Wednesday, April 16, 2014

DIA DI HATI BAB 7







ASSALAMUALAIKUM, Siti. Kau tengah buat apa? Sorrylah kalau aku menggangu kau ni.” sapaku dengan suara yang teragak-agak.

“ Waalaikumsalam. Ha, aku baru je nak tidur. Kenapa?”

“ Aku rasa macam sedihlah. Tiba-tiba je aku rasa takut. Takut kehilangan,” luahku pada Siti Khadijah.

“ Takut? Sekejap! Kau takut kenapa? Kehilangan? Aku tak faham. Cuba cerita pada aku satu persatu.”

Aku menarik nafas sebelum menceritakan tentang Idayu ang menggangguku. Sehinggalah mimpi tentang kehilangan Mirza. Entah mengapa perasaan takut kehilangan begitu menguasai diri.

“ Sudahlah Fida. Kau kata mimpi je kan? Mimpi kan mainan tidur saja. Kau dah solat isyak?” soal Siti Khadijah padaku.

“ Err… belum. Tadi aku tertidur lepas solat maghrib,” ujarku selamba.

“ Apa? Huh! Tidur tak basuh kaki memang la mimpi pelik-pelik. Sudahlah Fida… tentang Idayu kau jangan risau. In sya ALLAH tak akan ada apa yang berlaku. Kau pergi solat isyak dulu ya. Lepas tu kau call aku semula. Aku ada perkara nak cakap dengan kau ni.”

“ Cakap sekarang tak boleh ke?” soalku tidak sabar. Bukannya apa, aku risau jka perkara yang ingin disampaikan Siti Khadijah itu berkaitan mamaku.

64

“ Tak boleh. Sekarang kau pergi ambil wudhu dan solat isyak dulu,” arah Siti Khadijah dengan tegasnya. Dah macam mak tiri je Siti Khadijah ni tau! Hu hu…

Setelah memutuskan talian aku pergi mengambil wudhu sepertimana yang disuruh Siti Khadijah. Setelah itu aku capai telekung di birai katil. Seusai memberi salam aku berzikir untuk menenangkan hati.

“ Ya ALLAH ya TUHANku aku pohon padaMU, berikanlah aku ketenangan. Jauhkanlah aku dari segala godaan syaitan. Ya ALLAH sesungguhnya aku tidak sanggup untuk kehilangan insan yang aku sayang. Aku bersyukur kerana ENGKAU telah membenihkan rasa sayangku ini buat Mirza. Terima kasih ya ALLAH. Namun aku pohon agar rasa sayangku ini tidak mengatasi rasa sayangku padaMU. Tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMU. Sesungguhnya perjalanan hidupku masih panjang. Aaamiin ya Rabbal alamiin.”

Aku memandang Sangsung Galaxy Noted II yang terletak di atas katil. Usai melipat telekung dan sejadah terus saja aku mendail nombor Siti Khadijah. Aku keresahan sementara menunggu Siti Khadijah menjawab panggilanku.

“ Mana pula mak cik ni? Tadi beriya suruh aku call. Dah tidur ke? Ish! Geram betul aku,” rungutku apabila panggilanku masih tidak berjawab. Lantas aku cuba mendail sekali lagi.

“ Assalamualaikum. Ma… maaf lambat angkat. Tadi err… kau dah solat?” tanya Siti Khadijah. Suaranya kedengaran bergetar.

“ Waalaikumsalam. Kau kenapa Siti? Kau okey ke?”

“ A… aku okey. Err… Fida se… sebenarnya tadi Rafiq datang.”

Demi saja mendengar nama Rafiq hatiku mendengus keras. Heh! Entah apa lagi urusan Rafiq mencariku. Entah mengapa aku merasa tiada lagi getaran di dalam hati saat mendengar namanya.

“ Oh! Buat apa dia datang? Dia ada cederakan kau ke?” tanyaku kalut.

65

“ Tak ada. Cuma dia desak agar aku cakap kau dekat mana sekarang. Dia call kau tapi kau tak pernah jawab. Aku tak tahu nak kata apa lagi Fida. Dia benar-benar muka tembok. Aku jadi bosan setiap kali dia terpacak depan aku,” adu Siti Khadijah padaku.

“ Aku malas angkat call dia. Tak penting pun. Kau jangan layan dia. Aku risau keselamatan kaulah.”

“ Kau jangan risau. Setakat ni dia tak berani nak apa-apakan aku. Mama kau ada jumpa aku hari tu. Eh! Fida kau ceritalah tentang Mirza tu. Aku teringinlah nak tahu. Macam mana kau orang jumpa? Dekat mana kau jumpa dia? Dan aku teringin nak tau tentang dia.” Amboi Siti, dia pula yang teruja bagai. He he…

“ Mama jumpa kau?” tanyaku minta kepastian.

“ Ya mak cik. Mama kau jumpa aku. Tanya kau bercuti di mana. Macam yang kau cakaplah kan? Kau tak mahu orang tahu di mana lokasi percutian kau. So aku rahsiakanlah.”

“ Terima kasih. Mama sihat kan?” tanyaku lagi. Langsung aku terlupa tentang soalan Siti Khadijah tadi.

“ Sihat saja. Beb! Soalan aku kau tak jawab lagi. Ngeee…”

“ Ish! Kau ni. Sibuk je nak tau,” perliku padanya. Lantas aku ketawa kecil.

“ Erm, yalah. Siapalah kita ni kan,” rajuk Siti Khadijah. Aku mengekek ketawa membayangkan muncung duckface Siti Khadijah.

“ Buruknya rupa kau merajuk. Ish! Ish!” tergeleng-geleng kepalaku saat seraut wajah monyok Siti terbayang di ruang mata.

“ Kau ni mengada. Aku serius ni. Cepatlah aku nak tahu tentang jejaka yang bertakhta dalam hati kau sekarang ni,” gesa Siti Khadijah.

“ Kalau aku cakap kau jangan terkejut.” Aku memberi amaran pada Siti Khadijah. Cewah amaran tu. Hu hu…

66

“ Okey. Ceritalah cepat.” Siti Khadijah semakin tidak sabar mengetahui ceritaku.

Bermula dari pertemuan pertamaku dengan Mirza hinggalah mengenai kekurangannya. Terasa sebak saat aku menceritakan tentang kekurangannya. Tidak lupa juga soal Idayu. Turutku selitkan. Aku mendengar esak tangis Siti Khadijah.

“ Ya ALLAH, beratnya dugaan Mirza. A… aku tak sangka dia… Mia Afida kau jangan tinggalkan Mirza,” pesan Siti Khadijah tiba-tiba.

“ Mak… maksud kau?”

“ Aku dapat rasakan bahawa Mirza perlukan seseorang. Sepertimana kau perlukan aku sebagai sahabat. Begitu juga Mirza. Dia perlukan kekuatan untuk menempuh ujian dariNYA. Ingat Fida. ALLAH uji kita bermakna ALLAH sayangkan kita. Kadang-kadang aku cemburu dengan kau.” Siti Khadijah berjeda seketika. Setelah itu dia menyambung kembali katanya.

“ Kau tahu tak? Sebenarnya ada hikmah sebalik apa yang jadi pada kau. Buktinya  sejak kemalangan tu sekarang kau sudah dapat kasih sayang dari keluarga kau kan? Sedangkan a… aku tak ada sesiapa. Aku hidup sebatang kara,” luah Siti Khadijah. Tidak semena-mena airmata yang bergenang tumpah jua di lekuk pipiku.

“ Syhh! Siti jangan cakap macam tu. Aku kan ada. Aku takkan tinggalkan kau. Sebab kau sahabat aku. Bukan saja di dunia. Malah di akhirat juga. Siti… kau tahu kan aku sayangkan kau?”

‘ Ya ALLAH… selama ini aku melihat Siti Khadijah yang kuat. Ceria tetapi hari ini baru aku tahu kisah dukanya. Patutlah selama ini Siti sering kali mengelak sebaik saja aku menanyakan tentang keluarganya. Ya Rahman berikanlah Siti kekuatan untuk menempuh ujianMu ya ALLAH,’ doaku dalam hati.

“ Syukran Mia Afida. Aku bahagia ada kawan sahabat susah dan juga senang seperti kau,” ujar Siti Khatijah setelah reda tangisannya.

67

“ Beb! Aku yang patut ucap terima kasih. Sebab kau dah susah payah nasihat dan ingatkan aku selama ni. Siti kalau ada apa-apa perkara yang jadi nanti kau beritahu aku ya,” pintaku agar Siti tidak lupa memberitahuku setiap apa yang berlaku sepanjang ketiadaanku.

“ Okey Fida. Aku nak tidur dah ni. Kau jaga diri. Ingat pesan aku tau! Jangan tinggal solat. Dan lagi satu walaupun kau dah jatuh cinta pada Mirza ingat matlamat tidak menghalalkan cara. Maksud aku walau kau dah suka dia tapi masih ada batas antara kau dan dia. Faham maksud aku?” Siti Khadijah bermain dengan kata-katanya.

Aku menggaru kepala. Aku tidak mengerti akan maksud Siti sebenarnya. Hu hu…

“ Apa maksud kau?”

“ Fida, kau dan dia belum halal. Jadi kau tidak boleh bersentuhan sepertimana kau dan Rafiq dahulu. Sekarang faham kan?”

Aku menggangguk kepala. Seketika kemudian aku menggigit bibir. Mana mungkin Siti nampak yang aku menggangguk kepala. Bukankah aku sedang berbual di telefon? Ish! Mia Afida kau ni dah kenapa? Ngeee….

“ Woi! Mia Afida kau dengar tak aku cakap?” Aku kembali ke alam nyata sebaik mendengar suara Siti Khadijah.

“ Ya dengar. Aku belum pekak lagi,” perliku padanya.

Aku mendengar tawa kecil Siti Khadijah. Ah! Terasa rindu pula ingin bertemu Siti, papa dan juga mama.

“ Beb! Kau kirim salam pada papa dan juga mama aku. Okeylah aku mungkin akan balik dalam masa terdekat ni,” ujarku sebelum memutuskan talian.

MIA… sebenarnya semalam Mirza dapat panggilan dari Hospital. Mak Mirza masuk Hospital sebab darah tinggi kuat sangat. Mirza risau,” adu Mirza padaku.

68

“ Jadi Mirza nak balik sekarang ke?” Soalku dengan lembut.

Mirza mengganguk kepalanya. Aku turut merasa sebak.

“ Baiklah kalau macam tu sekarang ni Mirza kemaskan pakaian Mirza. Kita balik sama-sama. Lagipun Mia…” lidahku kelu untuk berkata.

“ Kenapa Mia?” soal Mirza dengan lembut lagi tenang.
“ Mama… mama Mia selalu tanya bila Mia nak balik. Heee. Tapi kan, sebelum balik Mia ingat nak ke Pekan Kuah dulu. Nak beli sikit ole-ole dari sana,” ceritaku mengenai apa yang telah aku plan dari semalam.

“ Boleh Mirza ikut?” Aku terpana mendengar soalannya.

“ Errr… bukan ke Mirza tak selesa kalau di tempat yang ramai orang?” tanyaku dengan kening terangkat sebelah.

“ Tapi Mirza ingat nak beli sikit cenderahati untuk mak,” luah Mirza pula. Aku merasa kasihan melihatnya. Namun aku juga merasa berat hati andai membiarkan dia bersesak di tempat yang ramai orang itu.


AKHIRNYA setelah didesak Mirza kami pergi jua ke Pekan Kuah bersama-sama. Terasa bagaikan sedang berjalan dengan suami saja. Entahlah setiap perkara mengenai Mirza pasti akan mencuit hatiku.

“ Seninya halus. Mirza rasa mesti cantik kan pinggan ni?” Mirza mengunjukkan pinggan di tangannya. Pandainya dia pilih.

“ Ya, memang cantik. Pinggannya warna putih jernih. Bunganya pula warna biru. Lawa sangat. Pandai Mirza pilih,” pujiku padanya.

“ Alhamdulillah. Terima kasih ya Mia, sebab dah terangkan corak pinggan ni.”

69


“ Sama-sama. Nak beli yang ni satu set ke?” tanyaku padanya. Mirza hanya mengganguk sebagai jawapan.

Melihat saja Mirza membuka walletnya cepat-cepat aku membayar bagi pihaknya. Bukannya apa aku bimbangkan dia. Manalah tahu bil rawatan ibunya itu mahal ke apa. Sudahlah keadaanya sebegitu. Jadi sebaiknya aku bantu saja dia, tak gitu? Heee…

“ Mirza jom.”

“ Mia, Mirza tak bayar lagi harga pinggan tu.”

“ Mia dah bayarkan. Mirza simpan saja duit Mirza. Lagipun Mirza nak pakai duit bukan?”

“ Tapi Mia…”

“ Sudahlah Mirza. Jom teman Mia beli ole-ole pula.” Segera aku memintas katanya. Aku tidak mahu dia merasa segan denganku. Aku sanggup untuk membuat apa saja asalkan dapat melihat senyumannya itu. Heee… sah Mia Afida dah angau. Hu hu…

Aku menolong Mirza mengangkat beberapa beg plastiknya. Banyak juga yang aku beli. Pinggan, barang elektrik, sudu serta coklat Daim.

“ Mia pernah pergi Makam Mahsuri?” tanya Mirza tiba-tiba.

“ Tak pernah. Kenapa?”

Mirza meloret senyum. Sukanya aku tengok senyuman dia. Manis! Lebih manis dari coklat Daim. He he…

“ Kalau nak pergi jomlah.”

Aku berfikir bagaimana ingin membawa barang yang telah aku borong tadi. Takkan nak angkut sekali kot?

“ Tapi… macam mana dengan barang kita?”

70

“ Bawa jelah. Siapa suruh beli banyak sangat?” perli Mirza seraya tersengih nakal.

“ Amboi makin pandai nak perli nampak?” Mirza ketawa mendengar kataku. Aku tersenyum bahagia melihatnya. Sah memang aku dah jatuh hati padanya.

Perjalanan ke Makam Mahsuri terletak kira-kira 12km dari Pekan Kuah. Selain dari melawat Makam Mahsuri aku juga tidak melepaskan peluang untuk melawat replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi.  

Oh! Ya aku juga turut membeli sesuatu buat Mirza. Sebagai kenang-kenangan. Aku turut menangkap gambar Mirza secara senyap-senyap. Hatiku merasa sebak saat memikirkan perpisahan kami yang mungkin akan terjadi dalam beberapa jam saja lagi. Sebenarnya aku teringin benar ingin ke Dataran Helang untuk melihat tugu besar burung helang itu. Namun memikirkan masa untuk aku berlepas kira-kira tiga jam dari sekarang aku terus saja melupakan niatku itu.

“ Mia nak ke Dataran Helang ke? Soal Mirza seolah-olah tahu apa yang bermain di mindaku.

“ Tak apalah Mirza. Lagipun Mia tak sempat nak kemas barang-barang lagi. Takut nanti kelam kabut.” Aku sekadar memberi alasan, sedangkan hati meronta ingin ke sana.

“ Betul ni? Manalah tahu nanti menyesal tak ke sana,” tutur Mirza. Aku hanya buat tidak dengar saja.

“ Betul Mirza. Jomlah kita balik. Mirza dah kemas barang-barang? Nak Mia tolong?” Aku cuba menghulur bantuan.

“ Mirza dah kemas sikit. Tak susahkan Mia ke? Err… nanti kalau kita dah sama-sama balik macam mana kita nak… jumpa ya?” Terhenti langkahku saat mendengar soalan Mirza. Sesungguhnya soalan itu jualah yang bermain di fikiranku.

“ Err… Mia pun terfikirkan perkara yang sama. Tak apa nanti kita fikir perkara tu. Sekarang ni kita balik dulu ya,” suaraku lirih.

71

Aku tak tahu kenapa? Tapi hatiku meruntun sayu melihat wajah Mirza yang keruh itu. Apakah dia juga menyimpan perasaan padaku? Terlalu sukar untuk meneka hatimu wahai Mirza.
 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design