Saturday, August 1, 2015

DIA DI HATI

ASSALAMUALAIKUM, lamanya menyepi. blog pun sunyi aamat. okey2 meh la baca sikit teaser ni ha :)



====================================================================







PEJAM celik pejam celik rupanya dah masuk seminggu umat islam menjalani ibadah puasa. Dan selama satu minggu ini merupakan satu dugaan dan cabaran yang benar-benar mencabarku. Yalah sebelum ni kan aku tak pernah endah atau hirau dengan rukun islam yang ketiga ni. Tetapi kini aku amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa. Syukurku kerana ternyata ALLAH masih menyayangiku. Erm… sebut tentang masih menyayangi ni tetibe pula aku teringatkan si Mirza. Selama seminggu aku berpuasa ni selama itu jugalah aku tidak bertemunya.

Bukannya apa… kalau boleh aku ingin menghadkan pertemuan antara kami. Kerana aku sayangkan dia. Dan aku mahu imannya menebal. Aku tidak mahu kerana sering bertemu mengakibatkan hatiku dan hatinya tewas. Yalah jika sering benar bertemu pasti hati akan menjadi leka ya tak? Dan aku tidak mahu sampai perkara itu terjadi. Kerana aku mahu Mirza meningkatkan imannya, bukan menipiskan imannya.

Sesungguhnya aku amat menyayangi Mirza. Kerana itulah aku cuba untuk belajar memasak. Siapa lagi sifunya kalau bukan Siti? He he… waktu aku beritahu mula-mula tu Siti terkejutlah juga. Tapi bila aku merayu agar dia mengajarku akhirnya dia berlembut hati untuk mengajarku. Bukan setakat ajar je tau, dengan tips sekali dia bagi. Haih! betapa beruntungnya aku memiliki sahabat baik seperti Siti.

Dan selama seminggu ini sudah berbagai-bagai jenis juadah cuba aku sediakan. Dari masakan kampung, masakan korea, sushi hinggalah masakan western turut aku sediakan. Kini Siti tak lagi membebel, yalah sebab aku dah rajin turun ke dapur la katakan. Heee…

“Alhamdulillah, dah boleh kahwin ni,” usik Siti saat melihat juadah berbuka untuk hari ini. Akhirnya setelah satu jam aku bersilat di dapur, siaplah juga juadah untuk berbuka. Hari ini juadah agak mewah. He he… atas permintaan Siti aku cuba memasak tanpa bantuannya. Terliur aku saat melihat Ikan Siakap Stim, Tom Yam Campur, Sotong goreng tepung, sambal belacan. Huh! Pandai juga aku masak eh. He he… masuk lift tekan sendiri je aku ni kan?

“Alhamdulillah, kau doakanlah agar cepat aku sampai seru.” Aku turut berseloroh. Siti ketawa kecil.
“Jodoh dah ada depan mata. Seru kau pun aku rasa tak lama lagi la kot.” Siti terus-terusan mahu mengusik. Dia ni kalau bab mengusik nombor satu.

Aku tersipu malu mendengar usikannya. Haih! Bertambah rindulah aku pada Mirza. Entah apa khabarlah dia di sana ya? Rindukah dia pada aku?

“Ha, tu senyum-senyum mesti teringat Mirza.” Haih! Siti ni kan tahu je apa yang berlegar dalam kepala otak aku. Tanpa menjawab pertanyaannya, aku terus ke ruang dapur. Setelah membersihkan dapur aku menaiki tangga untuk menunaikan solat asar.

Seusai solat aku mencapai Al-Quran lantas aku membaca surah Al-Waqiah. Semenjak aku mengenali Mak Cik Mariam, aku sudah mula menjadikan amalan mengaji sebagai satu rutin harian. Kata Mak Cik Mariam elok seandainya kita mengamalkan surah Al-Waqiah ini. Bukan sahaja untuk murah rezeki tetapi juga baik untuk perlindungan diri. Malah kata Mak Cik Mariam lagi seandainya sesiapa saja mengamalkan surah ini mampu menghindarkan diri dari siksaan kubur. Wallahhualam…

Usai membaca aku menadah tangan memohon doa pada Yang Maha Mendengar.

“Ya ALLAH, ya TUHANku ampunkanlah segala dosaku, dsa kedua ibu bapaku. Ya ALLAH hapuskan segala dosaku semasa aku jahil dahulu. Sungguh aku merasa malu, aku jijik dengan diriku sendiri. Namun akubersyukur kerana ENGKAU telah memberikanku satu kesempatan untu bertaubat. Terima kasih ya ALLAH. Ya ALLAH, ya Rahman, ya Rahim berikanlah sahabatku Siti kebahagiaan yang hakiki. Sesungguhnya aku terlalu menyayangi sahabatku.

“Dia merupakan seorang sahabat yang sangat baik. Aku bersyukur kerana telah dipertemukan dengannya. Ya ALLAH kurniakanlah juga Mirza dan Mak Cik Mariam ketabahan. Kuatkanlah hati mereka dalam menempuh dugaan yang ENGKAU berikan. Aamiin ya Rabbal alaamiin.”

Aku meraup wajah setelah selesai berdoa. Kemudian aku lipat telekung serta sejadah lantas aku sidaikan di ampaian di tepi almari. Baru saja aku ingin membaringkan tubuh tiba-tiba Siti menerobos masuk tanpa mengetuk pintu.

“Kau ni dah kenapa? Masuk bilik aku macam pencuri ni kenapa?” marahku pada Siti. Namun Siti hanya mempamerkan wajah bersahaja.

“Tu Puan Ziqa nak jumpa kau dekat luar. Dia kata nak cakap hal mustahak dengan kau. Pergilah cepat. Kesian dia tunggu lama. Muka dia nampak pucat sangat,” ujar Siti. Serta merta mataku membulat. Puan Ziqa? Ada apa hal dia nak jumpa aku? Haih! Ni yang buat hati aku tak tenang ni. Segera aku mencapai selendang yang aku letakkan di tepi katil. Cukuplah sekadar selempangkan je. Nak cepat. Tak manis membiarkan tetamu menunggu lama.

Terasa sayu hatiku apabila melihat keadaan Puan Ziqa yang kelihatan sedikit cengkung. Bukan itu sahaja matanya juga jelas sembab. Pasti dia banyak menangis sehinggakan matanya menjadi bengkak.

Badannya juga sudah semakin kurus berbanding lapan bulan lepas. Haih! Kasihan benar aku melihat dia. Aku tahu ini pasti ada kaitannya dengan suaminya.

“Puan Ziqa, duduklah,” sapaku padanya.

“Panggil saya Ziqa saja kak,” lirih kedengaran suara Ziqa.

“Err… ada hajat apa ke mari? Puan eh… Ziqa bergaduh dengan Encik Haziq ke?” soalku berbasa basi.

Namun Ziqa lebih suka mendiam diri. Dia hanya menangis dan terus menangis. Pantas aku mendekatinya, lalu aku merangkul kemas tubuhnya itu.

“Ada masalah apa ni? Ceritalah pada akak. In shaa ALLAH, kalau akak boleh tolong akak tolong,” pujukku dengan lembut. Ziqa turut membalas rangkulanku.

“Akak tahu kan yang a… abang Haziq di… dia nak kahwin dengan Suraya. Di… dia kata Ziqa ni kolot. Sampainya hati dia cakap macam tu,” ujar Ziqa tersekat-sekat.

“Ziqa… kalau tentang tu janganlah kamu risau. Baru-baru ni akak ada nasihatkannya agar berfikir sebelum membuat apa-apa keputusan. Malah akak sokong andainya dia mempertahankan perkahwinan kalian. Ziqa terlalu baik untuk dipersiakan. Kalau tentang Suraya janganlah risau. Nanti akak akan nasihatkan dia. Sudahlah, janganlah menangis. Tak baik untuk baby,” pujukku seraya meleraikan pelukan. Air mata di pipinya aku seka. Dia tersenyum manis.

“Tapi Ziqa takut. Suraya tu bukan calang-calang orang kak.”

“Ziqa… percayalah pada ALLAH. Mohonlah agar DIA menguatkan ikatan yang terbina antara kalian. Ziqa jangan takut. Ziqa isteri yang sah. Ziqa yang lebih berhak ke atas Encik Haziq.”

Ziqa merenung tepat ke mataku. Dia menyeka air mata dengan belakang tangan.

“Bagaimana kalau Haziq nekad dengan keputusannya untuk menikahi Suraya?”

Aku tersenyum sebelum menjawab pertanyaan itu. Tangannya ku gengam erat. Aku cuba menyalurkan kekuatan buatnya.

Firman Allah :
Maksud : “apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”(Al-Baqarah:186)

“Encik Haziq sebenarnya sangat cintakan Ziqa. Cuma dia keliru akan perasaan dia terhadap Suraya. Percayalah dik Haziq hana milik Ziqa. In shaa ALLAH.”

“Terima kasih. Beruntung Abang Haziq dapat setiusaha yang amanah dan baik seperti kakak. Terima kasih kak sebab menasihati saya. Kalau macam tu saya minta diri dulu la. Saya ingat nak pergi jumpa Suraya.”

“Nak kakak temankan?” soalku cemas. Namun pantas Ziqa menggelengkan kepalanya.

“Ini urusan antara hidup dan mati saya. Biar saja saya selesaikan sendiri. Akak doakan je agar saya dilindungi ALLAH. Doakan juga agar Suraya tidak mengapa-apakan saya,” ujar Ziqa sebelum berlalu keluar dari rumah sewaku. Aku menghantar Ziqa hingga kelibatnya tidak kelihatan lagi di pandangan.

“Apa hal Puan Ziqa datang?” soal Siti lantas duduk di hadapanku.

“Tentang Encik Haziq la. Aku pun tak tahulah. Dia kata nak jumpa Suraya.

“Habis kenapa kau tercegat lagi? Pergilah temankan. Kot si Suraya tu cederakan dia pula.”

“Ish, kau ni. Aku dah tawarkan diri untuk temankan dia. Tapi Ziqa sendiri tolak. Katanya ini soal hidup dan mati dia. So aku rasa aku sebagai orang luar tak patutlah masuk campur sangat kan? Cuma aku mampu berdoa agar Ziqa dan bayi di dalam kandungannya itu selamat. Insya-ALLAH.”


Usai aku berkata Siti tidak lagi bertanya. Dia mengatur langkah menuju ke dapur. Aku mengerling jam di dinding. Ada lagi satu jam sebelum waktu berbuka puasa. Entah mengapa aku merasakan rindu terhadap Mirza begitu mencengkam sanubariku. Terasa lama benar aku tidak menatap wajah tampannya. Sihatkah dia?  Ya ALLAH sungguh aku rindu untuk menatap wajahnya. Rindu untuk tatap senyumannya itu.


p/s= hope cukup untuk hilangkan rindu pada mereka ya ^_^

Sunday, September 28, 2014

TEASER ZAFRIN MAI DAH..................


lama rasanya sepi tanpa cerita depa kan? mai2 baca ^_^

+Balqis Cun  wajib baca haha :P +baby mio  silakan baca +Naressa




=================================================

ZAFRAN menguatkan volume saat lagu First Love nyanyian Utada Hikaru berputar di dalam kereta. Sengaja dia membeli CD lagu tersebut. Kerana baginya, lagu itu adalah mengenai perasaannya terhadap si isteri. Sebelum mereka di ijab kabulkan, hatinya sering merintih apabila melihat wajah yang penuh kebencian yang terukir di wajah putih mulus itu. Dia turut menyanyi mengikut alunan suara Utada Hikaru.
Saigo no kisu wa tabako no flavor ga shita
Nigakute setsunai kaori
Ashita no imagoro ni wa
Anata wa doko ni irundarou
Dare wo omotterundarou
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashi uta utaeru made
Erina hanya tersenyum mendengar nyanyian Zafran. Sedap juga suara suami aku. Heeee, pujinya dalam hati. Sesekali dia menjeling Zafran di sebelah. Dia hanya membiarkan jemarinya di genggaman tangan jejaka itu.
Tachidomaru jikan ga
Ugoki dasouto shiteru
Wasureta kunai kotobakari
Entah apalah maksud yang suami aku ni nyanyi. Huhu… comel pula dia. Heeee… hati Erina bermonolog lagi.
Ashita no imagoro niwa
Watashi wa kitto naiteru
Anatawo ommotterundarou
You will always be inside my heart
Itsumo anata dake basho ga aru kara
I hope that I have a place in your heart too
Now and forever you are still the one
Ima wa mada kanashii love song
Atarashii uta utaeru made
You are always gonna be my love
Itsuka darekato mata koi ni ochitemo
I’ll remember to love you taught me how
You are always gonna be the one
Mada kanashii love song
Now and forever
“Now and forever you are always gonna be my love, you are my love. You are my soul. You are everything to me. Without ALLAH, without you, without my family I’m are nothing. I swear will love you forever,” ucap Zafran bersahaja namun dengan penuh makna. Dia membawa tangan Erina ke bibir. Lantas dia mengucup tangan itu.
“Terima kasih sayang,” ucap Erina pula. Dia mengelus lembut pipi Zafran. Terasa kasih sayangnya tumpah di situ. Melihatkan si suami yang sedang memandu, dia turut menyorot mata ke arah jalan raya. Tidak mahu menggangu.
Suasana terus sepi antara mereka. Hanya lagu nyanyian penyanyi matahari terbit itu sahaja yang berputar. Sesekali Erina bermain rambut Zafran. Bukannya apa, dia bimbang andainya jejaka itu mengantuk. Sudahlah perjalanan mereka masih jauh. Tambahan pula hari sudah lewat malam. Takut juga dia kerana sudah beberapa kali Zafran hampir terlanggar kereta dari arah bertentangan.
“Abang okey ke ni? Kalau tak okey berhenti dulu kat R & R. Boleh la rest dulu,” ujar Erina. Suaranya jelas khuatir.
“Jangan risau. Kalau sayang teman abang berborak abang pasti tak mengantuk,” gurau Zafran seraya mengelus lembut pipi Erina.
Pelbagai topik dibincangkan. Tidak terasa langsung kepenatan memandu apabila si isteri tidak berhenti berceloteh. Zafran hanya mendengar dengan penuh kusyuk. Sementara matanya masih asyik ke jalan raya.





=====================================================




romantik + sweet + manja2
ERINA berjalan di atas pasir halus berlatarkan pukulan ombak. Terasa damai hatinya saat mendengar deruan ambak. Dia hanya membiarkan angin sepoi-sepoi bahasa meniup lembut pipinya. Tangannya mengawal tudung yang sedikit terselak dek tiupan angin. Dia tersenyum saat melihat wajah bahagia Emir yang sedang bermandi manda itu. Dia melambai tangan pada Zafran saat suaminya itu mengatur langkah ke arahnya.
“Ummi, laparlah,” rengek Emir yang kini berusia 2 tahun 5 bulan.
“Itulah mandi pantai tak ingat nak makan. Abang mari makan,” ajak Erina lantas membuka Tupperware yang berisi sandwich itu.
“Best mandi pantai. Walid nanti kita mandi lagi. Emir tak puas,” ujar Emir penuh mengharap. Zafran hanya tersenyum mendengar celoteh anaknya itu. Sekali buka mulut tak boleh nak berhenti. Terkadang dia terfikir juga sikap siapalah anaknya itu warisi agaknya ya? Heeee…
“Abang ni fikir apa? Sampai berkerut dahi Rin tengok?” sapa Erina sebaik melihat wajah Zafran yang berkerut bagai memikirkan masalah negara itu.
“Abang fikir ni ha… Emir ni mulut macam murai tercabut ekor. Ikut siapalah agaknya. Ikut ummi dia kot?” usik Zafran seraya menayang sengih. Erina turut tersengih mendengar usikan suaminya.
“Ummi, murai tercabut ekor tu apa?” Nah! Baru saja bicara soal itu si anak sudahpun bertanya. Erina menahan tawa melihat wajah Zafran itu. Terasa kelakar pula melihat wajah Zafran yang sedikit blurr itu.
“Murai tercabut ekor tu banyak cakap. Ada saja yang ingin dia cakap. Macam Emir la. Emir banyak sangat cakap. Sebab itu hidup ummi dengan walid tak pernah sunyi dengan celoteh Emir,” terang Erina dengan bahasa paling mudah. Erk? Mudah ke? Kira mudahlah tu kan? Heee…
“Cetoleh tu apa walid?” serentak Erina dan Zafran ketawa mendengar soalan Emir. Aduhai! Susah juga erk nak terangkan? Tapi kata orang setiap kanak-kanak yang bertanya kenapa? Apa? Itu kerana sel-sel otaknya sedang berkembang. Erm, Erina tersenyum sendiri dengan apa yang terlintas difikirannya.
Emir menarik muncung apabila melihat ummi dan walidnya ketawa. Orang tanya bukan suruh gelak, omelnya di dalam hati.
“Bukan cetoleh la sayang. Celoteh… erm celoteh tu kerenah. Macam Emir sekarang ni. Kalau Emir tak faham Emir tanya pada ummi dengan walid itulah celoteh. Faham sayang?” terang Zafran pula. Melihatkan anggukan kepala Emir membuatkan dia tersenyum.

Friday, September 19, 2014

KAU TERCIPTA UNTUKKU

ASSALAMUALAIKUM, SEMUA. INILAH CERPEN TERBARU DARI SAYA ^_^ HOPE ENJOY ERK...














SEDANG asyik aku menatap potret wajah Khalisya tiba-tiba telingaku menangkap bait-bait lirik lagu ‘Tercipta Untukku’ yang dipopularkan oleh Ungu Band. Entah kenapa bila aku mendengar lagu ini pasti aku akan merindui dia. Ya! Dia yang telah pergi meninggalkan aku untuk selamanya. Saat ini aku benar-benar merindukannya.

“Ya ALLAH cucurilah rahmat-MU ke atas arwah tunangku Khalisya. Isya… tenanglah Isya di sana. B akan sentiasa merindui dan mencintai Isya. Cinta B tetap utuh buat Isya. In shaa ALLAH B akan menuruti pesanan Isya. B akan menikahi seorang wanita yang tulus menyayangi B,” doaku lantas aku meraup wajah dengan kedua belah tangan. Perlahan-lahan aku melepaskan keluhan. Badanku merasa ringan bagaikan terlepas satu beban berat yang selama ini aku pikul. Mataku terpaku melihat wajah Khalisya yang tersenyum padaku. Bibirnya mengungkap kata…

Isya sayangkan B. Satu hari nanti B akan bertemu dengan seorang wanita yang akan menjaga B lebih baik dari jagaan Isya. Redhakan pemergiaan Isya.

Setelah berkata kelibat Khalisya hilang dibawa arus angin. Aku bingkas bangkit lalu aku menuju ke bilik air. Usai mengambil wudhu aku mengerjakan solat sunat taubat. Setelah itu aku membacakan surah Yassin.

 “TOLONG! Tolong!” Baru saja kakiku ingin melangkah masuk ke gerai makan, tiba-tiba aku mendengar sayu-sayup suara seorang wanita. Mataku melilau mencari punca suara itu. Semakin lama semakin jelas. Bebola mataku membuntang melihat seorang lelaki berkepala botak sedang merentap tali tas tangan daripada wanita itu.

“Woi! Kau buat apa tu?” Serentak dengan itu satu tumbukan hinggap di perut si peragut.

Bukk! Terduduk terus lelaki itu dengan penumbuk sulungku.

“Apa nak jadi kau ni ha? Banyak lagi kerja lain kenapa kerja meragut ni juga yang kau pilih?” herdikku pada lelaki berkepala botak itu. Peragut yang tertunduk tadi menegakkan diri, menyeringai menahan sakit. Matanya merenung tajam kepadaku namun langkah seribu terus dibukanya apabila menyedari perbuatannya telah menarik perhatian orang ramai.

Aku capai tas tangan itu lalu aku hulurkan pada si pemiliknya.

“Terima kasih encik. Kalau encik tak bantu tak tahu apa nasib saya. Sudahlah banyak barang berharga dalam beg saya ni,” ucap wanita itu. Aku terpaku melihat seraut wajahnya. Mata, hidung, bibir serta senyumannya benar-benar mengingatkanku mengenai Isya. Benar! Setiap inci wajah serta tubuhnya saling tak tumpah seperti arwah Khalisya. Ya ALLAH apakah maksud ini semua?

“Encik, encik,” seru wanita itu. Aku tersentak dari lamunan. Laju saja bibirku mengukirkan senyuman.

“Lain kali hati-hati sikit. Awak tu perempuan. Bahaya jalan seorang diri,” nasihatku padanya.

“Terima kasih atas nasihat. Tadi encik datang dari arah kedai makan tu ya? Sempat tak makan?” soal wanita itu. Lembut kedengaran nada suaranya. Erm… meskipun wajahnya sama seperti Isya, namun pertuturannya jauh lebih lembut. Isya… B rasa B dah jumpa wanita yang selayaknya buat B.

“Tak sempat. Saya baru je nak melangkah. Tiba-tiba dengar orang minta tolong,” ujarku bersama senyuman. Aku merasakan satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam hati. Satu perasaan yang pernah aku rasakan terhadap Isya.

“Err… saudari ada luka dekat mana-mana?” tanyaku prihatin. Pantas dia menggeleng.

“Mari, saya belanja makan. Sebagai tanda terima kasih.”

“Eh! Tak mengapalah. Saya tolong dengan ikhlas,” aku menolak pelawaannya. Bukan apa. Aku seganlah. Takkanlah dia sebagai seorang wanita nak belanja ya tak?

“Tapi saya…”

“Kalau nak belanja boleh. Tapi bukan belanja makan. Cukup sekadar saya tahu nama saudari. Dan… boleh tak kalau saya berjumpa saudari selepas ini?” pantas aku mencaras kata-katanya.

“Err… ta… awak beritahu nama awak dulu boleh?” Ish! Comel pula aku tengok dia. Suaranya tu bak buluh perindu.

‘Haih! Lutfi takkan kau nak tahu nama je? Minta la nombor telefon dia. Senang kau nak contact.’ Suara hatiku saling bertingkah.

“Err… saudari marilah. Saya dah lapar. Dari pagi tadi saya tak makan,” pelawaku padanya. Aku melangkah setelah dia mendahuluiku.

Taman Tasik Titiwangsa
USAI makan aku mengajak Wirdatul Aqisya berjalan-jalan. Terlalu indah namanya. Seindah wajah dan perwatakannya. Benar, aku merasa bahawa hati aku sudah jatuh! Jatuh cinta padanya. Ah! Indahnya perasaan.

“Wirda tengok Lutfi dari tadi tersenyum. Ada sesuatu yang menggembirakan ke?” soal Isya dengan lembut.

“Boleh tak kalau Luth nak panggil awak Isya?” soalku spontan. Terkebil-kebil mata Isya mendengar pemintaanku. Aku tersenyum melihat reaksinya itu. Comel sangat.

“Ke… kenapa pula Luth nak panggil dengan nama Isya? Saya kekoklah. Tak pernah ada orang panggil saya dengan nama tu,” beritahu Isya seraya melarikan pandangan matanya.

“Sebenarnya Luth pernah bertunang. Wajah, senyuman serta segalanya tentang dia benar-benar mirip Isya. Sampaikan Luth rasa sedang berdepan dengan arwah saja. Luth rindukan dia.” Aku menceritakan mengenai arwah Khalisya. Wajah Isya yang tadinya tersenyum berubah mendung.

“Jadi Luth nak berkawan dengan saya hanya semata-mata sebab Luth fikir saya ni jelmaan arwah tunang Luth?”

“Isya…”

“Jangan panggil saya dengan nama tu. Semakin awak panggil nama Isya, semakin awak melukakan hati saya. Saya ingat awak jujur nak berkawan dengan saya.  Saya rasa ini mungkin pertemuan pertama dan terakhir kita. Tolong jangan muncul depan saya lagi!” ujar Isya sedikit tegas. Segera Isya berlari kecil meninggalkan aku.

“Ya ALLAH, apa aku dah buat ni?” Aku meraup wajah. Terasa sesal di dalam hati membuatkan airmatanya mengalir.

Sebulan kemudian…

AKU cuba mendail nombor telefon yang diberikan Isya. Namun setiap pangggilanku hanya menembusi peti simpanan suara. Aku mengeluh hampa. Aku meraup wajah yang sedikit kusut. Saat mataku tertancap pada potret Khalisya aku merasa bagikan dihempap batu besar. Sungguh, aku benar-benar merindui insan yang bernama Wirdayatul Aqisya.

“Woi! Luth, kau dah kenapa? Aku tengok kau ni macam ayam berak kapur je. Apahal? Dulu waktu Khalisya meninggal tak ada la parah sampai macam ni. Peliklah aku,” ujar Faiq seraya menekan alat kawalan jauh. Siaran Fear Factor menjadi pilihannya.

Aku melepaskan keluhan berat. Dalam diam aku akui kata Faiq tadi. Perasaan cintaku terhadap Khalisya sebenarnya tidaklah sebenar cintaku pada Isya. Kejap! Aku cakap apa tadi? Cinta? Betul ke apa aku rasa ni? Kalau benar aku tak cintakan Isya, kenapa aku rasa sakit, sedih bila dia menjauh dari aku? Ya ALLAH bantulah hamba-MU ini.

“Iq, aku ingat aku nak err… bercutilah. Kau izinkan eh? Selama ni aku tak pernah nak cuti kan? Boleh eh aku nak cuti?” pintaku penuh mengharap.

“Kau ada masalah ke?”

“Iq… aku tak minta banyak. Aku cuma minta izin kau selaku majikan aku. Tolonglah Iq, Izinkan aku pergi tenangkan hati aku ni. Boleh eh?” rayuku lagi. Melihatkan anggukan kepala Faiq membuatkan aku mengucap syukur.

“Tapi kau nak kemana? Kau bukan biasa nak bercuti seorang diri kan?”

“Kau ni Iq. Aku dah besarlah. Tahulah aku jaga diri. Aku janji akan jaga diri aku selama percutian tu nanti okey?”

“Tapi Luth…” pantas aku mencaras kata Faiq. Haih! Kadang-kadang sikap dia ni merimaskan aku. Terlebih prihatin sangat hu hu.

“Iq… sudahlah. Apa kau nak risau? Sekarang zaman dah canggih. Kalau kau takut aku sesat… bukan ke aku boleh gunakan GPS? Lagipun aku sekadar nak bercuti di Kuantan je. Tak jauh. Kau jangan risaulah. Aku tahu kau cuba pegang janji kau pada arwah Khalisya. Tapi Iq… sampai bila aku nak bergantung harap pada kau? Aku cuma nak berdikari Iq. Tolonglah, kau jangan khuatir ya,” aku cuba berlembut dengan Faiq.

“Baiklah, aku sebagai kawan… dan sebagai abang izinkan kau pergi bercuti dengan senang hati. Tapi… pastikan kau pergi dan balik dalam keadaan yang selamat. Tak ada luka-luka atau calar-balar sikit pun okey? Aku sayang kau Luth. Aku dah anggap kau macam adik aku. Sebab tu aku risau. Aku takut kau tingggalkan aku macam mana Khalisya tinggalkan aku,” luah Faiq seraya menundukkan wajah. Aku faham perasaannya. Jika aku sebagai tunang merasa sedih dengan pemergian Khalisya apatah lagi Faiq sebagai abang kandung? Pasti dia merasa lebih sakit.

“Sudahlah Iq. Kau janganlah sedih macam ni. Kau ni buat aku rasa macam nak nangis je la,” ucapku sembari mata tidak lepas memandang potret arwah Khalisya.

“Kau pergilah berkemas. Kau nak pergi bila? Esok eh? Hati-hati bawa kereta. Aku sayang kau, sama macam aku sayang aku sayang arwah. Ingat tu,” pesan Faiq seraya berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

ENTAH mengapa,  hatiku berdebar sepanjang perjalanan. Spontan aku memegang dada. Terasa degupan jantungku semakin laju. Aku juga merasakan bagai ada magnet yang menarikku agar bercuti ke sini. Oh! Lupa nak cakap aku bercuti kat mana kan? He he… maaf. Aku memilih untuk bercuti di Kuantan. Dan aku bakal menginap di Impiana Resort Cherating. Selesai sahaja proses pendaftaran terus sahaja aku menuju ke bilik. Tubuhku terasa letih memandu selama 4 jam perjalanan.

Baru saja aku ingin melelapkan mata tiba-tiba HTCku bergetar. Aku mengeluh demi sahaja melihat nama si pemanggil.

“Assalamualaikum, Iq. Aku baru je sampai ni. Lupa pula nak beritahu,” ucapku sambil mata masih terpejam.

“Waalaikumsalam. Lega hati aku dengar. Kau jaga diri. Aku bukan apa Luth tapi… kau tu amanah ALLAH untuk aku jaga. Kau kan dah tak ada sesiapa dalam dunia ni.”

“Iq, kau satu-satunya sahabat aku dunia akhirat. Terima kasih. Eh, nanti aku telefon kau balik. Aku letihlah Iq.” Setelah memberi salam aku memutuskan talian.

TERASA tenang hatiku saat mendengar deruan ombak. Tubuhku terasa dingin apabila ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Betapa aku bersyukur kerana masih berkesempatan untuk melihat keindahan ciptaan-NYA ini.
Sedang aku berjalan di gigi air, tiba-tiba aku mendengar suara esak tangis seseorang. Mataku melilau mencari dari mana datangnya suara itu. Setelah puas mencari mataku tertancap pada sesusuk tubuh yang membelakangiku.

“Siapa gadis ni? Macam kenal. Tapi… Ish! Tak mungkinlah Isya.” Omelku perlahan khuatir gadis itu mendengar butir bicaraku.

“Kenapa? Kenapa awak tak habis-habis mengganggu saya? Luthfi… saya mohon agar awak pergi jauh dari ingatan saya. Saya benci dengan nama Isya. Bila awak panggil saya dengan nama Isya, saya terus teringatkan bekas tunang saya. Sebenarnya… panggilan Isya tu saya khaskan buat dia. Tapi sayang… dia dah pergi tinggalkan saya untuk selamanya.” Aku yakin bahawa aku tidak tersilap dengar. Suara itu jelas milik Isya! Isya yang selama ini aku cari. Aku terpaku demi sahaja mendengar luahan hati Isya. Jantungku berdegup kencang saat mendengar bibir comelnya menyebut namaku. Baru saja aku ingin mengatur langkah mendekatinya tiba-tiba aku mendengar lagi luahan hatinya terhadapku.

“Tapi apa yang saya hairan sekarang ialah hati saya. Selama satu bulan ni saya cukup terseksa. Saya rindukan awak. Tapi… saya tak tahu nak cari awak dekat mana. Memang… saya ingin awak menjauh dari saya. Tapi saya tak mampu. Bibir saya mengatakan benci. Sedangkan hati saya benar-benar rapuh tanpa awak. Hati saya ingin awak ada dekat dengan saya. Saya sendiri tak faham kenapa saya rasa macam ni.”

Tergamam! Aku benar-benar tidak menyangka sebegitu besar sayangnya padaku. Ya ALLAH adakah ini dinamakan jodoh? Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Aku berdehem untuk menarik perhatiannya.

“Assalamualaikum Isya. Maaf sebab Luth tak sengaja terdengar luahan hati Isya. Benar ke apa yang Isya cakapkan tadi?” tanyaku dengan lembut.

Saat Isya menoleh padaku aku tergamam. Ya ALLAH kasihan Isya. Pasti dia banyak menangis hingga matanya sembap.

“Pergilah Luth… Sa… saya tak perlukan awak,” ujar Isya. Cukup perlahan.

“Isya… kenapa awak nak berbohong pada hati awak? Awak sayangkan saya bukan? Isya dengar sini apa yang Luth nak cakap. Saya Luthfi Ikhwan benar-benar sayang dan cintakan awak Wirdayul Aqisya. Saya tahu kita baru berjumpa dua kali. Itupun secara kebetulan. Tapi Isya… kebetulan itu bukan sekadar kebetulan biasa. Maksud Luth… kebetulan itu dirancang. Dirancang kemas oleh DIA. Isya… ALLAH S.W.T mempertemukan kita kerana DIA tahu kita saling memerlukan. Luth benar-benar sayangkan Isya. Bahkan sayang Luth pada Isya, lebih dalam dari sayang Luth pada arwah tunang Luth,” luahku pada Isya. Dia hanya diam tak berkutik. Tak lama kemudian aku mendengar esak tangisnya. Ingin saja aku mendakap tubuh itu. Namun aku tahu masih ada batas di antara kami.

“Se… sebenarnya Is… Isya pun sayangkan Luth. Sikap prihatin Luth sama macam arwah tunang Isya. Luth… Isya nak tahu satu perkara. Tapi Luth jawap dengan jujur ya?” pintanya setelah tangisnya mula reda. Aku hanya menggangguk.

“Benar Luth sayangkan Isya?” Terdiam aku demi sahaja mendengar soalan berani matinya. Ya ALLAH apakah ini bermakna Isya sudah menerimaku? B dah jumpa insan yang boleh menjaga B. Semoga Isya tenang di alam sana. B akan tetap mencintai Isya biarpun tempat Isya di hati B sudah terisi.

“Err… kenapa Isya tanya? Okey, Luth jujur dengan Isya. Memang kita baru kenal. Tapi itu semua bukanlah nilai untuk mengukur keihlasan hati Luth. Memang pada awalnya Luth sayangkan Isya sebab wajah Isya yang mirip dengan Khalisya. Tapi… sejak sebulan yang lalu Luth sedar bahawa Luth sebenarnya mencintai Isya kerana peribadi Isya sendiri. Isya… sudi tak kiranya awak menjadi pendamping Luth di dunia dan akhirat?” usai meluah isi hatiku, terus saja aku lamar dia. Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi berjauhan darinya.

“Saya Wirdayatul Aqisya sudi menerima awak Luthfi Ikhwan. Tapi saya mahu awak berjanji takkan tinggalkan saya. Saya tak mahu kehilangan cinta buat kali kedua,” pinta Isya seraya menggangguk kepala beberapa kali. Ingin saja aku melompat bintang di situ. Terlalu bahagia mungkin.

“In shaa ALLAH, hanya ajal yang akan memisahkan kita. Luth sayangkan Isya hari ini, esok dan selamanya,” bisikku di telinganya. Dia tersenyum manis. Deruan angin menjadi saksi lambang cinta kami.

Setahun Kemudian…

“DAYANA, jangan main kotor sayang,” seru isteriku seraya melabuhkan punggung di sebelahku.

“Terima kasih sayang. B bahagia sangat. Sayang dan Dayana adalah bidadari hidup B. Terima kasih juga pada ALLAH. Kerana DIA yang mempertemukan kita dengan cara yang sangat indah,” ucapku seraya mengucup pipi Isya. Isya merangkul erat tubuhku seakan tidak mahu dilepaskan lagi.

“Terima kasih juga pada B. Kalau B tak tolong Isya masa tu mungkin kita tak kenal. B… Isya sayangkan B selamanya. Terima kasih kerana sudi menyayangi Isya.”

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku…
Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Isya menepuk tangan setelah aku selesai menyanyikan lagu tema cinta kami. Sama seperti tema cintaku bersama Khalisya. Tercipta Untukku itulah yang akan selalu aku dendangkan buat isteri yang sayangi ini.

Sesungguhnya Khalisya adalah cinta pertamaku. Namun kehadiran Wirdayatul Aqisya adalah jodohku. Aku memohon pada Yang Maha Esa agar memanjangkan perjodohan ini kerana hatiku benar-benar tidak sanggup kehilangannya.

“Sayang… sesungguhnya sayang adalah ciptaan terindah buat B. Sayang ciptaan ALLAH yang sememangnya tercipta hanya buat Luthfi Ikhwan,” bisikku di telinganya. Dia menyembamkan wajah di dadaku. Aku menyimpul senyum melihat wajahnya yang sudah merona merah itu.

“Isya harap jodoh kita akan berkekalan. In shaa ALLAH.”
“In shaa ALLAH sayang,” ucapku seraya mendakapnya lebih erat. Dayana yang melihat kami sudah menutup mukanya. Anak aku tu pemalu sangat. Ikut perangai mama dia agaknya.
“Isya cintakan Luthfi Ikhwan.”
“B cintakan Wirdayatul Aqisya,” balasku lantas kami ketawa bahagia.

Mungkin yang pergi itu CINTA, tapi yang akan datang JODOH. Mungkin hari ini kita kehilangan orang yang kita sayang, tapi nanti akan datang seseorang yang menyayangi kita. Kerana janji ALLAH itu pasti. Dan aku berdoa agar kalian menemui cinta sejati di dalam hidup kalian. 




tamatlah sudah. pendek je heeee

Saturday, July 19, 2014

teaser DDH












“Eh, jom duduk kat ruang tamu. Aku ada benda penting nak cakap kat kau ni.” Aku menarik tangan Siti agar mengekori langkahku.

“Ha… kenapa? Kau nak cakap pasal apa?”

“Ish! Kau ni tak menyempat betul. Aku tak sempat nak duduk lagi kau ni pun. Kalut betullah,” sungutku akan sikap tidak menyabar Siti.

Siti mempamerkan wajah tidak beriak. Aku mula membuka cerita mengenai pertemuanku dan Rafiq. Namun belum sempat aku cerita panjang lebar, Siti sudah mula menarik muka.

“Kau apahal? Aku baru nak start cerita ni,” ujarku apabila melihat kerutan di dahi Siti.

“Kalau pasal Rafiq tak mahulah aku dengar.”

“Dengar dulu Siti. Lepas tu ikut kaulah la nak kata apa pun.”

“Okey, ceritalah,” suara Siti acuh tak acuh saja.

AKu menarik nafas kemudian aku hembuskan perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah aku memulakan mukadimah.

“Rafiq tanya aku… samaada aku bahagia atau tidak dengan Mirza. Dan aku jawablah aku bahagia. Sangat bahagia.”

“Dah kenapa dia nak tanya soalan tu?” Ish! Siti ni. Asyik nak meradang je. Hu hu…

“Dia kata penting untuk dia tahu sebab…”

“Sebab apa?” pantas Siti mencaras kata-kataku. Haih! Siti ni memang tak sabar betul tau! Ada je nak caras aku. Heh!

“Dia kata dia nak buat pengorbanan. Tapi… pengorbanan apa aku tak tahulah. Sebab dia tak cakap. Dan dia kata takkan ganggu aku lagi. Itulah sampai sekarang aku rasa macam susah nak percaya. Aku rasa… macam dia ada sembunyikan sesuatu dari aku.”

“Kau doakan agar dia diberikan kebahagiaan. Insya-ALLAH. Dan aku harap dia kotakan janji dia untuk tak ganggu kau lagi. Sudahlah Fida, janganlah fikir sangat. Tak ada apalah,” ujar Siti dengan lembut.






P/S + sikit je hehehe
 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design