Thursday, January 16, 2014

CKB part ZAFRIN












ERINA menghubungi Zafran sebelum bertolak ke KL. Dia menanti dengan penuh sabar untuk Zafran mengangkat panggilannya itu. Saat dia mendengar salam yang dihulur dia menghembus nafas kelegaan.

“ Assalamualaikum, cinta,” sapa Zafran.

“ Waalaikumsalam rindu,” Erina menyambut usikan Zafran lantas dia mengukir senyum bahagia.

“ Dekat mana ni sayangku?” tanya Zafran dengan suara manja.






Lemah lutut aku dengar suara Zaf yang menggoda ni. Aduhai hati tenanglah. Janganlah asyik bekerja saja. Gugur juga jantung aku ni nanti. Erina menggugam didalam hati.

“ Masih di kampung. Tapi nak beritahu Zaf ni dah nak balik sebenarnya ni. Sebab itulah Rin call. Tak mahu Zaf risau.”

Zafran tersenyum mendengar bicara lembut Erina. Terasa damai hatinya.

‘ Yes, Rin dah nak balik KL. Aku dah rindu sangat-sangat dekat dia ni,’ omel Zafran dalam hati.

“ Okey, I’m waiting. Sayang dah sampai KL nanti call tahu? Pesan Zafran. Namun lebih kepada arahan.


“ Ya, Rin tahu,” ujar Erina sambil menjinjit beg lalu di letakkan di bonet kereta.


“ Hati- hati bawa kereta ya sayang. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan. Kalau rasa letih atau mengantok ke rehat dulu faham?” tegas kedengaran suara Zafran.


“ Baiklah wahai Puteraku sayang,” usik Erina lantas ketawa di hujung katanya.

Zafran turut ketawa. Dia memandang ke arah lukisan yang telah disiapkan semalam. Terasa bahagia hatinya menantikan saat-sat disatukan dengan kekasih hatinya itu.

“ Okeylah Zaf. Nanti dah sampai Rin call semula. Jaga diri. Jangan nakal-nakal tahu,” usik Erina lantas ketawa di hujung katanya.

“ Baiklah sayang. Zaf tunggu call dari Rin. Kalau Rin tak call Zaf nanti Zaf merajuk. Tak mahu jumpa dengan Rin.” Zafran turut mengusik buah hatinya.


“ Amboi, mengadalah. Rin janji Rin akan call Zaf.” Erina berjanji kepada Zafran.










“ Okeylah, kirim salam pada ibu dan ayah ya sayang.”

Merona merah wajah Erina saat Zafran dengan selamba memanggil ibu dan ayahnya seperti orang tuanya itu sudah menjadi mertuanya saja.

“ Insya-ALLAH. Okeylah tunggu Rin balik ya. Assalamualaikum rindu.”

“ Waalaikumsalam cintaku. Hati- hati ya sayang. Ingatlah orang yang tersayang. Jangan bawa kereta macam pelesit. Nanti takut tak sempat Zaf nak gengam tangan tok kadi.” Zafran ketawa di hujung katanya. Erina turut ketawa kecil.

“ Sudahlah. Janganlah minta yang bukan-bukan. Okeylah kalau borak dengan Zaf ni sampai tahun depan pun tak habis. Rin letak dulu.” Erina memutuskan talian tanpa sempat mendengar jawapan Zafran. Lantas dia mendekati ibu serta ayahnya.

“ Ibu, ayah Putri balik dulu. Oh ya tadi Zaf kirim salam pada ibu dan ayah,” ujar Erina lantas menyalami dan mengucup tangan ibunya. Dia mencium kedua belah pipi Puan Zaiton.

“ Ayah, jaga kesihatan tahu. Nanti dah sampai sana Putri call.” Erina menyalami tangan kekar ayahnya seraya merangkul tubuh si ayah.

“ Kamu jaga diri. Bawa kereta tu hati-hati,” ujar Encik Zainal sebaik saja melepas rangkulannya.

Erina tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Terasa tidak sabar untuk segera sampai ke KL. Tidak sabar bertemu Zafran sebenarnya. Farhana sudah pun pulang terlebih dahulu kerana ingin berjumpa dengan ummi Faiz. Terpaksalah dia pulang tanpa berteman.






p/s= cukup panjanglah tu heeee meh drop komen :D hehe

Saturday, January 11, 2014

teaser








Erina hairan apabila telefon bimbitnya tidak berbunyi sedari tadi. Lantas dia mencapai HHTC yang di letakkan di celah-celah bantal.

“ La, patutlah senyap je. Mesti Zaf mengamuk tak dapat call aku. Aduh! Masalah ni,” gumam Erina seraya mengecas HTC kesayangannya.

Bulat matanya sebaik HTC dihidupkan. Dia menelan liur apabila melihat dua miscall dan juga satu mesej yang datangnya dari Zafran. Segera dia mendail nombor telefon Zafran kerana tidak mahu membuat jejaka itu risau.

“ Assalamualaikum. Maaf tadi bateri handphone Rin low. Ni baru je caj,” ujar Erina dengan lembut.

“ Waalaikumsalam. Rin tahu tak Zaf risaukan Rin? Lain kali jangan buat macam tu lagi,” pesan Zafran. Dia mengaskan suaranya.

“ Maaf. Rin tak sengaja. Maafkan Rin ya wahai Aidil Zafran.” Zafran ketawa mendengar Erina memanggil nama penuhnya. Kedengaran manja sahaja saat gadis itu menyebut namanya.

“ Zaf tak marah. Cuma…”

“ Cuma apa?” soal Erina tidak sabar.

“ Geram je. Rin tahu tak Zaf paling geram bila dengar jawapan minah cun tadi,” sengaja Zafran mengusik buah hatinya.

“ Zaf! Minah cun mana pula ni?” tanya Erina. Nadanya jelas berbaur cemburu.

“Nombor yang anda dail sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi.” Zafran mengajuk semula kata-kata operator itu.

Spontan Erina melambakkan tawa. Lucu apabila mendengar lenggok suara Zafran yang mengecilkan suara persis wanita itu.

“ Zaf, tak payah la buat suara macam perempuan tu. Kelakar okey. Rin minta maaf. Betul-betul tak sengaja. Err… Zaf buat apa ni?” soal Erina setelah ketawanya reda.

“ Tak buat apa. Rasa tak semangat nak buat kerja. Rindu sangat dekat Rin. Rasa macam lama je nak tunggu Rin balik KL,” ujar Zafran. Erina senyum geli hati mendengar luahan hati Zafran.

“ Zaf bukan lama pun. Lagi dua hari Rin baliklah.”

“ Dua hari tak lama bagi sayang. Sebab sayang tak rasa perasaan rindu tu,” rajuk Zafran.

“ Rin faham perasaan Zaf. Tapi, kalau Zaf rindu tataplah wajah Rin,” ujar Erina dengan perlahan.

“ Okey. Rin nanti Zaf call. Ada benda penting nak buat. Assalamualaikum.” Segera Zafran memutuskan talian lantas dia meletakkan HTC di atas katil. Dia mengambil peralatan melukis lalu diletakkan di balkoni biliknya.

Erina memandang skrin HTC biarpun Zafran telah memutuskan talian. Kenapa Zaf macam kalut je. Dia sibuk kot, monolognya dalam hati.

Erina membuka pesanan ringkas yang dihantar Zafran. Lantas dia menekan button untuk membalas.

+ Please take care yourself. Jangan nakal-nakal ya. Tunggu Rin balik. I miss you Zaf.

‘ Eh perlu ke aku cakap rindu dia?’ Erina berfikir sebelum menghantar pesanan ringkas itu. Setelah berfikir semula akhirnya dia menaip lagi sekali.

+ Please take care yourself my prince. Jangan nakal-nakal.

Erina menekan butang send. Dia meloretkan senyum bahagia. Dia mencapai novel Serasi Sehati yang diletakkan di atas meja. Lantas dibuka halaman yang ditandanya semalam.

Tok! Tok!

Erina meletakkan kembali novel Serasi Sehati. Lantas dia memulas tombol pintu. Saat melihat wajah ibunya dia membuka luas daun pintu. Segera dia mengatur langkah lalu duduk di birai katil.

“ Putri buat apa?”Soal Puan Zaiton sambil melabuhkan punggung di sisi anaknya

“ Baca novel je bu. Kenapa bu?”

Puan Zaiton meloret senyum lalu tanpa sebarang kata dia menggenggam jemari runcing Erina. Diusapnya lembut jemari itu.

“ Ibu doakan anak ibu bahagia. Nanti Putri balik KL jangan lupa pula, beli segala barang persiapan untuk pertunangan kamu. Ibu tak sangka, anak ibu ni dah nak kahwin,” luah Puan Zaiton seraya mengelus lembut rambut anaknya.

“ Terima kasih bu. Ibu nak tahu tak? Putri dapat rasa bahawa Aidil Zafran adalah utusaan ALLAH yang sangat baik. Hebatkan kuasa ALLAH?” Erina berjeda seketika. Dia mengukir senyum saat wajah Zafran menghiasi tubir matanya.

“ Maksud Putri? Ibu tak faham.” Soal Puan Zaiton sambil menuntas pandangan ke arah Erina.

“ DIA hantarkan seorang insan untuk membimbing serta mengingatkan Putri agar Putri tidak tersesat jalan, SubhanALLAH,” cerita Erina dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

“ Putri bahagia?” soal Puan Zaiton.

“ Putri tak pernah rasa bahagia seperti ini. Ibu nak tahu tak? Zaf, dia… hadiahkan Putri ni.” Erina mengunjukkan Al-Quran pemberian Zafran.

“ Alhamdulillah. Maknanya dia benar-benar sayangkan Putri. Dan yang lebih penting… dia ingin mengajak Putri ke arah kebaikan,” ujar Puan Zaiton dengan riak wajah cukup mendamaikan.

sinopsis

























Putri Erina Batrisya, seorang gadis genit yang sangat polos, berkawan dengan seorang jejaka tampan yang bernama Aidil Zafran. Entah di mana silapnya, tiba- tiba setelah pertemuan semula antara dua hati ini telah memekarkan lagi rasa cinta di hati Aidil Zafran, namun tidak pada sekeping hati milik Putri Erina Batrisya.

Baik Aidil Zafran mahupun Putri Erina Batrisya, keduanya tergamam saat mendengar rancangan untuk menyatukan mereka dalam ikatan yang sah.

‘ Aku tak boleh kahwin dengan Zaf. Dia kawan aku. Aku harus gagalkan rancangan ibu ni. Tak rela aku kahwin dengan sahabat sendiri.’ ~Putri Erina Batrisya~

Mana mampu Erina menerima Zafran sedangkan di hati cuma mengganggapnya sebagai teman. Mana mungkin Erina mencintai Zafran sedangkan mereka membesar dan melalui suka duka bersama…

Zafran pula sebaliknya, dari mula kenal Erina sehingga besar,  dia amat mencintai dan menyayangi Erina. Bagi Zafran setiap kesabaran itu akan muncul kebahagiaan, kerana Zafran percaya akan takdir ALLAH.

' Hanya aku yang tahu dimana kedudukan Putri Erina Batrisya dalam hatiku.' ~Aidil Zafran~

Mampukah Erina menerima menerima Zafran? Apakah reaksi Erina apabila mengetahui rahsia hati Zafran? Mampukah mereka bahagia? Cinta Bilang Benci, sesuaikah perkataan itu buat seorang gadis polos tetapi ego seperti Putri Erina Batrisya?


petikan SYURGA CINTA







Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, 
dan Allah berikan kita hujan dan kilat. 
Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..
 
 
 
3 kategori jodoh:

1) JODOH DARI SYAITAN
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.

2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.

3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.

*Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah yang Esa...

LUAHAN HATI UNTUKMU















Andai kau  tahu...
Hanya dirimulah yang ada di hati..
 
Hanya nama mu yang terukir di jiwa ..
Hanya wajah mu yang ada di bayangan ku...

Cinta itu datang ...
Saat aku lihat dirimu
 
Dan tiba-tiba saja, rasa itu hadir
Tanpa ku pinta… Tanpa ku undang,

Aku menginginkan cinta…
Yang tulus dan ikhlas…

Namun aku sedar…
Siapa diri ini…

Pada ALLAH aku pohon agar lembutkan hatimu,
Untuk menerimaku,

Kerana aku menyayangimu tanpa batasan,
Aku mencintaimu kerana ALLAH.


~nukilan AZPEB~



~dari Zaf untuk Rin~
 

ini duniaku Template by Ipietoon Cute Blog Design