Thursday, March 27, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 3


















ADRIAN tersenyum saat wajah Natasya terlayar di mindanya. Dia memusing-musing pemukul drum yang berada di genggaman tangannya. Alex dan Akim yang melihat mengerut dahi. Hairan melihat perubahan sikap sahabat mereka.

“ Akim kau tengoklah tu. Kawan kita senyum seolang (seorang) macam angau la. Aiya dia sudah jatuh cinta meh?” bisik Alex di cuping telinga Akim.

“ Rasanya yelah tu. Eh! Hari tu dia ada kasi tau aku dia suka seorang amoi ni. Manyak cantik woo,” ujar Akim dengan loghat cinanya.

“ Sudah maa, mari la kita tegur dia.” Akim mengekori langkah Alex.

“ Adrian, Adrian kau okey ke?” sapa Akim lantas menggawangkan tangannya di hadapan wajah Adrian.

Alex dan Akim saling berpandangan. Lantas mereka menggaru kepala. Tidak tahu bagaimana ingin menyedarkan sahabat mereka itu.

“ Alex lu main gitar. Kasi sedar ini mamat,” arah Akim seraya dia mencapai mikrofon.

Seketika kemudian bergema ruang studio itu dengan bunyi petikan gitar yang membingitkan telinga. Akim mula menyanyikan lagu Numb yang dipopularkan oleh Linkin Park. Saat melihat wajah cemberut Adrian mereka menghamburkan tawa..

“ Kau orang apahal? Ish! Kacaulah!” marah Adrian lantas membaling pemukul drum pada sahabat-sahabatnya.

“ Kau la berangan siang-siang hari. Agaknya kalau perompak masuk studio ni pun kau tak sedar kan?” perli Akim selamba.

Adrian berdecit geram. Dia berdiri di sebelah Alex. Lantas gitar di bahu Alex dia capai kemudian disangkutkan tali gitar pada bahunya pula. Alex hanya diam menikus.

“ Kau orang tak faham perasaan aku. Inilah pertama kali dalam hidup seorang Firash Adrian benar-benar bahagia. Aku tak pernah rasa bahagia macam ni. Kau orang pun tahu kan macam mana kehidupan aku?” Adrian berjeda seketika. Terasa perih untuk menerima bahawa dirinya dibenci oleh keluarganya sendiri.

“ Aku faham Ad. Maaflah sebab aku buat kau rasa sedih.” Lekas Akim memohon maaf apabila melihat awan mendung di wajah Adrian.

“ Ya lo. Aku pun minta maaf maa.” Alex turut momohon maaf lantas dia memaut bahu Adrian.

Hargai Aku- Armada

Sering kali kau merendahkanku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

“ Alex, Akim betul kan lirik lagu yang aku nyanyi tadi? Aku ni bukan siapa-siapa pada mama, papa dan Raiha,” lirih kedengaran suara Adrian.

“ Hei! Kenapa kau cakap macam tu? Kami ada. Kami akan sentiasa sayangkan kau. Lagipun kau sahabat kami dunia akhirat Ad,” ujar Akim dengan lembut.

“ Aku… perlukan kasih dan juga sayang mereka. Tapi apa salah aku? Kenapa aku dilayan seperti sampah?” luah Adrian. Suaranya bergetar. Airmata bertakung di kelopak matanya.

Selalu saja kau anggapku lemah
Merasa hebat dengan yang
Kau punya
Kau sombongkan itu semua…

“ Raiha tak pernah hormat aku sebagai abang dia. Malah dia anggap aku ni musuh dia saja. Apa salah aku?” Akim bungkam mendengar soalan demi soalan yang dilemparkan Adrian. Jika tadi dia melihat Adrian dari sisi ceria, kini dia melihat Adrian yang lemah.

Coba kau lihat
Dirimu dahulu
Sebelum kau nilai ku dengan diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku…

“ A… aku bukan minta emas permata. Tapi a… aku cuma inginkan…” Adrian mula merasa sebak.

“ Syhh! Sudahlah Ad. Apa yang jadi ni pasti ada hikmah sebaliknya. Kau sabar ya. ALLAH takkan uji hambaNYA melebihi kemampuan hambaNYA. Aku tahu kau kuat. Kalau selama 23 tahun kau boleh hadapinya, kenapa sekarang kau jadi lemah? Ini bukan Adrian yang aku kenal.” Akim menyuntik semangat buat Adrian.

“ Adrian kau sabarlah. Aku tahu jauh di sudut hati mama kau pasti ada sikit rasa sayang pada kaulah. You must be strong. Kita lelaki maa. Mana boleh nangis,” ujar Alex. Adrian tersenyum mendengar ayat terakhir Alex.

“ Itu macam lorh. Tak mau nangis ha,” kata Alex dan Akim hampir serentak.

Mereka saling berpelukan memberi semangat kepada Adrian. Usai meleraikan pelukan Adrian memetik gitar basis. Akim pula mengetuk drum mengikut irama petikan gitar. Sementara Alex mengalunkan lagu Dengarlah Bintang Hatiku nyanyian De’Meises.

Dengarlah bintang hatiku
Aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku
Hanya kaulah yang ku tuju


Dan teringat janjiku padamu
 Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku akan menjagamu
Semampu dan sebisaku
Walauku tahu ragamu tak utuh…

“ Wei! Kenapa kau nyanyi lagu jiwang Alex? Ha, kau dah jatuh cinta eh?” usik Adrian setelah menyedari bait lirik yang dinyanyikan Alex itu.

Lirik lagu itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyayangi kekasihnya. Gadis itu penjual bunga. Manakala si jejakanya pula merupakan artis. Dalam satu hari tu si gadis tu terlihatlah kekasihnya berbual mesra bersama seorang gadis lain… di bawah satu payung pula tu. Pendek cerita si gadisnya cemburu dan melarikan diri dari dikejar kekasihnya. Namun nasibnya malang kerana saat itu dia telah dilanggar sebuah kereta. Dan setelah si gadisnya disahkan lumpuh namun kasih sayang lelaki itu tetap utuh buat si gadis. Heeee… jiwanglah tu kan? Desis Adrian dalam hati.

“ Ala kau Adrian. Aku baru saja nak layan jiwang. Tak kan aku nak layan rock sepanjang masa?”

Adrian mencebik mendengar alasan Alex. Akim pula ketawa mengekek melihat wajah cemberut Alex.

“ Ad kau berilah dia peluang. Aku rasa Alex tu dah jatuh cinta. Dengan minah yang jual bunga tu,” ujar Akim seraya memuncungkan bibir mengunjuk ke arah kedai bunga bertentangan dengan studio miliknya.

“ Oh, macam tu rupanya. Kenapa aku tak tahu?”

“ Macam mana kau nak tahu? Sedangkan kau pun mabuk cinta,” perli Akim lantas ketawa mengekek.

“ Kurang asam kau Akim. So selama ni kau tahulah Alex dah tangkap cintan dengan minah bunga tu?” soal Adrian tidak puas hati.

“ Aku pun baru tahu semalam,” ujar Akim lantas jemarinya menekan piano tanpa irama.

“ Cis! Kau dah janji sama aku. Tak mau bocor rahsia. Aiya… kau ni memang mulut tempoyak.” Usai Alex berkata Adrian serta Akim ketawa mengekek.

Alex menggaru kepala yang tidak gatal. Hairan melihat sahabatnya yang ketawa tidak ingat dunia itu.

“ Woi! Apahal lu olang (orang) ketawa? Aku buat lawak meh?” tanya Alex tidak puas hati.

“ Memang. Kau ni lawak la. Rosak bahasa kau tahu? Bukan mulut tempoyak la Alex. Tempoyak tu orang guna untuk masak,” ujar Akim setelah ketawanya reda.

“ Oh! Ya meh? Aku mana tau la. Aku pakai cakap saja. Aiya itupun mau ketawa meh?” Alex berpeluk tubuh sambil bersandar pada sofa.

“ Memang la kami gelak. Mulut tempayan dengan mulut ‘tempoyak’ tu jauh beza maa,” sindir Adrian pula. Alex tunduk menekur lantai. Terasa berbahang wajahnya dek malu.

CAREFOUR KOTA DAMANSARA

ADRIAN mengambil tugas untuk menyorong troli. Hari itu dia menemankan Mak Kiah untuk membeli barang dapur. Mereka muka bergerak ke satu rak ke rak lain. Adrian merasa gembira kerana dapat menemani wanita yang sudah di anggap seperti ibunya itu.

“ Mak Kiah nak cari apa lagi? Ketam Mak Kiah tak mahu ambil ke?” soal Adrian seraya mata melilau melihat bahan basah yang terletak di dalam peti.

“ Kamu nak makan ke? Kalau mahu boleh la Mak Kiah ambil. Lagipun kamu dah lama tak makan makanan laut kan?”

Adrian mengukir senyum saat mendengar bicara Mak Kiah. Adrian meneliti senarai barang yang ditulis Mak Kiah. Dia mengerut dahi.

‘ Apa beza daun sup dengan daun ketumbar? Mak Kiah ni nak buat apa banyak-banyak daun ni? Ish! Peninglah aku,’ desis Adrian dalam hati.

“ Kenapa Encik Adrian?” soal Mak Kiah apabila melihat majikannya itu mengerutkan dahi.

“ Ni ha. Mak Kiah nak buat apa banyak-banyak daun ni? Daun supnya, daun ketumbar lagi. Peliklah saya.”

Mak Kiah tersenyum mendengar rungutan Adrian. Dia mengusap lembut bahu jejaka itu.

“ Encik Adrian… daun sup tu dah tentulah Mak Kiah nak masak sup. Kita dah ambil ketam tadi kan? Bolehlah buat sup ketam. Daun ketumbar pula Mak Kiah ingat nak masak tomyamlah. Dah lama kan Mak Kiah tak masak tomyam untuk Encik sekeluarga?” Adrian menggangguk kepala laju.

“ Biar saya cari daun sup dengan err… daun ketumbar. Mak Kiah pergilah cari bahan lain. Kicap ke sos ke?” ujar Adrian ingin menghulurkan bantuan.

“ Tapi… pandai ke kamu bezakan daun sup dengan daun ketumbar?” tanya Mak Kiah tidak yakin.

“ Eh, boleh punyalah.” Adrian cuba menyakinkan Mak Kiah. Sedang di dalam hati mula gabra.

“ Baiklah kalau macam tu. Nanti kita jumpa semula disini ya,” pesan Mak Kiah sebelum berlalu.


ADRIAN segera menghayun langkah laju menuju ke arah sayur-sayuran. Dia mula menggaru kepala yang tidak gatal.

“ Adui! Mana satu daun sup ni? Yang ni kot. Eh, tapi kenapa lain betul dengan yang Mak Kiah selalu beli tu ya?” Adrian mengambil daun pudina yang disangkakan daun sup itu. Seketika kemudian dia meletakkan kembali daun pudina di tempatnya.

Sedang Adrian berdiri di situ tiba-tiba dia disapa seseorang.

“ Adrian kamu buat apa dekat sini?” soal Datin Khalisa dengan ceria. Lama benar rasanya tidak menyapa anak jirannya itu.  Natasya diam mematung disebelah majikannya.

“ Eh, aunty. Ni ha sebenarnya Rian nak cari daun sup. Dengan err… daun apa tu? Ha daun ketumbar. Tapi…” Pantas Natasya memintas katanya.

“ Encik Rian tak tahu nak bezakan ya? Tak mengapa, biasalah orang lelaki memang tak peka sangat soal ni. Ngee...”

Adrian merasa segan ditegur oleh gadis idamannya itu.

“ Kalau Encik nak bezakan senang je. Encik Rian boleh bau. Kalau daun sup ni baunya wangi sikit dari daun ketumbar. Daun ketumbar ni baunya cengih sikit.”

Adrian mengukir senyum lantas mengambil daun sup dan juga daun ketumbar yang dihulur Natasya. Lekas dia mengidu untuk membezakan kedua-dua daun itu. Usai itu dia menatap wajah Natasya tanpa berkelip.

“ Ehem-ehem.” Datin Khalisa berdehem untuk menyedarkan Adrian. Dia mengukir senyum. Bukannya dia tidak nampak Adrian yang tidak lepas pandang menatap wajah Natasya itu.

“ Kamu datang dengan Mak Kiah ke? Mana dia?” soal Datin Khalisa berbasa basi.

“ Ha? Err… Mak Kiah pergi ke ruang bahan basah tadi. Aunty dari rumah ke?”soal Adrian biarpun dia sudah tahu jawapannya. Sejujurnya lidahnya kelu berdepan dengan Natasya saat itu.

“ Ya Rian. Dari rumahlah. Kamu berborak dulu. Aunty nak pergi tegur Mak Kiah kejap,” ujar Datin Khalisa lantas tersenyum sebelum berlalu.

“ Err… awak nampak erm… cantik,” puji Adrian pada wanita di sebelahnya.

“ Terima kasih. Tapi saya tak layak terima pujian tu. Selayaknya pujilah ALLAH S.W.T. Kerana DIA yang menciptakan seindah kurniaan buat saya, awak dan alam semesta,” tutur Natasya dengan rasa rendah diri.

‘ SubhanALLAH… sesungguhnya Natasya adalah ciptaanMU yang sebaik-baik kejadian. Syukurku kerana diberi kesempatan untuk mengenal insan sebaiknya.’ Adrian memanjatkan syukur di dalam hati.

“ Err… boleh saya tanya sesuatu?” soal Natasya berhati-hati.

“ Boleh… silakanlah tanya.”

Natasya menarik nafas sebelum meneruskan soalannya. Di dalam hati gusar andainya pertanyaannya akan membuat jejeka itu terasa.

“ Se… semalam saya dengar bunyi bising dari rumah awak. Macam err… bunyi orang bergaduh saja. Maafkan saya andai awak tak suka saya bertanya. Tapi saya cuma…” Adrian lekas mencaras kata Natasya.

“ Tak ada apalah. Rahsia keluarga. Rasanya tak perlulah dicanang pada orang luar. Maafkan saya. Tapi saya tak boleh cerita. Perkara ni mengaibkan saya dan keluarga.” Penuh hati-hati Adrian berkata.

“ Cakap pasal apa? Serius je muka masing-masing. Rian kamu sakitkan hati Tasya ya?” seloroh Datin Khalisa.

“ Tak adalah ma. Mana ada. Jomlah mama kita tak boleh lama. Nanti Abang Kamal nak balik kan?” Natasya cepat-cepat mengubah topik. Kamal merupakan menantu Datin Khalisa iaitu suami kepada arwah anaknya Aina.

“ Baiklah. Kiah saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumsalam Datin Khalisa,” jawab Adrian dan Mak Kiah serentak.

“ Encik dah jumpa daun sup dan daun ketumbar?” soal Mak Kiah sambil menjinjit beberapa beg plastik.

Adrian menggangguk kepala tanda jawapan. Mak Kiah kehairanan melihat wajah Adrian yang tidak lekang dengan senyuman itu.

“ Encik Adrian ni asyik senyum saja. Ada apa-apa ke? Ke Encik dah jumpa yang berkenan di hati?” usik Mak Kiah seraya tersengih nakal.

“ Mak Kiah ni macam tahu saja apa yang ada dalam hati saya,” balas Adrian seraya berjalan menuju ke kaunter.

 “ Siapa yang tahu dalam hati terukir nama seseorang kan? Lagipun tak salah kalau Encik sukakan seseorang,” usik mak Kiah lagi. Tangannya cekap membantu Adrian mengeluarkan barang lalu diletakkan di atas kaunter pembayaran.

Usai membuat pembayaran Adrian mengatur langkah menuju ke keretanya.

“ Sudah Mak Kiah. Meh sini saya bawa. Kesian Mak Kiah bawa berat-berat.”

“ Kamu suka Tasya ya?” tebak Mak Kiah. Adrian yang sedang memandu itu segera menoleh saat nama Natasya disebut.

‘ Ish! Mak Kiah mana tau erk? Eh! Dah tentulah dia tahu. Lagipun bukan ke Mak Kiah yang jaga kau dari kecil?’ Gumam Adrian dalam hati.

“ Sekilas ikan di air Mak Kiah  dah tahu apa yang ada dalam hati kamu. Mak Kiah bela kamu dari kecil. Tasya tu budak baik. Selalu juga Mak Kiah berborak dengan dia. Kalau kamu dah suka dia cakap sajalah pada dia. Atau kamu nak Mak Kiah tolong cakapkan?”

Adrian ketawa kecil mendengar rancangan Mak Kiah. Sesekali dia menoleh Mak Kiah di sebelahnya. Adrian memarkingkan kereta BMW Series 5 kepunyaannya di ruangan garaj. Lekas saja dia keluar dari perut kereta. Lantas dia menjinjit keluar beg plastik yang dibeli tadi.

“ Mak Kiah angkat yang ringan-ringan je. Yang berat biar saya yang angkat,” pesan Adrian.

“ Baiklah Encik Adrian.” Mak Kiah akur akan arahan Adrian.

Usai mengangkat semua barang dari bonet kereta Adrian membaringkan tubuh di atas sofa. Dia tersenyum saat seraut wajah Natasya terbayang di ruangan mata.


 p/s = MAAF LAMBAT kasi n3 ngeeee :D

Saturday, March 15, 2014

DIA DI HATI BAB 6














“ ERR… Mirza boleh Mia tanya sesuatu?” soalku sedikit perlahan. Bimbang juga Mirza tidak suka akan apa yang ingin aku tujukan.

“ Tanya apa sayang?” Merona merah wajahku. Terasa bagaikan mimpi saja mendengar Mirza memanggilku ‘sayang’.

“ Mirza panggil apa tadi?” soalku pura-pura tidak mendengar. Sedangkan hati di dalam berbunga-bunga harum. He he…

“ Kenapa? Mia tak suka?”

“ Eh, tak adalah. Mia err…” terhenti kata-kataku. Tidak tahu ingin menjawab apa. Mustahillah aku ingin jawab aku suka dipanggil begitu. He he. Hendak mengaku terasa malu pula. Lantas aku hanya mendiamkan diri sahaja.

“ Mia, Mia sayang. Maaf kalau tak suka. Mia nak tanya apa tadi?” suara Mirza menghentikan senyuman yang terukir di bibirku.

“ Mia nak tanya tentang wanita tadi. Dia tu ke bekas tunang awak?” soalku mengenai Idayu.

53

“ Yup. Dia tu Idayu, bekas tunang Mirza. Kenapa?”

“ Takde apa. Kesian Mia tengok dia,” ujarku selamba.

“ Kesian? Kenapa pula?” Mirza menyoal sambil berkerut dahi seribu. Tapi walau apa pun dia tetap comel hu hu…

“ Kesian la tengok dia. Muka cantik. Tapi sayang miskin benar,” komenku tanpa segan silu.

“ Miskin? Mia kalau nak tahu, Idayu tu anak orang kaya tau!” ujar Mirza lantas ketawa kecil.

Demi saja mendengar bicara Mirza lagilah membuatkan aku terganga mendengarnya. Kalau Idayu tu anak orang kaya kenapalah papa dan juga mamanya tidak beli baju yang menutup aurat untuk anaknya itu? Cewah kau ni Mia sejak bila pandai jadi pengkritik ni? Heh! Dulu pun kau sama je macam Idayu tu.

“ Kalau benar Idayu anak orang kaya, kenapa pakaiannya tu masya-ALLAH. Terdedah sana-sini. Mia ni bukannya apa. Mia pun tak adalah sempurna mana. Tapi jujur Mia kata Mia yang perempuan ni pun malu melihat cara pemakaian dia.

Mia bukannya nak mengaibkan Idayu. Tapi Mirza… cara Idayu berpakaian terlalu menjolok mata. Mia pun bukannya menutup aurat sepenuhnya. Tapi Mia sedang mencuba untuk merubah diri Mia ke arah yang lebih baik. Dan Mia berdoa agar ALLAH memberi hidayah dan petunjuk pada Mia,” ujarku panjang lebar. Roman wajah Mirza hanya tenang. Sumpah aku kata melihat wajahnya benar-benar memberikan ketenangan padaku.

“Mirza.”

Senyap.

“ Mirza.”

Senyap.

54

“ Sorry kalau Mirza marah tentang apa yang Mia katakan ni. Tapi Mia cuma luahkan apa yang bermain di fikiran Mia saja,” ujarku seraya menundukkan wajah.

“ Mia tahu tak? Sebenarnya Mia dah diberi hidayah ALLAH. Buktinya cara Mia berbicara soal pemakaian tadilah. Mirza tak marah. Mungkin dulu Mirza jahil sehinggakan Mirza tak pernah tegur soal tu. Tapi Mirza kagum kerana Mia suarakan apa yang Mia tak suka.”

Aku menarik nafas lega. Aku fikir Mirza akan memarahi aku soal itu. Namun sangkaanku meleset sama sekali.

“ Dulu Mirza selalu sangat belikan pakaian yang agak terdedah untuk Idayu. Mungkin sebab itu juga Idayu berubah.”

Berkerut dahiku mendengar cerita Mirza. Entah mengapa aku teringin benar untuk mengetahui kisah hidupnya.

“ Berubah? Maksudnya?” soalku tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut.

“ Waktu Mirza kenal Idayu, dia seorang yang baik. Cantik. Dan Idayu sentiasa menutup auratnya. Namun kerana Mirza dia berubah. Mirza selalu bawa Idayu ke Club. Kami selalu berfoya-foya. Namun kami tidak pernah melakukan perkara yang dilaknat ALLAH.

Tapi Mirza ingat lagi satu malam tu Mirza dalam keadaan mabuk. Idayu pun sedang mabuk. Hampir saja Mirza meragut kesucian Idayu. Nasib baik waktu tu ada kawan Mirza yang halang. Kalau tak pasti Mirza… entahlah. Mirza rasa diri Mirza ni kotor sangat.” Mirza mengeluh penuh kekesalan.

Aku mendengar setiap yang diceritakan Mirza. Kisah hidupnya yang penuh noda memberikan iktibar kepada diriku.

“ Dulu Idayu tak pernah ke Club. Tapi sejak kami bertunang, Idayu sudah mula buka tudung. Dia sudah mula berjinak dengan air kencing syaitan. Dia juga sudah mula mengambil pil ectacy. Semuanya kerana Mirza. Mirza yang mencemarkan dirinya.

55

Mirza sangat kotor. Satu hari tu Mirza dengar bahawa Idayu ditangkap khalwat dengan seorang lelaki di bilik hotel Tapi… kerana sayang Mirza pekakkan telinga. Butakan mata. Mirza tak sanggup kehilangannya.” Aku mengesat airmata yang bergenang di kelopak mata. Hatiku cemburu akan kesetiaannya itu.

“ Mirza semua orang tak pernah lari dari buat silap. Mia juga tak pernah lari dari kesilapan. Mia rasa jijik dengan diri Mia sendiri. Kerana sayang Mia biarkan saja Rafiq sewenangnya untuk memeluk Mia. Sedangkan Mia tahu bersentuhan dengan bukan muhrim itu haram. Mia rasa cemburu dengan kesetiaan Mirza. Sedangkan Rafiq tak jujur dengan Mia,” ujarku sambil mengawal intonasi suara.

“ Kita dipertemukan dengan insan yang salah pada mulanya. Sebelum kita dipertemukan dengan orang yang benar (yakni) jodoh kita. Manalah tahu jodoh Mia di depan mata saja kan? Kita tak tahu perancangan ALLAH,” ujar Mirza dengan tenang.


“ Jodoh depan mata?” soalku semula. Bagaikan tertarik dengan apa yang diperkatakan Mirza.

“ Ya. Jodoh depan mata. Kita tak tahu perancangan ALLAH kan? ALLAH Maha Mengetahui.”
" In sya ALLAH. Mirza nak tahu tak?”

“ Tahu apa?” soal Mirza seraya tersenyum. Hatiku semakin bergetar melihat senyumannya itu.

“ Mia rasa tenang setiap kali Mia bersama Mirza. Setiap kata-kata Mirza sangat bermakna. Mia bersyukur kerana ALLAH pertemukan kita.”

Mirza tersenyum mendengar kataku. Aku memandang wajahnya tanpa berkelip. Mirza akan lebih kacak apabila dia tersenyum. Sungguh hatiku benar-benar terpaut akan keperibadiannya.

56

“ Mirza pun rasa begitu. Entah mengapa. Bila Mirza bersama Idayu tak pernah pula rasa tenang sebegini.” Hatiku dipagut cemburu saat nama Idayu terpacul dari ulas bibirnya.

“Mia ingat nak pergi jalan-jalan ke Langkawi. Mirza tak mahu ikut ke?”  soalku tentang perancangan yang tersemat di minda.

“ Tak mengapalah. Mirza tak mahu susahkan Mia. Lagipun Mirza tak selesa nak bersesak di tempat yang ramai orang. Cukuplah bagi Mirza dapat tenangkan fikiran di pantai je.”

“ Tapi Mirza… takkan la sekadar nak duduk di resort je? Tak bosan ke?”

“ Mia… takde erti bosan dalam hidup, kalau kita mengabdikan diri pada ALLAH S.W.T. Kita boleh solat sunat. Kumpulkan bekalan untuk akhirat. Baca ayat al-Quran. Banyak tau yang kita boleh buat. Mia untung, sebab ALLAH masih meminjamkan mata untuk Mia melihat. Sedangkan Mirza…” pantas aku menutup bibir Mirza. Namun sepantas kilat aku menarik semula tanganku. Merona merah wajahku saat itu.

“ Maaf… Mia tak sengaja. Mia tak suka dengar Mirza sebut tentang kekurangan Mirza. ALLAH dah ciptakan manusia sebaik-baik kejadian.”

Mirza tersenyum mendengar bicaraku. Hatiku menjadi galau. Entah kenapa aku merasa tidak selesa saat kekurangannya di ungkit. Baru saja aku ingin membuka mulut tiba-tiba ringtone Tuhan Jagakan Dia berkumandang. Lantas aku mencapai handbag di sebelah. Saat melihat nama yang tertera aku tersenyum lebar.

“ Assalamualaikum Siti. Wei! Rindunya aku dekat kau.” Terus saja aku menyapa Siti Khadijah.

“ Waalaikumsalam. Kau tu bukan reti nak telefon aku. Apa cerita? Kau dekat mana?”

“ Aku? Dekat Lagoon resort. Aku ingat nak pergi jalan-jalan pusing Langkawi. Tapi…” aku mengetap bibir sambil memandang wajah Mirza. Raut wajahnya tenang sekali. Aduh! Hati aku dah macam berlari 100 meter je. Berdetak kencang.

“ Kau tak jalan-jalan lagi? Dah tu kau pergi mana je?” soal Siti Khadijah hairan.

57

“ Aku jalan-jalan dekat pantai. Tenang juga. Pantai kat sini cantik tau. Eh, Siti kejap ya.”

“ Mirza awak tunggu kejap ya. Saya nak berbual dengan kawan saya.”

“ Baiklah. Jangan lama-lama ya Mia.” Aku tersenyum mendengar pesan Mirza.

“ Ha… kau cakap dengan siapa tadi? Aku dengar macam suara lelaki je.” Erm dia dah mula dah. Siti Khadijah ni agaknya dulu cita-cita nak jadi wartawan kot. Tapi sayang… tak kesampaian. Ha ha…

“ Kau ni kan dulu cita-cita nak jadi wartawan eh?” selorohku lantas ketawa mengekek.

“ Fida! Aku tanya elok-elok ni,” suara Siti Khadijah naik meninggi.

“ Ala aku gurau je. Dia tu Mirza. Orangnya handsome. Baik, comel. Aku rasa tenang setiap kali dia bertutur. Aku rasa… bahagia. Entahlah… Siti perasaan aku pada Rafiq dulu tak sama dengan perasaan aku pada Mirza. Bila aku dengan Mirza, aku rasa macam tak mahu masa berlalu dengan cepat. Aku sendiri aneh dengan perasaan aku ni,” luahku panjang lebar tentang perasaanku.


SITI KHADIJAH




“ Wah bibit-bibit cinta dah bermula la ni? Tahniah my dear. Umur dia berapa? Kerja apa?” soal Siti Khadijah bertalu-talu. Dia pula yang excited bagai. Ngee…

“ Err… Siti aku tak pasti dia kerja apa. Aku belum tanya habis-habis lagi. Setakat ni perbualan kami hanya tentang masa silam kami je.”

“ Fida aku nak nasihatkan kau ni. Kalau kau dah jumpa seseorang yang mampu sayangkan kau, terima kau seadanya kau kena beri ruang. Lupakan kisah silam kau. Buka buku baru. Tapi ingat ya sayang, cinta macam mana sekali pun kau pada Mirza jangan sesekali kau lupakan ALLAH S.W.T. Ingat tu,” pesanan Siti Khadijah menerobos masuk ke sanubariku. Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sentiasa memberikanku nasihat.

“ Terima kasih selalu ingatkan aku.” Aku menoleh melihat Mirza. Namun apabila melihat Idayu sedang menyendeng dengan Mirza membuatkan darahku menyelirap.

58

“ Siti nanti aku call kau ya. Bekas tunang Mirza kacau dialah. Rimas aku tengok. Assalamualaikum.” Setelah Siti menjawab salam segera aku memutuskan talian.

“ Arief tolonglah jangan buat I macam ni. I masih sayangkan you,” ujar Idayu seraya melutut di hadapan Mirza.

“ Sejak awak tinggalkan saya untuk bersama dengan lelaki lain hati saya hancur. Lumat bagai diblender. Do you want to know something? I don’t love you, like i did yesterday Idayu. Tinggalkan saya macam mana awak pernah lakukan dulu. Saya cukup bahagia dengan kehidupan saya sekarang.”

Pantas aku mendekati Mirza. Idayu merenungku tajam. Namun aku hanya buat tak tahu saja.

“ Ini semua sebab perempuan ni kan? You tak boleh terima I disebabkan perempuan ni kan?” herdik Idayu seraya menepis tanganku dari memimpin Mirza.

“ Idayu tolong jaga kelakuan awak. Mia tak ada kaitan dengan hal kita. Saya dah lama tutup pintu saya untuk awak. Jadi awak tolong faham. Cinta saya, sayang saya tak mungkin wujud untuk awak lagi.” Aku hanya mendiamkan diri. Tidak berani melihat ketegangan wajah Mirza.

“ Mia awak ada kat sini ke?” cepat-cepat aku memegang pergelangan tangannya.

“ Ya, Mia disini. Maaf lama sangat borak dengan Siti. Awak tak ada apa-apa ke?” soalku prihatin. Risau juga andainya Mirza tercedera.

“ Saya okey.”

“ Hei perempuan. Kau dengar sini ya. Kau jangan ingat aku akan meyerah kalah macam tu je. Kau tunggulah. Aku tak kan biarkan kau rampas Arief dari aku,” tengking Idayu seraya menarik rambutku.

“ Lepaskan aku Idayu!” tengkingku kuat. Terasa mahu tercabut rambutku dari akar umbinya.

59

“ Idayu lepaskan Mia Afida. Sekali lagi awak sakitkan dia saya takkan maafkan awak. Lebih baik awak pergi dari sini.”

“ Tapi Arief I perlukan you,” rayu Idayu lagi. Tanpa segan silu Idayu merentap tangan Mirza. Lantas aku ditolaknya ke belakang.

“ I don’t need you anymore. Tolong pergi dari sini Idayu.”

“ Arief tolonglah faham. I tak boleh hidup tanpa you.”

“ Awak yang memutuskan pertunangan kita. Awak yang tinggalkan saya bila saya cacat. Buta. Tapi… Mia tak pernah tinggalkan saya. Walau dia tahu saya begini tapi dia tetap ada untuk saya. Tak macam awak,” sinis kedengaran nada Mirza. Aku tergamam. Tidak tahu sama ada Mirza ikhlas atau tidak akan pertuturannya.

“ Dia tu cuma kasihankan you je. Dia bukan benar-benar ikhlas dengan you.” Aku dapat merasakan bahawa Idayu sedang mengapi-apikan Mirza. Aku menunggu bicara dari ulas bibir Mirza.

“ Keikhlasannya hanya ALLAH yang tahu. Saya percaya Mia tak sama macam awak. Cuma di sisi saya saat saya senang. Namun bila saya susah awak… tinggalkan saya. Sadis bukan?” perli Mirza seraya tersenyum sinis. Mirza melepaskan pautan tangan Idayu yang berpaut pada lengannya.

“ Berapa kali I nak cakap dekat you yang i…” pantas aku mencaras bicara Idayu. Terasa mual mendengar setiap pujuk rayunya.

“ Sudahlah Cik Idayu. Tak perlu dipujuk rayu lagi. Cinta tak boleh dipaksa. Begitu juga hati. Saya bukan nak menyibuk. Tapi saya rimas tengok sinetron di hadapan mata saya. Semak je.”

“ Eh! Kau diam boleh tak? Aku tak cakap dengan kaulah.”

60

“ Idayu tolonglah. Awak pergi dari sini. Pergi dari hidup saya. Saya tak perlukan awak,” ujar Mirza lirih. Terus saja aku mendekatinya. Aku melihat airmatanya mengalir.

“ Tak! I takkan tinggalkan you macam yang I pernah buat dulu.”

“ Pergi! Mulai saat ni awak jangan pernah muncul depan saya Idayu. Yang saya perlukan hanyalah ketenangan. Bersama keluarga, ketenangan bersama… Mia Afida. Dan yang penting sekali ketengangan dalam mencari redha ALLAH.”

Doom!

Eh! Betul ke apa yang aku dengar tadi? Mirza kata ketenangan bersama aku? Aku? Mia Afida? Biar benar? Ta… tapi kenapa aku rasa bahagia erk?

“ I takkan lepaskan you Arief. I bersumpah kalau I tak dapat you perempuan ni pun tak akan dapat you,” usai berkata Idayu berlalu meninggalkan kami.

“ Mia awak tak apa-apa ke?” soal Mirza dengan lembut.

“ Mia okey saja. Marilah kita balik resort. Mia belum solat asar lagi,” ujarku seraya memimpin tangan Mirza.


Tok! Tok!

Segera aku melipat telekung sebaik saja mendengar ketukan di pintu. Dalam hati aku memikir siapakah yang mencariku? Mirzakah? Ah! Hati ini sering kali terbuai dengannya. Bahkan menyebut nama Mirza saja mampu membuatkan diri ini tersenyum. Aku menguak daun pintu bersama senyuman. Namun terus mati senyumanku apabila wajah tegang Idayu terjengul di depanku.

61

“ Awak nak apa datang jumpa saya?” soalku dengan bermacam rasa bergelut di dalam hati.


“ Mana Arief?” soal Idayu dengan wajah yang garang.

“ Eh! Hello awak ingat saya duduk sebilik dengan dia ke? Manalah saya tahu bilik dia di mana,” bohongku seraya menghadiahkan jelingan maut padanya.

“ Eh! Perempuan aku tak suka kau rapat dengan dia. Jauhkan diri kau dari Arief kalau kau sayangkan nyawa kau. Faham?”

“ Kenapa? Apa yang awak nak buat pada saya?” tanyaku berani. Aku menentang anak mata Idayu tanpa rasa gentar.

“ Kau ingat ya. Aku takkan benarkan kau rampas Arief dari aku.”

Aku tersenyum sinis. Muak untuk terus mendengar ugutan kurang matang Idayu. Aku tak boleh diam je perkara ni. Harus aku basuhkan Idayu. Biar dia sedar diri sikit. Heh!

“ Cik Idayu, saya nak cakap sikitlah. Mirza dan juga saya sama-sama pernah terluka. Dan saya faham perasaan dia. Tak mudah untuk dia menerima orang yang sudah pun tinggalkannya. Banyak kali saya tekankan pada awak, bahawa cinta tak boleh dipaksa. Cinta juga tak seharusnya memiliki. Cik Idayu lupakan saja Mirza. Kerana saya tahu Mirza juga sedang melupakan Cik Idayu.” Usai berkata terus saja aku menutup daun pintu.

“ Kurang ajar. Egrh! Kau tunggu pembalasan dari aku.” Aku mematungkan diri mendengar ugutan Idayu.

Saat mendengar derapan kaki Idayu berlalu pergi barulah boleh aku bernafas dengan tenang. Aku mundar mandir di dalam bilik. Sekejap aku berdiri, sekejap lagi aku duduk. Aku keresahan dengan apa yang diperkatakan Idayu.


62

Aku menarik nafas kemudian aku hembuskan kembali. Aku berharap agar Idayu tidak lagi menggangguku.
MIRZA
MIA



 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design