Wednesday, April 16, 2014
DIA DI HATI BAB 7
“ ASSALAMUALAIKUM, Siti. Kau tengah buat apa? Sorrylah kalau aku menggangu kau ni.” sapaku dengan suara yang teragak-agak.
“ Waalaikumsalam. Ha, aku baru je nak tidur. Kenapa?”
“ Aku rasa macam sedihlah. Tiba-tiba je aku rasa takut. Takut kehilangan,” luahku pada Siti Khadijah.
“ Takut? Sekejap! Kau takut kenapa? Kehilangan? Aku tak faham. Cuba cerita pada aku satu persatu.”
Aku menarik nafas sebelum menceritakan tentang Idayu ang menggangguku. Sehinggalah mimpi tentang kehilangan Mirza. Entah mengapa perasaan takut kehilangan begitu menguasai diri.
“ Sudahlah Fida. Kau kata mimpi je kan? Mimpi kan mainan tidur saja. Kau dah solat isyak?” soal Siti Khadijah padaku.
“ Err… belum. Tadi aku tertidur lepas solat maghrib,” ujarku selamba.
“ Apa? Huh! Tidur tak basuh kaki memang la mimpi pelik-pelik. Sudahlah Fida… tentang Idayu kau jangan risau. In sya ALLAH tak akan ada apa yang berlaku. Kau pergi solat isyak dulu ya. Lepas tu kau call aku semula. Aku ada perkara nak cakap dengan kau ni.”
“ Cakap sekarang tak boleh ke?” soalku tidak sabar. Bukannya apa, aku risau jka perkara yang ingin disampaikan Siti Khadijah itu berkaitan mamaku.
64
“ Tak boleh. Sekarang kau pergi ambil wudhu dan solat isyak dulu,” arah Siti Khadijah dengan tegasnya. Dah macam mak tiri je Siti Khadijah ni tau! Hu hu…
Setelah memutuskan talian aku pergi mengambil wudhu sepertimana yang disuruh Siti Khadijah. Setelah itu aku capai telekung di birai katil. Seusai memberi salam aku berzikir untuk menenangkan hati.
“ Ya ALLAH ya TUHANku aku pohon padaMU, berikanlah aku ketenangan. Jauhkanlah aku dari segala godaan syaitan. Ya ALLAH sesungguhnya aku tidak sanggup untuk kehilangan insan yang aku sayang. Aku bersyukur kerana ENGKAU telah membenihkan rasa sayangku ini buat Mirza. Terima kasih ya ALLAH. Namun aku pohon agar rasa sayangku ini tidak mengatasi rasa sayangku padaMU. Tabahkanlah hatiku untuk menempuh dugaanMU. Sesungguhnya perjalanan hidupku masih panjang. Aaamiin ya Rabbal alamiin.”
Aku memandang Sangsung Galaxy Noted II yang terletak di atas katil. Usai melipat telekung dan sejadah terus saja aku mendail nombor Siti Khadijah. Aku keresahan sementara menunggu Siti Khadijah menjawab panggilanku.
“ Mana pula mak cik ni? Tadi beriya suruh aku call. Dah tidur ke? Ish! Geram betul aku,” rungutku apabila panggilanku masih tidak berjawab. Lantas aku cuba mendail sekali lagi.
“ Assalamualaikum. Ma… maaf lambat angkat. Tadi err… kau dah solat?” tanya Siti Khadijah. Suaranya kedengaran bergetar.
“ Waalaikumsalam. Kau kenapa Siti? Kau okey ke?”
“ A… aku okey. Err… Fida se… sebenarnya tadi Rafiq datang.”
Demi saja mendengar nama Rafiq hatiku mendengus keras. Heh! Entah apa lagi urusan Rafiq mencariku. Entah mengapa aku merasa tiada lagi getaran di dalam hati saat mendengar namanya.
“ Oh! Buat apa dia datang? Dia ada cederakan kau ke?” tanyaku kalut.
65
“ Tak ada. Cuma dia desak agar aku cakap kau dekat mana sekarang. Dia call kau tapi kau tak pernah jawab. Aku tak tahu nak kata apa lagi Fida. Dia benar-benar muka tembok. Aku jadi bosan setiap kali dia terpacak depan aku,” adu Siti Khadijah padaku.
“ Aku malas angkat call dia. Tak penting pun. Kau jangan layan dia. Aku risau keselamatan kaulah.”
“ Kau jangan risau. Setakat ni dia tak berani nak apa-apakan aku. Mama kau ada jumpa aku hari tu. Eh! Fida kau ceritalah tentang Mirza tu. Aku teringinlah nak tahu. Macam mana kau orang jumpa? Dekat mana kau jumpa dia? Dan aku teringin nak tau tentang dia.” Amboi Siti, dia pula yang teruja bagai. He he…
“ Mama jumpa kau?” tanyaku minta kepastian.
“ Ya mak cik. Mama kau jumpa aku. Tanya kau bercuti di mana. Macam yang kau cakaplah kan? Kau tak mahu orang tahu di mana lokasi percutian kau. So aku rahsiakanlah.”
“ Terima kasih. Mama sihat kan?” tanyaku lagi. Langsung aku terlupa tentang soalan Siti Khadijah tadi.
“ Sihat saja. Beb! Soalan aku kau tak jawab lagi. Ngeee…”
“ Ish! Kau ni. Sibuk je nak tau,” perliku padanya. Lantas aku ketawa kecil.
“ Erm, yalah. Siapalah kita ni kan,” rajuk Siti Khadijah. Aku mengekek ketawa membayangkan muncung duckface Siti Khadijah.
“ Buruknya rupa kau merajuk. Ish! Ish!” tergeleng-geleng kepalaku saat seraut wajah monyok Siti terbayang di ruang mata.
“ Kau ni mengada. Aku serius ni. Cepatlah aku nak tahu tentang jejaka yang bertakhta dalam hati kau sekarang ni,” gesa Siti Khadijah.
“ Kalau aku cakap kau jangan terkejut.” Aku memberi amaran pada Siti Khadijah. Cewah amaran tu. Hu hu…
66
“ Okey. Ceritalah cepat.” Siti Khadijah semakin tidak sabar mengetahui ceritaku.
Bermula dari pertemuan pertamaku dengan Mirza hinggalah mengenai kekurangannya. Terasa sebak saat aku menceritakan tentang kekurangannya. Tidak lupa juga soal Idayu. Turutku selitkan. Aku mendengar esak tangis Siti Khadijah.
“ Ya ALLAH, beratnya dugaan Mirza. A… aku tak sangka dia… Mia Afida kau jangan tinggalkan Mirza,” pesan Siti Khadijah tiba-tiba.
“ Mak… maksud kau?”
“ Aku dapat rasakan bahawa Mirza perlukan seseorang. Sepertimana kau perlukan aku sebagai sahabat. Begitu juga Mirza. Dia perlukan kekuatan untuk menempuh ujian dariNYA. Ingat Fida. ALLAH uji kita bermakna ALLAH sayangkan kita. Kadang-kadang aku cemburu dengan kau.” Siti Khadijah berjeda seketika. Setelah itu dia menyambung kembali katanya.
“ Kau tahu tak? Sebenarnya ada hikmah sebalik apa yang jadi pada kau. Buktinya sejak kemalangan tu sekarang kau sudah dapat kasih sayang dari keluarga kau kan? Sedangkan a… aku tak ada sesiapa. Aku hidup sebatang kara,” luah Siti Khadijah. Tidak semena-mena airmata yang bergenang tumpah jua di lekuk pipiku.
“ Syhh! Siti jangan cakap macam tu. Aku kan ada. Aku takkan tinggalkan kau. Sebab kau sahabat aku. Bukan saja di dunia. Malah di akhirat juga. Siti… kau tahu kan aku sayangkan kau?”
‘ Ya ALLAH… selama ini aku melihat Siti Khadijah yang kuat. Ceria tetapi hari ini baru aku tahu kisah dukanya. Patutlah selama ini Siti sering kali mengelak sebaik saja aku menanyakan tentang keluarganya. Ya Rahman berikanlah Siti kekuatan untuk menempuh ujianMu ya ALLAH,’ doaku dalam hati.
“ Syukran Mia Afida. Aku bahagia ada kawan sahabat susah dan juga senang seperti kau,” ujar Siti Khatijah setelah reda tangisannya.
67
“ Beb! Aku yang patut ucap terima kasih. Sebab kau dah susah payah nasihat dan ingatkan aku selama ni. Siti kalau ada apa-apa perkara yang jadi nanti kau beritahu aku ya,” pintaku agar Siti tidak lupa memberitahuku setiap apa yang berlaku sepanjang ketiadaanku.
“ Okey Fida. Aku nak tidur dah ni. Kau jaga diri. Ingat pesan aku tau! Jangan tinggal solat. Dan lagi satu walaupun kau dah jatuh cinta pada Mirza ingat matlamat tidak menghalalkan cara. Maksud aku walau kau dah suka dia tapi masih ada batas antara kau dan dia. Faham maksud aku?” Siti Khadijah bermain dengan kata-katanya.
Aku menggaru kepala. Aku tidak mengerti akan maksud Siti sebenarnya. Hu hu…
“ Apa maksud kau?”
“ Fida, kau dan dia belum halal. Jadi kau tidak boleh bersentuhan sepertimana kau dan Rafiq dahulu. Sekarang faham kan?”
Aku menggangguk kepala. Seketika kemudian aku menggigit bibir. Mana mungkin Siti nampak yang aku menggangguk kepala. Bukankah aku sedang berbual di telefon? Ish! Mia Afida kau ni dah kenapa? Ngeee….
“ Woi! Mia Afida kau dengar tak aku cakap?” Aku kembali ke alam nyata sebaik mendengar suara Siti Khadijah.
“ Ya dengar. Aku belum pekak lagi,” perliku padanya.
Aku mendengar tawa kecil Siti Khadijah. Ah! Terasa rindu pula ingin bertemu Siti, papa dan juga mama.
“ Beb! Kau kirim salam pada papa dan juga mama aku. Okeylah aku mungkin akan balik dalam masa terdekat ni,” ujarku sebelum memutuskan talian.
“ MIA… sebenarnya semalam Mirza dapat panggilan dari Hospital. Mak Mirza masuk Hospital sebab darah tinggi kuat sangat. Mirza risau,” adu Mirza padaku.
68
“ Jadi Mirza nak balik sekarang ke?” Soalku dengan lembut.
Mirza mengganguk kepalanya. Aku turut merasa sebak.
“ Baiklah kalau macam tu sekarang ni Mirza kemaskan pakaian Mirza. Kita balik sama-sama. Lagipun Mia…” lidahku kelu untuk berkata.
“ Kenapa Mia?” soal Mirza dengan lembut lagi tenang.
“ Mama… mama Mia selalu tanya bila Mia nak balik. Heee. Tapi kan, sebelum balik Mia ingat nak ke Pekan Kuah dulu. Nak beli sikit ole-ole dari sana,” ceritaku mengenai apa yang telah aku plan dari semalam.
“ Boleh Mirza ikut?” Aku terpana mendengar soalannya.
“ Errr… bukan ke Mirza tak selesa kalau di tempat yang ramai orang?” tanyaku dengan kening terangkat sebelah.
“ Tapi Mirza ingat nak beli sikit cenderahati untuk mak,” luah Mirza pula. Aku merasa kasihan melihatnya. Namun aku juga merasa berat hati andai membiarkan dia bersesak di tempat yang ramai orang itu.
AKHIRNYA setelah didesak Mirza kami pergi jua ke Pekan Kuah bersama-sama. Terasa bagaikan sedang berjalan dengan suami saja. Entahlah setiap perkara mengenai Mirza pasti akan mencuit hatiku.
“ Seninya halus. Mirza rasa mesti cantik kan pinggan ni?” Mirza mengunjukkan pinggan di tangannya. Pandainya dia pilih.
“ Ya, memang cantik. Pinggannya warna putih jernih. Bunganya pula warna biru. Lawa sangat. Pandai Mirza pilih,” pujiku padanya.
“ Alhamdulillah. Terima kasih ya Mia, sebab dah terangkan corak pinggan ni.”
69
“ Sama-sama. Nak beli yang ni satu set ke?” tanyaku padanya. Mirza hanya mengganguk sebagai jawapan.
Melihat saja Mirza membuka walletnya cepat-cepat aku membayar bagi pihaknya. Bukannya apa aku bimbangkan dia. Manalah tahu bil rawatan ibunya itu mahal ke apa. Sudahlah keadaanya sebegitu. Jadi sebaiknya aku bantu saja dia, tak gitu? Heee…
“ Mirza jom.”
“ Mia, Mirza tak bayar lagi harga pinggan tu.”
“ Mia dah bayarkan. Mirza simpan saja duit Mirza. Lagipun Mirza nak pakai duit bukan?”
“ Tapi Mia…”
“ Sudahlah Mirza. Jom teman Mia beli ole-ole pula.” Segera aku memintas katanya. Aku tidak mahu dia merasa segan denganku. Aku sanggup untuk membuat apa saja asalkan dapat melihat senyumannya itu. Heee… sah Mia Afida dah angau. Hu hu…
Aku menolong Mirza mengangkat beberapa beg plastiknya. Banyak juga yang aku beli. Pinggan, barang elektrik, sudu serta coklat Daim.
“ Mia pernah pergi Makam Mahsuri?” tanya Mirza tiba-tiba.
“ Tak pernah. Kenapa?”
Mirza meloret senyum. Sukanya aku tengok senyuman dia. Manis! Lebih manis dari coklat Daim. He he…
“ Kalau nak pergi jomlah.”
Aku berfikir bagaimana ingin membawa barang yang telah aku borong tadi. Takkan nak angkut sekali kot?
“ Tapi… macam mana dengan barang kita?”
70
“ Bawa jelah. Siapa suruh beli banyak sangat?” perli Mirza seraya tersengih nakal.
“ Amboi makin pandai nak perli nampak?” Mirza ketawa mendengar kataku. Aku tersenyum bahagia melihatnya. Sah memang aku dah jatuh hati padanya.
Perjalanan ke Makam Mahsuri terletak kira-kira 12km dari Pekan Kuah. Selain dari melawat Makam Mahsuri aku juga tidak melepaskan peluang untuk melawat replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan Langkawi.
Oh! Ya aku juga turut membeli sesuatu buat Mirza. Sebagai kenang-kenangan. Aku turut menangkap gambar Mirza secara senyap-senyap. Hatiku merasa sebak saat memikirkan perpisahan kami yang mungkin akan terjadi dalam beberapa jam saja lagi. Sebenarnya aku teringin benar ingin ke Dataran Helang untuk melihat tugu besar burung helang itu. Namun memikirkan masa untuk aku berlepas kira-kira tiga jam dari sekarang aku terus saja melupakan niatku itu.
“ Mia nak ke Dataran Helang ke? Soal Mirza seolah-olah tahu apa yang bermain di mindaku.
“ Tak apalah Mirza. Lagipun Mia tak sempat nak kemas barang-barang lagi. Takut nanti kelam kabut.” Aku sekadar memberi alasan, sedangkan hati meronta ingin ke sana.
“ Betul ni? Manalah tahu nanti menyesal tak ke sana,” tutur Mirza. Aku hanya buat tidak dengar saja.
“ Betul Mirza. Jomlah kita balik. Mirza dah kemas barang-barang? Nak Mia tolong?” Aku cuba menghulur bantuan.
“ Mirza dah kemas sikit. Tak susahkan Mia ke? Err… nanti kalau kita dah sama-sama balik macam mana kita nak… jumpa ya?” Terhenti langkahku saat mendengar soalan Mirza. Sesungguhnya soalan itu jualah yang bermain di fikiranku.
“ Err… Mia pun terfikirkan perkara yang sama. Tak apa nanti kita fikir perkara tu. Sekarang ni kita balik dulu ya,” suaraku lirih.
71
Aku tak tahu kenapa? Tapi hatiku meruntun sayu melihat wajah Mirza yang keruh itu. Apakah dia juga menyimpan perasaan padaku? Terlalu sukar untuk meneka hatimu wahai Mirza.
Saturday, March 29, 2014
ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 4
LEKAS
Adrian menutup Al-Quran saat mendengar pintu bilik Raihana terkuak. Terbeliak
matanya apabila melihat pakaian yang tersarung di tubuh badan adiknya itu.
Tanpa dia berfikir panjang terus saja dia mendekati adiknya.
“
Raiha nak kemana ni?” soal Adrian dengan lembut.
“
Kau sibuk apa?” sinis nada yang diucapkan Raihana. Dia menyelitkan rambut ke
belakang telinganya.
“
Raihana binti Dato Izwan tolong tukarkan pakaian Raiha sekarang! Sakit mata
abang tengok.”
Raihana
tersenyum sinis sambil memintal rambutnya dengan hujung jari.
“
Kau siapa nak suruh aku tukar pemakaian aku? Hei! Adrian kau jaga urusan kau
sudahlah. Jangan pula kau menyibuk hal aku. Bosan kau tahu tak? ” sinis
Raihana. Nadanya lembut namun penuh dengan kebencian.
“
Ya ALLAH!! Raiha sedar tak apa yang Raiha cakap ni? You are my sister. Wajarlah kalau seorang abang ambil berat tentang
adiknya.” Tegas Adrian seraya mencekak pinggang.
“
Aku bosanlah! Kau jangan sibuk hal aku tak boleh ke? Apa aku nak buat, apa aku
pakai bukan urusan kau. Lagipun… aku tak guna duit kau pun kan? So please jangan menyibuk!” Raihana berkata
sambil berpeluk tubuh. Dia menjeling tajam pada abangnya.
‘
Abang konon. Kau tak layak jadi abang aku. Dasar anak haram!’ Raihana menyumpah
Adrian di dalam hati.
“
Raiha selagi kamu tak tukar pakaian kamu, jangan harap abang akan izinkan kamu
keluar dari rumah ni,” ugut Adrian. Merah padam wajah Raihana mendengar ugutan
Adrian itu.
“
Suka hati aku la.” Herdik Raihana seraya mencapai tas tangannya. Dia mengatur
langkah laju menuruni anak tangga. Adrian mengekori langkah Raihana.
Raihana
berang apabila Adrian merentap kasar tangannya.
“
Kau dah kenapa ni? Ketepi la. Sakit tahu tak?”
“
Oh! Tahu pula sakit? Yang Raiha tinggikan suara pada abang, Mak Kiah, ingat
kami tak rasa sakit hati? Hari ni kamu jangan keluar.”
“
Kau ketepilah bodoh! Aku benci kau! Lepaslah, sakit.” Raihana meronta agar
dilepaskan dari genggaman Adrian.
“
Encik Adrian kenapa ni? Ya ALLAH… sudahlah janganlah bergaduh,” Rayu Mak Kiah
sambil cuba melepaskan pegangan tangan Adrian.
“
Eh! Orang tua. Ni bukan urusan kau. Kau pergi berambus!” herdik Raihana pada
Mak Kiah lantas menunjal kapala Mak Kiah.
Pang!
Melopong
mulut Raihana saat lima jari abangnya melekat di pipi mulusnya. Dia merenung
tajam wajah Adrian.
“
Apa hak kau nak tampar aku?” tengking Raihana sambil menolak tubuh Adrian
hingga terdorong lantas jatuh ke lantai.
“
Abang tak suka kau jadi kurang ajar. Abang tahu kau mesti nak jumpa mat rempit
tu kan? Jangan harap abang akan bagi kau keluar.”
“
Suka hati aku la nak keluar dengan siapa pun. Aku tak pernah halang kau
berkawan dengan siapa pun. Jadi kau pun jangan nak menyibuk hal aku!” sinis
Raihana pada Adrian.
“
Raiha tu adik abang. Sebagai abang, wajib untuk abang tahu kemana adik abang
pergi. Dengan siapa Raiha bergaul.”
“
Eh! Adrian kau boleh tak jangan masuk campur hal aku? Aku rimas tahu tak? Mama
dengan papa pun tak pernah nak marah aku. Ni kan pula kau. Kau siapa nak tanya
aku kemana aku pergi?” Raihana menyoal dengan wajah yang menyinga. Mak Kiah
hanya mampu melihat kedua beradik itu. Dia tidak mahu mencampuri urusan anak
majikannya, bimbang dimarahi segera Mak Kiah mengatur langkah ke dapur.
“
Sebab mama dengan papa tak pernah ambik tahulah kau jadi kurang ajar. Kau
hormat sikit. Aku ni abang kau,” suara Adrian juga naik satu oktaf.
“
Huh! Hormat? Eh, kalau kau sendiri tak reti nak hormat mama dengan papa, jangan
haraplah aku nak hormat kau sebagai abang,” ujar Raihana seraya tersenyum
sinis.
“
Aku bukan tak hormat mama. Tapi…”
“
Tapi apa? Kau nak kata kau cuma nak perhatian dari mama? Macam tu? Eh, kau
sedar tak yang kau ni anak pungut?” pantas Raihana mencelah pertuturan Adrian.
Adrian
terpempan mendengar kata hinaan Raihana itu. Cukup menghiris tangkai hatinya. Raihana
terus menghamburkan kemarahannya apabila melihat Adrian yang diam seribu bahasa
itu.
“
Kau tu anak angkat saja. Mama kutip kau dekat depan rumah. Waktu tu mama belum
lahirkan aku lagi. Sekarang kau tahu kenapa mama tak pernah tunjukkan kasih
sayang pada kau? Heh! Kadang-kadang aku malu nak mengaku kau ni abang aku.
Sebab
kau tu mungkin anak luar nikah… mungkin juga mak ayah kau dulu orang susah.
Sebab tak mampu nak bela kau… jadi mereka buang kau. Kau pembawa malang! Aku
benci kau!!” Herdik Raihana lantas segera meninggalkan Adrian terpinga-pinga.
Terkocoh-kocoh
Mak Kiah berlari mendapatkan Adrian. Pilu hatinya apabila secara tidak sengaja
mendengar kisah aib Adrian. Terus didakapnya tubuh sasa Adrian.Lantas dia
membisikkan sesuatu di telinga Adrian.
“
Sabarlah Encik. ALLAH Maha Mengetahui. Semua ni ada hikmah. Walau siapa pun
Encik, Mak Kiah tetap akan sayangkan Encik.”
Adrian
menangis di bahu Mak Kiah. Sungguh dia lemah apabila kisah hidupnya yang penuh
liku kini terbongkar akhirnya.
“
Mak Kiah… patutlah se… selama ni, mama dengan papa tak pernah tunjukkan kasih
sayang mereka. ALLAH HU AKBAR. Rian rasa diri Rian ni jijik sangat.”
“
Sudahlah nak. Jangan bersedih. Kamu pergilah rehat,” arah Mak Kiah setelah
meleraikan pelukannya.
“
Mak Kiah, boleh tak kalau… Mak Kiah panggil saya Rian? Boleh tak kalau… Rian
nak panggil Mak Kiah mak? Boleh tak… kalau Rian nak tumpang kasih sayang Mak
Kiah?” Sayu hati Mak kiah mendengar soalan demi soalan Adrian. Sambil menyeka
airmatanya dia menggangguk kepala setuju.
Adrian
memeluk erat tubuh tua Mak Kiah. Habis
lencun baju Mak Kiah dek airmatanya.
“
Mak… Rian tak sanggup lagi duduk dalam rumah ni. Rian tak mahu membebankan mama
dan papa,” ujar Adrian seraya menyeka airmata Mak Kiah.
“
Syyyhh! Rian kena banyak bersabar nak. ALLAH sedang uji Rian. Ini semua dugaan
sayang. Sekarang Rian pergi naik. Mandi lepas tu berehat,” nasihat Mak Kiah
dengan lembut.
“ MAK, Rian nak keluar sekejap. Rian nak tenangkan hati,” ujar
Adrian.
“
Rian nak kemana bawa beg ni nak? Rian nak tinggalkan mak ke? Dah tak sayangkan
mak?” soal mak Kiah. Sayu hatinya melihat wajah sugul anak angkatnya itu.
“
Rian tak kuat berdepan dengan mama. Rian… Rian tak mampu.” Lekas Mak kiah
mendakap tubuh Adrian. Dia ingin menyalurkan sedikit kekuatan buat Adrian.
“
Rian jangan lemah macam ni nak. Rian janji dengan mak, Rian akan balik ya nak.
Jangan tinggalkan mak lama-lama. Janji ya,” Mak Kiah menagih janji daripada
Adrian. Adrian tunduk menekur lantai.
“
Mak jaga diri sepanjang Rian tak ada di rumah. Lagi satu apa-apa yang jadi pada
keluarga ni tolong beritahu Rian. Rian sayang mak… tapi Rian… Rian terpaksa.”
Mak
Kiah merasa sebak. Lantas dibiarkan saja airmata yang mengalir dipipinya. Dia
menghantar Adrian dengan pandangan sayu. Adrian melambaikan tangan sebelum
berlalu.
“
Mak kiah Encik Adrian nak pi mana?” tanya Hanisah.
“
Dia nak pi tenangkan diri. Sudahlah Nisah. Mari kita masak untuk makan malam,”
ujar Mak Kiah lirih.
‘
Ish! Pasai apa Mak Kiah duk teriak (menangis) beriya ni?’ desis Hanisah dalam
hati.
“
Nisah hang pi masak sup ketam. Lauk lain biaq Mak Kiah yang masak,” arah Mak
Kiah. Hanisah akur dengan arahan lantas terus berlalu melakukan kerjanya.
“ PAPA I ingat I nak cakap terus terang saja pada Adrian.” Dato Izwan
yang sedang membaca surat khabar terus saja melipat keratan akhbar itu sebaik
mendengar kata-kata isterinya.
“
You dah gila ke? Mama… kalau Adrian tak dapat terima macam mana? You dah fikir
risikonya? Dah… I tak mahu bercakap lagi tentang anak tu. Sekarang I nak rehat
je.” Tegas Dato Izwan.
“
Habis you cuba cakap dekat i. Sampai bila kita nak rahsiakan perkara ni?” suara
Datin Hanis berang dengan jawapan suaminya yang acuh tak acuh itu.
“
So, you rasa kalau you cakap terus terang Adrian boleh terimalah?” suara Dato
Izwan juga sama tinggi.
“
I tak fahamlah dengan you ni,” rengus Datin Hanis seraya melabuh punggung di
sofa.
“
I lagi tak faham dengan you. Sejak bila Datin Hanis… yang terkenal dengan sikap
foya-foya dah pandai nak ambil berat tentang anak yang tak ada kaitan dengan
kita?”
“
Papa!! You jangan cuba buat I marah.” Tengking Datin Hanis pada suaminya.
Dato
Izwan tersenyum sinis. Dia merasakan bahawa isterinya itu sedang mula menyayangi
anak yang tidak pernah disayangnya.
“
I tak mahu ambil tahu…” belum sempat Dato Izwan menghabiskan katanya Datin
Hanis bingkas bangkit menuju ke bilik anak terunanya.
“
Adrian, Adrian. Mana pula budak ni? Apa tu?” tanya Datin Hanis pada diri
sendiri. Sepucuk surat yang berwarna kuning dia capai. Dia duduk di birai katil
Adrian. Lekas saja dia mengeluarkan surat itu dari sampulnya. Lantas dia
membaca tulisan tangan Adrian.
Assalamualaikum, mama, papa.
Datin
Hanis menjawab salam di dalam hati. Dia semakin tidak sabar untuk membaca surat
itu.
Adrian dah tahu perkara sebenarnya.
Raiha dah ceritakan kenapa papa dan mama bencikan Rian. Ma, pa Rian minta ampun
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Maafkan kesalahan Rian selama ini.
Mama,
Walaupun mama bukan ibu kandung
Rian tapi… Rian akan tetap sayangkan mama. Maaf kerana selama ini Rian selalu
soal sebab mama bencikan Rian. Demi ALLAH sekelumit benci pun tiada dalam diri
Rian. Rian redha akan semua yang terjadi. Rian akan sayangkan mama sampai
bila-bila. Boleh mama janji bahawa mama akan sayangkan Rian? :) Rian dahagakan
kasih sayang seorang ibu dan juga ayah… :’(
Papa,
Rian sayangkan papa. Biarpun papa
tidak pernah belai Rian seperti mana papa belai Raiha namun Rian bersyukur
kerana Rian dibela papa. Rian sayangkan papa. Biarpun papa bukan ayah kandung
Rian tapi… bolehkah papa menghulurkan sedikit kasih sayang papa? Rian harap
sangat papa akan kata BOLEH. Kerana Rian terlalu dahagakan kasih sayang dari
seorang ayah…
Papa, Mama
Akhir kata dari Rian… Rian berharap
bahawa mama dan papa kembali ke pangkal jalan. Rian sayangkan mama, papa dan juga
Raiha. Papa, mama izinkan Rian keluar dari sangkar emas ini. Andainya Rian
sudah tenang in sya ALLAH Rian akan kembali ke rumah ini sebagai orang gaji.
Rian berkata begini kerana Rian segan untuk duduk di rumah ini tanpa berbuat
apa-apa. Sedangkan Rian sudah maklum situasi sebenar biarlah Rian berkhidmat
saja untuk keluarga ini dari terus menjadi anak yang tidak diiktiraf…
Yang Mengharap Kasih Sayangmu,
ADRIAN
Datin
Hanis menyeka airmata yang bergenang di tubirmatanya. Dia merasa sedih kerana
telah meyisihkan Adrian selama ini. Dato Izwan yang melihat isterinya menangis
teresak-esak segera mendapatkan surat di tangan isterinya.
“
I rasa berdosa,” ujar Datin Hanis seraya terjelepok di atas lantai.
Dato
Izwan memicit pelipisnya. Terasa batu besar menghempap kepalanya. Dia menangis
demi membaca ayat terakhir Adrian.
“
Tak! Kau bukan orang gaji. Kau anak aku. Papa minta maaf nak. Papa bersalah.
Papa tahu papa tidak layak menjadi ayah kau. Ampunkan papa Rian. Baliklah Rian.
Papa akan sayangkan kau. Papa janji.” Dato Izwan berkata seolah-olah Adrian
berada di hadapannya.
“
Sayang, mari kita cari anak kita. Kita cari Adrian. Papa janji papa takkan
anggap dia anak luar nikah. Dia anak kita. Anak kita,” ujar Dato Izwan seraya
mengulang kata-katanya.
Datin
Hanis mengganguk kepalanya. Sambil mengesat airmata di pipi dia mengambil surat
tulisan tangan Adrian itu. Lantas didakap penuh kasih surat itu. Raiha
tersentak melihat mama serta papanya yang keluar dari bilik Adrian itu. Dia
tersenyum sinis apabila melihat orang tuanya sedang teresak-esak menangis.
Lantas dengan langkah terhoyong hayang dia mendekatkan diri dengan orang
tuanya.
“
Wow! Sejak bila… papa dengan mama care
dengan Adrian?” sinis Raihana. Sesekali dia menutup mulut apabila sendawa.
“
Kamu dari mana Raiha?” soal Datin HJanis dengan lembut.
“
Sejak bila mama tanya mana Raiha pergi? Bukan selama ni mama tak pernah peduli
ke?” perli Raihana lagi.
“
Raiha kamu ke yang beritahu abang kamu segalanya? Mana kamu tahu semua tu?”
suara Dato Izwan mendatar.
“
Pa… nak tahu ya? Memang Raiha yang beritahu dia. Raiha yang beritahu anak tak
guna tu yang dia cuma anak pungut. Ha ha ha… Raiha terdengar papa bertengkar
dengan mama pasal benda ni. so bagi Raiha perkara ni penting. Boleh Raiha
gunakan untuk menyakitkan hati Adrian bodoh tu.” Raihana menepuk tangan melihat
wajah terkejut Dato Izwan.
“
Kenapa kamu buat semua ni? Kamu tahu tak dia sayangkan kamu macam adik dia
sendiri?” melengking suara Dato Izwan
mendengar kata-kata anak gadisnya.
“
Tak payah nak backup dialah pa. Raiha
benci dia!!” Raihana meninggikan suara lantas dia terjelepok jatuh ke lantai.
“
Kamu mabuk? Kamu masuk bilik sekarang!” arah Datin Hanis dengan tegas.
“
Mak Kiah, Mak Kiah,” teriak Dato Izwan. Mak Kiah yang sedang menghidangkan
makan malam terkocoh-kocoh ke tingkat atas. Dia menelan liur melihat wajah
bengis Dato Izwan.
“
Bawa Raiha masuk bilik. Saya dan Datin nak cari Adrian. Mak Kiah tukarkan
pakaian Raiha. Dan lagi satu…” Mak Kiah menelan liur apabila majikannya mara
setapak mendekatinya.
“
Kunci pintu bilik Raiha. Jangan bagio dia keluar. Tunggu sampai saya balik.
Kunci semua tingkap bilik dia juga. Faham?” Laju saja Mak Kiah mengganguk
seebaik mendengar arahan majikannya.
“
Dato carilah Adrian di studio. Mungkin dia ada di studionya. Biasanya kalau dia
rasa sedih pasti dia akan ke sana,” kata Mak Kiah sambil tunduk menekur lantai.
“
Baiklah. Terima kasih Mak Kiah,” ujar Datin Hanis dengan lembut. Buat kali
pertamanya dia merendahkan suara saat berbicara dengan pembantu rumahnya.
ADRIAN
memandang sepi studionya. Dia membaringkan tuduh yang terasa lesu. Dia menutup
kedua belah telinga saat tergiang-ngiang kata-kata Raihana sebentar tadi.
“
Kau tu anak angkat saja. Mama kutip kau dekat depan rumah. Waktu tu mama belum
lahirkan aku lagi. Sekarang kau tahu kenapa mama tak pernah tunjukkan kasih
sayang pada kau? Heh! Kadang-kadang aku malu nak mengaku kau ni abang aku.
Sebab
kau tu mungkin anak luar nikah… mungkin juga mak ayah kau dulu orang susah. Sebab
tak mampu nak bela kau… jadi mereka buang kau. Kau pembawa malang! Aku benci
kau!!” Herdik Raihana lantas segera meninggalkan Adrian terpinga-pinga.
Adrian
memengang kepala yang terasa berdenyut. Dia cuba untuk bangun saat mendengar
suara pintu dikuak dari luar. Demi melihat wajah mama serta papanya dia cuba
mengukir senyum.
“
Rian, anak mama. Maafkan mama sayang. Mama bersalah.” Adrian kaku saat
mendengar Datin Hanis membahasakan dirinya ‘mama’.
“
Papa juga minta maaf sayang. Papa bersalah. Papa terlalu pentingkan diri
sendiri. Papa tak pernah tunjukkan kasih sayang papa pada kamu. Maafkan papa
Rian.” Adrian terus membisu saat dirinya dipeluk erat oleh Dato Izwan serta
Datin Hanis.
“
Mama, papa… Rian rindukan mama dengan papa,” ujar Adrian sebak.
“
Mari nak. Kita balik. Mama mohon sangat maafkan mama. Benar Rian bukan anak
kandung mama. Tapi Ria ma… mama sayangkan kamu. Cuma mama tak pernah tunjuk
kasih sayang mama. Mama minta maaf.” Datin Hanis terus-terusan meminta maaf
pada Adrian.
“
Rian dah maafkan mama dan papa. Rian sayangkan mama. Rian sayangkan papa juga.
Rian bermimpi sekarang ni? Macam mana mama dan papa boleh berubah sayangkan
Rian?” Datin Hanis tersentak mendengar soalan Adrian. Dia menangis penuh
kekesalan akan perbuatannya.
“
Sebab ni. Mama rasa menyesal sebab sisihkan anak yang baik seperti kamu.”
Adrian mengesat airmata yang mengalir di pipi orang tuanya.
“
Papa juga menyesal sayang. Sekarang papa nak berubah menjadi papa yang baik
pada kamu dan juga Raiha. Mari kita balik rumah ya,” pujuk Dato Izwan lagi.
Adrian
menganggukkan kepalanya. Dia mengucap syukur dalam hati kerana doanya kini
dimakbulkan.
maybe dlm next part akan abis kot :)
Thursday, March 27, 2014
ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 3
ADRIAN
tersenyum saat wajah Natasya terlayar di mindanya. Dia memusing-musing pemukul
drum yang berada di genggaman tangannya. Alex dan Akim yang melihat mengerut
dahi. Hairan melihat perubahan sikap sahabat mereka.
“
Akim kau tengoklah tu. Kawan kita senyum seolang (seorang) macam angau la. Aiya
dia sudah jatuh cinta meh?” bisik Alex di cuping telinga Akim.
“
Rasanya yelah tu. Eh! Hari tu dia ada kasi tau aku dia suka seorang amoi ni.
Manyak cantik woo,” ujar Akim dengan loghat cinanya.
“
Sudah maa, mari la kita tegur dia.” Akim mengekori langkah Alex.
“
Adrian, Adrian kau okey ke?” sapa Akim lantas menggawangkan tangannya di
hadapan wajah Adrian.
Alex
dan Akim saling berpandangan. Lantas mereka menggaru kepala. Tidak tahu
bagaimana ingin menyedarkan sahabat mereka itu.
“
Alex lu main gitar. Kasi sedar ini mamat,” arah Akim seraya dia mencapai
mikrofon.
Seketika
kemudian bergema ruang studio itu dengan bunyi petikan gitar yang membingitkan
telinga. Akim mula menyanyikan lagu Numb yang dipopularkan oleh Linkin Park.
Saat melihat wajah cemberut Adrian mereka menghamburkan tawa..
“
Kau orang apahal? Ish! Kacaulah!” marah Adrian lantas membaling pemukul drum
pada sahabat-sahabatnya.
“
Kau la berangan siang-siang hari. Agaknya kalau perompak masuk studio ni pun
kau tak sedar kan?” perli Akim selamba.
Adrian
berdecit geram. Dia berdiri di sebelah Alex. Lantas gitar di bahu Alex dia
capai kemudian disangkutkan tali gitar pada bahunya pula. Alex hanya diam
menikus.
“
Kau orang tak faham perasaan aku. Inilah pertama kali dalam hidup seorang
Firash Adrian benar-benar bahagia. Aku tak pernah rasa bahagia macam ni. Kau
orang pun tahu kan macam mana kehidupan aku?” Adrian berjeda seketika. Terasa
perih untuk menerima bahawa dirinya dibenci oleh keluarganya sendiri.
“
Aku faham Ad. Maaflah sebab aku buat kau rasa sedih.” Lekas Akim memohon maaf
apabila melihat awan mendung di wajah Adrian.
“
Ya lo. Aku pun minta maaf maa.” Alex turut momohon maaf lantas dia memaut bahu
Adrian.
Hargai
Aku- Armada
Sering
kali kau merendahkanku
Melihat
dengan sebelah matamu
Aku
bukan siapa-siapa
“
Alex, Akim betul kan lirik lagu yang aku nyanyi tadi? Aku ni bukan siapa-siapa
pada mama, papa dan Raiha,” lirih kedengaran suara Adrian.
“
Hei! Kenapa kau cakap macam tu? Kami ada. Kami akan sentiasa sayangkan kau.
Lagipun kau sahabat kami dunia akhirat Ad,” ujar Akim dengan lembut.
“
Aku… perlukan kasih dan juga sayang mereka. Tapi apa salah aku? Kenapa aku
dilayan seperti sampah?” luah Adrian. Suaranya bergetar. Airmata bertakung di
kelopak matanya.
Selalu
saja kau anggapku lemah
Merasa
hebat dengan yang
Kau
punya
Kau
sombongkan itu semua…
“
Raiha tak pernah hormat aku sebagai abang dia. Malah dia anggap aku ni musuh
dia saja. Apa salah aku?” Akim bungkam mendengar soalan demi soalan yang
dilemparkan Adrian. Jika tadi dia melihat Adrian dari sisi ceria, kini dia
melihat Adrian yang lemah.
Coba
kau lihat
Dirimu
dahulu
Sebelum
kau nilai ku dengan diriku
Apa
salahnya hargai diriku
Sebelum
kau nilai siapa diriku…
“
A… aku bukan minta emas permata. Tapi a… aku cuma inginkan…” Adrian mula merasa
sebak.
“
Syhh! Sudahlah Ad. Apa yang jadi ni pasti ada hikmah sebaliknya. Kau sabar ya.
ALLAH takkan uji hambaNYA melebihi kemampuan hambaNYA. Aku tahu kau kuat. Kalau
selama 23 tahun kau boleh hadapinya, kenapa sekarang kau jadi lemah? Ini bukan
Adrian yang aku kenal.” Akim menyuntik semangat buat Adrian.
“
Adrian kau sabarlah. Aku tahu jauh di sudut hati mama kau pasti ada sikit rasa
sayang pada kaulah. You must be strong.
Kita lelaki maa. Mana boleh nangis,” ujar Alex. Adrian tersenyum mendengar ayat
terakhir Alex.
“
Itu macam lorh. Tak mau nangis ha,” kata Alex dan Akim hampir serentak.
Mereka
saling berpelukan memberi semangat kepada Adrian. Usai meleraikan pelukan
Adrian memetik gitar basis. Akim pula mengetuk drum mengikut irama petikan
gitar. Sementara Alex mengalunkan lagu Dengarlah Bintang Hatiku nyanyian
De’Meises.
Dengarlah
bintang hatiku
Aku
akan menjagamu
Dalam
hidup dan matiku
Hanya
kaulah yang ku tuju
Dan
teringat janjiku padamu
Suatu hari pasti akan ku tepati
Aku
akan menjagamu
Semampu
dan sebisaku
Walauku
tahu ragamu tak utuh…
“
Wei! Kenapa kau nyanyi lagu jiwang Alex? Ha, kau dah jatuh cinta eh?” usik
Adrian setelah menyedari bait lirik yang dinyanyikan Alex itu.
Lirik
lagu itu mengisahkan tentang seorang lelaki yang menyayangi kekasihnya. Gadis
itu penjual bunga. Manakala si jejakanya pula merupakan artis. Dalam satu hari
tu si gadis tu terlihatlah kekasihnya berbual mesra bersama seorang gadis lain…
di bawah satu payung pula tu. Pendek cerita si gadisnya cemburu dan melarikan
diri dari dikejar kekasihnya. Namun nasibnya malang kerana saat itu dia telah
dilanggar sebuah kereta. Dan setelah si gadisnya disahkan lumpuh namun kasih
sayang lelaki itu tetap utuh buat si gadis. Heeee… jiwanglah tu kan? Desis
Adrian dalam hati.
“
Ala kau Adrian. Aku baru saja nak layan jiwang. Tak kan aku nak layan rock
sepanjang masa?”
Adrian
mencebik mendengar alasan Alex. Akim pula ketawa mengekek melihat wajah
cemberut Alex.
“
Ad kau berilah dia peluang. Aku rasa Alex tu dah jatuh cinta. Dengan minah yang
jual bunga tu,” ujar Akim seraya memuncungkan bibir mengunjuk ke arah kedai
bunga bertentangan dengan studio miliknya.
“
Oh, macam tu rupanya. Kenapa aku tak tahu?”
“
Macam mana kau nak tahu? Sedangkan kau pun mabuk cinta,” perli Akim lantas
ketawa mengekek.
“
Kurang asam kau Akim. So selama ni kau tahulah Alex dah tangkap cintan dengan minah bunga tu?” soal
Adrian tidak puas hati.
“
Aku pun baru tahu semalam,” ujar Akim lantas jemarinya menekan piano tanpa
irama.
“
Cis! Kau dah janji sama aku. Tak mau bocor rahsia. Aiya… kau ni memang mulut
tempoyak.” Usai Alex berkata Adrian serta Akim ketawa mengekek.
Alex
menggaru kepala yang tidak gatal. Hairan melihat sahabatnya yang ketawa tidak
ingat dunia itu.
“
Woi! Apahal lu olang (orang) ketawa? Aku buat lawak meh?” tanya Alex tidak puas
hati.
“
Memang. Kau ni lawak la. Rosak bahasa kau tahu? Bukan mulut tempoyak la Alex.
Tempoyak tu orang guna untuk masak,” ujar Akim setelah ketawanya reda.
“
Oh! Ya meh? Aku mana tau la. Aku pakai cakap saja. Aiya itupun mau ketawa meh?”
Alex berpeluk tubuh sambil bersandar pada sofa.
“
Memang la kami gelak. Mulut tempayan dengan mulut ‘tempoyak’ tu jauh beza maa,”
sindir Adrian pula. Alex tunduk menekur lantai. Terasa berbahang wajahnya dek
malu.
CAREFOUR KOTA DAMANSARA
ADRIAN
mengambil tugas untuk menyorong troli. Hari itu dia menemankan Mak Kiah untuk
membeli barang dapur. Mereka muka bergerak ke satu rak ke rak lain. Adrian
merasa gembira kerana dapat menemani wanita yang sudah di anggap seperti ibunya
itu.
“
Mak Kiah nak cari apa lagi? Ketam Mak Kiah tak mahu ambil ke?” soal Adrian
seraya mata melilau melihat bahan basah yang terletak di dalam peti.
“
Kamu nak makan ke? Kalau mahu boleh la Mak Kiah ambil. Lagipun kamu dah lama
tak makan makanan laut kan?”
Adrian
mengukir senyum saat mendengar bicara Mak Kiah. Adrian meneliti senarai barang
yang ditulis Mak Kiah. Dia mengerut dahi.
‘
Apa beza daun sup dengan daun ketumbar? Mak Kiah ni nak buat apa banyak-banyak
daun ni? Ish! Peninglah aku,’ desis Adrian dalam hati.
“
Kenapa Encik Adrian?” soal Mak Kiah apabila melihat majikannya itu mengerutkan
dahi.
“
Ni ha. Mak Kiah nak buat apa banyak-banyak daun ni? Daun supnya, daun ketumbar
lagi. Peliklah saya.”
Mak
Kiah tersenyum mendengar rungutan Adrian. Dia mengusap lembut bahu jejaka itu.
“
Encik Adrian… daun sup tu dah tentulah Mak Kiah nak masak sup. Kita dah ambil
ketam tadi kan? Bolehlah buat sup ketam. Daun ketumbar pula Mak Kiah ingat nak
masak tomyamlah. Dah lama kan Mak Kiah tak masak tomyam untuk Encik
sekeluarga?” Adrian menggangguk kepala laju.
“
Biar saya cari daun sup dengan err… daun ketumbar. Mak Kiah pergilah cari bahan
lain. Kicap ke sos ke?” ujar Adrian ingin menghulurkan bantuan.
“
Tapi… pandai ke kamu bezakan daun sup dengan daun ketumbar?” tanya Mak Kiah
tidak yakin.
“
Eh, boleh punyalah.” Adrian cuba menyakinkan Mak Kiah. Sedang di dalam hati
mula gabra.
“
Baiklah kalau macam tu. Nanti kita jumpa semula disini ya,” pesan Mak Kiah
sebelum berlalu.
ADRIAN
segera menghayun langkah laju menuju ke arah sayur-sayuran. Dia mula menggaru
kepala yang tidak gatal.
“
Adui! Mana satu daun sup ni? Yang ni kot. Eh, tapi kenapa lain betul dengan
yang Mak Kiah selalu beli tu ya?” Adrian mengambil daun pudina yang disangkakan
daun sup itu. Seketika kemudian dia meletakkan kembali daun pudina di
tempatnya.
Sedang
Adrian berdiri di situ tiba-tiba dia disapa seseorang.
“
Adrian kamu buat apa dekat sini?” soal Datin Khalisa dengan ceria. Lama benar
rasanya tidak menyapa anak jirannya itu. Natasya diam mematung disebelah majikannya.
“
Eh, aunty. Ni ha sebenarnya Rian nak
cari daun sup. Dengan err… daun apa tu? Ha daun ketumbar. Tapi…” Pantas Natasya
memintas katanya.
“
Encik Rian tak tahu nak bezakan ya? Tak mengapa, biasalah orang lelaki memang
tak peka sangat soal ni. Ngee...”
Adrian
merasa segan ditegur oleh gadis idamannya itu.
“
Kalau Encik nak bezakan senang je. Encik Rian boleh bau. Kalau daun sup ni
baunya wangi sikit dari daun ketumbar. Daun ketumbar ni baunya cengih sikit.”
Adrian
mengukir senyum lantas mengambil daun sup dan juga daun ketumbar yang dihulur
Natasya. Lekas dia mengidu untuk membezakan kedua-dua daun itu. Usai itu dia
menatap wajah Natasya tanpa berkelip.
“
Ehem-ehem.” Datin Khalisa berdehem untuk menyedarkan Adrian. Dia mengukir
senyum. Bukannya dia tidak nampak Adrian yang tidak lepas pandang menatap wajah
Natasya itu.
“
Kamu datang dengan Mak Kiah ke? Mana dia?” soal Datin Khalisa berbasa basi.
“
Ha? Err… Mak Kiah pergi ke ruang bahan basah tadi. Aunty dari rumah ke?”soal Adrian biarpun dia sudah tahu jawapannya.
Sejujurnya lidahnya kelu berdepan dengan Natasya saat itu.
“
Ya Rian. Dari rumahlah. Kamu berborak dulu. Aunty
nak pergi tegur Mak Kiah kejap,” ujar Datin Khalisa lantas tersenyum sebelum
berlalu.
“
Err… awak nampak erm… cantik,” puji Adrian pada wanita di sebelahnya.
“
Terima kasih. Tapi saya tak layak terima pujian tu. Selayaknya pujilah ALLAH
S.W.T. Kerana DIA yang menciptakan seindah kurniaan buat saya, awak dan alam
semesta,” tutur Natasya dengan rasa rendah diri.
‘
SubhanALLAH… sesungguhnya Natasya adalah ciptaanMU yang sebaik-baik kejadian.
Syukurku kerana diberi kesempatan untuk mengenal insan sebaiknya.’ Adrian
memanjatkan syukur di dalam hati.
“
Err… boleh saya tanya sesuatu?” soal Natasya berhati-hati.
“
Boleh… silakanlah tanya.”
Natasya
menarik nafas sebelum meneruskan soalannya. Di dalam hati gusar andainya
pertanyaannya akan membuat jejeka itu terasa.
“
Se… semalam saya dengar bunyi bising dari rumah awak. Macam err… bunyi orang
bergaduh saja. Maafkan saya andai awak tak suka saya bertanya. Tapi saya cuma…”
Adrian lekas mencaras kata Natasya.
“
Tak ada apalah. Rahsia keluarga. Rasanya tak perlulah dicanang pada orang luar.
Maafkan saya. Tapi saya tak boleh cerita. Perkara ni mengaibkan saya dan
keluarga.” Penuh hati-hati Adrian berkata.
“
Cakap pasal apa? Serius je muka masing-masing. Rian kamu sakitkan hati Tasya
ya?” seloroh Datin Khalisa.
“
Tak adalah ma. Mana ada. Jomlah mama kita tak boleh lama. Nanti Abang Kamal nak
balik kan?” Natasya cepat-cepat mengubah topik. Kamal merupakan menantu Datin
Khalisa iaitu suami kepada arwah anaknya Aina.
“
Baiklah. Kiah saya pergi dulu ya. Assalamualaikum.”
“
Waalaikumsalam Datin Khalisa,” jawab Adrian dan Mak Kiah serentak.
“
Encik dah jumpa daun sup dan daun ketumbar?” soal Mak Kiah sambil menjinjit
beberapa beg plastik.
Adrian
menggangguk kepala tanda jawapan. Mak Kiah kehairanan melihat wajah Adrian yang
tidak lekang dengan senyuman itu.
“
Encik Adrian ni asyik senyum saja. Ada apa-apa ke? Ke Encik dah jumpa yang
berkenan di hati?” usik Mak Kiah seraya tersengih nakal.
“
Mak Kiah ni macam tahu saja apa yang ada dalam hati saya,” balas Adrian seraya
berjalan menuju ke kaunter.
“ Siapa yang tahu dalam hati terukir nama
seseorang kan? Lagipun tak salah kalau Encik sukakan seseorang,” usik mak Kiah
lagi. Tangannya cekap membantu Adrian mengeluarkan barang lalu diletakkan di
atas kaunter pembayaran.
Usai
membuat pembayaran Adrian mengatur langkah menuju ke keretanya.
“
Sudah Mak Kiah. Meh sini saya bawa. Kesian Mak Kiah bawa berat-berat.”
“
Kamu suka Tasya ya?” tebak Mak Kiah. Adrian yang sedang memandu itu segera
menoleh saat nama Natasya disebut.
‘
Ish! Mak Kiah mana tau erk? Eh! Dah tentulah dia tahu. Lagipun bukan ke Mak
Kiah yang jaga kau dari kecil?’ Gumam Adrian dalam hati.
“
Sekilas ikan di air Mak Kiah dah tahu
apa yang ada dalam hati kamu. Mak Kiah bela kamu dari kecil. Tasya tu budak
baik. Selalu juga Mak Kiah berborak dengan dia. Kalau kamu dah suka dia cakap
sajalah pada dia. Atau kamu nak Mak Kiah tolong cakapkan?”
Adrian
ketawa kecil mendengar rancangan Mak Kiah. Sesekali dia menoleh Mak Kiah di
sebelahnya. Adrian memarkingkan kereta BMW Series 5 kepunyaannya di ruangan
garaj. Lekas saja dia keluar dari perut kereta. Lantas dia menjinjit keluar beg
plastik yang dibeli tadi.
“
Mak Kiah angkat yang ringan-ringan je. Yang berat biar saya yang angkat,” pesan
Adrian.
“
Baiklah Encik Adrian.” Mak Kiah akur akan arahan Adrian.
Usai
mengangkat semua barang dari bonet kereta Adrian membaringkan tubuh di atas
sofa. Dia tersenyum saat seraut wajah Natasya terbayang di ruangan mata.
p/s = MAAF LAMBAT kasi n3 ngeeee :D
Subscribe to:
Posts (Atom)




