assalamualaikum NN dah lama xletak n3 kat sini kan? heee meh la baca
KAMPUNG
TANJUNG LUMPUR
Langkahku
terhenti sebaik sahaja melihat rumah papan yang berbumbungkan atap itu. Aku
menyorot mata melihat atap yang sudah bocor serata tempat. Dengan berlubang
sana sininya lagi. Aku menekup mulut apabila mataku menyorot pada sekumpulan
anai-anai yang sedang memakan kayu yang sudah reput itu. Masya-ALLAH… bagaimana
mereka boleh duduk dalam keadaan yang seperti ini? Serta merta aku merasa sebak
melihat kedaifan keluarga Mirza. Betapa aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga
yang lengkap segalanya.
‘
Ya ALLAH KAU berikanlah kekuatan dan ketabahan buat Mirza serta ibunya.
Lindungilah mereka dari bahaya serta bencana alam ya ALLAH.’ Doaku dalam hati.
“
Inilah pondok buruk kami. Jemput masuk Mia,” pelawa Mak Cik Mariam. Aku
mengesat airmata yang bergenang di pipi.
“
Mia, harap awak sudilah masuk ke rumah kami. Rumah buruk je,” kata Mirza
merendah diri.
“
Mia sudi je. Terima kasih, sudi terima Mia sebagai tetamu.”
“
Kasih diterima,” pantas Mirza membalas. Aku turut tersenyum apabila melihat
senyum yang terukir di bibirnya.
“
Err… mak cik. Boleh Mia tanya sesuatu?” soalku berhati-hati. Sebenarnya aku
gugup apabila mata tua Mak Cik Mariam tidak lepas memandang kelakuanku.
“
Tanya apa Mia?” Aku menarik nafas panjang lantas aku hembus perlahan-lahan.
“
Err… ini rumah pusaka arwah suami mak cik ke?” Aku mengambil kesempatan ini
untuk mentafsir riak yang terpamer di wajah Mak Cik Mariam. Terluka, sedih,
kerinduan. Itulah yang mencerminkan perasaan Mak Cik Mariam kini.
“
Ya nak. Ini satu-satunya harta pusaka kami,” ujar Mak Cik Mariam. Lantas dia
berjeda seketika. Aku melihat airmatanya yang bergenang. Aku mengetap
bibir. Terasa bersalah pula kerana
bertanya soalan yang agak sensitif.
“
Maafkan Mia. Kalau mak cik tak mahu cerita tak mengapa. Mia faham,” ujarku
dengan perlahan.
“
Takpe Mia. Mak cik hanya akan
bercerita pada orang yang benar-benar mak cik percaya. Mak cik nak bercerita
pada Mia ni bermakna mak cik percayakan kamulah,” ujar Mak Cik Mariam dengan
tegas. Aku hanya diam menantikan butir bicara seterusnya.
“
Se… sebenarnya mak cik ni anak orang kaya. Tapi… sejak mak cik ambil keputusan
untuk berkahwin dengan ayah Mirza, keluarga mak cik buang mak cik. Arwah pak
cik bukanlah orang yang berharta. Dia hanyalah seorang nelayan saja.” Aku
menekup mulut. Ya ALLAH mengapa masih ada orang yang memandang rendah pada
orang lain? Sadis sekali kisah hidup Mak Cik Mariam. Pasti dia menderita selama
ini. Spontan aku menyorot mata pada Mirza. Demi melihat airmatanya itu
membuatkan aku turut merasa sebak. Lantas tidak semena-mena airmataku juga
turut membasahi pipi.
“ Tapi disebabkan cinta mak cik sanggup
dibuang keluarga. Pak cik seorang lelaki yang baik. Dia sangat menjaga
solatnya. Dia ketua keluarga yang baik. Dia ayah yang baik. Tapi sayang. Jodoh
kami tak panjang. Pak cik meninggal
sewaktu dia mencari rezeki. Dia… dia mati lemas. Demi selamatkan kawan dia, dia
sanggup. Biarpun dia tahu laut sedang bergelora tika itu. Mak cik redo dengan
suratan takdirNYA,” beritahu Mak Cik Mariam. Airmata yang ditahan sedari tadi
akhirnya gugur jua. Lekas aku
menghampiri Mak Cik Mariam lantas aku rangkul tubuh itu ke dakapanku.
“
Mak cik sabar ya. Mia tak berniat nak buat mak cik sedih,” pujukku sambil
menggenggam erat tangannya.
“
Sampai sekarang keluarga mak cik masih tak terima mak cik. Mak cik tak kisah
kalau mereka mahu berdendam dengan mak cik. Tapi mak cik merayu agar mereka
jangan benci Mirza.” Sendu hatiku mendengar luahan hati Mak Cik Mariam. Biarpun
baru saja beberapa hari aku mengenali mereka namun aku seperti sudah lama
mengenali peribadi Mirza dan juga ibunya.
“
Semua yang jadi ada hikmahnya. Mak cik bersabarlah. ALLAH sedang menguji mak
cik. Mia tahu mak cik seorang yang tabah. Pasti mak cik boleh melalui ujian
dariNYA. Cuma sekarang… mak cik perlu bersabar saja,” nasihatku dengan telus.
“
Kamu duduk dulu ya. Mak cik nak ke dapur sekejap,” mendatar saja nada suara Mak
Cik Mariam. Belum pun sempat aku melarang, Mak Cik Mariam sudah hilang dari
pandangan.
“
Mirza bukan orang kaya. Pasti Mia terkejut kan tengok keadaan rumah Mirza?
Mirza rasa segan untuk terus berkawan dengan Mia,” ujar Mirza dengan tiba-tiba.
Suaranya kedengaran bergetar.
“
Mia tak pernah peduli soal tu. Mia ikhlas terima Mirza. Sekali Mia terima
Mirza, bermakna takkan ada jurang antara kita. Dan tolong… jangan lagi sebut soal
kaya atau sebaliknya. Yang kaya bukannya Mia. Tapi mama serta papa. Lagipun
harta, pangkat segalanya tak boleh kita bawa bersama ke dalam kubur. Yang boleh
di bawa hanya amalan semasa kita di dunia,” ujarku tegas dan mendalam.
“
Jangan menyesal bersahabat dengan Mirza ya. Lagipun… Mir… Mirza dah mula
sayangkan Mia.” Terhenti seketika jantungku saat mendengar ayatnya yang
terakhir. Sayang? Mirza sayangkan aku? Yess!
Bahagianya rasa hati. Heeee…
“
Ha Mia, Mirza. Jemput minum sayang. Maaflah air bujang je,” seloroh Mak Cik
Mariam seraya tersenyum mempamerkan giginya yang tersusun rapi.
“
Tak apalah mak cik. Tak perlu susah-susah. Mia bukan tetamu VIP pun.” Aku turut
berseloroh. Mirza ketawa mengekek mendengar jawapanku. Lega sedikit hatiku
mendengar tawa Mirza itu.
“
Kamu duduk di sini menyewa dengan siapa Mia?” soal Mak Cik Mariam. Aku sekadar
mengganguk tanda jawapan.
“
Mia menyewa di sini dengan kawan. Siti Khadijah namanya. Mak cik nak tahu
sesuatu tak?” Aku cuba mengajak Mak Cik Mariam berbual apabila suasana terasa
canggung.
“
Pasal apa Mia? Kalau kamu nak cerita mak cik dengar je.”
Aku
menarik nafas sebelum menceritakan kisahku pada Mak Cik Mariam.
“
Sebelum ni hidup Mia kosong sangat. Mia dulu terlalu jahil. Siti sahabat yang
baik. Selalu mengingatkan Mia soal solat. Mia patut bersyukur mempunyai sahabat
sepertinya. Mia tak tahu macam mana hidup Mia anadainya Mia tak berjumpa dengan
sahabat seperti Siti.” Aku berjeda seketika.
“
Benarlah kata orang sahabat waktu gembira senang dicari. Tapi sahabat waktu
kita susah sangat sukar untuk dicari,” ujarku lantas menahan airmata dari
gugur.
“
Kehidupan ni memang begitu. Kadang-kadang kita rasa kawan kita baik sangat.
Tapi… kita tetap harus berhati-hati. Sebab hati manusia ni kita tak dapat
baca,” sampuk Mirza. Aku mengetap bibir mendengar kata-katanya itu.
P/s = kalau ada typo maaflah ye hehehe
“
Hei perempuan kau tak payah nak tunjuk baiklah. Ingat aku tak tahu kau rapat
dengan Adrian pun sebab kau nak tumpang kesenangan dia saja kan?” Natasya terpana
saat dituduh sebegitu. Raihana tersenyum sinis.
“
Saya tak faham. Apa maksud awak? Saya betul-betul sayangkan Rian,” ujar Natasya
dengan lembut.
“
Sayang? Eh! Kau ingat aku nak percaya? Kau blah la. Adrian tak sayangkan kau.
Dia hanya nak mainkan kau saja,” bohong Raihana lantas ketawa sinis.
“
Tak! Rian tak mungkin bohong. Saya percayakan dia.”
“
Kau ingat Adrian tu jujur dengan kau? Sedarlah sikit. Kau tu orang gaji je
pun.” Natasya menahan sabar. Dia hanya mempamerkan wajah tenang.
Raihana
berjalan mengegelingi Natasya. Dia tersenyum senget saat mendapat idea untuk
mengenakan Natasya.
“
Tapi kalau nak tahu…” Raihana meliar mata melihat kereta yang lalu lalang di
kawasan perumahan itu.
“
Adrian bukan anak kandung mama aku. Dia tu… anak haram. Aku rasa status kau
sebagai orang gaji dan Adrian sebagai anak haram memang sepadan,” bisik Raihana
di telinga Natasya lantas ketawa berdekah-dekah.
Natasya
merasa nafasnya tersekat di kerongkong. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang
dikatakan Raihana.
“
A… awak bohong kan?” tanya Natasya tidak percaya. Raihana ketawa sinis. Lantas
dia menunjal-nunjal kepala Natasya.
“
Buat apa aku nak bohong? Apa aku dapat kalau aku bohong kau?” sinis Raihana.
“
Saya tak… tak percaya. Awak bohong.”
Raihana
berang apabila gadis di hadapannya itu berdegil. Lantas dia menolak tubuh
Natasya. Namun Natasya tangkas mencapai tangan Raihana saat hampir dilanggar
sebuah kenderaan. Raihana hilang keseimbangan lantas hampir saja dirinya
dirempuh lori tersebut sebelum…
Gedegang!
Srettt!!
“
Rian!!” panggil Natasya seraya berlari mendapatkan Adrian yang diseret lori
sepanjang 2 km itu.
“
A… Abang Rian!!” Raihana juga bergegas mendapatkan abang yang selama ini tidak
pernah diiktirafnya.
“
Ni semua salah kau! Kau memang bawa sial tau. Jangan sentuh Adrian.” Raihana
memberikan amaran pada Natasya. Lantas menepis kasar tangan Natasya yang ingin
menyentuh abangnya.
Natasya
menggeleng kepala. Airmata mengalir deras di pipi. Hujan yang turut membasahi bumi seakan
mengerti perasaannya.
“
Rian jangan tinggalkan Tasya,” rayu Natasya seraya cuba mendekati Adrian namun
sekali lagi Raihana menepis kasar tangannya.
“
Kau pergi dari sini. Perempuan sial!” Natasya masih tidak berganjak dari sisi
Adrian. Raihana tergamam melihat abangnya yang berlumuran darah. Lantas dia
menjerit meminta bantuan.
Raihana
meraung sambil memangku abangnya. Pemandu lori tersebut segera mendapatkan
mereka lantas menawarkan diri untuk membawa Adrian ke Hospital.
HOSPITAL
KUALA LUMPUR
Natasya
mundar mandir sedari tadi. Airmatanya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir.
Hatinya juga turut menangis. Sakit! Itulah yang dia rasakan kini.
“
Puas hati kau sekarang? Kalau jadi apa-apa pada abang Rian aku takkan maafkan
kau.” Raihana menghamburkan kemarahannya. Natasya hanya berdiri static di pintu
wad kecemasan itu.
“
Raiha, macam mana dengan abang kamu?” soal Datin Hanis yang baru saja tiba di
HKL tika itu.
“
Ma… abang ma… masih dekat dalam,” kata Raihana seraya mengis di bahu Datin
Hanis.
“
Apa yang berlaku sebenarnya ni? Cakap dengan papa.”
“
Ya, cakap dengan mama. Macam mana boleh jadi macam ni?” suara Datin Hanis
saling bertingkah dengan suara Dato Izwan.
“
Perempuan tu tolak Raiha. Ta… tapi Abang Rian sempat tarik Raiha. Dan…”
“
Dan apa?” soal Dato Izwan tidak sabar.
“
A… abang kena…”
“
Mana ahli keluarga Encik Adrian?” soal doktor yang keluar dari wad kecemasan
tersebut.
“
I ayahnya. Macam mana anak saya doktor?”
“
You Dato Izwan kan?” Doktor Fahri meminta kepastian.
“
Yes I am.”
“
I harap you bersabar. Apa yang I nak katakan ni mungkin akan membuatkan you
terkejut.” Doktor Fahri berjeda seketika.
“
Apa dia doktor? You jangan takut-takutkan i.” Datin Hanis pula bersuara.
Dadanya bagaikan ingin pecah menanti jawapan dari doktor di hadapannya itu.
“
Anak you… dia selamat. Cu… cuma… kami dapati dia lumpuh. Tempurung lututnya
pecah. I harap you banyak-banyak bersabar.”
Datin
Hanis menekup mulut saat berita itu menjamah telinganya. Dia terduduk di atas
kerusi. Kepalanya ditekan dengan kedua tangannya.
p/s = tak tahu ok ke tak part ni belasah aje lah :) enjoy reading


0 comments:
Post a Comment