Saturday, July 12, 2014

ALASAN UNTUK BAHAGIA PART 5












“ TASYA abang nak tanya sikit boleh?” Natasya menelan liur yang terasa berpasir.

“ Tanya apa?” balas Natasya. Dia mula merasa canggung bila berduaan bergitu bersama jejaka tersebut. Natasya melilaukan mata mencari kelibat  Datin Khalisa.

“ Err… jom kita duduk di gazebo. Kejap lagi Tasya belek la pokok bunga tu,” ajak Kamal seraya mengatur langkah ke gazebo. Natasya merasa berat hati untuk menurut kehendak jejaka itu. Namun akhirnya dia mengatur juga langkah setelah melihat jelingan tajam kamal.

Sepi merajai mereka. Kamal menarik nafas sebelum meluahkan perasaan cintanya.

“ Perkara ni dah lama abang nak luahkan. Biarpun dah banyak kali Tasya tolak. Tapi abang tetap menantikan kata ‘ya’ dari bibir Tasya. Abang harap Tasya boleh pertimbangkan. Abang tak kisah apa orang nak kata. Lagipun setelah kematian Aina abang cuma sayangkan Tasya. Abang tak boleh terima wanita lain selain Tasya.” Natasya tergamam mendengar luahan Kamal. Baginya Kamal sekadar rakan saja. Tidak lebih dari itu.

“ Tapi abang…” pantas Kamal mencaras kata Natasya.

“ Lagipun Tasya… dah dua tahun berlalu. Takkan Tasya masih menantikan dia?” Natasya memanggung kepala merenung wajah Kamal di hadapannya.

“ Maaf Abang Kamal. Tapi… Tasya tak boleh terima abang. Tasya akan tetap tunggu Rian. Biarpun Rian bencikan Tasya. Tasya akan tetap nantikan dia. Harap abang faham,” kata Natasya dengan lembut.

‘ Apa istimewanya budak tu? Kenapa Tasya tak pernah nampak abang?’ rintih hati kecil Kamal.

“ Tapi Tasya… kenapa nak seksa diri Tasya? Tasya berhak bahagia.” Natasya membuang pandang pada rumah Adrian. Seakan ternampak bayangan Adrian yang tersenyum manis padanya. Dia hanya membiarkan airmata turun ke lekuk pipi.

“ Abang tak faham. Sekali Tasya cintakan dia selamanya cinta dalam hati ni utuh buat dia. Tasya tahu ALLAH sedang uji kami. Tasya akan tetap tunggu dia.” Kamal cuba menahan airmata dari jatuh ke pipi. Sakit dirasakan apabila mendengar luahan cinta gadis kesayangannya itu.

‘ Abang akan tunggu Tasya walaupun lama mana sekali pun. Abang akan tetap tunggu.’ Rintih hati Kamal lagi.

Natasya bungkam. Tergamam. Langsung kelu lidahnya untuk bersuara.

“ Abang akan tunggu sampai bila-bila. Abang ikhlas sayangkan Tasya. Abang perlukan Tasya dalam hidup abang.”

“ Ja… jangan tunggu Tasya. Hati Tasya takkan pernah suka pada abang. Tasya anggap abang sekadar seorang abang dan juga sahabat. Maafkan Tasya,” ujar Natasya seraya tunduk menekur lantai gazebo.

Kamal tersenyum. Biarpun hatinya tidak dapat menerima penolakan Natasya untuk kesekian kalinya.  Bukan sekali Natasya menolak hatinya tapi sudah berkali-kali. Dia redha. Dia meraup rambut, lalu dikuakkan ke belakang.

“ Abang akan tetap sayangkan Tasya. Biarpun Tasya milik orang. Janji dengan abang bahawa Tasya akan bahagia. Barulah hati abang akan bahagia.” Sejurus berkata Kamal melangkah meninggalkan Natasya di gazebo.

Terenjut-enjut bahu Natasya menahan tangis.. Dia sedih. Sedih kerana telah melukakan hati seorang jejaka yang sangat baik.Namun apakan dayanya kerana hatinya bukanlah milik jejaka itu.

‘ Maafkan Tasya. Tapi… Tasya tak mampu untuk sayangkan abang. Sayang Tasya hanya untuk Adrian. Ya! Tasya sukakan Adrian pada pandangan pertama lagi. Tasya terlalu sayangkan dia. Tapi…’ Hati kecilnya berbicara. Serta merta dia mengimbas kembali memori 2 tahun lepas.
~*~*~*~*~*~*~*~*~*

“ Hei perempuan kau tak payah nak tunjuk baiklah. Ingat aku tak tahu kau rapat dengan Adrian pun sebab kau nak tumpang kesenangan dia saja kan?” Natasya terpana saat dituduh sebegitu. Raihana tersenyum sinis.

“ Saya tak faham. Apa maksud awak? Saya betul-betul sayangkan Rian,” ujar Natasya dengan lembut.

“ Sayang? Eh! Kau ingat aku nak percaya? Kau blah la. Adrian tak sayangkan kau. Dia hanya nak mainkan kau saja,” bohong Raihana lantas ketawa sinis.

“ Tak! Rian tak mungkin bohong. Saya percayakan dia.”

“ Kau ingat Adrian tu jujur dengan kau? Sedarlah sikit. Kau tu orang gaji je pun.” Natasya menahan sabar. Dia hanya mempamerkan wajah tenang.

Raihana berjalan mengelilingi Natasya. Dia tersenyum senget saat mendapat idea untuk mengenakan Natasya.

“ Tapi kalau nak tahu…” Raihana meliar mata melihat kereta yang lalu lalang di kawasan perumahan itu.

“ Adrian bukan anak kandung mama aku. Dia tu… anak haram. Aku rasa status kau sebagai orang gaji dan Adrian sebagai anak haram memang sepadan,” bisik Raihana di telinga Natasya lantas ketawa berdekah-dekah.

Natasya merasa nafasnya tersekat di kerongkong. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dikatakan Raihana.

“ A… awak bohong kan?” tanya Natasya tidak percaya. Raihana ketawa sinis. Lantas dia menunjal-nunjal kepala Natasya.

“ Buat apa aku nak bohong? Apa aku dapat kalau aku bohong kau?” sinis Raihana.

“ Saya tak… tak percaya. Awak bohong.”

Raihana berang apabila gadis di hadapannya itu berdegil. Lantas dia menolak tubuh Natasya. Namun Natasya tangkas mencapai tangan Raihana saat hampir dilanggar sebuah kenderaan. Raihana hilang keseimbangan lantas hampir saja dirinya dirempuh lori tersebut sebelum…

Gedegang! Srettt!!

“ Rian!!” panggil Natasya seraya berlari mendapatkan Adrian yang diseret lori sepanjang 14 km itu.

“ A… Abang Rian!!” Raihana juga bergegas mendapatkan abang yang selama ini tidak pernah diiktirafnya.

“ Ni semua salah kau! Kau memang bawa sial tau. Jangan sentuh Adrian.” Raihana memberikan amaran pada Natasya. Lantas menepis kasar tangan Natasya yang ingin menyentuh abangnya.

Natasya menggeleng kepala. Airmata mengalir deras di pipi.  Hujan yang turut membasahi bumi seakan mengerti perasaannya.

“ Rian jangan tinggalkan Tasya,” rayu Natasya seraya cuba mendekati Adrian namun sekali lagi Raihana menepis kasar tangannya.

“ Kau pergi dari sini. Perempuan sial!” Natasya masih tidak berganjak dari sisi Adrian. Raihana tergamam melihat abangnya yang berlumuran darah. Lantas dia menjerit meminta bantuan.

Raihana meraung sambil memangku abangnya. Pemandu lori tersebut segera mendapatkan mereka lantas menawarkan diri untuk membawa Adrian ke Hospital.


Hospital Kuala Lumpur

NATASYA mundar mandir sedari tadi. Airmatanya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir. Hatinya juga turut menangis. Sakit! Itulah yang dia rasakan kini.

“ Puas hati kau sekarang? Kalau jadi apa-apa pada abang Rian aku takkan maafkan kau.” Raihana menghamburkan kemarahannya. Natasya hanya berdiri static di pintu wad kecemasan itu.

“ Raiha, macam mana dengan abang kamu?” soal Datin Hanis yang baru saja tiba di HKL tika itu.

“ Ma… abang ma… masih dekat dalam,” kata Raihana seraya mengis di bahu Datin Hanis.

“ Apa yang berlaku sebenarnya ni? Cakap dengan papa.”

“ Ya, cakap dengan mama. Macam mana boleh jadi macam ni?” suara Datin Hanis saling bertingkah dengan suara Dato Izwan.

“ Perempuan tu tolak Raiha. Ta… tapi Abang Rian sempat tarik Raiha. Dan…”

“ Dan apa?” soal Dato Izwan tidak sabar.

“ A… abang kena…”


“ Mana ahli keluarga Encik Adrian?” soal doktor yang keluar dari wad kecemasan tersebut.

“ I ayahnya. Macam mana anak i doktor?”

“ You Dato Izwan kan?” Doktor Fahri meminta kepastian.

“ Yes I am.”

“ I harap you bersabar. Apa yang I nak katakan ni mungkin akan membuatkan you terkejut.” Doktor Fahri berjeda seketika.

“ Apa dia doktor? You jangan takut-takutkan i.” Datin Hanis pula bersuara. Dadanya bagaikan ingin pecah menanti jawapan dari doktor di hadapannya itu.

“ Anak you… dia selamat. Cu… cuma… kami dapati dia lumpuh. Tempurung lututnya pecah. I harap you banyak-banyak bersabar.”

Datin Hanis menekup mulut saat berita itu menjamah telinganya. Dia terduduk di atas kerusi. Kepalanya ditekan dengan kedua tangannya.

Doom!

Natasya tersedar dari lamunan. Hilang sudah bayangan lalu. Dimana saat dia dituduh sebagai pesalah. Pesalah kerana menyebabkan Adrian telah menjadi lumpuh buat selamanya.

“ Tasya buat apa dekat sini?” tanya Datin Khalisa lantas melabuhkan punggung di sebelah Natasya. Kadang-kadang dia hairan melihat Natasya yang sering kali duduk di gazebo rumahnya.

Apakah Tasya masih mengharapkan Adrian? Ya ALLAH berikanlah gadis ini kekuatan untuk menghadapi ujiaanMU, doa Datin Khalisa dalam hati.

“ Ta… Tasya nak berhenti kerja. Tasya tak sanggup untuk hidup dalam kenangan. Ma… maafkan Tasya ma. Tasya tak mampu lupakan Adrian,” beritahu Natasya seraya tunduk menekur tanah. Airmatanya mengalir deras.

“ Ta… tapi kenapa tiba-tiba? Mama terlalu mendesak agar Tasya terima Kamal ke? Tasya, perkara tu dah berlalu 2 tahun. Kenapa Tasya…”

“ Ma, please. Tasya bukan robot. Hati Tasya bukan dibuat dari besi. Tasya terlalu cin… cintakan Rian. Mungkin dia dah benci Tasya, tapi Tasya akan tetap tunggu dia.” Natasya mencelah bicara Datin Khalisa. Lantas dia memanggung kepala merenung wajah majikannya.

“ I really love him. Dia adalah segalanya buat Tasya. Kenapa? Kenapa semua ni jadi pada kami? Sedangkan Tasya terlalu sayang dia. Tasya derita sangat sejak kehilangan Adrian.”

Terdiam Datin Khalisa demi mendengar suara Natasya yang tenggelam timbul dek menangis itu. Dia mengusap lembut belakang badan Natasya.


AKIM hanya memandang pada wajah Adrian yang kian cengkung itu. Hatinya turut tersayat saat mendengar berita kemalangan Adrian. Tambah menyayatkan hatinya ialah, sepupunya yang dulunya aktif melakukan aktiviti lasak, kini hanya mampu bergantung pada kerusi roda.

“ Arghh! Kenapa semua ni jadi pada aku? Kenapa? Kenapa Tasya sanggup tolak Raiha? Dia tak tahu ke yang aku sayang adik aku?” Adrian menjerit seraya melemparkan potret Natasya yang diletakkan di dalam bingkai gambar.

“ Ya ALLAH Rian. Jangan macam ni. Aku percaya Tasya tak salah. Sudahlah kau bertenang ya,” pujuk Akim seraya memeluk tubuh Adrian dari terus bertindak gans.

“ Mudah untuk kau kata tenang, sabar. Tapi terlalu sukar untuk aku menerimanya. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Tapi aku… aku yang menanggungnya.” Adrian menghamburkan kemarahan terhadap Akim. Sejak kemalangan 2 tahun sikap Adrian kian berubah. Jika dulu Adrian seorang yang cukup tenang, kini dia menjadi seorang yang panas baran.

“ Rian, semua yang jadi ni ada hikmahnya.”

“ Hikmah? Hikmah apa? Akim, aku ada dua kaki tapi untuk apa? Kaki aku dah takde apa-apa fungsi pun. Sekarang aku minta kau keluar Akim. Aku tak nak tengok muka kau.  Keluar!” teriak Adrian lantas menolak tubuh Akim agar keluar dari biliknya. Dia menangis mengenangkan nasib dirinya.

“ Rian bawa mengucap. Istighfar banyak-banyak,” nasihat Akim. Hatinya turut terdera melihat penderitaan yang dialami sahabat merangkap sepupunya itu.

“ Aku kata keluar! Kau pekak ke?” teriak Adrian lagi. Terenjut-enjut bahunya menahan tangis. Sambil mengesat airmata Akim melangkah keluar dari bilik Adrian. Jiwanya terseksa melihat Adrian yang merana itu.

Monday, June 30, 2014

VILLA MISTERI














AKU cuba mengekori langkah jejaka itu. Aku merasa kasihan melihat wanita yang diheret kasar oleh jejaka yang tidak berhati perut itu. Sesampai saja di sebuah rumah yang masih dalam pembikinan wanita itu ditolak hingga jatuh menyembah tanah.
           
 Hujan turun mencurah-curah pada malam itu. Saat mendengar jeritan wanita itu, aku cuba untuk membantu wanita itu. Namun terhenti pergerakanku apabila mendengar jeritan jejaka itu.

“Kau nak lari ke mana ha? Aku tak kira hari ni kau mesti mati! Kau tinggalkan aku sebab nak kahwin dengan orang yang lebih kaya dari aku? Jahanam  kau Jessica!” Teriak si jejaka.

“Lepaskan aku Jack! Bukan niat aku nak curang pada kau. Maafkan aku,” rayu Jessica.

Jack mengeluarkan sebilah pisau dari belakang seluarnya lantas mendekatkan pisau itu di leher Jessica. Aku melihat Jessica terdiam, matanya terbeliak besar.

Tiba-tiba aku merasa kawasan ngeri itu bertukar menjadi panas. Api menyala di segenap kawasan. Semakin lama semakin marak api itu.

“Tolong! Panas! Tolonggg…! Aku menjerit meminta bantuan. Namun tidak seorang pun menolongku.

Aku terbagun dari lena. Meninggalkan mimpi yang mengerikan itu. Nafasku turun naik, peluh merenik di dahi. Aku cuba bertenang dan melihat keadaan sekeliling. Mimpi itu datang lagi. Sejak aku duduk di VILLA ini sering kali tidurku di datangi mimpi yang aneh.


TOK! TOK! TOK!


Sedang aku bermalas-malasan di atas sofa aku mendengar ketukan dipintu bertalu-talu. Suara TV aku perlahankan untuk mendengar dengan lebih jelas. Dengan langkah malas aku bangkit untuk melihat gerangan siapa yang mengganguku. Elok sahaja aku ingin memulas tombol pintu tiba-tiba sahaja ketukan tadi berhenti.

Aku berdecit lalu aku menghayun kaki ingin ke sofa semula. Saat itu juga aku mendengar ketukan di pintu. Semakin lama semakin kuat, bagaikan ingin roboh pintu itu. Dengan perasaan amarah aku membuka pintu. Namun saat aku membuka pintu aku tiada pula melihat kelibat
sesiapa.

“Siapa pula yang main-main dengan aku ni? Serta merta tubuhku merasa seram sejuk. Pantas aku menutup pintu dan mengatur langkah ke sofa semula.

Siaran televisyen tidak lagi menarik perhatianku. Kepalaku sarat memikirkan perkara tadi. Entah siapalah yang sedang mempermainkan aku. Sedang asyik aku melayan perasaan, aku seperti terdengar suara orang menarik sofa. Yang pastinya bunyinya itu agak menyeramkanku. Tiba-tiba saja romaku berdiri tegak.

Srekk!

Aku menelan liur yang terasa bagaikan berpasir. Dalam kepalaku mula memikirkan bunyi yang datangnya hampir denganku.

“Aku tak ganggu kau. Kau jangan ganggu aku!” ujarku dengan perlahan.

Menggigil tubuhku badanku saat mendengar hilai tawa yang mendayu-dayu. Terasa mahu menangis saja tika itu. Serta merta aku teringatkan cerita mengenai Villa yang sekarang aku diami itu. Kata orang berhampiran, Villa ini memang agak keras sedikit. Sebelum aku, ramai lagi penghuni yang menyewa. Namun disebabkan tidak tahan gangguan mereka tidak lagi menyewa di sini. Tapi aku tak tahu kenapa hati aku benar-benar tertarik saat pertama kali aku melihat keindahan yang ada di Villa ini. Vilaa yang cantik, perabotnya juga diimport. Dengan hiasan dalaman ala-ala perancis membuatkan hatiku benar-benar tertarik. Sebab itulah aku hanya memekak telinga saat orang ramai mengatakan tentang Villa ini yang kononnya berpenghuni itu.

Ada juga yang mengatakan pernah ternampak hantu penanggal yang berkeliaran berdekatan Villa. Namun aku hanya diam tanpa bicara, kerana di Villa Astana Aku mencapai remote TV lalu aku  kuatkan suara TV.

“Mon, Monica, kau ni pekak ke?” sergah satu suara dari arah belakang.

Lambat-lambat aku menoleh pada suara itu.

“Han... hantu,” teriakku seraya menutup wajah dengan bantal empat segi
yang berada di sofa itu.

“Woi. Hantu kepala otak kau. Ni akulah. Mary Ann. Hei! Are you okay?"
soal suara itu lagi. Perlahan-lahan aku menolak bantal yang aku jadikan perisai tadi.

“Ish! Kau ni Mary. Malam-malam buta ni bertepek bedak sejuk tu kenapa? Mahunya aku tak takut. Dah la tadi...” terhenti kata-kataku saat Mary duduk di sebelahku. Saat Mary menggengam tanganku, aku dapat rasakan bahawa Mary juga mendengar apa yang aku dengar tadi.

“Kau pun dengar? Mon aku takut. Tadi masa aku mandi aku dengar ada orang cakar pintu bilik air. Mon aku ta... takut.”

“Betul ke kau dengar ni?” soalku inginkan kepastian.

Melihat anggukan Mary aku semakin pasti bahawa Villa ini sememangnya berpuaka. Sedang asyik kami berpandangan tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi salakan anjing yang mendayu-dayu. Serta merta aku teringatkan kata-kata mommy.

“Auuwwooo…”

“Kalau bunyi anjing tu dekat dan sayup-sayup bermakna anjing itu sebenarnya jauh. Tapi kalau bunyi itu jauh bermakna anjing tu dekat dengan tempat kita.”

“Mon, Monica. Hei! Kau kenapa ni?” sergah Mary lalu menggoncangkan tubuhku.

Tiba-tiba televisyen yang masih terpasang itu terpadam dengan sendirinya seolah-olah ada seseorang yang menutupnya. Kami saling berpandangan. Saat kami ingin berlari ke tingkat atas tiba-tiba kami mendengar hilaian yang sangat menyeramkan. Semakin kami berlari
semakin kuat hilaiannya itu. Aku sudah ketar lutut. Menggigil seluruh badanku tika itu.

“Mon...Monica!” jerit Mary dari belakangku.

Saat aku memandang ke arah yang ditunjukkan Mary aku turut menjerit.Aku menangis semahu-mahunya. Terasa mahu pitam saja apabila hantu penanggal yang tidak berbadan itu memandangku tajam. Dengan matanya yang merah, usus pula terburai membuatkan aku tidak cukup tanah untuk berlari.

Pantas aku mencapai tangan Mary. Kami berlari di kawasan yang aku sendiri tidak mengetahui lokasinya. Aku menjeling kawasan yang penuh dengan belukar. Nafasku terasa tersekat di kerongkong saat melihat satu kelibat yang sangat mengerikan di hadapanku.

“Ma… Mary,” teriakku kuat. Badanku menggigil. Peluh mula merenik di dahi serta tubuhku.

“Monica… kita dekat mana ni?” bisik Mary di telingaku.

“Aku tak… tahu. Aku rasa tempat ni macam dah lama ditinggalkan je. Baik kita cari jalan keluar sekarang!” tegasku seraya membalas genggaman tangan Mary.

Saat aku mengatur langkah tiba-tiba aku terasa bagaikan seseorang menepuk bahuku. Aku cuba menepis. Sangkaku Mary yang menyentuhku.

“Mary, janganlah cuit-cuit aku!” marahku pada Mary. Namun saat terasa ada lendir yang mengalir di bahu, aku memberanikan diri untuk menoleh.

Kejung seluruh tubuhku apabila aku melihat bukan Mary di sebelahku, namun makhluk yang sangat mengerikan. Rambutnya yang panjang mengurai hingga mencecah tanah. Matanya yang merah. Baunya yang busuk sangat meloyakan tekakku. Wajahnya juga cukup mengerikanku.

Aku menutup telinga sambil berlari dari dikejar makhluk tersebut. Sesekali aku menoleh ke belakang. Bunyi hilaiannya sangat menyeramkanku. Entah bagaimana saat aku menoleh ke belakang kakiku tersadung pada akar pokok. Melihat saja pokok besar itu cukup membuatkan aku kecut perut. Dengan akarnya yang berselirat, dahannya yang berjuntaian. Aku menelan liur. Aku melihat keadaan sekeliling sepertinya di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan. Simen-simen juga masih basah dek air hujan.Aku bagaikan terpaku apabila satu-persatu kejadian bermain di mataku.

“Kau kejam! Sampai hati kau curang di belakang aku.” Jerit satu suara.

“Maafkan aku Jack,” lirih kedengaran suara wanita itu. Aku cuba meneliti wajah lelaki dan juga wanita itu. Namun sayang semuanya kabur.

“Maaf? Kau sudah curang Jessica. Jadi kau harus mati!” teriak Jack seraya mengelar leher wanita itu.

Aku cuba teriak menghalang wanita yang bernama Jessica itu dari dibunuh. Namun lelaki itu tetap mengelar leher Jessica dengan sadisnya. Setelah itu, Jack menghisap pula darah Jessica. Saat mataku bertentangan mata Jack aku mula merasa ketar lutut.

“Ya TUHAN selamatkan aku,” sempat aku menititipkan doa.

Aku menggigil ketakutan saat lelaki itu mendekatiku. Dia memandangku tajam seraya menghunus pisau ke wajahku. Aku menangis seraya menutup muka.

“Monica kau pergi mana tadi?” soal Mary terketar-ketar nadanya. Serta merta kelibat Jack dan juga Jessica lesap. Hilang entah kemana.

Saat aku membuka mata aku mendakap tubuh Mary. Menggigil tubuh badanku dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Aku menyorot mata sekeliling. Syukur kami sudah pun kembali ke alam nyata. Aku memerhati sekeliling Villa. Bila berpuas hati aku menarik tangan Mary untuk menaiki tangga ke tingkat atas.

“Kau okey?” soal Mary padaku.

“Aku okey. Cuma rasa seram tu ada lagi. Jomlah kita tidur.” Ajakku sambil mengatur langkah ke bilikku.

Mary hanya menurut kataku. Sampai saja di biliknya tiba-tiba Mary berpatah balik. Dia mendekatiku.

“Monica malam ni aku nak tidur dengan kaulah. Aku… tak berani tidur seorang. Boleh tak?” pinta Mary penuh mengharap. Aku menggangguk kepala setuju.





p/s = hope enjoy baca kisah ni :)

TEASER DIA DI HATI















AKU tersentak tika mendengar lagu Don’t Forget ALLAH yang dinyanyikan oleh Farid Sanullah itu. Hatiku menangis memikirkan kejahilan dulu. Terasa diriku kerdil disisi-NYA. Masih terbayang kejahilanku di masa lalu. Sesungguhnya aku merasa malu! Malu pada diri sendiri, kerana terlalu mudah mempercayai insan bergelar lelaki.


“Kalau kamu cintakan bunga, bunga akan layu. Kalau kamu cintakan harta, harta akan musnah. Kalau kamu cintakan manusia, manusia pasti akan mati. Tetapi kalau kamu cintakan ALLAH, ALLAH kekal abadi.” (Imam Ghazali)

‘Ya ALLAH, kerana cinta pada manusia aku leka. Leka akan tanggungjawabku sebagai hambaMU. Ya ALLAH, aku pohon agar ampunilah dosa-dosaku selama ini. Sesungguhnya aku merasa tidak sanggup akan siksa api nerakaMU,’ detikku di dalam hati.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Surah Ali-’Imran : 102)

“Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk ALLAH, TUHAN semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada ALLAH)” (Surah al-An’am : 162-163)

Aku menangis teresak-esak. Betapa banyaknya dosaku padaMu ya ALLAH. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untukku bertaubat. Ya ALLAH kuatkanlah hatiku, kuatkan imanku. Tetapkanlah hatiku agar aku tidak berpaling dariMu ya ALLAH.








lirik lagu DON'T FORGET ALLAH


You down and out
You just can’t come
You wanna shout
you lost all hope
On your knees, begging please
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah
You forget to say Subhanallah
Raise your hands
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine
The story of the three
Who'll long to be
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah

Can’t you see His promise to you
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah
You forget to say InsyaAllah
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah

Get down and out
You just can’t go
you wanna shout
you lost all hope
On your knees
begging please
You turn and pray
to find your way

 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design