Firash Adrian seorang jejaka yang serius. Senyuman langsung tidak pernah terukir dibibirnya. Mempunyai minat yang cenderung dalam seni muzik. Adrian merupakan anak orang berada yang dahagakan kasih sayang ibu dan bapa.
Adrian mempunyai seorang adik, Raihana yang membencinya. Namun atas alasan apa dia dibenci Raihana dia sendiri tidak mengetahuinya. Sehinggalah satu hari apabila dia mengetahui kisah silamnya yang menyakitkan, dia cuba untuk lari jauh! Jauh dari keluarganya.
Pertemuan secara tidak sengaja antara Adrian dan Natasya telah membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Sering kali Adrian mengusik gadis pujaan hatinya. Hari-hari Adrian semakin bersirna kerana kehadiran Natasya.
Namun setelah satu tragedi, Adrian telah berubah sikap. Dari seorang yang penyayang dan ceria, dia telah berubah kepada sikap asalnya. Namun kerana peristiwa itulah mama Adrian menunjukkan kasih dan sayang yang selama ini tidak pernah ditunjukkannya.
" Lupakan saja aku. Tasya kau pergilah balik. Aku tak mahu tengok wajah kau lagi," ujar Adrian. Walaupun perlahan namun cukup untuk meremukkan hati Natasya.
" Saya minta maaf atas apa yang jadi. Tapi... saya nak awak tahu. Sayang saya pada awak tak pernah berkurangan walau sedikit." ~ Natasya.
Apa yang terjadi? Dapatkah Natasya bersama Adrian? Apakah yang akan dilakukan mama Adrian? Jawapannya hanya di dalam ALASAN UNTUK BAHAGIA...

0 comments:
Post a Comment