Saturday, January 11, 2014
teaser
Erina hairan apabila telefon bimbitnya tidak berbunyi sedari tadi. Lantas dia mencapai HHTC yang di letakkan di celah-celah bantal.
“ La, patutlah senyap je. Mesti Zaf mengamuk tak dapat call aku. Aduh! Masalah ni,” gumam Erina seraya mengecas HTC kesayangannya.
Bulat matanya sebaik HTC dihidupkan. Dia menelan liur apabila melihat dua miscall dan juga satu mesej yang datangnya dari Zafran. Segera dia mendail nombor telefon Zafran kerana tidak mahu membuat jejaka itu risau.
“ Assalamualaikum. Maaf tadi bateri handphone Rin low. Ni baru je caj,” ujar Erina dengan lembut.
“ Waalaikumsalam. Rin tahu tak Zaf risaukan Rin? Lain kali jangan buat macam tu lagi,” pesan Zafran. Dia mengaskan suaranya.
“ Maaf. Rin tak sengaja. Maafkan Rin ya wahai Aidil Zafran.” Zafran ketawa mendengar Erina memanggil nama penuhnya. Kedengaran manja sahaja saat gadis itu menyebut namanya.
“ Zaf tak marah. Cuma…”
“ Cuma apa?” soal Erina tidak sabar.
“ Geram je. Rin tahu tak Zaf paling geram bila dengar jawapan minah cun tadi,” sengaja Zafran mengusik buah hatinya.
“ Zaf! Minah cun mana pula ni?” tanya Erina. Nadanya jelas berbaur cemburu.
“Nombor yang anda dail sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi.” Zafran mengajuk semula kata-kata operator itu.
Spontan Erina melambakkan tawa. Lucu apabila mendengar lenggok suara Zafran yang mengecilkan suara persis wanita itu.
“ Zaf, tak payah la buat suara macam perempuan tu. Kelakar okey. Rin minta maaf. Betul-betul tak sengaja. Err… Zaf buat apa ni?” soal Erina setelah ketawanya reda.
“ Tak buat apa. Rasa tak semangat nak buat kerja. Rindu sangat dekat Rin. Rasa macam lama je nak tunggu Rin balik KL,” ujar Zafran. Erina senyum geli hati mendengar luahan hati Zafran.
“ Zaf bukan lama pun. Lagi dua hari Rin baliklah.”
“ Dua hari tak lama bagi sayang. Sebab sayang tak rasa perasaan rindu tu,” rajuk Zafran.
“ Rin faham perasaan Zaf. Tapi, kalau Zaf rindu tataplah wajah Rin,” ujar Erina dengan perlahan.
“ Okey. Rin nanti Zaf call. Ada benda penting nak buat. Assalamualaikum.” Segera Zafran memutuskan talian lantas dia meletakkan HTC di atas katil. Dia mengambil peralatan melukis lalu diletakkan di balkoni biliknya.
Erina memandang skrin HTC biarpun Zafran telah memutuskan talian. Kenapa Zaf macam kalut je. Dia sibuk kot, monolognya dalam hati.
Erina membuka pesanan ringkas yang dihantar Zafran. Lantas dia menekan button untuk membalas.
+ Please take care yourself. Jangan nakal-nakal ya. Tunggu Rin balik. I miss you Zaf.
‘ Eh perlu ke aku cakap rindu dia?’ Erina berfikir sebelum menghantar pesanan ringkas itu. Setelah berfikir semula akhirnya dia menaip lagi sekali.
+ Please take care yourself my prince. Jangan nakal-nakal.
Erina menekan butang send. Dia meloretkan senyum bahagia. Dia mencapai novel Serasi Sehati yang diletakkan di atas meja. Lantas dibuka halaman yang ditandanya semalam.
Tok! Tok!
Erina meletakkan kembali novel Serasi Sehati. Lantas dia memulas tombol pintu. Saat melihat wajah ibunya dia membuka luas daun pintu. Segera dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil.
“ Putri buat apa?”Soal Puan Zaiton sambil melabuhkan punggung di sisi anaknya
“ Baca novel je bu. Kenapa bu?”
Puan Zaiton meloret senyum lalu tanpa sebarang kata dia menggenggam jemari runcing Erina. Diusapnya lembut jemari itu.
“ Ibu doakan anak ibu bahagia. Nanti Putri balik KL jangan lupa pula, beli segala barang persiapan untuk pertunangan kamu. Ibu tak sangka, anak ibu ni dah nak kahwin,” luah Puan Zaiton seraya mengelus lembut rambut anaknya.
“ Terima kasih bu. Ibu nak tahu tak? Putri dapat rasa bahawa Aidil Zafran adalah utusaan ALLAH yang sangat baik. Hebatkan kuasa ALLAH?” Erina berjeda seketika. Dia mengukir senyum saat wajah Zafran menghiasi tubir matanya.
“ Maksud Putri? Ibu tak faham.” Soal Puan Zaiton sambil menuntas pandangan ke arah Erina.
“ DIA hantarkan seorang insan untuk membimbing serta mengingatkan Putri agar Putri tidak tersesat jalan, SubhanALLAH,” cerita Erina dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“ Putri bahagia?” soal Puan Zaiton.
“ Putri tak pernah rasa bahagia seperti ini. Ibu nak tahu tak? Zaf, dia… hadiahkan Putri ni.” Erina mengunjukkan Al-Quran pemberian Zafran.
“ Alhamdulillah. Maknanya dia benar-benar sayangkan Putri. Dan yang lebih penting… dia ingin mengajak Putri ke arah kebaikan,” ujar Puan Zaiton dengan riak wajah cukup mendamaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
0 comments:
Post a Comment