ERINA
menghubungi Zafran sebelum bertolak ke KL. Dia menanti dengan penuh sabar untuk
Zafran mengangkat panggilannya itu. Saat dia mendengar salam yang dihulur dia
menghembus nafas kelegaan.
“
Assalamualaikum, cinta,” sapa Zafran.
“
Waalaikumsalam rindu,” Erina menyambut usikan Zafran lantas dia mengukir senyum
bahagia.
“
Dekat mana ni sayangku?” tanya Zafran dengan suara manja.
Lemah
lutut aku dengar suara Zaf yang menggoda ni. Aduhai hati tenanglah. Janganlah
asyik bekerja saja. Gugur juga jantung aku ni nanti. Erina menggugam didalam
hati.
“
Masih di kampung. Tapi nak beritahu Zaf ni dah nak balik sebenarnya ni. Sebab
itulah Rin call. Tak mahu Zaf risau.”
Zafran
tersenyum mendengar bicara lembut Erina. Terasa damai hatinya.
‘
Yes, Rin dah nak balik KL. Aku dah rindu sangat-sangat dekat dia ni,’ omel
Zafran dalam hati.
“
Okey, I’m waiting. Sayang dah sampai
KL nanti call tahu? Pesan Zafran. Namun lebih kepada arahan.
“
Ya, Rin tahu,” ujar Erina sambil menjinjit beg lalu di letakkan di bonet kereta.
“
Hati- hati bawa kereta ya sayang. Jangan lupa baca doa menaiki kenderaan. Kalau
rasa letih atau mengantok ke rehat dulu faham?” tegas kedengaran suara Zafran.
“
Baiklah wahai Puteraku sayang,” usik Erina lantas ketawa di hujung katanya.
Zafran
turut ketawa. Dia memandang ke arah lukisan yang telah disiapkan semalam. Terasa
bahagia hatinya menantikan saat-sat disatukan dengan kekasih hatinya itu.
“
Okeylah Zaf. Nanti dah sampai Rin call semula. Jaga diri. Jangan nakal-nakal
tahu,” usik Erina lantas ketawa di hujung katanya.
“
Baiklah sayang. Zaf tunggu call dari Rin. Kalau Rin tak call Zaf nanti Zaf
merajuk. Tak mahu jumpa dengan Rin.” Zafran turut mengusik buah hatinya.
“
Amboi, mengadalah. Rin janji Rin akan call Zaf.” Erina berjanji kepada Zafran.
“
Okeylah, kirim salam pada ibu dan ayah ya sayang.”
Merona
merah wajah Erina saat Zafran dengan selamba memanggil ibu dan ayahnya seperti
orang tuanya itu sudah menjadi mertuanya saja.
“
Insya-ALLAH. Okeylah tunggu Rin balik ya. Assalamualaikum rindu.”
“
Waalaikumsalam cintaku. Hati- hati ya sayang. Ingatlah orang yang tersayang.
Jangan bawa kereta macam pelesit. Nanti takut tak sempat Zaf nak gengam tangan
tok kadi.” Zafran ketawa di hujung katanya. Erina turut ketawa kecil.
“
Sudahlah. Janganlah minta yang bukan-bukan. Okeylah kalau borak dengan Zaf ni
sampai tahun depan pun tak habis. Rin letak dulu.” Erina memutuskan talian
tanpa sempat mendengar jawapan Zafran. Lantas dia mendekati ibu serta ayahnya.
“
Ibu, ayah Putri balik dulu. Oh ya tadi Zaf kirim salam pada ibu dan ayah,” ujar
Erina lantas menyalami dan mengucup tangan ibunya. Dia mencium kedua belah pipi
Puan Zaiton.
“
Ayah, jaga kesihatan tahu. Nanti dah sampai sana Putri call.” Erina menyalami
tangan kekar ayahnya seraya merangkul tubuh si ayah.
“
Kamu jaga diri. Bawa kereta tu hati-hati,” ujar Encik Zainal sebaik saja
melepas rangkulannya.
Erina
tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Terasa tidak sabar untuk segera
sampai ke KL. Tidak sabar bertemu Zafran sebenarnya. Farhana sudah pun pulang
terlebih dahulu kerana ingin berjumpa dengan ummi Faiz. Terpaksalah dia pulang
tanpa berteman.
p/s= cukup panjanglah tu heeee meh drop komen :D hehe



sweetnya... jelez lak i... :P
ReplyDeletehehehe :D
ReplyDelete