Putri Erina Batrisya,
seorang gadis genit yang sangat polos, berkawan dengan seorang jejaka tampan
yang bernama Aidil Zafran. Entah di mana silapnya, tiba- tiba setelah pertemuan
semula antara dua hati ini telah memekarkan lagi rasa cinta di hati Aidil
Zafran, namun tidak pada sekeping hati milik Putri Erina Batrisya.
Baik Aidil Zafran
mahupun Putri Erina Batrisya, keduanya tergamam saat mendengar rancangan untuk
menyatukan mereka dalam ikatan yang sah.
‘ Aku tak boleh kahwin
dengan Zaf. Dia kawan aku. Aku harus gagalkan rancangan ibu ni. Tak rela aku
kahwin dengan sahabat sendiri.’ ~Putri Erina Batrisya~
Mana mampu Erina
menerima Zafran sedangkan di hati cuma mengganggapnya sebagai teman. Mana
mungkin Erina mencintai Zafran sedangkan mereka membesar dan melalui suka duka
bersama…
Zafran pula sebaliknya,
dari mula kenal Erina sehingga besar, dia amat mencintai dan menyayangi
Erina. Bagi Zafran setiap kesabaran itu akan muncul kebahagiaan, kerana
Zafran percaya akan takdir ALLAH.
' Hanya aku yang tahu
dimana kedudukan Putri Erina Batrisya dalam hatiku.' ~Aidil Zafran~
Mampukah Erina menerima
menerima Zafran? Apakah reaksi Erina apabila mengetahui rahsia hati Zafran?
Mampukah mereka bahagia? Cinta Bilang Benci, sesuaikah perkataan itu buat
seorang gadis polos tetapi ego seperti Putri Erina Batrisya?

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete