Aku belum habis cakap lagi. Kau jangan ingat aku tak nampak apa yang kau buat dalam kereta tadi? Fida… kau tak takut dosa ke? Kau tahu tak sebagai wanita islam…” pantas aku mencelah pertuturan Siti Khadijah. Terasa bosan untuk mendengar ceramahnya itu.

“ Siti, tolonglah. Aku dah penat ni. Letih. Lain kali je kau ceramah ya.”

Siti Khadijah menarik tanganku. Aku berdecit lantas aku merenung tepat anak matanya. Aku mengikut langkah Siti Khadijah lalu aku melabuhkan duduk di sisi atas sofa bertentangan dengannya.

Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

“ Seseorang itu adalah megikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (H.R ABU DAUD)

“ Fida aku tak mahu kau terus hanyut. Aku sayang kau Fida. Kalau macam tu la perangai Rafiq, pada aku dia bukan lelaki yang baik untuk kau,” ujar Siti Khadijah. Aku mula merasa panas hati mendengar bicaranya yang seolah menghina Rafiq.

“ Sudahlah. Sebenarnya kau jelous bukan?” tebakku tanpa memandang wajah Siti Khadijah.

“ Astaghfirullah al-Azim. Dari aku cemburu dengan orang yang bercintan-cintun ni lebih baik aku cemburu dengan orang yang mendapat cinta ALLAH. Beb! Aku cuma nak mengingatkan kau saja. Okey. Cuba kau fikir. Kalau benar Fiq ikhlas cintakan kau, tak mungkin dia ambil kesempatan sebegitu. Siap kiss segala. Dah macam laki bini je. Ingat Fida! Sebagai wanita kita harus menjaga maruah kita,” nasihat Siti Khadijah panjang lebar. Aku tersenyum sinis. Tak terkesan langsung kata-kata itu di sanubariku.

“ Siti terima kasihlah atas nasihat kau. Tapi aku rasa muak dengar ceramah kau. Lain kali saja kau bagi ceramah ya,” ujarku sinis.

“ Fida! Astagfirullah al-Azim. Kau ni kenapa? Aku nasihatkan kau…”

“ Sudahlah Siti. Aku bosan! Dah bernanah telinga aku ni dengar ceramah agama kau.” Aku bingkas bangun untuk menuju kedalam bilik.

Setelah aku masuk ke dalam bilik, aku menghempaskan tubuh diatas katil. Aku memicit pelipisku. Kepalaku berat bagai ingin pecah saja. Mataku terasa berpinar tika itu. Aku menarik nafas dalam. Setelah berfikir panjang aku keluar semula dari bilik.

“ Kau nak kemana ni Fida?” soal Siti Khadijah saat melihat aku mencapai segugus kunci kereta yang terletak di atas meja.

“ Cari ketenangan. Duduk dekat rumah ni membosankan. Tambah pula ada orang yang nak jadi ustazah. Aku bosan la. Mama aku pun tak pernah nak nasihatkan aku. Inikan pula kau,” sinisku pada Siti Khadijah.

Berubah air muka Siti Khadijah sebaik aku mengucapkan kata-kata itu.

“ Ya ALLAH. Fida tak pernah terlintas dalam hati aku nak sakitkan hati kau. Aku minta maaf kalau kau terasa. Aku hanya mengingatkan kau saja. Fida maafkan aku,” ucap Siti Khadijah seraya memaut lenganku.

“ Sudahlah Siti. Tak payahlah kau nak menangis bagai kat sini. Bosanlah,” usai saja aku berkata terus aku mengatur langkah keluar dari rumah.

“ Fida, Fida,” seru Siti Khadijah berkali-kali.

MIA AFIDA






Aku memandu tanpa arah tujuan. Setelah puas berfikir akhirnya aku membuat keputusan untuk memandu ke KL saja. Entah mengapa apabila mengingati suara tegang mama membuatkan hatiku berdebar. Bimbang akan cerita yang ingin mama sampaikan padaku. Sama ada berita baik atau buruk benar-benar membuat aku tidak senang duduk.

“ Agak-agak kenapa mama marah-marah ya? Ish susah la aku nak agak. Ah! Tak perlulah aku nak peningkan kepala fikir soal mama. Yang penting sampai je aku di rumah mama aku akan tahu juga jawapan,” gumamku sendirian.

Setelah menempuh kesesakan lalu lintas selama beberapa jam, akhirnya aku tiba jua di destinasi yang ingin di tuju. Aku memarkirkan Proton Preve kesayanganku di halaman rumah., Usai memarkir kereta di garaj, segera aku keluar dari perut kereta. Terasa sengal segala sendiku setelah memandu selama 4 jam perjalanan.






Aku melihat sekeliling kediaman rumah, sungguh terasa tenang saat mataku menyorot pada kolam renang serta landskap yang bercirikan little castle concept itu. Keindahannya bertambah lagi kerana rumah mama yang terletak di Damansara Height ini membolehkan aku melihat pemandangan yang indah. Dari rumah yang betul-betul di atas bukit itu, banyak yang dapat aku lihat.

“ Mia baru sampai?” soal Mak Hawa pembantu rumah mama yang telah berkhidmat sekian lama.

“ Mak, rindunya Mia pada Mak.” Terus sahaja tubuh tua itu ku dakap. Bertapa aku sangat dahagakan kasih sayang seorang ibu yang mustahil aku akan dapat dari mama.

“ Mak pun rindu pada Mia ni. Mari masuk. Mama Mia tu dah tunggu lama,” ujar Mak Hawa setelah meleraikan pelukan, lantas kami beriringan masuk ke dalam rumah.

Sedari kecik Mak Hawa lah yang menjagaku sebab itulah aku lebih manja dan mesra dengannya berbanding mamaku sendiri. Saat matanya menuntas pada wajah tegang mama aku menelan liur yang terasa kesat.

“ Ha, jumpa pun rumah ni. Ingatkan kamu dah sesat tadi,” sindir mama sebaik saja aku menghampirinya.

Aku menyabarkan hati yang kian terhiris dek kata-kata kesat yang dilontarkan Datin Mazni.

“ Ma sihat?”

“ Sihat. Mama ada beberapa perkara penting nak bincang dengan kamu,” ujar mama dengan wajah yang serius.

“ Kak Hawa pergilah buat kerja kak Hawa,” arah mama pada Mak Hawa.

“ Baik Datin.” Aku tersenyum pada Mak Hawa.

“ Mia Afida… mama nak tanya kamu, kemana kamu keluar sepanjang kamu bekerja di Kuantan? Dengan siapa kamu keluar?” soalan pertama yang terpacul dari bibir mama cukup untuk membuatkan tubuhku menggigil.

“ Ke… kenapa mama tanya?”

“ Sebab kamu anak mama. Ni kamu jelaskan apa makna semuanya ni?” terdudukku di atas sofa melihat gambar intimku bersama Rafiq. Aku tersentak. Menggigil tubuh badanku melihat gambar mesra kami dalam pelbagai aksi.

Lidahku kelu untuk berbicara. Terasa nafasku bagaikan terhenti saat itu.

“ Kenapa kamu diam? Siapa lelaki dalam gambar tu? Siap berpeluk sakan lagi. Fida, kamu jangan ingat mama tak tahu apa yang kamu lakukan di belakang mama.” Suara mama bagaikan halilintar menyapa halwa telingaku.

“ Ma, Fida boleh jelaskan…” mama terus mencaras tanpa sempat aku menghabiskan kata-kataku.

“ Jelaskan apa? Lelaki macam ni kamu nak jadikan suami kamu? Belum ada ikatan sudah berani peluk anak dara orang,” perli mama terus-terusan.

“ Mama sedar tak kenapa Fida jadi macam ni? Fida jadi macam ni sebab mama. Mama tak pernah nak ambil tahu tentang Fida. Yang mama tahu hanya Abang Mirdad saja. Fida ni bukan anak mama ke? Kenapa mama selalu saja bezakan kasih sayang mama?” suaraku agak meninggi.

“ Fida! Mama tak ajar kamu untuk jadi anak derhaka.” Suara mama juga meninggi.

“ Maaflah ma. Fida jadi kurang ajar pun sebab selama ni mama tak pernah didik Fida untuk jadi anak yang baik. Selama ni siapa yang jaga Fida? Siapa yang selalu ambil berat tentang Fida. Bukan mama. Tapi tu… orang gaji mama yang selama ni  mengasuh dan menjaga Fida. Bukan mama.”

Pang!!

“ Kurang ajar kamu Fida. Mama nak kamu putuskan hubungan kamu dengan lelaki tak guna tu. Dia cuma mahu harta yang kamu ada. Dia tidak ikhlas dengan kamu. Lagi satu! Mama tak pernah bezakan kasih sayang mama. Mama sayang semua anak mama. Cuma kamu saja yang degil tak bertempat.”

Aku mengusap pipi yang terasa pijar. Mataku merah menahan empangan airmata yang akan mengalir bila-bila sahaja.

“ Fida tak kan jejak rumah ni lagi. Fida benci!!” terus aku berlari sebaik mengungkap kata-kata itu. Terasa hatiku yang terhiris semakin dalam lukanya dek tamparan mama.

“ Mak, ampunkan salah silap Mia ya. Mia sayang mak.” Aku memeluk erat tubuh Mak Hawa sebelum berlalu menuju ke keretaku.

Aku memandu tanpa arah tujuan. Terasa sebak bertandang di dalam hati saat mama menampar pipiku.

“ Rafiq… Fida benci mama!” teriakku dengan kuat.

Aku buntu untuk berfikir. Lantas aku memberi signal ke kiri. Aku berhentikan kereta di bahu jalan. Fikiranku sudah tidak dapat berfikir dengan baik. Aku menghentak streng kereta untuk melepaskan geram. Wajah Rafiq bermain di mataku. Sungguh biarpun apa tanggapan orang termasuklah mama tentang Rafiq, aku tidak mengendahkannya kerana hatiku terlalu menyanyangi Rafiq.

“ Arghhh!!”

Aku memberi signal kiri dan kanan untuk menyambung pemanduan dek tekanan yang aku hadapi sebentar tadi. Setelah puas berfikir aku memecut laju menyusur jalan raya.

Aku sudah berdiri di hadapan pintu club. Aku seakan ragu-ragu hendak memasuki club itu, kerana aku belum pernah sampai ke sini. Biarpun berkali-kali Rafiq memujukku untuk ke club tidak pernah aku turuti. Namun, hari ini aku nekad ke sini. Kata teman sepejabatku yang agak sosial, kelab malam bagaikan syurga mereka untuk mencari ketenangan apabila stress dgn kerja pejabat. Setelah menimbang tara tindakanku aku mengatur jua langkah ke pintu club Zouk. Aku merasa telingaku bingit dengan bunyi muzik yang berdentam-dentum itu.

Heaven,” gumam sendirian.







p/s= jangan lupa komen :) harap diterima kisah ni ye :) nak tahu apa jadi???? nantikan........

Monday, January 27, 2014

prolog DIA DI HATI

















SUNGGUH aku tidak menyangka bahawa kehidupanku kini akan lebih bahagia. Biarpun dulu aku pernah menderita, namun tiada siapa menyangka bahawa cinta yang berputik secara tidak sengaja itu akan berakhir dengan kebahagiaan yang tiada penghujungnya.



Bahagia? Ya! Aku sangat bahagia dengan kehidupanku kini. Hidup di samping insan yang aku sayangi dan cintai membuatkan hidupku sangat bahagia. Mia Afina yang berusia lima bulan itu sedang nyenyak tidur di sebelah papanya. Aku bersyukur kerana pertemuan tidak sengaja antara kami telah mengikat hatiku dan juga hatinya. Aku mengelus lembut pipi suamiku. Perlahan-lahan dia membuka mata lantas mengucup dahiku.


“ Ish! Abang ni tak gosok gigi lagi nak cium Mia. Tak senonoh,” usikku lantas membaringkan tubuh bersebelahan Mia Afina.


“ Sayang… abang nak ucapkan terima kasih. Selama ni sayang banyak bersabar dengan abang. Selalu ada di sisi abang tanpa jemu. Abang hargai jasa sayang,” bisik suamiku di telinga.


“ Terima kasih juga kerana abang sudi terima Mia dalam hidup abang.” Aku turut berbisik di telinganya.


Dia tersenyum memandangku. Kami bertentangan mata.


Aku memeluk tubuhnya erat seakan tidak mahu dilepaskan. “ I love you,” bisikku perlahan lalu ku sembamkan wajah di dadanya.


 I love you bothvery much.” Dia mencium dahiku.


Mia Afina menggeliat seakan mengerti perasaan kami yang sedang bermadu kasih. Aku memangku anakku lantas ku kucup kasih pipinya. Dia turut mengucup Mia Afina lambang cinta kami.



p/s= hope kisah ni dapat diterima olh korang semua :)

Friday, January 17, 2014

TEASER CKB















Nadia tersenyum membaca mesej yang dibalas Erina. Tanpa membalas mesej itu dia menyimpankan Galaxy Noted ke dalam tas tangan.

“ Kenapa tersenyum-senyum dari tadi? Kekasih Nad hantar mesej ke?” tanya doktor Fadhli. Dia berlagak tenang biarpun dadanya serasa ingin meletup dek api cemburu.


“ Tak adalah Fadh. Rin yang mesej,” ujar Nadia bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“ Nad nak tahu tak? Dulu susah Fadh nak tengok senyuman Nad. Yang selalu Nad tunjuk ialah muka garang yang tak berapa nak jadi tu. He he…”


Nadia tergelak mendengar bicara doktor Fadhli. Sesekali dia mengalih pandang pada wajah doktor Fadhli. Terasa tenang matanya saat menjamah wajah jejaka itu.


“ Saya tahu la saya handsome Nad. Tapi janganlah renung saya macam nak terkeluar biji mata awak tu. Buat saya geram je,” ujar doktor Fadhli tanpa merenung ke wajah Nadia.


Eh! Dia nampak ke aku pandang dia? Aduh! Malunya. Kau ni la Nadia buat malu diri sendiri je. Omel Nadia dalam hati.


“ Err… awak jangan… jangan perasan okey? Tak handsome mana pun awak tu,” ujar Nadia. Suaranya kedengaran bergetar.


“ Ya lah. Siapalah kita ni kan? Sebab tu Nad tak sukakan Fadh.” Doktor Fadhli mula mengeluarkan ayat pasrah.


“ Fadh janganlah cakap macam tu.” Entah mengapa Nadia merasa sebak menguasai saat mendengar ucapan doktor muda itu.


“ Fadh gurau saja sayang.” Doktor Fadhli mengukir senyum melihat wajah Nadia yang merona merah apabila dia memanggil ‘sayang’ itu. Sungguh dia suka melihat wajah Nadia sebegitu. Tampak manis di matanya.


“ Fadh datang sini dengan siapa ya?” Nadia mengalih topik. Sebenarnya sudah lama dia ingin bertanya namun sering kali jua terlupa.


“ Dengan pembantu klinik Fadh. Tapi mereka semua berteman, Fadh saja yang datang solo,” ujar doktor Fadhli. Nadanya kedengaran seakan mengusik.


‘ Dia belum berpunya ke? Kalau dah siapalah agaknya wanita bertuah tu? Eh! Yang aku ni kenapa pula nak terfikirkan dia,’ gumam Nadia dalam hati.


“ Nad, Nad,” seru doktor Fadhli.


Nadia mengalihkan pandangan pada wajah doktor Fadhli saat mendengar namanya diseru. Dia merenung tepat anak mata doktor Fadhli yang turut memandangnya tika itu.


“ Mana isteri Fadh?” Nadia menyoal dengan berhati-hati. Seboleh mungkin dia cuba untuk menyembunyikan riak kecewa yang terukir di wajahnya.


“ Fadh belum kahwin la, walaupun umur dah selayaknya berkahwin. Lagi satu, kalau Fadh dah kahwin buat apalah Fadh susah payah nak mendekati Nadia.” Nadia melihat mata jejaka itu. Lantas dia terkedu saat melihat sinar kejujuran pada mata itu.


 Nadia tersenyum lega. Dia cuba menghidupkan radio. Terasa canggung pula apabila sepi menguasai. Dia ikut bernyanyi mengikut rentak lagu Ungu Band yang bertajuk Tercipta Untukku diputarkan di corong radio.


“ Merdunya suara Nad. Terpikat Fadh dengar,” usik doktor Fadhli lantas mengenyitkan mata.

Nadia menjengilkan mata melihat senyuman nakal yang terukir di bibir doktor Fadhli.


‘ Ish! Miang-miang daun keladi betul la Fadh ni.’ Nadia mengutuk selamba. Spaontan dia tersenyum penuh makna.

“ Senyum seorang tu kenapa?” soal doktor Fadhli.


Nadia hanya menggelengkan kepalanya. Mereka diam melayani perasaan saat lagu yang pernah di popularkan Faradhia bergema di segenap ruang kereta. Nadia menelan liur menghayati lirik lagu Bertakhta Di Hati itu.


‘ Uit! Kenapa la lagu ni pula yang diputarkan ni? Adui! Macam ada kaitan dengan aku,’ gumam Nadia di dalam hati.


‘ Huh! Kenapa pula lagu kegemaran aku yang diputarkan. Tapi best lagu ni. Harap Nadia mendengar luahan hati aku melalui lagu ni. Nad I’m fall in love with you.’ Bisik doktor Fadhli namun hanya dalam hati. Bimbang akan penerimaan Nadia andai diluahkan isi hatinya.


“ Fadh kenapa? Senyum macam orang angau je?” soal Nadia hairan.


Doktor Fadhli melambakkan ketawa mendengar soalan gadis di sebelahnya. Terasa ingin saja mencubit pipi nadia namun mengingatkan status mereka tiada ikatan yang sah dia melupakan hasratnya itu.


“ Kalau fadh angau pun bukan angau pada orang lain. Angau pada Nadia kesayangan Fadh ni juga,” usik doktor Fadhli lantas ketawa kecil.







p/s = enjoy reading :)
 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design